[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Instagram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Instagram
Pembuat asalKevin Systrom, Mike Krieger
PembangunFacebook, Inc.
Pelancaran pertama6 Oktober 2010; 14 tahun yang lalu (2010-10-06)
Versi terkini/stabil
Senarai
iOS: 276.1 (29 Mac 2023)
Android: 276.1.0.26.103 (30 Mac 2023)
Sistem pengendalianiOS, Android, Fire OS
PelantarAndroidiOS
Saiz123.8 MB (iOS)[1]
40.76 MB (Android)[2]
Tersedia dalamBahasa Inggeris, Kroasia, Czech, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Hindi, Hungarian, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Bokmål Norway, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Cina Ringkas, Slovak, Sepanyol, Bahasa Sweden, Bahasa Tagalog, Thai, Cina Tradisional, Turki, Ukraine dan Vietnam.
JenisPerkhidmatan rangkaian sosialtapak webimage hosting servicepelantar video dalam taliankomuniti dalam talianvery large online platformpublishing platform
LesenPerisian hak milik dengan Terma penggunaan
Pautan berkaitan
Tapak webInstagram.com
Blog
Pautan lainFacebook: instagram Twitter: instagram Instagram: instagram LinkedIn: instagram Youtube: UCHQU99yKRd_BQVSci2MZ08w Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Instagram (kebiasaannya dipanggil IG[3]) merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Aplikasi ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger, dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS. Versi untuk peranti Android dilancarkan pada bulan April 2012, diikuti oleh aplikasi sesawang pada bulan November 2012, aplikasi Fire OS pada 15 Jun 2014 dan aplikasi untuk tablet dan komputer Windows 10 pada bulan Oktober 2016. Instagram membolehkan pengguna memuat naik gambar yang boleh diubah menggunakan penapis gambar dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter.[4] Pengguna dapat melihat kandungan pengguna lain dengan hasil daripada teg dan maklumat lokasi, serta melihat kandungan yang menjadi gaya terkini. Pengguna juga boleh menyukai gambar dan mengikuti pengguna lain untuk menambah senarai ke dalam kandungannya.

Instagram pada mulanya hanya membenarkan kandungan dibingkai dalam nisbah bidang gambar segiempat sama (1:1) dengan 640 piksel agar sepadan dengan lebar paparan iPhone pada masa itu. Pada tahun 2015, terdapat kemas kini yang dilakukan dengan peningkatan menjadi 1080 piksel. Perkhidmatan ini juga menambahkan ciri pemesejan, kemampuan untuk menyertakan banyak gambar atau video dalam sekali hantar, serta "Cerita" - sama seperti Snapchat penentang utamanya - yang membolehkan pengguna menyiarkan gambar dan video ke kandungannya secara berurutan, dengan setiap gambar dihantar akan diakses oleh pengguna lain selama 24 jam setiap satu. Sehingga Januari 2019, ciri cerita ini digunakan oleh 500 juta pengguna pada setiap hari.[5]

Setelah dilancarkan pada tahun 2010, Instagram dengan cepatnya mendapat populariti, dengan satu juta pengguna berdaftar dalam masa dua bulan, 10 juta dalam setahun, dan 1 bilion pada Mei 2019. Pada bulan April 2012, Facebook memperoleh perkhidmatan dengan wang tunai kira-kira AS $ 1 bilion dan stok. Sehingga bulan Oktober 2015, lebih dari 40 biion gambar telah dimuat naik. Walaupun terkenal dengan populariti dalam penggunaan aplikasi, Instagram turut menjadi bahan kritikan, terutama kandungan haram yang tidak wajar dimuat naik oleh pengguna.

Sehingga Mei 2020, orang yang paling banyak diikuti adalah pemain bola sepak Cristiano Ronaldo dengan lebih dari 231 juta pengikut,[6] dan wanita yang paling banyak diikuti adalah penyanyi Ariana Grande dengan lebih dari 194 juta pengikut.[7] Sehingga 14 Januari 2019, gambar yang paling disukai di Instagram adalah gambar telur yang disiarkan oleh akaun @world_record_egg.[8] Akaun tersebut dibuat bagi tujuan sendiri untuk melepasi rekod sebelumnya iaitu sebanyak 18 juta butang suka pada gambar Kylie Jenner.[8] Kini, gambar sebiji telur tersebut mempunyai lebih daripada 54 juta butang suka di Instagram.[8][9] Instagram menjadi aplikasi mudah alih ke-4 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2010.[10]


Instagram memulakan pembangunannya di San Francisco sebagai Burbn iaitu aplikasi daftar masuk mudah alih yang dibuat oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.[11] Apabila menyedari bahawa aplikasi Burbn terlalu mirip dengan aplikasi Foursquare, Systrom dan Krieger memfokuskan semula aplikasi mereka pada perkongsian gambar, yang telah menjadi ciri popular di kalangan pengguna aplikasi Burbn.[12] Mereka menamakan semula aplikasi tersebut menjadi Instagram yang diambil daripada gabungan nama kamera segera (Instant) dan telegram (Gram).[13]

Permulaan dan pembiayaan utama (2010-2011)

[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Kevin Systrom telah berjaya membina sebuah prototaip yang dikenali sebagai Burbn ketika beliau masih bekerja.[14] Setelah itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus kepada aplikasi yang diciptanya.[14] Beliau juga berjaya memperolehi modal hasil pelaburan daripada syarikat Baseline Ventures dan Andreessen Horowitz sebanyak $500,000.[14][15] Dengan adanya modal, beliau telah menubuhkan sebuah pasukan dan antara orang terawal yang menyertai adalah pengasas bersamanya iaitu Mike krieger.[14] Selebihnya, Josh Riedel bergabung dengan syarikat tersebut pada bulan Oktober sebagai Pengurus Komuniti,[16] Shayne Sweeney bergabung pada bulan November sebagai jurutera,[16] dan Jessica Zollman bergabung sebagai Penginjil Komuniti pada bulan Ogos 2011.[16][17] Oleh itu, Kevin Systrom dan Mike Krieger telah menamakan semula aplikasi Burbn kepada Instagram.

