[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 Metode Tafsir Sosial Fazlur Rahman Ahmad Nabil Amir International Institute of Islamic Thought and Civilization nabiller2002@gmail.com ABSTRACT The paper examines the significance sociological ideas of Fazlur Rahman (1919-1988) and his methodological principles in interpreting the Qur’an which was laid out in his works, such as Major Themes of the Qur’an and Islam (University of Chicago Press, 1979). It attempts to set forth his modern and critical outlook of the Quran that formed his revisionist and contextualist approaches in his commentary and its essential textual understanding as derived from his major philosophical and religious works such as Prophecy in Islam: Philosophy and Orthodoxy (University of Chicago Press, 2011) Islamic Methodology in History, and Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism (Oneworld Publications, 1999). The basic principle of this methodology was structured from critical historical analysis and contextual and thematic approaches that formed his progressive outlook and modern worldview of the Quran with deep philosophical and theological reasoning and argumentative kalam viewpoints and dynamic ethical-legal principle and significance spiritual and moral foundation. Keywords;Fazlur Rahman, social thought, methodology, Qur’anic text. ABSTRAK Makalah ini meninjau kerangka pemikiran sosiologis Fazlur Rahman1 dan manhaj tafsir yang dibangunkan dalam penafsiran teks al-Qur’an yang diketengahkan dalam bukunya Major Themes of the Qur’an. Ia turut menyorot prinsip asas yang membentuk faham revisionis dan kontekstual 1 Fazlur Rahman, Major themes of the Qur’ān. (Minneapolis, MN: Bibliotheca Islamica, 1989) 6 128 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 yang fundamental yang mendasari metodologinya dalam pemahaman teks yang dilontarkan dalam bukunya seperti Islamic Methodology in History, Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism (Oneworld Publications, 1999), Prophecy in Islam: Philosophy and Orthodoxy (University of Chicago Press, 2011) dan Islam (University of Chicago Press, 1979). Kerangka asas metodologi tafsirnya ini dirangka dari bingkai historis dan tinjauan kontekstual dan pembacaan tematik yang menggariskan asas yang dinamik dalam pemahaman teks dengan interpretasi moral dan filsafat yang kental. Kata Kunci; Pemikiran sosial, Fazlur Rahman, metodologi, teks alQuran. PENDAHULUAN Fazlur Rahman (1919-1988) adalah ahli hukum dan intelektual Islam yang terkenal2. Fikrahnya dapat dirumuskan dalam perjuangan menegakkan nilai etika dan moral yang syumul dalam masyarakat dan sistem yang adil serta usahanya membezakan antara apa yang dianggap ‘Islam yang normatif’ (dalam erti tidak hanya menekankan apa yang seharusnya menurut ajaran) ketimbang ‘Islam yang historis’ (kontekstual). Gagasan-gagasan radikal yang dikembangkannya banyak memaksanya untuk meninggalkan Pakistan dan berhijrah ke Amerika – didorong oleh pertembungan idea yang parah dan ancaman yang menggugat daripada puak fundamentalis yang fanatik dan radikal. Mengingat derasnya arus pemikiran yang menyerbu dalam kehidupannya, Rahman cuba mewarasi semuanya yang berkembang dengan membenahi aliran pemikiran dan ideologi-ideologi yang mengasak dunia intelektual dalam 2 Ibid., 7 129 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 sejarah moden pada abad ke-20. Berawal dengan iltizam untuk merumuskan satu filsafat dan pandangan alam yang mendasar, beliau meninjau ulang berabad-abad pemikiran dan pemahaman tentang mazhab hukum, dan cuba memperbaharui dan merumuskan dan membawa idealisme yang dapat menampung keperluan-keperluan modern, dengan mengembangkan pemahaman dan pikiran-pikiran hukum yang bebas, progresif dan dinamik. Bertitik tolak daripada kemungkinan-kemungkinan ini, makalah ini bermaksud meninjau