[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
JOURNAL OF QUR'ᾹN AND HADῙTH STUDIES Vol. 10 No. 2, July-December 2021 (245 - 255) Website OJS : http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/journal-of-quran-and-hadith/index E-mail : journal.quhas@uinjkt.ac.id Fazlur Rahman dan Interpretasi Teks al-Qur’an Ahmad Nabil Amir International Institute of Islamic Thought and Civilization, Kuala Lumpur nabiller2002@gmail.com Abstract: This paper examines the framework of Fazlur Rahman (1919-1988) and the interpretations used by him in interpreting the text of the Qur'an which is presented in his book entitled Major Themes of the Qur'an. He also highlighted the basic principles that form the fundamental revisionist and contextual understanding that underlies his methodology in understanding the texts written in several of his books such as his book entitled Islamic Methodology in History, Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism, Prophecy in Islam: Philosophy. and Orthodoxy, and Islam. The basic framework of his interpretive methodology is assembled from historical frames and contextual reviews and thematic readings that outline dynamic principles in understanding texts with strong moral and philosophical interpretations. Keywords: Fazlur Rahman, Contextual Tafsir, Quranic Text Abstrak: Makalah ini mengkaji kerangka pemikiran Fazlur Rahman (1919-1988) dan manhaj tafsir yang digunakannya dalam menafsirkan teks Al-Qur‟an yang diketengahkan dalam bukunya berjudul Major Themes of the Qur’an. Ia turut menyorot prinsip asas yang membentuk paham revisionis dan kontekstual yang fundamental yang mendasari metodologinya dalam memahami teks yang dituliskan dalam beberapa bukunya seperti bukunya yang berjudul Islamic Methodology in History, Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism, Prophecy in Islam: Philosophy and Orthodoxy, dan Islam. Kerangka asas metodologi tafsirnya ini dirangkai dari bingkai historis dan tinjauan kontekstual dan pembacaan tematik yang menggariskan asas yang dinamik dalam pemahaman teks dengan interpretasi moral dan filsafat yang kental. Kata kunci: Fazlur Rahman, Tafsir Kontekstual, Teks Al-Qur‟an ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Pendahuluan Fazlur Rahman (1919-1988) adalah ahli hukum dan intelektual Islam yang terkenal. Fikrahnya dapat dirumuskan dalam perjuangan menegakkan nilai etika dan moral yang syumul dalam masyarakat dan sistem yang adil serta usahanya membezakan antara apa yang dianggap „Islam yang normatif‟ (dalam arti tidak hanya menekankan apa yang seharusnya menurut ajaran) ketimbang „Islam yang historis‟ (kontekstual). Gagasan-gagasan radikal yang dikembangkannya banyak memaksanya untuk meninggalkan Pakistan dan berhijrah ke Amerika – didorong oleh pertembungan idea yang parah dan ancaman yang menggugat daripada puak fundamentalis yang fanatik dan radikal. Mengingat derasnya arus pemikiran yang menyerbu dalam kehidupannya, Rahman cuba mewarasi semuanya yang berkembang dengan membenahi aliran pemikiran dan ideologi-ideologi yang mengasak dunia intelektual dalam sejarah moden pada abad ke-20. Berawal dengan iltizam untuk merumuskan satu filsafat dan pandangan alam yang mendasar, beliau meninjau ulang berabad-abad pemikiran dan pemahaman tentang mazhab hukum, dan cuba memperbaharui dan merumuskan dan membawa idealisme yang dapat menampung keperluan-keperluan moden, dengan mengembangkan pemahaman dan pikiran-pikiran hukum yang bebas, progresif dan dinamik. Bertitik tolak daripada kemungkinan-kemungkinan ini, makalah ini bermaksud meninjau kerangka pemikiran Fazlur Rahman (1919-1988) dan manhaj kritikal dan saintifik yang dibangunkan dalam penafsiran teks al-Qur‟an. Ia cuba menyikapi prinsipprinsip asas daripada manhaj pembaharuan yang dibangunkan dan signifikasi historis daripada pembacaan tematik dan kontekstualnya yang membentuk idealisme dan faham kontekstualis yang fundamental yang mendasari metodologinya dalam pemahaman teks yang dilontarkan dalam buku-bukunya seperti Major Themes of the Qur’an, Islamic Methodology in History, Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism (Oneworld Publications, 1999), Prophecy in Islam: Philosophy and Orthodoxy (University of Chicago Press, 2011) dan Islam (University of Chicago Press, 1979). 