[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sega SG-1000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sega SG-1000
PengilangSega
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitJepun 15 Julai 1983
MediaKatrij ROM, kaset dan kad Sega
CPUNEC 780C berkelajuan 3.58 MHz

SG-1000 (エスジー・セン, Esujī Sen) (atau dikenali sebagai Sega Game 1000), merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar permainan video Sega pada tahun 1983. Konsol ini merupakan konsol pertama yang dikeluarkan oleh Sega dan merupakan konsol asas untuk pembinaan konsol-konsol Sega seterusnya[1]. Konsol SG-1000 dilancarkan pada hari yang sama konsol Nintendo Entertainment System dilancarkan. Konsol ini juga mempunyai beberapa variasi iaitu SC-3000, model komputer[1] dan SG-1000 II yang dilancarkan pada tahun 1984[2].


Pada awal tahun 1980-an, Sega Enterprise Inc., anak syarikat kepada Gulf & Western, merupakan salah satu syarikat terkenal yang mengeluarkan permainan video arked di kawasan Amerika Syarikat. Pasaran permainan video arked mula menunjukkan penurunan bermula tahun 1982 yang memberi impak yang sangat besar menyebabkan syarikat Gulf & Western terpaksa menjual beberapa anak syarikat kepada syarikat Bally Manufacturing[3]. Anak syarikat Sega di Jepun pula telah dibeli oleh seorang usahawan muda Hayao Nakayama[4].

Setelah Hayao membeli syarikat Sega Jepun, beliau melakukan rombakan dengan tidak lagi menumpukan terhadap pasaran permainan video arked. Dengan teknologi dan kepakaran yang dimiliki syarikat Sega Jepun pada ketika itu, mereka memulakan projek pembangunan konsol permainan video dan hasilnya konsol SG-1000 dikeluarkan. Konsol ini hanya dilancarkan di Jepun[5] dan menariknya, konsol ini dilancarkan pada hari yang sama konsol Nintendo Entertainment System dilancarkan.

Konsol ini tidak bertahan lama di pasaran oleh kerana pengguna-pengguna pada ketika itu lebih memilih untuk memiliki konsol NES yang menawarkan permainan video yang banyak serta permainan video Donkey Kong yang sangat popular[6].


Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Konsol ini menggunakan tiga jenis cip mikropemproses yang setiap satunya menjalankan fungsi yang berbeza. Cip utamanya ialah NEC 780C yang merupakan klon kepada cip mikropemproses Zilog Z80 yang digunakan dalam kebanyakkan konsol permainan video pada ketika itu. Konsol ini juga memiliki cip untuk grafik dan audio yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik Texas Instruments. Ketiga-tiga cip ini juga digunakan dalam konsol ColecoVision[7].

Alat pengawal untuk konsol ini telah terbina di atas badan konsol itu sendiri, namun begitu dalam variasi SG-1000 II, alat pengawalnya tidak lagi terbina di atas badan konsol. Output bagi audio dan video pula dihantar menerusi frekuensi radio (RF)[6].


Sistem teras
Cip mikropemproses Utama: NEC 780C berkelajuan 3.58 MHz
Grafik: Texas Instruments TMS9928A
Audio: Texas Instruments SN76489
RAM 2 KB
RAM video 16 KB
Grafik dan suara
Palet warna 16 warna
Resolusi skrin 256px x 192px
Saluran audio 4 saluran jenis mono


  1. ^ a b Plunkett, Luke (30 Mac 2015). "The Story of Sega's First Console (And It Wasn't The Master System)". Kotaku. Dicapai pada 5 November 2015.
  2. ^ Patterson, Patrick Scott (20 Oktober 2015). "This Week in Gaming History: Sega joins the party". SyFy Games. Dicapai pada 5 November 2015.
  3. ^ Pollack, Andrew (24 Oktober 1982). "WHAT'S NEW IN VIDEO GAMES; TAKING THE ZING OUT OF THE ARCADE BOOM...". NY Times. Dicapai pada 5 November 2015.
  4. ^ "Gulf & Western Industries Inc. said Monday it has...". UPI. 21 Mei 1984. Dicapai pada 5 November 2015.
  5. ^ Parish, Jeremy (26 Oktober 2013). "Remembering Sega's First Console, the SG-1000". US Gamer. Dicapai pada 5 November 2015.
  6. ^ a b Kohler, Chris (2 Oktober 2009). "Playing the SG-1000, Sega's First Game Machine". Wired.com. Dicapai pada 5 November 2015.
  7. ^ Robert, Rev. (24 Januari 2014). "Why the Second Generation of Video Game Consoles Is Really Two Distinct and Separate Generations". Revrob. Dicapai pada 5 November 2015.