kerangka pemikiran Fazlur Rahman3 dan manhaj kritikal dan saintifik yang dibangunkan dalam penafsiran teks al-Qur’an. Ia cuba menyikapi prinsip-prinsip asas daripada manhaj pembaharuan yang dibangunkan dan signifikasi historis daripada pembacaan tematik dan kontekstualnya yang membentuk idealisme dan faham kontekstualis yang fundamental yang mendasari metodologinya dalam pemahaman teks yang dilontarkan dalam buku-bukunya seperti Major Themes of the Qur’an, Islamic Methodology in History, Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism (Oneworld Publications, 1999), Prophecy in Islam: Philosophy and Orthodoxy (University of Chicago Press, 2011) dan Islam.4 Kajian ini menggunakan metode kualitatif, yang berbentuk kajian pustaka. Ia meneliti bahan-bahan primer dan sekunder yang terkait dari sumber-sumber arkib, tesis, jurnal, kertas persidangan, buku, dan manuskrip. Data-data yang 3 Ibid., 7-8 4 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. (Chicago: University of Chicago Press, 1984) 17 130 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 terkumpul dianalisis secara deskriptif, analitis, dan komparatif bagi membuat kesimpulan dan perumusan akhir. Penelitian ini bermaksud mengkaji latar dan konteks penafsiran yang dikembangkan Fazlur Rahman dalam karyanya Major Themes of the Qur’an dan pengaruh ide-ide sosial, falsafah, dan budaya dalam pemahaman kontekstual yang dilakarnya. Ia meninjau dasar pemikiran Fazlur Rahman dalam tafsiran al-Quran dan metode penafsiran hukumnya dan kritik dan analisisnya tentang sejarah perkembangan tafsir. PEMBAHASAN Dilahirkan pada 21 September 1919 di Hazara, daerah yang terletak di barat laut Pakistan, Fazlur Rahman Malak terlingkung kepada keluarga Muslim yang taat, berfahaman dan berhaluan modern. Kesan dari keterbukaan keluarganya ini mempengaruhi pembentukan dan pandangan hidupnya yang bebas, yang tumbuh dalam tradisi pemikiran moden di saat sistem pelajaran mengalami keterbelakangan diakibatkan sistem-sistem lapuk yang diwarisi dalam persekolahan cara lama. Kesan ini disinggung dalam karyanya yang merakam tentang usaha pembaharuan dalam perkembangan sistem pendidikan agama: “My mother and father had a decisive influence in the shaping of my character and earliest beliefs. From my mother I was taught the virtues of truthfulness, mercy, steadfastness, and above all, love. My father was a religious scholar educated in traditional Islamic thought. Unlike most traditional Islamic scholars of that time, who regarded modern education as a poison both for faith and morality, my 131 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 father was convinced that Islam had to face modernity both as a challenge and an opportunity. I have shared this same belief with my father to this very day. (Rahman 1985, 154) Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya dan menuntut di Universiti Lahore dalam pengajian Bahasa Arab dan memperoleh MA dengan kepujian. Setelah menerima PhD-nya dari Oxford University beliau mengajar di McGill University di mana beliau menubuhkan Institut Pengajian Islam. Pada tahun 1961 Presiden Ayub Khan memanggilnya ke Pakistan untuk mengepalai lembaga penyelidikan di bawah mandat pemerintah dan dilantik sebagai Direktur, Islamic Research Institute di Lahore. Di Pakistan beliau mengeluarkan bukunya Islamic Methodology in History yang membuka intisari ijtihad. Pada akhir tahun 60’an, dengan peralihan rejim yang lebih konservatif, dan akibat idea-ideanya yang radikal, telah meledakkan protes dan rusuhan di seluruh negara yang memaksanya berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1969. Fikiranfikiran Rahman umumnya dianggap kontroversial di Pakistan, terutamanya pandangannya terkait dengan hadith. Idea neomodernismenya yang mencuba mendekonstruksi warisan sejarah dan intelektual Islam menimbulkan