246 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Riwayat Hidup Fazlur Rahman Dilahirkan pada 21 September 1919 di Hazara, daerah yang terletak di barat laut Pakistan, Fazlur Rahman Malak terlingkung kepada keluarga Muslim yang taat dan berfaham dan berhaluan modern. Kesan dari keterbukaan keluarganya ini mempengaruhi pembentukan dan pandangan hidupnya yang bebas, yang tumbuh dalam tradisi pemikiran moden di saat sistem pelajaran mengalami keterbelakangan diakibatkan sistem-sistem lapuk yang diwarisi dalam persekolahan cara lama. Kesan ini disinggung dalam karyanya yang merakam tentang usaha pembaharuan dalam perkembangan sistem pendidikan agama: “My mother and father had a decisive influence in the shaping of my character and earliest beliefs. From my mother I was taught the virtues of truthfulness, mercy, steadfastness, and above all, love. My father was a religious scholar educated in traditional Islamic thought. Unlike most traditional Islamic scholars of that time, who regarded modern education as a poison both for faith and morality, my father was convinced that Islam had to face modernity both as a challenge and an opportunity. I have shared this same belief with my father to this very day.1 Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya dan menuntut di Universiti Lahore dalam pengajian Bahasa Arab dan memperoleh MA dengan kepujian. Setelah menerima PhD-nya dari Oxford University beliau mengajar di McGill University di mana beliau menubuhkan Institut Pengajian Islam. Pada tahun 1961 Presiden Ayub Khan memanggilnya ke Pakistan untuk mengepalai lembaga penyelidikan di bawah mandat pemerintah dan dilantik sebagai Direktur, Islamic Research Institute di Lahore. Di Pakistan beliau mengeluarkan bukunya Islamic Methodology in History yang membuka intisari ijtihad. Pada akhir tahun 60‟an, dengan peralihan rejim yang lebih konservatif, dan akibat idea-ideanya yang radikal, telah meledakkan protes dan rusuhan di seluruh negara yang memaksanya berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1969. Di Amerika, beliau mengajar di University of Chicago dan menubuhkan program Near Eastern Studies. Beliau turut berkhidmat di State Department Amerika Syarikat sebagai penasihat negara Muslim, dan selaku Professor Distinguished Service di Universiti Chicago sejak 1986. Dalam peralihannya daripada pandangan-pandangan rejim yang konservatif, beliau membawa pendekatan yang modern dengan kecenderungan filsafat yang mendalam dan humanis. Ini terlihat dalam filsafat teologi 1 Fazlur Rahman, Islam dan Modernitas tentang Transformasi Intelektual, diterjemahkan oleh Ahsin Mohammad dan Ammar Haryono, (Bandung: Pustaka, 1985), h. 154. ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 247 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 yang sistematik dan asli yang digelutinya dalam metode-metode yang dibangunkan dan analisa-analisa berbobot yang ditawarkan untuk memikir ulang tradisi Islam. Penulisannya yang analitik dan kritis kental membawakan pembahasan tafsir dan isu-isu sejarah yang signifikan dan menyuguhkan aspirasi moral yang kreatif. Ini digarap dari prinsip dan semangat moral-etika al-Qur‟an, dan pemahaman yang sistematik dalam disiplin-disiplin falsafah, hukum, teologi, pendidikan yang klasikal dan moden. Insipirasi dan kesan luar biasa dari pengaruh intelektualnya ini diungkapkan oleh Donald L. Berry, “Fazlur Rahman memaparkan sebuah suara segar yang mendedahkan kepada Barat kepada sebuah Islam yang tidak pernah dilihat ketika sebelum ini.”2 Dalam menegakkan aspirasi hukum dan ideal perundangan yang diilhamkan alQur‟an, beliau mempertahankan perintah-perintah moral yang bersifat adil, contohnya dalam keizinan berpoligami, seperti