Skip to main content
... Page 2. 2 Impact of Teaching and Learning Method with Multimedia Application Aided 1 Ahmad Rizal Madar, 2 Mohamad Zaid Mustafa & 3 Lutfan bin Jaes 1,2 Jabatan... more
... Page 2. 2 Impact of Teaching and Learning Method with Multimedia Application Aided 1 Ahmad Rizal Madar, 2 Mohamad Zaid Mustafa & 3 Lutfan bin Jaes 1,2 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan ... Bandar di Sabah).” Kamarudin Haji Husin, dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz, (2003). ...
Terdapat pantun-pantun Melayu yang dikaitkan dengan keberadaan Pulau Sialu di Batu Pahat. Namun masyarakat pada hari ini kurang maklum dan mengetahui tentang pantun yang dikaitkan dengan Pulau Sialu tersebut. Dari segi lokasi, Pulau Sialu... more
Terdapat pantun-pantun Melayu yang dikaitkan dengan keberadaan Pulau Sialu di Batu Pahat. Namun masyarakat pada hari ini kurang maklum dan mengetahui tentang pantun yang dikaitkan dengan Pulau Sialu tersebut. Dari segi lokasi, Pulau Sialu terletak di muara Sungai Batu Pahat dan ia diduduki oleh kaum Orang Asli suku Kuala pada suatu masa dahulu. Akan tetapi, kini kaum Orang Asli suku Kuala ini telah berhijrah ke Sungai Layau, Kota Tinggi. Perpindahan kaum ini turut membawa penghijrahan budaya berpantun dan ia memberi implikasi kepada terhadnya maklumat kepada akal budi kaum Orang Asli ini menerusi pantun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengumpul pantun dalam kalangan Orang Asli suku Kuala dan melihat kearifan lokal kaum ini sebagaimana yang terpancar di dalam pantun. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur ke atas kaum Orang Asli suku Kuala di Sungai Layau Kota Tinggi, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan hasil te...
Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya... more
Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya sistem ekonomi di bawah pimpinannya dapat berjalan dengan telus, cekap, profesional dan mencapai matlamat. Kertas kerja ini berusaha untuk melihat amalan unggul pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kemarau pada zaman baginda. Penelitian dilakukan secara induktif dengan memberikan perhatian kepada seluruh surah Yusuf (12:1-111). Manakala pemerhatian deskriptif terpilih kemudiannya dilakukan pada ayat-ayat surah tertentu bagi tujuan penulisan ini. Ia turut mengambil kira pandangan ahli akademik, politik dan ekonomi lainnya. Hasil penelitian mendapati bahawa nilai-nilai unggul seperti ketaqwaan (at-taqwa), kebertanggungjawaban (mas’iliyyah) dan keadilan (’adalah) diperlukan bagi seorang pemimpin dalam mengurus ekonomi. Manakala kaedah penyimpanan yang baik, pembinaan bidang-bidang utama ekonomi dan mekanisme pengawalan yang objektif adalah antara strategi terbaik yang harus diamalkan. Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman. Diharapkan penulisan ini mampu memberi refleksi serta idea bagi melihat semula amalan unggul (menyeluruh) yang harus ada bagi seorang pemimpin dalam mengurus kejayaan ekonomi dan pembangunan.
Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, gaya dan nilai amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi... more
Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, gaya dan nilai amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. Lantaran itu, kertas kerja ini melihat khususnya gaya dan nilai-nilai unggul3 dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. Kertas kerja ini turut mengambilkira pandangan ahli-ahli ekonomi masakini berkenaan analisa yang dibuat. Hasil daripada penelitian didapati terdapatnya beberapa gaya dan nilai unggul dalam pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s. sehingga baginda berjaya menangani masalah ekonomi pada waktu itu. Sebahagian daripada gaya dan nilai tersebut adalah keadilan (’adalah), ihsan dan kerjasama (ta’awun). Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman oleh kerana itu diharapkan penulisan ini memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi negara menurut perspektif Islam dengan berjaya.
Purpose of the study: This study aimed to find out the meaning behind the text of two streams of online newspapers in Malaysia, the present study is conducted on ‘Malaysiakini’ (independent newspaper) and ‘The News Straits Times’... more
Purpose of the study: This study aimed to find out the meaning behind the text of two streams of online newspapers in Malaysia, the present study is conducted on ‘Malaysiakini’ (independent newspaper) and ‘The News Straits Times’ (mainstream newspaper). Methodology: The research employs Norman Fairclough (1995) Critical Discourse Analysis (CDA), which is analyzed with Halliday’s Systematic Functional Linguistics (SFL) based on social semiotics analysis (1985). Transitivity Analysis of text is based on Halliday’s work by Matthiessen (2014). Sixteen-16 (6,125 words) hard news is selected from ‘Malaysiakini’ and five-5 (2,270 words) from ‘The New Straits Times’ based on the ‘defamation’ category, which is selected from one week before elections. The selected dates of data are 3rd May till 9th May 2018. The news reports are selected on social actors’ performances i.e. Dr.Mahathir Mohamad and Najib Razak, which are based on van Leeuwen’s (2005) social semiotic framework. Main Findings: T...
Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku yang... more
Penulisan ini bertitik tolak daripada sebuah buku bertajuk Public Universities, Managerialism and value of Higher Education tulisan Prof. Rob Watts dari RMIT University, Melbourne, Australia terbitan Palgrave Macmillan (2017). Buku yang mengandungi 10 bab ini secara kritis memerihalkan trenda urus tadbir universiti awam serta perkaitannya (dilema) dengan nilai pendidikan tinggi masa kini. Bagi tujuan penulisan ini, Bab 6 bertajuk The Rise of Manageriat telah dikupas dan cuba dibincangkan dalam konteks urus tadbir universiti awam di Malaysia serta kesannya kepada komuniti nya. Sebuah premis menyatakan bahawa universiti awam masa kini telah menjadi sebuah perbadanan perniagaan transnasional yang beroperasi dalam global knowledge economy yang kompetitif. Malah beberapa kajian akademik menegaskan bahawa universiti moden telah banyak “dipasarkan” atau melalui proses “rasionalisasi" oleh Order Baru Pengurusan. Sehubungan dengan itu, ada pengulas yang berpendapat hasilnya adalah institusi pengajian tinggi yang berfokus kan pelanggan, baru, cekap dan berkualiti tinggi. Namun di sebelah pihak pula menegaskan ia telah menumbangkan dan merendahkan nilai-nilai teras akademik dan merupakan satu amalan penindasan oleh kelas pentadbiran era baru. Malah sebilangan kecil berani berpendapat bahawa “pemasaran” universiti dan pendidikan tinggi ini telah memupuk entiti baru dipanggil "McUniversity". Maka penulisan ini berusaha mengupas idea yang berkaitan dengan keperluan serta kesan daripada sebuah modern university yang meliputi perancangan strategik, polisi, penanda aras, ranking, pengauditan dan penunjuk prestasi. Akhir sekali penulisan cuba mengupas proses transformasi yang sedang dijalani oleh universiti awam masa kini khususnya aspek kecekapan kos dan ekonomi pengetahuan dan juga kesan akhir kepada komuniti yang meliputi graduan, para pelajar serta warga kerja nya.