ketidaksenangan kaum ulama tradisi. Gagasan-gagasan liberal yang dilontarkannya yang mewakili kelompok modernis sewaktu mengepalai lembaga Institut Kajian Islam yang didirikan oleh kerajaan Pakistan, dan sebagai anggota Advisory Council of Islamic Ideology yang dibentuk pemerintah banyak mendapat tantangan dan kecaman dari puak tradisionalis dan fundamentalis. Ini dalam usaha-usahanya untuk menafsirkan semula Islam, dan 132 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 pandangan-pandangannya seputar permasalahan riba, bunga bank, hadith, zakat, proses turunnya wahyu dan fatwafatwanya terkait penyembelihan binatang secara mekanis yang menghebohkan lebih kurang setahun dalam media massa sehingga memaksanya menarik diri dari institusi yang dipimpinnya. Di Amerika, beliau mengajar di University of Chicago dan menubuhkan program Near Eastern Studies. Beliau turut berkhidmat di State Department Amerika Syarikat sebagai penasihat hal ehwal negara Muslim, dan selaku Professor Distinguished Service di Universiti Chicago sejak 1986. Dalam peralihannya daripada pandangan-pandangan rejim yang konservatif, beliau membawa pendekatan yang moden dengan kecenderungan filsafat yang mendalam dan humanis. Ini terlihat dalam filsafat teologi yang sistematik dan asli yang digelutinya dalam metode-metode yang dibangunkan dan analisa-analisa berbobot yang ditawarkan untuk memikir ulang tradisi Islam. Penulisannya yang analitik dan kritis kental membawakan perbahasan tafsir dan isu-isu sejarah yang signifikan dan mengukuhkan aspirasi moral yang kreatif. Ini digarap dari prinsip dan semangat moral-etika al-Qur’an, dan pemahaman yang sistematik dalam disiplin-disiplin falsafah, hukum, teologi, pendidikan yang klasikal dan moden. Insipirasi dan kesan luar biasa dari pengaruh intelektualnya ini diungkapkan oleh Donald L. Berry, “Fazlur Rahman memaparkan sebuah suara segar yang mendedahkan kepada Barat kepada sebuah Islam yang tidak pernah dilihat 133 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 ketika sebelum ini.”5 Dalam menegakkan aspirasi hukum dan ideal perundangan yang diilhamkan al-Qur’an, beliau mempertahankan perintah-perintah moral yang bersifat adil, contohnya dalam keizinan berpoligami, seperti kupasannya pada ayat al-Qur’an6 “Dan kamu tidak akan sesekali dapat berlaku adil di antara wanita, betapa sekalipun keinginanmu untuk melakukannya” yang tampak bercanggah dengan ayat al-Qur’an7 yang berbunyi: “Dan sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil kepada anak yatim, kemudian kahwinilah dalam kalangan wanita [yatim] yang kamu ingini, dua tiga, atau empat. Tetapi sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil [kepada isteri-isteri kamu], maka [kahwinilah] hanya seorang.” Dalam mendamaikan kedua-dua ayat ini Rahman membawa penghujahan yang menarik yang selari dengan pandangan yang diguna pakai oleh kaum modernis Islam: “Kelihatannya terdapat kontradiksi antara kebenaran untuk berpoligami sehingga empat orang isteri; keperluan berlaku adil di kalangan para isteri; dan pengisytiharan tegas bahawa keadilan seumpamanya adalah – lumrahnya – mustahil. Tafsiran golongan tradisionalis adalah klausa kebenaran itu mempunyai kuasa perundangan, sementara tuntutan keadilan – meskipun penting – ditinggalkan kepada dhamir suami…Kelemahan pendirian ini dari sudut pandang normatif agama adalah sesuatu harus ditinggalkan kepada dhamir baik suami, sekalipun lumrahnya, ia pasti akan dilanggar. Kaum Donald L. Berry, “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. (Atlanta, Georgia: Scholars Press, 1998) 41 6 Ibid., 129 7 Ibid., 3 134 5 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 modernis Islam, sebaliknya, cenderung memberi keutamaan kepada tuntutan keadilan ditambah dengan pengisytiharan tentang kemustahilan untuk berlaku adil, dan menyatakan bahwa kebenaran