kupasannya pada ayat al-Qur‟an (4:129), “Dan kamu tidak akan sesekali dapat berlaku adil di antara wanita, betapa sekalipun keinginanmu untuk melakukannya” yang tampak bercanggah dengan ayat al-Qur‟an (4:3) yang berbunyi: “Dan sekiranya kamu khawatir tidak dapat berlaku adil kepada anak yatim, kemudian nikahilah dalam kalangan wanita [yatim] yang kamu ingini, dua tiga, atau empat. Tetapi sekiranya kamu khawatir tidak dapat berlaku adil [kepada isteriisteri kamu], maka [nikahilah] hanya seorang.” Dalam mendamaikan kedua-dua ayat ini Rahman membawa penghujahan yang menarik yang selari dengan pandangan yang dipakai oleh kaum modernis Islam: “Kelihatannya terdapat kontradiksi antara kebenaran untuk berpoligami sehingga empat orang isteri; keperluan berlaku adil di kalangan para isteri; dan pengistilahan tegas bahwa keadilan seumpamanya adalah – lumrahnya – mustahil. Tafsiran golongan tradisionalis adalah klausa kebenaran itu mempunyai kuasa perundangan, sementara tuntutan keadilan – meskipun penting – ditinggalkan kepada suami. Kelemahan pendirian ini dari sudut pandang normatif agama adalah sesuatu harus ditinggalkan kepada baik suami, sekalipun lumrahnya, ia pasti akan dilanggar. Kaum modernis Islam, sebaliknya, cenderung memberi keutamaan kepada tuntutan keadilan ditambah dengan pengistilahan tentang kemustahilan untuk berlaku adil, dan menyatakan bahwa kebenaran berpoligami dimaksudkan hanya untuk sementara.”3 Donald L. Berry, “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. Atlanta, (Georgia: Scholars Press, 1998), h. 41. 3 Fazlur Rahman, Major Themes of the Qur’an, (Minneapolis-Chicago: Bibliotheca Islamica, 1980), h. 47-48. 2 248 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Fazlur Rahman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 26 Julai 1988 akibat kompilasi dari pembedahan akibat penyumbatan pada pembuluh darahnya. Beliau tidak sedarkan diri dan koma selama satu setengah bulan. Jasadnya dikebumikan di pemakaman Arlington Height Cemetary di Chicago. Salah seorang muridnya di Chicago, Ahmad Syafii Maarif mengenangkan “Sebagai salah seorang pelajarnya di Chicago pada tahun 1979-1982, saya sangat merindui dan menangisi Rahman ketika kematian datang menjemputnya pada 26 Julai 1988.”4 Fazlur Rahman dan Semangat Al-Qur’an yang Mendasar Fazlur Rahman terkenal sebagai seorang cendekiawan Muslim yang berpengaruh pada abad ke-20, dan dianggap sebagai seorang „neo-modernis‟, istilah yang beliau gunakan untuk menggambarkan pendirian yang kritikal terhadap keduaduanya modernisme dan tradisionalisme Islam. Memandangkan beliau menghabiskan lebih dari tiga dekad daripada kehidupan dewasanya dalam dunia akademik di Barat (sebagai profesor di Universiti Durham, Universiti McGill, Universiti California di Los Angeles, dan Universiti Chicago), tidaklah mengherankan yang sumbangannya kepada dunia Islam kebanyakannya terbatas kepada lapangan intelektual. Ketika pemerintahan Jenderal Ayyub Khan, Rahman memang mencuba untuk menerapkan ideanya di Pakistan melayani sebagai kepala Islamic Research Institute dan di Lembaga Penasihat Ideologi Islam. Meskipun begitu, beliau mengundurkan diri pada 1968 setelah lapan tahun berikutan tekanan yang tak kenal belas dari puak konservatif Muslim di Pakistan. Dari pengalaman akademik dan keterlibatannya dalam masyarakat Islam, Rahman percaya bahawa sebarang pembaharuan dalam pemikiran Islam harus bermula dengan al-Qur‟an kerana ia memainkan peranan utama dalam kehidupan Muslim. Beliau justeru asyik dengan „memperbaiki metode penafsiran al-Qur‟an‟ di zaman kontemporer.5 Beliau mengkritik ahli tafsir abad klasik dan pertengahan kerana kegagalan mereka yang sistematik dalam menghasilkan “weltanschauung” yang menyatu dan berkesan yakni yang kohesif dan bermakna bagi kehidupan secara keseluruhan‟ daripada al-Qur‟an.6 Rahman menyimpulkan bahawa „terdapat keperluan Ahmad Syafii Maarif, ”Fazlur Rahman, Semangat Moral-Etika Qur‟anik, dan Proses Pewahyuannya,” Kertas kerja dibentangkan pada International Fazlur Rahman Symposium, selenggaraan Inonu University, Malatya, Turkey, 05-06 May 2016. 