Gambar pertama yang dihantar di Instagram adalah gambar South Beach Harbour di Pier 38, yang dihantar oleh Mike Krieger pada 16 Julai 2010.[18][19] Kevin Systrom juga berkongsi kandungan pertamanya iaitu gambar anjing dan kaki teman wanitanya. Beberapa jam kemudian (pada pukul 9:24 PM), Ia telah disalah anggap sebagai Instagram gambar pertama kerana huruf awal abjad dalam URLnya.[20][21] Pada 6 Oktober 2010, aplikasi Instagram dalam peranti iOS telah dilancarkan secara rasmi melalui App Store.[22]

Platform tambahan dan pengambilalihan oleh Facebook (2012-2014)

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 April 2012, Instagram melancarkan versi aplikasinya untuk telefon Android,[23][24] dan ia telah dimuat turun lebih dari satu juta kali dalam masa kurang dari satu hari.[25] Sejak itu, aplikasi untuk peranti Android menerima dua kemas kini yang ketara: pertama, pada bulan Mac 2014, ia mengurangkan saiz fail sebanyak setengah dan menambahkan prestasi dalam aplikasi tersebut;[26][27] kemudian pada bulan April 2017, aplikasi tersebut menambahkan mod luar talian yang membolehkan pengguna melihat dan berinteraksi dengan kandungan tanpa sambungan Internet. Pada masa pengumuman, dilaporkan bahawa 80% daripada 600 juta pengguna Instagram berada di luar Amerika Syarikat. Instagram juga turut mengumumkan niatnya untuk menjadikan lebih banyak ciri tersedia di luar talian dan menerokai lebih lanjut mengenai versi IOS dalam aplikasi tersebut.[28][29][30]

Pada 9 April 2012, Facebook, Inc. telah membeli Instagram dengan wang tunai dan stok sebanyak $1 bilion untuk memastikan syarikat itu diuruskan secara bebas.[31][32][33] Pada 14 Ogos 2012, Pejabat Perdagangan Adil Britain meluluskan perjanjian[34] tersebut dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Amerika Syarikat juga membolehkan perjanjian tersebut diteruskan pada 22 Ogos 2012.[35] Pada 6 September 2012, perjanjian antara Instagram dan Facebook dipersetujui secara rasmi dengan harga pembelian $300 juta tunai dan 23 juta saham.[36][37] Mark Zuckerberg mengatakan Facebook "komited untuk membangun dan mengembangkan Instagram secara bebas."[38] Menurut Wired, Kevin Systrom memperoleh keuntungan daripada hasil perjanjian tersebut sebanyak $ 400 juta.[38]

Pada bulan November 2012, Instagram melancarkan profil laman sesawang yang membolehkan sesiapa sahaja melihat kandungan pengguna dari penyemak imbas sesawang dengan fungsi terhad. Sejak aplikasi dilancarkan, ia telah menggunakan teknologi API Foursquare untuk memberikan penandaan maklumat lokasi. Pada bulan Mac 2014, Instagram mula menguji dan menukar teknologi untuk menggunakan lokasi Facebook iaitu ciri yang membolehkan pengguna masuk ke Facebook menggunakan peranti mudah alih untuk memberitahu rakan pengguna di mana pengguna tersebut berada.

Reka bentuk semula dan aplikasi Windows (2015-2017)

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2015, antara muka pengguna dalam desktop laman sesawang direka semula untuk menjadi lebih rata dan minimalisme, serta ditambah lebih banyak ruangan skrin untuk setiap gambar dan menyerupai susun atur laman sesawang Instagram. Tambahan pula, dalam profil pengguna menunjukkan satu baris gambar hanya ditetapkan tiga gambar sahaja dalam susun atur grid mudah alih. Terdapat juga ciri-ciri untuk pengguna menyiarkan 7 cerita secara serentak dalam bentuk gambar dan video ke profil pengguna secara berurutan. Gambar profil pengguna juga yang sebelumnya bersudut direka bentuk menjadi bulat.

Pada 6 Disember 2016, Instagram memperkenalkan suka komen. Walau bagaimanapun, tidak sama seperti butang suka pada gambar dan video, pengguna yang menghantar komen tidak menerima pemberitahuan mengenai suka komen di peti masuk pemberitahuan pengguna. Pemuat naik gambar atau video secara pilihan boleh memutuskan untuk menyahaktifkan komen ke siaran.

Pada bulan April 2016, Instagram melancarkan aplikasi Windows 10 mudah alih, setelah bertahun-tahun diminta oleh Microsoft dan orang ramai untuk melancarkan aplikasi di platform tersebut. Platform ini sebelumnya mempunyai versi beta Instagram dan pertama kali dikeluarkan pada 21 November 2013 untuk Windows Phone 8. Aplikasi baru ini juga mempunyai ciri-ciri penambahan sokongan untuk video (melihat dan mmenghantar atau meletakkan cerita, dan melihat aliran langsung), mesej langsung dan lain-lain. Begitu juga, aplikasi untuk komputer dan tablet pada Windows 10 yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2016. Pada bulan Mei, Instagram mengemas kini laman web mudah alihnya untuk membolehkan pengguna memuat naik gambar, dan menambahkan versi "ringan" dari tab Explore. Pada 30 April 2019, aplikasi Instagram di Windows 10 Mobile telah dihentikan, walaupun laman web mudah alih tetap tersedia sebagai aplikasi web progresif (PWA) dengan fungsi terhad. Aplikasi ini tetap tersedia di komputer dan tablet Windows 10 dengan dikemas kini ke PWA pada tahun 2020.

IGTV, perubahan pengurusan dan ciri baru (2018-Kini)

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2018, IGTV dilancarkan sebagai aplikasi video yang berdiri sendiri yang sebahagian daripada Instagram. Pada 24 September 2018, Krieger dan Systrom mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa mereka akan mengundurkan diri dari Instagram. Pada 1 Oktober 2018, diumumkan bahawa Adam Mosseri akan mengambil alih peranan di Instagram sebagai ketua.