Kata Kunci : Modern university, New funding environment, Transformation process
Nilai budaya merupakan sesuatu yang unik dan menjadi identiti sesebuah masyarakat. Dalam beberapa literatur, nilai budaya dikaitkan dengan kejayaan mahupun kegagalan sebuah negara dalam mendepani pembangunan. Lalu penulisan ini bertujuan... more
Nilai budaya merupakan sesuatu yang unik dan menjadi identiti sesebuah masyarakat. Dalam beberapa literatur, nilai budaya dikaitkan dengan kejayaan mahupun kegagalan sebuah negara dalam mendepani pembangunan. Lalu penulisan ini bertujuan melakukan perbahasan terkait kepentingan nilai budaya masyarakat dalam sebuah model Negara Pembangun (Developmentalist State). Perkembangan model ini di soroti dari akar umbinya di Negara Jepun dan Korea sebelum beberapa usaha untuk mengembangkannya di negara-negara membangun lain khususnya di Asia Tenggara. Masyarakat menjadi fokus utama perbahasan penulisan ini dengan proses modenisasi ditumpukan sebagai alat menuju pembangunan yang di hasratkan. Beberapa teori modenisasi popular di senaraikan bagi memperkukuhkan perbincangan terkait pembangunan Negara Pembangun. Elemen pemimpin dan kepimpinan turut tidak ketinggalan dibincangkan sebagai faktor penggerak penting kepada penerapan nilai budaya berkesan di kalangan masyarakat.