berpoligami dimaksudkan hanya untuk sementara dan untuk sebuah tujuan yang terhad.”8 Fazlur Rahman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 26 Julai 1988 akibat kompilasi dari pembedahan akibat penyumbatan pada pembuluh darahnya. Beliau tidak sedarkan diri dan koma selama satu setengah bulan. Jasadnya dikebumikan di pemakaman Arlington Height Cemetary di Chicago. Salah seorang muridnya di Chicago, Ahmad Syafii Maarif mengenangkan “Sebagai salah seorang pelajarnya di Chicago pada tahun 1979-1982, saya sangat merindui dan menangisi Rahman ketika kematian datang menjemputnya pada 26 Juli 1988.”9 Fazlur Rahman terkenal sebagai seorang cendekiawan Muslim yang berpengaruh pada abad ke-20, dan dianggap sebagai seorang ‘neo-modernis’, istilah yang beliau gunakan untuk menggambarkan pendirian yang kritikal terhadap kedua-duanya modernisme dan tradisionalisme.10 Memandangkan beliau menghabiskan lebih dari tiga dekad daripada kehidupan dewasanya dalam dunia akademik di Barat (sebagai profesor di Universiti Durham, Universiti McGill, Universiti California di Los Angeles, dan Universiti Fazlur Rahman, Major Themes of the Qur’an. Minneapolis-(Chicago: Bibliotheca Islamica, 1980) 47-48 9 Ahmad Syafii Maarif, ”Fazlur Rahman, Semangat Moral-Etika Qur’anik, dan Proses Pewahyuannya,” Kertas kerja dibentangkan pada International Fazlur Rahman Symposium, (selenggaraan Inonu University, Malatya, Turkey, 05-06 May 2016) 7 10 Fazlur Rahman. Islam: challenges and opportunities. In Alford T. Welch and Pierre Cachia (eds), Islam, past influence and present challenge. (Albany, NY: State University of New York Press, , 1979) 315–30 135 8 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 Chicago), tidaklah mengherankan yang sumbangannya kepada dunia Islam kebanyakannya terbatas kepada lapangan intelektual. Ketika pemerintahan Jenderal Ayyub Khan, Rahman memang mencuba untuk menerapkan ideanya di Pakistan melayani sebagai kepala Islamic Research Institute dan di Lembaga Penasihat Ideologi Islam. Meskipun begitu, beliau mengundurkan diri pada 1968 setelah lapan tahun berikutan tekanan yang tak kenal belas dari puak konservatif Muslim di Pakistan. Dari pengalaman akademik dan keterlibatannya dalam masyarakat Islam, Rahman percaya bahawa sebarang pembaharuan dalam pemikiran Islam harus bermula dengan al-Qur’an kerana ia memainkan peranan utama dalam kehidupan Muslim. Beliau justeru asyik dengan ‘memperbaiki metode penafsiran al-Qur’an’ di zaman kontemporer.11 Beliau mengkritik ahli tafsir abad klasik dan pertengahan kerana kegagalan mereka yang sistematik dalam menghasilkan “weltanschauung” yang menyatu dan berkesan yakni yang kohesif dan bermakna bagi kehidupan secara keseluruhan’ daripada al-Qur’an.12 Rahman menyimpulkan bahawa ‘terdapat keperluan yang mendesak bagi teori hermeneutika yang akan membantu kita memahami makna al-Qur’an secara keseluruhan sehingga kedua-dua bahagian teologis al-Qur’an dan bahagian akhlak dan etika-hukumnya menjadi kesatuan yang utuh’13 Rahman mengusulkan metode hermeneutika bagi 11 12 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. (Chicago: University of Chicago Press, 1984) 1 Fazlur. Fazlur Rahman. In Phillip L. Berman (ed.), The courage Rahman of conviction. (New York: Dodd, Mead & Co., pp. 191–200, 1986) 45 13 Ibid., 45 136 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 penafsiran al-Qur’an yang beliau gelar ‘teori gerakan ganda’, di mana ‘gerakan pertama adalah dari seluk-beluk al-Qur’an kepada penarikan dan penyusunan prinsip, nilai dan objektif jangka panjangnya yang umum, [dan] kedua adalah dari pandangan umum ini kepada pandangan yang spesifik yang harus dirumuskan dan direalisasikan sekarang’.14 Dari usaha hermeneutik ini, Rahman (1984:14) menarik premis yang menentukan bahawa ‘perhatian pusat al-Qur’an adalah tingkahlaku manusia’, atau bahawa