Dalam sesi persidangan tahunan Facebook F8, pengurusan Facebook telah membuat suatu perbincangan terhadap perlaksanaan perubahan dengan menyembunyikan butang suka di beberapa buah negara. Pendekatan tersebut telah diambil bagi mengurangkan tekanan pengguna yang terlalu taksub terhadap mengumpul jumlah butang suka yang paling banyak dimiliki oleh pengguna. Isu ini memberi kesan negatif dengan memudaratkan kesihatan mental pengguna terhadap penggunaan aplikasi Instagram. Oleh itu, pengurusan Facebook telah membuat percubaan tersebut di sesetengah negara seperti Australia, Brazil dan beberapa negara lain yang terlibat. Pada bulan Julai 2019, Instagram mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan ciri-ciri baru yang direka untuk mengurangkan gangguan dan komen negatif pada perkhidmatan.

Pada bulan Ogos 2019, Instagram juga memulakan percubaan untuk penghapusan tab "Mengikuti" dari aplikasi iaitu memungkinkan pengguna dapat melihat kandungan suka dan komen yang dibuat oleh pengguna yang mereka ikuti. Perubahan itu dibuat secara rasmi pada bulan Oktober. Pada bulan November 2019, dilaporkan bahawa Instagram telah membuat percubaan ciri-ciri video baru yang dikenal sebagai "Reels". Fungsinya serupa dengan perkhidmatan perkongsian video Cina TikTok. Pada bulan Mac 2020, Instagram telah melancarkan ciri baru yang disebut "Co-Watching". Ciri baru ini membolehkan pengguna berkongsi kandungan antara satu sama lain melalui panggilan video. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pengguna lebih mudah untuk berhubung dengan rakan atau keluarga semasa mengasingkan diri dengan selamat semasa wabak COVID-19.

Ciri dan alat

[sunting | sunting sumber]
Gambar asli (kiri) dipotong secara automatik ke kotak oleh Instagram, dan penapis ditambahkan pada pemilihan pengguna (kanan).

Pengguna dapat memuat naik gambar dan video pendek, mengikuti kandungan pengguna lain, dan gambar geotag dengan nama lokasi. Pengguna dapat menetapkan akaun mereka sebagai akaun "Peribadi" untuk pengguna tersebut menerima permintaan pengikut baru yang mengikutinya. Pengguna juga boleh menghubungkan akaun Instagram mereka ke laman sesawang rangkaian sosial yang lain seperti Facebook dengan membolehkan pengguna dapat berkongsi gambar yang dimuat naik ke laman tersebut. Pada bulan September 2011, versi baru telah dilancarkan termasuk penapis baru dan langsung, Tilt Shift Fotografi, gambar beresolusi tinggi, sempadan pilihan, putaran satu klik, dan ikon yang dikemas kini. Dari segi gambar, gambar pada awalnya terhad kepada segi empat sama, nisbah aspek 1:1; sejak Ogos 2015, aplikasi ini menyokong nisbah aspek potret dan skrin lebar. Pengguna sebelumnya dapat melihat peta gambar yang diberi tag pengguna. Ciri-ciri ini dikeluarkan pada bulan September 2016, kerana penggunaannya rendah.

Kolaj gambar yang tidak diproses (kiri atas) diubah suai dengan 16 penapis Instagram yang berbeza dan tersedia pada tahun 2011.

Sejak Disember 2016, siaran kandungan seperti gambar dan video dapat "disimpan" ke dalam profil peribadi pengguna. Ciri ini dikemas kini pada bulan April 2017 untuk membolehkan pengguna boleh mengatur siaran kandungan yang disimpan ke dalam koleksi pengguna sendiri. Pengguna juga dapat "mengarkibkan" siaran kandungan mereka di tempat penyimpanan peribadi, sehingga tidak dapat dilihat oleh orang ramai dan pengguna lain. Sejak Februari 2017, hingga sepuluh gambar atau video dapat disertakan dalam satu kandungan yang dihantar. Ciri ini juga pada awalnya menghadkan gambar ke format persegi, tetapi menerima kemas kini pada bulan Ogos untuk mengaktifkan gambar potret dan landskap.

Pada bulan April 2018, Instagram melancarkan versi mod potretnya yang disebut "mod fokus", yang mengaburkan latar belakang gambar atau video dengan lembut sambil mengekalkan subjek dalam fokus ketika dipilih. Pada bulan November, Instagram mula menyokong teks Alt untuk menambahkan keterangan gambar untuk golongan penglihatan. Mereka dihasilkan secara automatik menggunakan pengecaman objek (menggunakan teknologi Facebook yang ada) atau ditentukan secara manual oleh pemuat naik.

Pada Januari 2011, Instagram memperkenalkan hashtag (apa-apa perkataan yang dimulakan dengan lambang ‘#’ tanpa mengandungi jarak) untuk membantu dan memudahkan pengguna menemui gambar yang sama antara satu sama yang lain. Hashtag juga dijadikan pautan yang mana jika diklik akan mengumpulkan semua kandungan gambar dan video yang menggunakan hashtag yang sama. Pengguna di Instagram telah membuat "Gaya Kini" melalui hashtag. Gaya kini yang dianggap paling popular di platform ini sering menonjolkan hari tertentu dalam seminggu untuk menyiarkan bahan tersebut. Contoh gaya kini yang popular termasuk #SelfieSunday, di mana pengguna menyiarkan gambar wajah mereka pada hari Ahad; #MotivationMonday, di mana pengguna menyiarkan gambar motivasi pada hari Isnin. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat oleh pengguna dengan menggunakan hastags di Instagram. Pada bulan Disember 2017, Instagram mula membenarkan pengguna mengikuti hashtag, yang memaparkan topik yang relevan dalam paparan kandunga pengguna.

Pada bulan Jun 2012, Instagram memperkenalkan "Meneroka" (Explore) iaitu sebuah tab di dalam aplikasi yang memaparkan gambar popular, gambar yang diambil di lokasi berdekatan, dan mencari. Tab ini dikemas kini pada bulan Jun 2015 untuk menampilkan tag dan tempat yang sedang menjadi gaya kini, kandungan yang disusun, dan kemampuan untuk mencari lokasi. Pada bulan April 2016, Instagram menambahkan saluran "Video yang Mungkin Anda Suka" ke tab, diikuti oleh saluran "Acara" pada bulan Ogos, yang menampilkan video dari konsert, permainan sukan, dan acara langsung lain, diikuti dengan penambahan Cerita Instagram pada bulan Oktober. Tab itu kemudian diperluas lagi pada bulan November 2016 setelah Instagram Live dilancarkan untuk memaparkan halaman yang disusun secara Algoritma dari video Instagram Live "terbaik" yang kini disiarkan. Pada bulan Mei 2017, Instagram sekali lagi mengemas kini tab Jelajah untuk mempromosikan kandungan cerita awam dari tempat berdekatan.

