VC 4000
Pengilang | Interton |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi ketiga |
Ketersediaan runcit | 1978 |
Ditamatkan | 1983 |
Media | Katrij |
CPU | Signetics 2650A (8-bit) dengan berkelajuan 4.43 MHz |
Input | 2 alat pengawal dengan 12 butang, 2 butang kuasa dan pengawal kayu ria analog |
VC 4000 merupakan konsol 8-bit yang menggunakan media katrij dikeluarkan oleh syarikat Interton di Jerman pada tahun 1978. Di United Kingdom, konsol ini dikeluarkan dengan nama Grundig Superplay Computer 4000[1].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1976, syarikat pengeluar konsol Radofin mengeluarkan konsol yang diberi nama 1292 Advanced Programmable Video System. Teknologi konsol ini kemudiannya dilesenkan kepada beberapa pengeluar konsol lain di United Kingdom. Ada diantara konsol-konsol sangat menyerupai konsol yang dikeluarkan Radofin[2].
Interton VC 4000 pula dikeluarkan pada tahun 1978, pada ketika itu ramai berpendapat bahawa konsol ini juga merupakan variasi kepada konsol yang dikeluarkan Radofin, walaupun pihak Interton menafikannya dan mereka mendakwa bahawa konsol ini dibina dari awal[1].
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Konsol ini dikeluarkan dalam bentuk 8-bit, sama seperti konsol-konsol pada generasi kedua. Konsol ini dijana dengan cip mikropemproses Signetics 2650A (8-bit) dengan berkelajuan 4.43 MHz. Menariknya, konsol ini juga didatangkan dengan cip mikropemproses grafik jenis Signetics 2636N. Permainan video pula dikeluarkan dalam bentuk katrij.
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | Utama: Signetics 2650A (8-bit) 4.43 MHz Grafik: Signetics 2636N | ||||
RAM | 32KB | ||||
RAM video | tiada | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 8 warna | ||||
Resolusi skrin | 208px x 108px | ||||
Saluran audio | Satu saluran |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Interton VC 4000". Retrogamingconsoles.com. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Dark Watcher. "1292 APVS \ VC 4000 Family". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 24 September 2015.