al-Qur’an sebahagian besarnya merupakan panduan etika bagi perhubungan antara manusia. Etika adalah intisari al-Qur’an dan ia adalah “mata rantai yang diperlukan antara teologi dan hukum’.15 Beliau mengkritik kecenderungan ahli hukum Islam yang melihat al-Qur’an terutamanya sebagai kitab perundangan dan dengan pendekatan ‘atomistik’, ‘menafsirkan setiap perenggan atau ayat dari segi hukum seakan ia berdiri dengan sendirinya’ dan Mengambil hukum-hakam ‘daripada ayat-ayat yang tidak sama sekali bersifat hukum dalam muatannya’.16 Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang unsur yang membentuk etika al-Qur’an, Rahman menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa terdapat sekurangkurangnya tiga konsep etika kunci dari al-Qur’an, yakni iman, islam dan taqwa. Ia berasal dari pangkal kata Arab yang berbeza tetapi yang mengejutkan sama dalam pengertiannya. Bersamasama, mereka membentuk landasan dari etika al-Qur’an dan 14 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. (Chicago: University of Chicago Press, 1984) 7 15 Ibid., 154 16 Ibid., 3 137 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 memberikan ciri etosnya’.17 Iman bermakna ‘keamanan’ atau ‘keselamatan’. Makna islam juga ‘kesejahteraan’ dan ‘keselamatan,’ sementara perkataan taqwa bermakna ‘untuk melindungi’, ‘untuk menyelamatkan dari kehancuran’ dan ‘untuk memelihara’. Rahman justru menyimpulkan bahawa ‘renungan tentang tiga istilah kunci ini dan analisisnya membawa kita langsung ke dalam “ke bawah sedar dari al-Qur’an” seakannya. Ia memberi kita intipan ke dalam lapisan yang terdalam dari makna, semangatnya yang mendasar. Semangat al-Qur’an pada asasnya diarahkan untuk memelihara dan membangunkan integriti perorangan dan kolektivisme’.18 Berdasarkan di atas, jelaslah bahwa semangat dasar dari etika al-Qur’an adalah untuk menciptakan masyarakat yang adil dan egaliter di bawah Tuhan, atau memakai istilah Rahman ‘untuk menegakkan perintah sosial yang berdaya maju di muka bumi yang akan bersifat adil dan berlandaskan etika’ (1989: 37)19. Objektif ini ketara sejak permulaan penurunan al-Qur’an di mana Islam kuat menentang ‘politeisme (penyembahan berhala), pemerasan orang miskin, penyelewengan dalam perdagangan, dan ketiadaan rasa tanggungjawab yang umum terhadap masyarakat’ (Rahman 1984: 5). 20Perlawanan terhadap kaum musyrikin bukan hanya disebabkan mereka 17 18 Fazlur Rahman, Some key ethical concepts of the Qur’ān. (Journal of Religious Ethics 11 (2): 170–85, 1983) 170 Fazlur Rahman, In Phillip L. Berman (ed.), The courage Rahman of conviction. (New York: Dodd, Mead & Co., pp. 191–200, 1986) 49 Fazlur Rahman, Major themes of the Qur’ān. (Minneapolis, MN: Bibliotheca Islamica, 1989) 37 20 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. (Chicago: University of Chicago Press, 1984) 5 138 19 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 mempercayai kemajmukan tuhan, tetapi lebih penting kerana politeisme menjadi asas dari ketidak adilan sosial.21 Memandangkan ajaran yang substantif dari al-Qur’an adalah untuk memberi tuntunan bagi tingkahlaku manusia di dunia ini, oleh itu tidak bermakna menjadi seorang mu’min jika dia tidak mempunyai kesedaran sosial dengan membenarkan atau tidak menentang sistem politik autokratik atau oligarkis dan tidak membantu segmen yang lebih lemah daripada masyarakat. Kepercayaan tanpa tindakan sama sekali tidak dapat dipertahankan, ‘…malah “lima rukun” Islam yang dianggap agama par excellence, mempunyai keadilan sosial dan pembinaan masyarakat yang egaliter sebagai matlamatnya’.22 Pendeknya, Islam sebagaimana tercermin dalam alQur’an adalah agama moralitas dan kemanusiaan. Dari penelaahan dan pemikiran ulangnya terhadap tradisi Islam dan pandangan-pandangan sejarah dan ajaran spiritualnya, beliau telah menggariskan interpretasi hukum yang prinsipal