Penapis gambar

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan Instagram penapis fotografi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk gambar mereka di Instagram:

  • Normal
  • 1977
  • Amaro
  • Brannan
  • Earlybird
  • Hefe
  • Hudson
  • Inkwell
  • Kelvin
  • Lo-fi
  • Mayfair
  • Nashville
  • Rise
  • Sierra
  • Sutro
  • Toaster
  • Valencia

  • Walden
  • Willow
  • X-Pro II
  • Slumber
  • Cream
  • Ludwig
  • Aden
  • Perpetua
  • Clarendon
  • Gingham
  • Moon
  • Stinson
  • Crema
  • Lark
  • Reyes
  • Juno

Pada bulan Februari 2012, Instagram menambah penapis "Lux", kesan yang "meringankan bayangan, menghitamkan ton gambar dan meningkatkan kontras".

Pada bulan Disember 2014, Slumber, Crema, Ludwig, Aden, dan Perpetua adalah lima penapis baru yang akan ditambahkan ke senarai penapis Instagram.

Pada mulanya, Instagram sebagai perkhidmatan perkongsian gambar. Pada bulan Jun 2013, kemas kini telah dilakukan oleh Instagram dengan menggabungkan perkongsian video selama 15 saat. Penambahan itu dilihat oleh beberapa orang di media teknologi sebagai usaha Facebook untuk bersaing dengan aplikasi perkongsian video yang popular ketika itu, Vine. Pada bulan Ogos 2015, Instagram menambahkan sokongan untuk video skrin lebar. Pada bulan Mac 2016, Instagram meningkatkan had video 15 saat menjadi 60 saat. Album diperkenalkan pada Februari 2017, yang membolehkan sehingga 10 minit video dikongsi dalam satu siaran.

IGTV adalah aplikasi video menegak yang dilancarkan oleh Instagram pada bulan Jun 2018. Fungsi asas juga terdapat dalam aplikasi dan laman web Instagram. IGTV membenarkan muat naik sepanjang 10 minit dengan ukuran fail hingga 650 MB, dengan pengguna yang popular disahkan dan dibenarkan memuat naik video berdurasi hingga 60 minit dengan ukuran fail hingga 5.4 GB. Aplikasi ini mula memainkan video secara automatik sebaik sahaja dilancarkan.

Instagram Terus

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2013, Instagram mengumumkan Instagram Terus (Instgram Direct), sebuah ciri-ciri yang membolehkan pengguna berinteraksi melalui pesanan peribadi. Pengguna yang mengikuti satu sama lain dapat mengirim mesej peribadi dengan gambar dan video. Apabila pengguna menerima mesej peribadi dari seseorang yang tidak mereka ikuti, pesan tersebut ditandakan sebagai belum selesai dan pengguna mesti menerima untuk melihatnya. Pengguna boleh menghantar foto kepada maksimum 15 orang. Ciri ini menerima kemas kini besar pada bulan September 2015, menambahkan rangkaian perbualan dan memungkinkan pengguna untuk berkongsi lokasi, halaman hashtag, dan profil melalui mesej peribadi terus dari paparan kandungan berita.Selain itu, pengguna kini dapat membalas mesej peribadi dengan teks, emoji atau dengan menekan butang ikon hati. Kamera di dalam Terus (Direct) membolehkan pengguna mengambil gambar dan mengirimkannya ke penerima pengguna tanpa meninggalkan perbualan. Kemas kini baru pada bulan November 2016 memungkinkan pengguna membuat pesan peribadi mereka "hilang" setelah dilihat oleh penerima, dengan pengirim menerima pemberitahuan jika penerima mengambil tangkapan layar. Pada bulan April 2017, Instagram direka semula "Terus" untuk menggabungkan semua mesej peribadi yang kekal maupun yang bersifat sementara, ke dalam susunan mesej yang sama. Pada bulan Mei, Instagram telah membuat pengguna mengirim pautan laman sesawang dalam mesej, dan juga menambahkan sokongan untuk mengirim gambar dalam bentuk potret atau landskap asalnya tanpa memotong.

Instagram Cerita

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2016, Instagram telah melancarkan Instagram Cerita (Instagram Stories) iaitu sebuah ciri yang membolehkan pengguna mengambil gambar dengan menambahkan kesan dan lapisan untuk diletakkan ke dalam cerita pengguna. Gambar yang dimuat naik ke cerita pengguna akan tamat selepas 24 jam. Pada bulan November, Instagram menambahkan fungsi video siaran langsung ke kandungan Instagram Cerita. Fungsi tersebut membolehkan pengguna menyiarkan video secara langsung dan akan hilang sejurus video tersebut tamat. Pada bulan Januari 2017, Instagram melancarkan iklan yang dapat dilangkau, di mana iklan video lima saat dan video 15 saat muncul di antara cerita pengguna yang berbeza. Pada April 2017, Instagram Cerita telah digabungkan dengan ciri pelekat tambahan, "klon" sama seperti fungsi Snapchat. Pada bulan Mei 2017, Instagram telah memperluaskan lagi ciri pelekat dengan menambah kandungan penapis wajah. Ciri yang baru ini membolehkan pengguna akan menggunakan ciri visual tertentu ke wajah mereka.

Pada bulan seterusnya, Instagram mengumumkan "Pencarian Cerita", di mana pengguna dapat mencari lokasi geografi atau hashtag untuk memaparkan kandungan cerita awam yang sesuai ditampilkan dalam istilah carian. Pada bulan Jun 2017, Instagram telah menyemak semula fungsi video langsung untuk membolehkan pengguna menambahkan siaran langsung ke cerita mereka dalam 24 jam berikutnya, atau pengguna juga boleh membuang siaran dengan segera. Pada bulan Julai, Instagram mula membenarkan pengguna untuk memaklum balas terhadap kandungan cerita pengguna lain dengan menghantar gambar dan video.