5 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, (Chicago: University of Chicago Press, 1984), h. 1. 6 Fazlur Rahman, “Interpreting the Qur‟ān”, Inquiry 3 (5), 1986, h. 45. 4 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 249 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 yang mendesak bagi teori hermeneutika yang akan membantu kita memahami makna alQur‟an secara keseluruhan sehingga kedua-dua bahagian teologis al-Qur‟an dan bahagian akhlak dan etika-hukumnya menjadi kesatuan yang utuh‟.7 Rahman mengusulkan metode hermeneutika bagi penafsiran al-Qur‟an yang beliau gelar „teori gerakan ganda‟, di mana „gerakan pertama adalah dari seluk-beluk al-Qur‟an kepada penarikan dan penyusunan prinsip, nilai dan objektif jangka panjangnya yang umum, [dan] kedua adalah dari pandangan umum ini kepada pandangan yang spesifik yang harus dirumuskan dan direalisasikan sekarang‟.8 Dari usaha hermeneutik ini, Rahman menarik premis yang menentukan bahwa „perhatian pusat al-Qur‟an adalah tingkah laku manusia‟, atau bahawa al-Qur‟an sebahagian besarnya merupakan panduan etika bagi perhubungan antara manusia. Etika adalah intisari al-Qur‟an dan ia adalah “mata rantai yang diperlukan antara teologi dan hukum‟.9 Beliau mengkritik kecenderungan ahli hukum Islam yang melihat al-Qur‟an terutamanya sebagai kitab perundangan dan dengan pendekatan „atomistik‟, „menafsirkan setiap perenggan atau ayat dari segi hukum seakan ia berdiri dengan sendirinya‟ dan mengambil hukum-hakam „daripada ayat-ayat yang tidak sama sekali bersifat hukum dalam muatannya‟.10 Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang unsur yang membentuk etika alQur‟an, Rahman menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga konsep etika kunci dari al-Qur‟an, yakni iman, islam dan taqwa. Mereka „berasal dari pangkal kata Arab yang berbeza tetapi yang mengejutkan sama dalam pengertiannya. Bersama-sama, mereka membentuk landasan dari etika alQur‟an dan memberikan ciri etosnya‟.11 Iman bermakna „keamanan‟ atau „keselamatan‟. Makna islam juga „kesejahteraan‟ dan „keselamatan,‟ sementara perkataan taqwa bermakna „untuk melindungi‟, „untuk menyelamatkan dari kehancuran‟ dan „untuk memelihara‟. Rahman justeru menyimpulkan bahawa „renungan tentang tiga istilah kunci ini dan analisisnya membawa kita langsung ke dalam “ke bawah sedar dari alQur‟an” seakannya. Ia memberi kita intipan ke dalam lapisan yang terdalam dari Fazlur Rahman, “Interpreting the Qur‟ān”, h. 45. Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, h. 7. 9 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, h. 154. 10 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, h. 3. 11 Fazlur Rahman, “Some key ethical concepts of the Qur‟ān”, Journal of Religious Ethics 11 (2), 1983, h. 170. 7 8 250 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 makna, semangatnya yang mendasar. Semangat al-Qur‟an pada asasnya diarahkan untuk memelihara dan membangunkan integriti perorangan dan kolektivisme‟.12 Berdasarkan di atas, jelaslah bahawa semangat dasar dari etika al-Qur‟an adalah untuk menciptakan masyarakat yang adil dan egaliter di bawah Tuhan, atau memakai istilah Rahman „untuk menegakkan orde sosial yang berdaya maju di muka bumi yang akan bersifat adil dan berlandaskan etika‟. Objektif ini ketara sejak permulaan penurunan al-Qur‟an di mana Islam kuat menentang „politeisme (penyembahan berhala), pemerasan orang miskin, penyelewengan dalam perdagangan, dan ketiadaan rasa tanggungjawab yang umum terhadap masyarakat‟.13 Perlawanan terhadap kaum musyrikin bukan hanya disebabkan mereka mempercayai kemajmukan tuhan, tetapi lebih penting kerana politeisme menjadi asas dari ketidakadilan sosial.14 Memandangkan ajaran yang substantif dari al-Qur‟an adalah untuk memberi tuntunan bagi tingkahlaku manusia di dunia ini, oleh itu tidak bermakna menjadi seorang mu‟min jika dia tidak mempunyai kesedaran sosial dengan membenarkan atau