Kata Kunci: Nilai budaya, Negara pembangun, Teori modenisasi, Masyarakat
Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya... more
Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya sistem ekonomi di bawah pimpinannya dapat berjalan dengan telus, cekap, profesional dan mencapai matlamat. Kertas kerja ini berusaha untuk melihat amalan unggul pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kemarau pada zaman baginda. Penelitian dilakukan secara induktif dengan memberikan perhatian kepada seluruh surah Yusuf  (12:1-111). Manakala pemerhatian deskriptif terpilih kemudiannya dilakukan pada ayat-ayat surah tertentu bagi tujuan penulisan ini. Ia turut mengambil kira pandangan ahli akademik, politik dan ekonomi lainnya. Hasil penelitian mendapati bahawa nilai-nilai unggul seperti ketaqwaan (at-taqwa), kebertanggungjawaban (mas’iliyyah) dan  keadilan (’adalah) diperlukan bagi seorang pemimpin dalam mengurus ekonomi. Manakala kaedah penyimpanan yang baik, pembinaan bidang-bidang utama ekonomi dan mekanisme pengawalan yang objektif adalah antara strategi terbaik yang harus diamalkan. Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman. Diharapkan penulisan ini mampu memberi refleksi serta idea bagi melihat semula amalan unggul (menyeluruh) yang harus ada bagi seorang pemimpin dalam mengurus  kejayaan ekonomi dan pembangunan. 

Kata Kunci : Pengurusan Krisis Ekonomi, Pemimpin dan Kepimpinan, Nilai Unggul, Yusuf
Research Interests:
This paper traced the discourse of leadership. It later expanded to aspects of "national resilience " of a country (Singapore) in managing and dealing with the global and local challenges. "National Resilience " is something to be... more
This paper traced the discourse of leadership. It later expanded to aspects of "national resilience " of a country (Singapore) in managing and dealing with the global and local challenges. "National Resilience " is something to be undertaken by each country and is the most important element in constructing a Nation. It covers the entire national unity, solidarity, security, economy, social, cultural system, the rules of law and others. In this regard, the experience of "ups and downs" of Singapore in managing the "national resilience " should be taken out  and made into a lesson. It seeks spotlight through the leadership experience of a silent but great statesman, Mr Lee Kuan Yew (LKY). His leadership for over 60
years has led the Singapore community thrive from one level to the other level. He guided Singapore when Singapore was disconnected with its "inland", Malaysia. LKY was seen to provide a leadership style in the form of hope, life,
prosperity and wealth to the people of Singapore. Directly it gives the new form
of "national resilience " concept which is different with any other countries in the
world. This "hybrid" mold enables Singapore to remain dominant in Southeast
Asia and stay successful in the world. A descriptive analysis conducted has found out that the basic principles of leadership of guided democracy (autocratic), a comprehensive security policy and kiasu, a unique bilingual education policy, a
controlled political system, the doctrine of "equal opportunity", patriotism and nation building, the management of religious freedom, a centralized capitalist economy, recruiting the first class of human capital and the adoption of Asian
values (Confucius) are the key success factors of "national resilience " in
Singapore. It is hoped that, at the end of this paper; a new knowledge enrichment
associated with "national resilience " is raised particularly in the context of managing a society and country. The hopes and aspirations can be shared and compared by the leadership in Malaysia which has a chronology of a shared history.