Instagram Cerita juga telah disediakan untuk dilihat di laman sesawang mudah alih dan desktop Instagram pada akhir Ogos 2017. Pada 5 Disember 2017, Instagram memperkenalkan "Sorotan Cerita" (Highlight Stories) yang turut dikenal sebagai "Cerita Tetap", sorotan cerita membolehkan tayangan cerita pengguna tidak akan berakhir dan boleh disimpan dalam pengguna peribadi. Sorotan cerita juga akan muncul di bawah gambar profil dan biografi sebagai bulatan dan juga boleh diakses dari laman sesawang desktop. Pada bulan Jun 2018, pengguna cerita aktif harian Instagram telah mencapai 400 juta pengguna, dan pengguna aktif bulanan telah mencapai 1 bilion pengguna aktif.

Pengiklanan

[sunting | sunting sumber]

Emily White bergabung dengan Instagram sebagai Pengarah Operasi Perniagaan pada bulan April 2013. Beliau menyatakan dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada bulan September 2013 bahawa syarikat itu harus bersedia untuk mulai menjual iklan pada bulan September 2014 sebagai cara untuk menjana perniagaan dari entiti popular yang belum menghasilkan keuntungan untuk syarikat induknya. Emily White meninggalkan Instagram pada Disember 2013 untuk menyertai Snapchat. Pada bulan Ogos 2014, James Quarles menjadi Ketua Perniagaan dan Pembangunan Jenama Global Instagram yang bertugas mengawasi iklan, usaha penjualan dan mengembangkan "produk pengewangan" baru.

Pada bulan Oktober 2013, Instagram mengumumkan bahawa iklan video dan gambar akan segera muncul dalam paparan kandungan bagi pengguna di Amerika Syarikat. Iklan gambar pertama dipaparkan pada 1 November 2013 dan diikuti oleh iklan video pada 30 Oktober 2014. Pada bulan Jun 2014 , Instagram mengumumkan pelancaran iklan di United Kingdom, Kanada dan Australia, dengan iklan tersebut mulai dilancarkan pada musim luruh. Pada bulan Mac 2015, Instagram mengumumkan akan melaksanakan "iklan karusel," yang membolehkan pengiklan menampilkan banyak gambar dengan pilihan untuk menghubungkan ke paparna kandungan tambahan. Syarikat melancarkan iklan gambar karusel pada Oktober 2015, dan iklan karusel video pada bulan Mac 2016.

Pada bulan Mei 2016, Instagram melancarkan alat baru untuk akaun perniagaan, termasuk profil perniagaan, analisis dan kemampuan untuk mempromosikan siaran sebagai iklan. Untuk mengakses alat, perniagaan harus menghubungkan halaman Facebook yang sesuai. Halaman analitik baru, yang dikenali sebagai Insight Instagram, membolehkan akaun perniagaan melihat catatan teratas, jangkauan, kesan, keterlibatan dan data demografi. Analisis dilancarkan pertama kali di Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand, dan berkembang ke seluruh dunia pada tahun 2016.

Pada Februari 2016, Instagram mengumumkan bahawa ia mempunyai 200,000 pengiklan di platform. Jumlah ini meningkat kepada 500,000 pada bulan September 2016, dan 1 juta pada bulan Mac 2017. Pada bulan November 2018, Instagram menambah kelebihan akaun perniagaan untuk menambahkan pautan produk yang mengarahkan pengguna ke halaman pembelian atau menyimpannya ke "senarai belanja." Pada bulan April 2019, Instagram menambahkan pilihan untuk "Checkout di Instagram", yang membolehkan pedagang menjual produk secara langsung melalui aplikasi Instagram.

Pada bulan Mac 2020, melalui paparan kandungan blog, Instagram mengumumkan bahawa mereka membuat perubahan untuk mengurangkan aliran maklumat, tipuan dan berita palsu mengenai COVID-19 di platform Instagram.

Aplikasi yang berdiri sendiri

[sunting | sunting sumber]

Instagram telah membangun dan melancarkan tiga aplikasi yang berdiri sendiri dengan fungsi khusus. Pada bulan Julai 2014, ia melancarkan Bolt iaitu aplikasi pemesejan di mana pengguna mengklik pada gambar profil rakan untuk mengirim gambar dengan cepat, dengan kandungan yang hilang setelah dilihat. Ia diikuti dengan pelancaran ciri Hyperlapse pada bulan Ogos untuk membuat tangkapan penjejakan dan video selang waktu yang cepat. Microsoft juga melancarkan aplikasi Hyperlapse untuk Android dan Windows pada bulan Mei 2015. Pada bulan Oktober 2015, Instagram telah melancarkan Boomerang iaitu aplikasi video yang menggabungkan gambar menjadi video pendek dan satu detik yang diputar secara berulang-ulang.

Perkhidmatan pihak ketiga

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2015, Instagram mengumumkan bahawa mulai 1 Jun 2016, ia akan menghentikan akses API "feed" ke platformnya bagi bertujuan untuk mengekalkan kawalan bagi masyarakat, menyediakan peta jalan yang jelas untuk pemaju, mewujudkan persekitaran yang lebih lestari termasuklah berorientasi pada pembuatan kandungan, penerbit dan pengiklan. Dilaporkan bahawa perubahan ini bertujuan untuk mencegah pihak ketiga untuk meniru keseluruhan pengalaman Instagram (kerana peningkatan pengewangan perkhidmatan), dan alasan faktor keselamatan (seperti mencegah penyalahgunaan oleh clik penipuan dan rampasan akaun). Setelah berlakunya skandal Cambridge Analytica, Instagram mula membuat sekatan selanjutnya pada API pada tahun 2018.