tidak menentang sistem politik autokratik atau oligarkis dan tidak membantu segmen yang lebih lemah daripada masyarakat. Kepercayaan tanpa tindakan sama sekali tidak dapat dipertahankan, „…malah “lima rukun” Islam yang dianggap agama par excellence, mempunyai keadilan sosial dan pembinaan masyarakat yang egaliter sebagai matlamatnya‟.15 Pendeknya, Islam sebagaimana tercermin dalam al-Qur‟an adalah agama moralitas dan kemanusiaan. Pemikiran Hukum dan Tafsir Dari penelaahan dan pemikiran ulangnya terhadap tradisi Islam dan pandanganpandangan sejarah dan ajaran spiritualnya, beliau telah menggariskan interpretasi hukum yang prinsipal terkait dengan sifat dasar dan metodologinya, dalam merespon kepada cabaran dunia moden di mana Rahman berhujah bahawa ijtihad (penalaran bebas) harus memainkan peranan kunci dalam kehidupan Muslim kontemporer. Prinsip asas dalam tafsir al-Qur‟an-nya yang analitik dilacak daripada faham-faham klasik Barat dan fikiran-fikiran Greek yang disuguhkan dalam tafsir moden. Ia menggagaskan prinsip dan metodologi hermeneutik yang radikal dan asli. Fazlur Rahman, “Interpreting the Qur‟ān”, h. 49. Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, h. 5. 14 Fazlur Rahman, “Interpreting the Qur‟ān”, h. 197. 15 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition, h. 19. 12 13 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 251 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Terkait dengan hal ini, Abdullah Saeed menulis tentang signifikasi hukum-etika yang diilhamkan Fazlur Rahman dan menghuraikan metodologi al-Qur‟an dan rumusan hukum yang dikembangkannya, “On balance, Rahman’s approach to the Qur’an was among the most original, daring and systematic of the mid to late twentieth century. His emphasis on the context of the revelation has had far reaching influence on the debate among Muslims of questions such as human rights, women’s rights and social justice.”16 Dalam karya pentingnya Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism (ed. Ebrahim Moosa) – karyanya yang terakhir yang didiktekan sebelum wafatnya pada tahun 1988 – Rahman menyuguhkan hujah-hujah saintifik yang memperlihatkan ketinggian daya ijtihad dan kekuatan analisis dalam menyikapi permasalahan mazhab dan aliran fundamentalisme Islam, berhadap-hadapan dengan kemunculan sekte-sekte awal dan pembentukan ortodoksi sunni, yang digali daripada sumber-sumber Islam abad pertengahan, di mana “dalam karya ini, Rahman menantang persepsi hari ini tentang fundamentalisme Islam dan melanjutkan untuk mengaksesnya semula,” suatu karya “yang sangat mendalam, cerdas dan provokatif” di mana “tidak diragukan lagi, bahwa para ahli, mahasiswa dan pengagum Rahman akan melihat karya yang menggairahkan ini sebagai penghormatan besar bagi pemikir yang benar-benar legendaris.” Menyikapi faham dan asas-asas pemikiran hermeneutis Fazlur Rahman, dan pandangannya tentang proses penurunan wahyu dan pembauran kesedaran Nabi (saw) di dalamnya, Nurcholish Madjid menunjukkan, “tampak padaku Fazlur Rahman benar ketika dia menegaskan yang al-Qur‟an tidak turun kepada Nabi dalam kekosongan. Maka salah satu cara untuk memahami pesannya adalah dengan memahami konteksnya. Justeru jika anda bercakap tentang asbab al-nuzul atau sebab turunnya wahyu ia bukanlah latar yang spesifik daripada wahyu tetapi juga tentang lingkungan budayanya.”17 Abdullah Saeed, Interpreting the Qur’an: Towards a Contemporary Approach, (London & New York: Routledge, 2006). 17 Saeed. A. & Johns, A.H., “Nurcholish Madjid and the Interpretation of the Qur‟an: Religious Pluralism and Tolerance.” Taji-Farouki, S (ed.), Modern Muslim Intellectuals and the Qur’an, (1), pp. 6796. Oxford University Press, 2004. 