Taib Azamudden Md Taib
Ustaz Dato' Haji Taib Azamudden Mohd Taib | |
---|---|
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Baling | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Mashitah Ibrahim |
Digantikan oleh | Abdul Azeez Abdul Rahim |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Raja Ariffin Raja Sulaiman |
Digantikan oleh | Mashitah Ibrahim |
Imam Besar Masjid Negara ke-8 | |
Dalam jawatan 1993–1999 | |
Didahului oleh | Arifin Harun |
Digantikan oleh | Abdul Jalil Sindring @ Perangreng (Memangku hingga 2001) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 19 Oktober 1950
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak |
|
Kediaman | Baling, Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Taib Azamudden Mohd Taib (Jawi: طيب عزام الدين بن محمد طيب ) ialah seorang agamawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Baling, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1][2]. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.
Politik
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.
Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 21,468 | 50% | Bahador Shah Md Isa (UMNO) | 20,074 | 47% | ||
2004 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 28,432 | 46% | Mashitah Ibrahim (UMNO) | 32,661 | 53% | ||
2008 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 36,074 | 55% | Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) | 28,461 | 43% |
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Ahli Mangku Negara (A.M.N) - 1993
- Sarawak
- Johan Bintang Sarawak (J.B.S.)
- Kedah
- Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) - Dato' - 2011
- Anugerah Tokok Maal Hijrah 1446H
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.pas.org.my/info/pimpinan/majlis-syura/7085-senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2015-2020
- ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
- Penerima Ahli Mangku Negara
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Kedah
- Orang hidup
- Kelahiran 1951
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Imam Besar Masjid Negara Malaysia
- Alumni Universiti Al-Azhar
- Alumni Universiti Putra Malaysia