Keywords: National Resilience, Lee Kuan Yew, Leadership
Research Interests:
ABSTRACT This paper stems from leadership discourse. It has been further established to aspects of development and management of nation state in Singapore. It is chronicled through the vast experience of Singapore’s respected statesman,... more
ABSTRACT
This paper stems from leadership discourse. It has been further established to aspects of development and management of nation state in Singapore. It is chronicled through the vast experience of Singapore’s respected statesman, Lee Kuan Yew (LKY). Similar to its previously colonised territories, Singapore has to build a nation - state that its people have long aspired, through a republic it builds during the fight for independence. Thus, 60 years of LKY leadership has effectively shaped the “direction” of building Singapore nation-state after the independence. The foundation of Singapore nation-stated is deemed essential to the survival of Singapore. Meanwhile, 20th century (and the current 21st century) politics, economics, and social, are still vital references and have their own roles in the development of nation state. Therefore, this paper will discuss the tendencies of LKY leadership in setting the groundwork and direction of the aspired nation-state. It relates to security, bilingual education, political system, meritocracy and equal opportunity, “small capitalists” patriotism, human capital management, and Asian values practices. These aspects have been imposed on the multiracial Singaporeans, who naturally have own demands and preferences to religions, race, and ethnic groups. At the end of this paper, hopefully a new enrichment of knowledge dawns, which is related to the patterns of building and managing a nation state, especially regarding running a community and a Southeast country.


Keywords: Leadership Styles, Nation-State, Lee Kuan Yew.
Research Interests:
Research Interests:
Research Interests:
Research Interests:
Research Interests:
ABSTRAK Kertas kerja ini memerihalkan tentang Soeharto dalam mengurus masyarakat majmuknya. Ia cuba dilihat dalam konteks akal budi tempatan (local wisdom) yang merupakan nilai teras mendominasi pengurusannya dan seterusnya membentuk gaya... more
ABSTRAK Kertas kerja ini memerihalkan tentang Soeharto dalam mengurus masyarakat majmuknya. Ia cuba dilihat dalam konteks akal budi tempatan (local wisdom) yang merupakan nilai teras mendominasi pengurusannya dan seterusnya membentuk gaya kepimpinan tersendiri dalam mengurus masyarakat. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan tersebut. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks " Pidato Akhir Tahun " , " Pidato Kenegaraan " dan " Ucapan Partai ". Terlebih dahulu, satu set Dimensi Nilai telah ditetapkan dan dihujahkan berdasarkan hujahan-hujahan Nilai Asia (Asian Value). Analisis akan melihat keutamaan dan kecenderungan setiap dimensi di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian " Pidato Kenegaraan " sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai kepada rakyatnya. Manakala Dimensi Nilai " Orientasikan Kuasa " merupakan dimensi nilai yang paling utama dalam penyampaian mesejnya. Akhir sekali, satu penjelasan (triangulasi) dilakukan bagi mengesahkan dapatan terhadap kecenderungan dimensi nilai Soeharto. Ia sekali gus menerangkan gaya kepimpinan dan bentuk pembangunan Soeharto yang ingin dicapai terhadap masyarakat majmuknya.
Research Interests:
Aku ingin menjadi bukit Disalak anjing langsung tak terjingkit Terpacak kaku tak berani dicuit Aku ingin menjadi penonton Memaki pemain berbaju sedondon Letih berdiri bersidai di pohon Aku ingin sepanas lahar Dijauhi orang meleleh... more
Aku ingin menjadi bukit
Disalak anjing langsung tak terjingkit
Terpacak kaku tak berani dicuit

Aku ingin menjadi penonton
Memaki pemain berbaju sedondon
Letih berdiri bersidai di pohon

Aku ingin sepanas lahar
Dijauhi orang meleleh mengelebar
Panas mendidih memekat suar

Takut ku pada realiti
Masih tak lekang dari sisi

Rayuan ku pada malam
Agar segera menimbulkan balam

Hadirkan lah perasaan redha yang palsu
Walaupun esok hakikat terus memburu

Letihnya minda dan perasaan ku wahai Tuhan......