16 252 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Pada Rahman fikiran dan jiwa Nabi dengan akrab terlibat dalam wahyu sebanyak mana Tuhan sebagai sumbernya, tegasnya al-Qur‟an sepenuhnya daripada Tuhan, sebagaimana ia sepenuhnya daripada Nabi – yang membayangkan ia bukan penerimaan pasif tetapi melibatkan kesedaran Nabi yang membaur di dalamnya. Dan “lantaran pernyataaan kontroversil dan revolusioner Rahman terhadap ciri wahyu yang diterima Nabi Muhammad lah, yang mencetuskan protes besar-besaran dari ulama konservatif Pakistan, mengisytiharkan bahawa Rahman “seorang munkir-i Qur’an (penyangsi al-Qur‟an).”18 Kesimpulan Pengaruh dari fahaman kontekstualis yang digagaskan Fazlur Rahman ini telah memberikan asas yang penting dalam menimbulkan aliran neo-modernis Islam yang mengusung pemahaman teks yang progresif dan moden. Konsepsi-konsepsi dan pandangan yang dibawanya terkait dengan penafsiran al-Qur‟an yang kritikal ini telah membawa pemahaman teks al-Qur‟an yang kontemporer, rasional dan segar. Usaha Rahman untuk melacak kembali sumber-sumber Islam yang klasik dan mengkritiknya dalam konteks pemahaman sejarahnya telah memungkinkan tradisi Islam dibaharu dan dikembangkan dalam konteks perkembangan moden dan falsafahnya yang perennial. Perkembangan yang mencabar di abad moden ini menuntut respon balas yang tuntas sebagai diajukan Fazlur Rahman terhadap pandangan-pandangan agama yang jumud dan reaksioner. Rahman bukan saja cuba untuk menumbangkan konservatisme Islam yang berurat berakar di dunia Muslim, “dia juga mempertikaikan banyak usaha-usaha Barat untuk memahami Islam…melukiskannya sebagai rekaan yang fatal, arkaik, dan statik. Dalam mengkritik pandangan-pandangan hukum yang dogmatik dan konservatif ini, Rahman menampakkan keaslian dalam perdebatan intelektual yang mengagumkan yang diajukan dalam membawa pemahaman kontemporer terkait kandungan etika-hukum alQur‟an dan hubungkaitnya dengan dunia moden dan konteks sejarahnya. Donald L. Berry, “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. Atlanta, h. 41. 18 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 253 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Daftar Pustaka Burhani,Ahmad Najib. “Transmission of Islamic Reform from the United States to Indonesia: Studying Fazlur Rahman‟s Legacy through the Works of Ahmad Syafii Maarif”. Indonesia and the Malay World, 41:119, 29-47, 2012. Berry, Donald L. “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. Atlanta, Georgia: Scholars Press, 1998. Maarif, Ahmad Syafii. ”Fazlur Rahman, Semangat Moral-Etika Qur‟anik, dan Proses Pewahyuannya,” tulisan ini disampaikan pada acara International Fazlur Rahman Symposium, diselenggarakan di Inonu University, Malatya, Turkey, 05-06 May 2016. Rahman, Fazlur. Islam: challenges and opportunities. In Alford T. Welch and Pierre Cachia (eds), Islam, past influence and present challenge. Albany, NY: State University of New York Press, pp. 315–30, 1979. . Major Themes of the Qur’an. Minneapolis-Chicago: Bibliotheca Islamica, 1980. . Islam & Modernity. Chicago and London: The University of Chicago, 1982. . Some key ethical concepts of the Qur‟ān. Journal of Religious Ethics 11 (2): 170–85, 1983. . Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. Chicago: University of Chicago Press, 1984. . Islam dan Modernitas tentang Transformasi Intelektual. tr. Ahsin Mohammad, Ammar Haryono. Bandung: Pustaka, 1985. . “Interpreting the Qur‟ān”. Inquiry 3 (5): 45–9, 1986. . Fazlur Rahman In Phillip L. Berman (ed.), The courage of conviction. New York: Dodd, Mead & Co., pp. 191–200, 1986. . Major themes of the Qur’ān. Minneapolis, MN: Bibliotheca Islamica, 1989. Saeed. A. & Johns, A.H., “Nurcholish Madjid and the Interpretation of the Qur‟an: Religious Pluralism and Tolerance.” Taji-Farouki, S (ed.), Modern Muslim Intellectuals and the Qur’an, (1), pp. 67-96. Oxford University Press, 2004. 254 ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 Journal of Qur'ān and Ḥadīth Studies, 10 (2), 2021 Saeed, Abdullah. Interpreting the Qur’an: Towards a Contemporary Approach. London & New York: Routledge, 2006. Woods, John E. Foreword. In Fazlur Rahman. Islam 2nd edn. Chicago: University of Chicago Press, pp. ix–xii, 2002. ISSN: 2089-3434, E-ISSN : 2252-7060 DOI : 10.15408/quhas.v10i2.19799 255