Ciri dan tingkah laku pengguna

[sunting | sunting sumber]
Aplikasi Instagram, berjalan pada sistem operasi Android

Setelah dilancarkan pada bulan Oktober, Instagram memiliki satu juta pengguna berdaftar pada bulan Disember 2010. Pada bulan Jun 2011, Instagram mengumumkan bahawa ia memiliki 5 juta pengguna iaitu meningkat menjadi 10 juta pada bulan September. Pertumbuhan ini berterusan kepada 30 juta pengguna pada April 2012, 80 juta pada bulan Julai 2012, 100 juta pada bulan Februari 2013, 130 juta pada bulan Jun 2013, 150 juta pada bulan September 2013, 300 juta pada bulan Disember 2014, 400 juta pada bulan September 2015, 500 juta pada Jun 2016, 600 juta pada bulan Disember 2016, 700 juta pada bulan April 2017, dan 800 juta pada bulan September 2017.

Pada bulan Oktober 2016, Instagram Cerita menjangkau 100 juta pengguna aktif, dua bulan selepas pelancaran. Ini meningkat kepada 150 juta pada Januari 2017, 200 juta pada bulan April dengan mendahului pertumbuhan pengguna Snapchat, dan 250 juta pengguna aktif pada bulan Jun 2017.

Pada bulan April 2017, Instagram Terus mempunyai 375 juta pengguna bulanan. Pada bulan Jun 2011, Instagram mencapai 100 juta gambar yang dimuat naik ke perkhidmatan tersebut. Jumlah ini meningkat menjadi 150 juta pada bulan Ogos 2011, dan pada bulan Jun 2013, terdapat lebih dari 16 bilion gambar dalam perkhidmatan. Pada bulan Oktober 2015, terdapat lebih dari 40 bilion gambar.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Menurut analsis yang diperoleh oleh Instagram, pengguna Instagram dibahagi sama rata dengan 50% pemilik iPhone dan 50% pemilik Android. 68% pengguna Instagram adalah wanita dan 32% adalah lelaki. Penggunaan geografi Instagram terbukti menggemari kawasan bandar kerana 17% orang dewasa Amerika Syarikat yang tinggal di kawasan bandar menggunakan Instagram manakala hanya 11% orang dewasa di pinggir bandar dan luar bandar yang melakukannya. Walaupun Instagram nampaknya merupakan salah satu laman sesawang yang paling banyak digunakan untuk perkongsian gambar, hanya 7% yang memuat naik gambar dalam sehari. Instagram terbukti berjaya menarik generasi muda dengan 90% daripada 150 juta pengguna di bawah usia 35 tahun. Dari bulan Jun 2012 hingga Jun 2013, Instagram telah menggandakan jumlah pengguna mereka. Berkenaan dengan pendapatan, 15% pengguna Internet Amerika Syarikat yang menghasilkan kurang dari $ 30,000 setahun menggunakan Instagram, sementara 14% dari mereka menghasilkan $30,000 hingga $50,000, dan 12% pengguna yang menghasilkan lebih dari $50,000 per tahun melakukannya. Berkenaan dengan demografi pendidikan, responden dengan beberapa pendidikan perguruan terbukti paling aktif di Instagram dengan 23%. Diikuti oleh lulusan kolej terdiri daripada 18% dan pengguna dengan diploma sekolah menengah atau kurang 15%. Di antara pengguna Instagram ini, 24% mengatakan mereka menggunakan aplikasi tersebut beberapa kali sehari.

Tingkah laku pengguna

[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan yang dibuat secara berterusan akan terus meneroka bagaimana kandungan media di platform mempengaruhi penglibatan pengguna. Penyelidikan yang lalu mendapati bahawa media yang menunjukkan wajah pengguna mendapat lebih banyak butang suka, komen dan menggunakan penapis. Pengguna lebih cenderung untuk terlibat dengan gambar sendiri berbanding bergambar secara berkumpulan. Pengguna juga lebih cenderung untuk terlibat dengan kandungan gambar dan video yang belum diberi tanda air, kerana pengguna melihat kandungan ini asli dan boleh dipercayai berbanding dengan kandungan yang dihasilkan pengguna. Baru-baru ini Instagram hadir dengan pilihan untuk pengguna meletakkan lencana akaun yang disahkan, namun ini tidak menjamin setiap pengguna yang mendaftar akan mendapat tanda biru yang disahkan. Motif penggunaan Instagram di kalangan orang muda adalah terutamanya untuk melihat siaran, terutamanya untuk interaksi sosial dan rekreasi. Sebaliknya, penggunaan orang muda dalam Instagram yang dinyatakan dalam memuat naik gambar dan video adalah lebih rendah, ini menunjukkan bahawa penekanan Instagram pada komunikasi visual diterima secara meluas oleh orang muda dalam komunikasi sosial.

Aplikasi Instagram telah dianugerahkan sebagai naib johan untuk "Aplikasi Mudah Alih Terbaik" di TechCrunch Crunchies 2010 pada bulan Januari 2011. Pada bulan Mei 2011, Fast Company menyenaraikan Ketua Pegawai Eksekutif Kevin Systrom di nombor 66 dalam "100 Orang Paling Kreatif dalam Perniagaan pada tahun 2011". Pada bulan Jun 2011, Inc. telah memasukkan pengasas bersama Systrom dan Krieger dalam senarai "30 di bawah 30" 2011.

Instagram juga memenangi "Aplikasi Tempatan Terbaik" di Anugerah Web Mingguan SF pada bulan September 2011. Edisi 7x7Majalah September 2011 menampilkan muka depan Systrom dan Krieger di dalam "The Hot 20 2011". Pada bulan Disember 2011, Apple Inc. menamakan Instagram sebagai "App of the Year" untuk tahun 2011. Pada tahun 2015, Mashable telah menyenaraikan Instagram di tempat pertama dalam senarai "100 aplikasi iPhone terbaik sepanjang masa," yang mencatat Instagram sebagai "salah satu" dari rangkaian sosial yang paling berpengaruh di dunia. " Instagram turut disenaraikan diantara senarai "50 Aplikasi Android Terbaik untuk 2013" oleh majalah Time.

