[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Idris Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idris Ahmad
PMW (Wilayah Persekutuan)
Idris pada 2022
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bagan Serai, Perak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Noor Azmi Ghazali
Majoriti18,551 (PRU-15)
Naib Presiden
Parti Islam Se-Malaysia
Menyandang jawatan
2015
PresidenAbdul Hadi Awang
Anggota Majlis Syura Ulamak PAS
Menyandang jawatan
2015
Berkhidmat with
Anggota Majlis Syura Ulamak PAS
Mursyidul AmHashim Jasin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ahmad Marzuk Shaary
Didahului olehZulkifli Mohamad Al-Bakri
Digantikan olehMohd Na'im Mokhtar
Ahli Dewan Negara
Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 Jun 2020 – 5 November 2022
PenggalPertama
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bukit Gantang, Perak
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Mohammad Nizar Jamaluddin
Digantikan oleh Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Majoriti986 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1963-10-19) 19 Oktober 1963 (umur 61)
 Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Kamariah Mat Ali
PertalianTuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai (Ayah)
Dato' Seri Haji Hassan Ahmad (Abang)
Datuk Md Salleh Ahmad (Abang)
Tuan Guru Haji Zakaria Ahmad (Adik)
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia (BA dan MA)
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Datuk Haji Idris bin Ahmad (Jawi: ادريس بن احمد, lahir 19 Oktober 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan Ahli Dewan Negara (Senator).

Pada penggal Parlimen Malaysia ke-13, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan penyandang dari PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Changkat Jering, Taiping, Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Idrid melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978–1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980–1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1984–1988) dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM.

Beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat pada tahun 1989 setelah dilantik sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkhidmat selama 8 tahun di UiTM Shah dan terus aktif menceburi bidang politik yang sehingga dilantik dilantik sebagai ahli parlimen pada tahun 2013 bagi kawasan Parlimen BUkit Gantang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebagai senator pada tahun 2020 dan telah diberi kepercayaaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Bagan Serai Idris Ahmad PN (PAS) 33,753 Zul Helmi Ghazali BN (UMNO) 15,202 18,551
Siti Aishah Shaik Ismail PH (PKR) 13,195
Ahmad Luqman PEJUANG 383
2018 Bukit Gantang Idris Ahmad PAS 16,052 Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal BN (UMNO) 22,450 4,089
Khadri Khalid PH (BERSATU) 18,361
2013 Idris Ahmad PAS 30,563 Ismail Saffian BN (UMNO) 29,577 986
2008 Jerlun Idris Ahmad PAS 17,219 Mukhriz Mahathir BN (UMNO) 19,424 2,205
2004 Idris Ahmad PAS 16,981 Abdul Rahman Ariffin BN (UMNO) 19,123 2,142

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Idris Ahmad (2017). Bicara Politik Ustaz Idris Ahmad. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.
  • Idris Ahmad (2001). Panduan Usrah. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
  • Idris Ahmad (2000). Teks Usrah: Peringkat Penerangan. Kuala Lumpur: Sarjana Media.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]