[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Asam pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asam pedas
Asam pedas pari terkenal di Malaysia.
JenisFish stew, hidangan ikan, masakan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalIndonesia & Malaysia[1][2][3]
Kawasan/rantauSumatera Barat, Semenanjung Melayu, Kepulauan Riau , Singapura dan Borneo
Masakan berkaitanIndonesia,[4][5][6] Malaysia[7] dan Singapura[8]
Suhu penghidanganSuhu bilik atau panas
Bahan utamaIkan dimasak dalam sup masam dan pedas
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس; Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berkuah masam pedas dikongsi orang Minangkabau di barat pulau Sumatera dan orang Melayu di Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan), Semenanjung Melayu[9] (terutamanya Melaka, Johor, Kedah dan Kelantan), Kepulauan Riau, Singapura sampai sejauh Sarawak dan Kalimantan Barat[10] di Borneo.

Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[11]

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Cara memasak

[sunting | sunting sumber]

Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Lauk ini lazim dimakan bersama nasi di banyak tempat serantau melainkan masyarakat Pulau Lingga yang menjamah bersama lempeng sagu yang mampu mereka perolehi berbanding beras pada zaman dahulu.[12]

Tiada catatan dari mana asal usul Asam Pedas kemungkinan ianya berasal daripada Sumatera barat dan Kedah kerana Asam Pedas Melaka menggunakan daun limau purut ia sama seperti Asam Pedas Minang manakala Asam Pedas Johor menggunakan daun kesum seperti Asam Pedas Kedah , daun kesum berasal daripada dataran Indo-China dan sepanjang Semenanjung Tanah Melayu.

Ada yang kata Asam Pedas Kedah, Asam Rebus & Kaengsom makanan yang sama, sebenarnya tidak sama kerana Asam Rebus & Kaengsom tidak merah dan tidak pedas manakala Asam Pedas Kedah berwarna merah & pedas. Di Singapura pula mereka berdarah Minang dan berdarah Johor , ada yang menggunakan daun limau purut , ada yang menggunakan daun kesum.

Teori Minang dan Kedah ;

Limau Purut: Sumatera Barat , Sumatera Selatan , Melaka , Singapura , Kepulauan Riau , Kalimantan .

Daun Kesum: Kedah , Kelantan , Johor , Singapura .

Perbezaan

[sunting | sunting sumber]
Lauk asam pedas ikan tongkol (Minangkabau: ambu-ambu asam padeh)

Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.

Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.

Jenis Bahan Daun Bahan pemasam Bahan utama Cara masak
Gulai asam pedas asal Johor Pelbagai jenis jeruk iaitu jeruk belimbing buluh, jeruk sawi, jeruk kubis, jeruk mangga atau nenas tumis kemudian rebus
Masak lada asal Melaka asam jawa, asam keping tumis kemudian rebus
Asam pedas Kedah Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, belacan, lengkuas, serai, tomato kesum asam keping cili kisar rebus[13]
Asam pedas Kelantan Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, belacan, lengkuas, tomato kesum asam keping, asam jawa cili kisar, beras kisar rebus
Asam pedas Johor Bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas, belacan, tomato kesum asam jawa, asam keping cili kisar, buah keras, lada hitam tumis kemudian rebus
Asam pedas Muar Bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas, serai, tomato, belacan kesum asam jawa , asam keping cili kisar, lada hitam, bunga kantan tumis kemudian rebus
Asam pedas Melaka Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, serai, belacan limau purut asam jawa cili kisar, ketumbar, jintan manis, jintan putih tumis kemudian rebus
Asam pedas Sarawak Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, belacan tiada daun asam terung cili kisar atau cili padi rebus atau tumis kemudian rebus
  1. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Johor(Johor-Malaysia)". Iluminasi. Dicapai pada 28 Sep 2018.
  2. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Melaka (Melaka-Malaysia)". JKKN Melaka. Dicapai pada 21 Sep 2023.
  3. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Kedah (Kedah-Malaysia)". Rasa. Dicapai pada 5 Sep 2021.
  4. ^ Boi, Lee Geok (15 September 2017). Asian Seafood (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. ISBN 978-981-4794-08-4.
  5. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". idntimes.com. 2 November 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
  6. ^ Arman, Dedi (26 May 2019). "Pedasnya Ikan Asam Pedas Melayu". kebudayaan.kemdikbud.go.id. Dicapai pada 22 September 2020.
  7. ^ "3 Most Popular Western Malaysian Seafood Dishes".
  8. ^ Zainul Abidin Rasheed; Wan Hussin Zoohri; Norshahril Saat, penyunting (2020). Beyond Bicentennial: Perspectives On Malays. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 323–325. ISBN 978-981-121-250-5.
  9. ^ a b "Serba-serbi RM Padang: Dari Rendang sampai Rahasia Saji". Kompas. 28 Disember 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  10. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2 November 2019. Dicapai pada 24 September 2020.
  11. ^ Awal Faiz (Apr 16, 2017). "Beza Asam Pedas Melaka Dan Johor". Saji.
  12. ^ Faris Joraimi (Apr–Jun 2021). "Mother Island: Finding Singapore's Past in Pulau Lingga". BiblioAsia. Jil. 17 no. 4. National Library Board. m/s. 30–35.CS1 maint: date format (link)
  13. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Kedah (Kedah-Malaysia)". Rasa. Dicapai pada 5 Sep 2021.