Kesihatan mental

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2017, tinjauan yang dilakukan oleh Royal Society for Public Health di United Kingdom, yang menampilkan sebanyak 1,479 orang berusia 14-24 tahun. Orang berusia 14 hingga 24 tahun dijadikan responden untuk menilai platform media sosial dari segi kebimbangan, kemurungan, kesunyian, buli dan gambar badan. keputusan yang didapati telah menyimpulkan bahawa Instagram adalah "paling teruk untuk kesihatan mental muda". Ada yang berpendapat bahawa tinjauan ini menunjukkan kesan positifnya, termasuk ekspresi diri, identiti diri, dan pembangunan masyarakat. Dengan demikian, pendekatan juga telah diambil sekiranya akaun pengguna melanggar polisi komuniti Instagram dan serta-merta diambil tindakan termasuk melarangnya untuk masuk semula ke platform tersebut.

Komen negatif

[sunting | sunting sumber]

Sebagai tindak balas terhadap komen yang kasar dan negatif pada gambar pengguna, Instagram telah berusaha untuk memberi pengguna lebih banyak kawalan terhadap kandungan mereka terutamnya di ruangan komen pengguna. Pada bulan Julai 2016, pihaknya mengumumkan bahawa pengguna akan dapat mematikan komen untuk kandungan mereka dan juga mengawal bahasa yang digunakan dalam ruangan komen termasuklah kata-kata yang mereka anggap menyinggung perasaan. Selepas pengumuman Julai 2016, kemampuan untuk melarang kata-kata tertentu mula dilancarkan pada awal bulan Ogos kepada selebriti, diikuti oleh pengguna biasa pada bulan September. Pada bulan Disember, syarikat itu juga mula melancarkan kemampuan pengguna untuk mematikan komen untuk akaun peribadi dan membuang pengikutnya.

Pada bulan September 2017, syarikat itu mengumumkan bahawa pengguna awam akan dapat mengehadkan siapa sahaja yang memberi komen mengenai kandungan mereka terhadap pengguna lain. Pada masa yang sama, ia mengemas kini penapis komen automatiknya untuk menyokong bahasa tambahan.

Pada bulan Jun 2017, Instagram mengumumkan bahawa secara automatik akan berusaha menyaring komen yang menyinggung, mengganggu, dan "spam" secara berterusan. Sistem ini dibina dan dikembangkan oleh Facebook yang dikenali sebagai DeepText (pertama kali dilaksanakan di rangkaian sosial untuk mengesan komen spam), iaitu menggunakan teknik pemprosesan bahasa semula jadi, dan juga dapat menapis dengan kata kunci yang ditentukan pengguna.

Pada bulan Julai 2019, Instagram mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan sistem untuk secara proaktif mengesan komen yang bermasalah dan mendorong pengguna untuk mempertimbangkan semula komen mereka, serta membolehkan pengguna untuk "menyekat" kemampuan orang lain untuk berkomunikasi dengan pengguna lain.

Penapisan dan kandungan terhad

[sunting | sunting sumber]

Dadah terlarang

[sunting | sunting sumber]

Instagram menjadi bahan kritikan kerana pengguna menerbitkan gambar ubat yang mereka jual di platform. Pada tahun 2013, BBC mendapati bahawa pengguna, yang kebanyakannya berada di Amerika Syarikat telah menyiarkan gambar ubat yang mereka jual, melampirkan hashtag tertentu, dan kemudian menyelesaikan transaksi melalui aplikasi pesanan segera seperti WhatsApp. Hashtag tersebut telah disekat sebagai sebahagian daripada tindak balas syarikat tersebut.

Instagram mempunyai sebuah peraturan yang jelas mengenai apa yang dilarang dan tidak dibenarkan di dalam aplikasi tersebut. Pengguna yang menemui kandungan yang tidak sah perlu melaporkan kepada pihak Instagram supaya dapat diambil tindakan segera, dengan menggunakan alat pelaporan yang disediakan. Walau bagaimanapun, insiden baru perdagangan dadah haram telah berlaku selepas tahun 2013, dengan Facebook, syarikat induk Instagram, meminta pengguna yang menemui kandungan sedemikian untuk melaporkan bahan tersebut, dan pada masa itu "pasukan khusus" mengkaji maklumat tersebut. Pada tahun 2019, Facebook mengumumkan bahawa pengguna yang berpengaruh tidak lagi dapat menyiarkan vape, produk tembakau, dan promosi senjata di Facebook dan Instagram.

Penapisan oleh negara

[sunting | sunting sumber]
Instagram adalah laman rangkaian sosial paling popular di Iran (berwarna merah), juga satu-satunya negara di mana ini berlaku.

Penapisan Instagram telah berlaku di beberapa negara yang berbeza.

Instagram telah disekat oleh China berikutan protes Hong Kong pada tahun 2014 kerana banyak video dan gambar yang disiarkan. Hong Kong dan Macau tidak terjejas kerana ia adalah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China.

Turki juga terkenal dengan penapisan Internet yang ketat dan secara berkala menyekat media sosial termasuk Instagram.

Korea Utara

[sunting | sunting sumber]

Beberapa hari selepas kejadian kebakaran yang berlaku di Hotel Koryo di Korea Utara pada 11 Jun 2015, pihak berkuasa mula menyekat Instagram untuk mengelakkan gambar kejadian itu tersebar.

