Zulkifli Ismail (agamawan)
Yang Berhormat Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jasin, Melaka | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Hamzah |
Pesuruhjaya PAS Melaka | |
Menyandang jawatan 22 November 2021 | |
Didahului oleh | Kamarudin Sedik |
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Ketua | Ahmad Yahaya |
Didahului oleh | Johari Mat |
Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka | |
Menyandang jawatan 2006 | |
Didahului oleh | Jaliluddin Abdul Wahid |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1966 Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail | |
---|---|
Pendidikan | Universiti Al-Azhar, Mesir |
Pekerjaan | Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka |
Karya terkenal | Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqaha', Ancaman Bahaya Liberalisme |
Yang Berhormat Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail merupakan seorang tokoh agama di Malaysia kelahiran negeri Melaka. Beliau merupakan Mudir Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Sungai Udang, Melaka. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka. Di peringkat parti politik, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Zulkifli dilahirkan pada tahun 1966 di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka. Berasal dari keluarga para pemimpin dan agamawan. Ayahanda beliau adalah guru agama yang memimpin Persatuan Melayu Islam Brunei. Moyangnya adalah Tuan Qadhi Sidek yang sangat dihormati di zamannya. Datuk beliau Kiyai Haji Abdul Rahman dan bapa saudara beliau Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid adalah pengasas bersama Pondok Paya Rumput Sungai Udang[1].
Beliau mempunyai seorang isteri, Ustazah Zarina Saad dan dua belas orang cahaya mata. Tujuh daripadanya adalah penghafaz al-Quran. Putera sulung beliau adalah pelajar dan tenaga pengajar rasmi di Ribat Tarim iaitu sebuah institusi pendidikan agama di Kota Tarim, Hadramaut, Yaman.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan di Maahad Al-Muhammadi Kelantan. Seterusnya di Pondok Bukit Besar Kedah dan menyempurnakan pengajiannya secara talaqqi selama lebih kurang sepuluh tahun di Mesir. Beliau telah menyusun beberapa buah buku antaranya dua buah buku sewaktu beliau menuntut di Mesir. Risalah Arab berjudul Attanbih 'Anid Dholal dan kajian mengenai Sekularisme berjudul Ancaman Bahaya Sekularisme. Manakala di tanah air beliau mengarang buku berbahasa Arab antaranya Risalah Attahridh, Mauizah AlHasanah dan Tazkiratul Abna'.
Penglibatan dalam masyarakat
[sunting | sunting sumber]Zulkifli merupakan pengasas dan pengasuh kepada Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' semenjak tahun 2000. Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Beliau juga diberi kepercayaan untuk memimpin Dewan Ulama PAS Negeri Melaka semenjak tahun 2006. Di peringkat PAS pusat menjadi ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS. Beliau pernah diberi kepercayaan oleh Dewan Ulama PAS menjadi pengerusi Lujnah Khas Sekolah-sekolah Pondok Majlis Pendidikan PAS peringkat kebangsaan. Selain mengajar di pondok dan memimpin Dewan Ulama, beliau juga bergerak sebagai pendakwah di dalam dan luar negara[1]. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada tahun 2020.
Karya
[sunting | sunting sumber]- Zulkifli Ismail Muhammad (2014). Ancaman Bahaya Sekularisme. Sungai Udang, Melaka: Bairul Qurro' Wal Fuqoha'.
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Jasin | Zulkifli Ismail | PN (PAS) | 27,893 | Roslan Ahmad | BN (UMNO) | 27,571 | 322 |
Harun Mohamed | PH (AMANAH) | 21,674 | ||||||
Mohd Daud Nasir | GTA (PEJUANG) | 460 | ||||||
2018 | Hang Tuah Jaya | Zulkifli Ismail | PAS | 8,961 | Rusnah Aluai | PH (PKR) | 32,240 | 4,659 |
Zali Mat Yasin | BN (UMNO) | 27,761 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b PAS Kawasan Tangga Batu (3 Mei 2018). "Kenali Calon PAS Parlimen Tangga Batu". Facebook.
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||