terkait dengan sifat dasar dan metodologinya, dalam merespon kepada cabaran dunia moden di mana Rahman berhujah bahawa ijtihad (penalaran bebas) harus memainkan peranan kunci dalam kehidupan Muslim kontemporer. Prinsip asas dalam tafsir al-Qur’an-nya yang analitik dilacak daripada faham-faham klasik Barat dan fikiran-fikiran Greek yang disuguhkan dalam tafsir moden. Ia menggagaskan prinsip dan metodologi hermeneutik yang radikal dan asli. 21 Fazlur Rahman, In Phillip L. Berman (ed.), The courage Rahman of conviction. (New York: Dodd, Mead & Co., pp. 191–200, 1986) 197 22 Fazlur Rahman, Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. (Chicago: University of Chicago Press, 1984) 19 139 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 Terkait dengan hal ini, Abdullah Saeed menulis tentang signifikasi hukum-etika yang diilhamkan Fazlur Rahman dan menghuraikan metodologi al-Qur’an dan rumusan hukum yang dikembangkannya, “On balance, Rahman’s approach to the Qur’an was among the most original, daring and systematic of the mid to late twentieth century. His emphasis on the context of the revelation has had far reaching influence on the debate among Muslims of questions such as human rights, women’s rights and social justice.” (Abdullah Saeed, 2006) Dalam karya pentingnya Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism23 karyanya yang terakhir yang didiktekan sebelum wafatnya pada tahun 1988 – Rahman menyuguhkan hujah-hujah saintifik yang memperlihatkan ketinggian daya ijtihad dan kekuatan analisis dalam menyikapi permasalahan mazhab dan aliran fundamentalisme Islam, berhadap-hadapan dengan kemunculan sekte-sekte awal dan pembentukan ortodoksi sunni, yang digali daripada sumber-sumber Islam abad pertengahan, di mana “dalam karya ini, Rahman menantang persepsi hari ini tentang fundamentalisme Islam dan melanjutkan untuk mengaksesnya semula,” suatu karya “yang sangat mendalam, cerdas dan provokatif” di mana “tidak diragukan lagi, bahwa para ahli, mahasiswa dan pengagum Rahman akan melihat karya yang menggairahkan ini sebagai penghormatan besar bagi pemikir yang benar-benar legendaris ini.” Menyikapi faham dan asas-asas pemikiran hermeneutis Fazlur Rahman, dan pandangannya tentang proses penurunan 23 Saeed. A. & Johns, A.H., “Nurcholish Madjid and the Interpretation of the Qur’an: Religious Pluralism and Tolerance.” Taji-Farouki, S (ed.), Modern Muslim Intellectuals and the Qur’an, (1),. (Oxford University Press, 2004) 6796 140 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 wahyu dan pembauran kesedaran Nabi (saw) di dalamnya, Nurcholish Madjid menunjukkan, “tampak padaku Fazlur Rahman benar ketika dia menegaskan yang al-Qur’an tidak turun kepada Nabi dalam kekosongan. Maka salah satu cara untuk memahami pesannya adalah dengan memahami konteksnya. Justru jika anda bercakap tentang asbab alnuzul atau sebab turunnya wahyu ia bukanlah latar yang spesifik daripada wahyu tetapi juga tentang lingkungan budayanya.”24 Pada Rahman fikiran dan jiwa Nabi dengan akrab terlibat dalam wahyu sebanyak mana Tuhan sebagai sumbernya, tegasnya al-Qur’an sepenuhnya daripada Tuhan, sebagaimana ia sepenuhnya daripada Nabi – yang membayangkan ia bukan penerimaan pasif tetapi melibatkan kesedaran Nabi yang membaur di dalamnya. Dan “lantaran pernyataaan kontroversil dan revolusioner Rahman terhadap ciri wahyu yang diterima Nabi Muhammad lah, yang mencetuskan protes besar-besaran dari ulama konservatif Pakistan, mengisytiharkan bahawa Rahman “seorang munkir-i Qur’an (penyangsi al-Qur’an).”25 Saeed. A. & Johns, A.H., “Nurcholish Madjid and the Interpretation of the Qur’an: Religious Pluralism and Tolerance.” Taji-Farouki, S (ed.), Modern Muslim Intellectuals and the Qur’an, (1),. (Oxford University Press, 2004) 6796 25 Donald L. Berry, “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. (Atlanta, Georgia: Scholars Press, 1998 “seorang munkir-i Qur’an penyangsi al-Qur’an.”, 1998) 41 141 24 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 PENUTUP Pengaruh dari fahaman kontekstualis yang digagaskan Fazlur Rahman ini telah memberikan asas yang penting dalam menimbulkan aliran neo-modernis Islam yang mengusung pemahaman teks yang progresif dan moden. Konsepsikonsepsi dan pandangan yang dibawanya terkait dengan penafsiran al-Qur’an yang kritikal ini telah membawa pemahaman teks al-Qur’an yang kontemporer, rasional dan segar. Usaha Rahman untuk melacak kembali sumber-sumber Islam yang klasik dan mengkritiknya dalam konteks pemahaman sejarahnya telah memungkinkan tradisi Islam dibaharu dan dikembangkan dalam konteks perkembangan moden dan falsafahnya yang perennial. Perkembangan yang mencabar di abad moden ini menuntut respon balas yang tuntas sebagai diajukan Fazlur Rahman terhadap pandangan-pandangan agama yang jumud dan reaksioner. Rahman bukan saja cuba untuk menumbangkan konservatisme Islam yang berurat berakar di dunia Muslim, “dia juga mempertikaikan banyak usaha-usaha Barat untuk memahami Islam…melukiskannya sebagai rekaan yang fatal, arkaik, dan statik….26 Dalam mengkritik pandangan-pandangan hukum yang dogmatik dan konservatif ini, Rahman menampakkan keaslian dalam perdebatan intelektual yang mengagumkan yang diajukan dalam membawa pemahaman kontemporer terkait kandungan etikahukum al-Qur’an dan hubungkaitnya dengan dunia moden dan konteks sejarahnya. 26 Ibid., 41 142 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 DAFTAR PUSTAKA Abdullah Saeed, Interpreting the Qur’an: Towards a Contemporary Approach. London & New York: Routledge, 2006. Ahmad Najib Burhani, “Transmission of Islamic Reform from the United States to Indonesia: Studying Fazlur Rahman’s Legacy through the Works of Ahmad Syafii Maarif”, Indonesia and the Malay World, 41:119, 29-47, 2012. Ahmad Syafii Maarif, ”Fazlur Rahman, Semangat Moral-Etika Qur’anik, dan Proses Pewahyuannya,” Kertas kerja dibentangkan pada International Fazlur Rahman Symposium, selenggaraan Inonu University, Malatya, Turkey, 05-06 May 2016. Donald L. Berry, “Fazlur Rahman: A Life in Review” dalam Earle H. Waugh dan Frederick M. Denny (eds.), The Shaping of an American Discourse: A Memorial to Fazlur Rahman. Atlanta, Georgia: Scholars Press, 1998. Rahman, Fazlur. Islam: challenges and opportunities. In Alford T. Welch and Pierre Cachia (eds), Islam, past influence and present challenge. Albany, NY: State University of New York Press, pp. 315–30, 1979. Fazlur Rahman, Major Themes of the Qur’an. MinneapolisChicago: Bibliotheca Islamica, 1980. Fazlur Rahman, Islam & Modernity. Chicago and London: The University of Chicago, 1982. Rahman, Fazlur. Some key ethical concepts of the Qur’ān. Journal of Religious Ethics 11 (2): 170–85, 1983. Rahman, Fazlur. Islam & modernity: transformation of an intellectual tradition. Chicago: University of Chicago Press, 1984. 143 Fikroh: Jurnal Studi Islam P-ISSN. 1979-9608 E-ISSN: 2961-7936 Vol. 6 No. 2, Desember 2022 Hal. 128-144 Fazlur Rahman, Islam dan Modernitas tentang Transformasi Intelektual. tr. Ahsin Mohammad, Ammar Haryono. Bandung: Pustaka, 1985. Rahman, Fazlur. Interpreting the Qur’ān. Inquiry 3 (5): 45–9, 1986. Rahman, Fazlur. Fazlur Rahman. In Phillip L. Berman (ed.), The courage of conviction. New York: Dodd, Mead & Co., pp. 191–200, 1986. Rahman, Fazlur. Major themes of the Qur’ān. Minneapolis, MN: Bibliotheca Islamica, 1989. Saeed. A. & Johns, A.H., “Nurcholish Madjid and the Interpretation of the Qur’an: Religious Pluralism and Tolerance.” Taji-Farouki, S (ed.), Modern Muslim Intellectuals and the Qur’an, (1), pp. 67-96. Oxford University Press, 2004. Woods, John E. Foreword. In Fazlur Rahman. Islam 2nd edn. Chicago: University of Chicago Press, pp. ix–xii, 2002. 144