[sunting | sunting sumber]
  • Haiwan Sosial (filem dokumentari): Filem dokumentari mengenai tiga remaja yang membesar di Instagram.
  • Model Instagram: istilah untuk model yang memperoleh kejayaan mereka kerana sebilangan besar pengikut yang mereka miliki di Instagram.
  • Jeti Instagram: kawasan kerja kargo di Hong Kong yang mendapat nama panggilannya kerana popularitinya di Instagram.
  1. ^ "Instagram". App Store. Dicapai pada 2019-12-16.
  2. ^ "Instagram APKs". APKMirror. Dicapai pada 2019-10-29.
  3. ^ Edwards, Erica B.; Esposito, Jennifer (2019). "Reading social media intersectionally". Intersectional Analysis as a Method to Analyze Popular Culture: Clarity in the Matrix. Futures of Data Analysis in Qualitative Research. Abingdon: Routledge. ISBN 9780429557002. Dicapai pada 2020-05-07. Instagram (IG) is a photo sharing app created in October of 2010 allowing users to share photos and videos.
  4. ^ Frommer, Dan (November 1, 2010). "Here's How To Use Instagram". Business Insider. Dicapai pada 2020-05-11.
  5. ^ "Instagram Stories is Now Being Used by 500 Million People Daily". Social Media Today. Dicapai pada 2020-05-15.
  6. ^ Amri, Hassan (2020-01-30). "200 Juta! Cristiano Ronaldo Ada Pengikut Instagram Paling Ramai Di Dunia". www.gempak.com. Dicapai pada 2020-05-15.
  7. ^ Fachrina, Fauzia (2020-04-06). "7 Artis dengan Followers Terbanyak di Instagram, Bukan Kylie Jenner". www.intipseleb.com. Dicapai pada 2020-05-16.
  8. ^ a b c Kohilah, Sekaran (2019-01-14). "Gambar telur terima 'like' tertinggi di Instagram, tewaskan Kylie Jenner". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-05-16.
  9. ^ "An Egg, Just a Regular Egg, Is Instagram's Most-Liked Post Ever". New York Times. Dicapai pada 2020-05-15.
  10. ^ Miller, Chance (2019-12-17). "These were the most-downloaded apps and games of the decade". 9to5Mac. Dicapai pada 2020-05-15.
  11. ^ Lagorio, Christine (Jun 27, 2011). "Kevin Systrom and Mike Krieger, Founders of Instagram". Inc. (magazine). Dicapai pada 2020-05-15.
  12. ^ Sengupta, Somini; Perlroth, Nicole; Wortham, Jenna (April 13, 2012). "Behind Instagram's Success, Networking the Old Way". The New York Times. Dicapai pada 2020-05-15.
  13. ^ "5 Of The Most Popular Instagram Accounts". finance.yahoo.com. Dicapai pada 2020-05-15.
  14. ^ a b c d MJ, Suhaimi (2018-03-08). "Kisah Kejayaan Instagram Yang Asalnya Sebuah Aplikasi Minuman Keras". www.iluminasi.com. Dicapai pada 2020-05-16.
  15. ^ Siegler, MG (Mac 5, 2010). "Burbn's Funding Goes Down Smooth. Baseline, Andreessen Back Stealthy Location Startup". TechCrunch. AOL. Dicapai pada 2020-05-16.
  16. ^ a b c Shontell, Alyson (April 9, 2012). "Meet The 13 Lucky Employees And 9 Investors Behind $1 Billion Instagram". Business Insider. Axel Springer SE. Dicapai pada 2020-05-16.
  17. ^ Beltrone, Gabriel (Julai 29, 2011). "Instagram Surprises With Fifth Employee". Adweek. Beringer Capital. Dicapai pada 2020-05-16.
  18. ^ "Instagram post by Mike Krieger • Jul 16, 2010 at 5:26pm UTC". Instagram. Dicapai pada 2020-05-16.
  19. ^ "Take a Look Back at Instagram's First Posts, Six Years Ago". Time. Dicapai pada 2020-05-16.
  20. ^ "Instagram post by Kevin Systrom • Jul 16, 2010 at 9:24pm UTC". Instagram.
  21. ^ "Here's The First Instagram Photo Ever". Time.
  22. ^ Siegler, MG (Oktober 6, 2010). "Instagram Launches with the Hope of Igniting Communication Through Images". TechCrunch. AOL. Dicapai pada 2020-05-16.
  23. ^ Tsotsis, Alexia (April 3, 2012). "With Over 30 Million Users on iOS, Instagram Finally Comes To Android". TechCrunch. AOL. Dicapai pada 2020-05-17.
  24. ^ Houston, Thomas (April 3, 2012). "Instagram for Android now available". The Verge. Vox Media. Dicapai pada 2020-05-17.
  25. ^ Blagdon, Jeff (April 4, 2012). "Instagram for Android breaks 1 million downloads in less than a day". The Verge. Vox Media. Dicapai pada 2020-05-17.
  26. ^ Bell, Karissa (Mac 11, 2014). "Instagram Releases Faster, More Responsive Android App". Mashable. Dicapai pada 2020-05-17.
  27. ^ Cohen, David (Mac 11, 2014). "Twice As Quick, Half As Large: Instagram Updates Android App". Adweek. Beringer Capital. Dicapai pada 2020-05-17.
  28. ^ Constine, Josh (April 18, 2017). "Instagram on Android gets offline mode". TechCrunch. AOL. Dicapai pada 2020-05-17.
  29. ^ O'Kane, Sean (April 19, 2017). "Instagram for Android now works offline". The Verge. Vox Media. Dicapai pada 2020-05-17.
  30. ^ Ghoshal, Abhimanyu (April 19, 2017). "Instagram now works offline on Android". The Next Web. Dicapai pada 2020-05-17.
  31. ^ Upbin, Bruce (April 9, 2012). "Facebook Buys Instagram For $1 Billion. Smart Arbitrage". Forbes. Dicapai pada 2020-05-17.
  32. ^ Rusli, Evelyn M. (April 9, 2012). "Facebook Buys Instagram for $1 Billion". The New York Times. Dicapai pada 2020-05-17.
  33. ^ Oreskovic, Alexei; Shih, Gerry (April 10, 2012). "Facebook to buy Instagram for $1 billion". Reuters. Thomson Reuters. Dicapai pada 2020-05-17.
  34. ^ "Facebook's Instagram bid gets go-ahead from the OFT". BBC. Ogos 14, 2012. Dicapai pada 2020-05-29.
  35. ^ Oreskovic, Alexei (Ogos 22, 2012). "FTC clears Facebook's acquisition of Instagram". Thomson Reuters. Dicapai pada 2020-05-29.
  36. ^ Geron, Tomio (September 6, 2012). "Facebook Officially Closes Instagram Deal". Forbes. Dicapai pada 2020-05-29.
  37. ^ Protalinski, Emil (April 23, 2012). "Facebook buying Instagram for $300 million, 23 million shares". CBS Interactive. Dicapai pada 2020-05-29.
  38. ^ a b Segall, Laurie (April 9, 2012). "Facebook acquires Instagram for $1 billion". CNN. Dicapai pada 2020-05-29.