Apple Bandai Pippin
Pembangun | Apple |
---|---|
Pengilang | Bandai |
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kelima |
Ketersediaan runcit | 28 Mac 1995 1 September 1995 |
Ditamatkan | 1997 |
Sistem pengendalian | tiada |
CPU | PowerPC 603 RISC (66 MHz) |
Input | Alat pengawal AppleJack dengan sistem bebola jejak terbina |
Ketersambungan | Modem berkelajuan 14.4, 28.8 atau 33.6 kbit/s |
Apple Bandai Pippin merupakan konsol multimedia, yang direka oleh Apple Computer. Konsol ini dibina berasaskan platform Apple Pippin - antara rangkaian produk dibawah Apple Macintosh. Bandai menghasilkan konsol ATMARK dan @WORLD antara tahun 1995 dan 1997.
Bandai Pippin dikeluarkan bertujuan untuk membolehkan pengguna memiliki sistem komputer dengan harga yang lebih rendah yang mampu memainkan perisian yang menggunakan CD, terutamanya permainan video serta berkebolehan berhubung dengan sistem rangkaian[1]. Antara ciri-ciri konsol ini ialah mempunyai pemain CD berkelajuan 4x serta sambungan output kepada television.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1994, buat kali pertama, jualan komputer peribadi dari semua pengeluar melebihi 10 juta. Ia juga tahun pertama dimana jualan komputer peribadi melebihi pengguna yang sudah memiliki komputer[2]. Fenomena ini menyebabkan harga jualan komputer meningkat dengan drastik dan Apple sedar bahawa fenomena ini harus dihentikan kerana pada ketika itu industri multimedia berkembang dengan pesat.
Platform Pippin dibangunkan dan lesennya dijual kepada pengeluar konsol yang berminat untuk membangunkan konsol berasaskan platform Pippin dan dijual kepada pengguna. Nama Pippin pula dipilih kerana Pippin merupakan salah satu keluarga dalam buah Epal[2].
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Konsol ini menggunakan cip mikropemproses PowerPC yang juga digunakan dalam model Apple Macintosh. Selain itu, konsol ini juga berkebolehan membuat capaian Internet menggunakan sambungan modem.
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | PowerPC 603 RISC (66 MHz) | ||||
RAM | 6MB | ||||
RAM video | "Taos" VGA 16-bit | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 16.7M warna | ||||
Resolusi skrin | 640 x 480 | ||||
Saluran audio | Stereo 16 bit 44 kHz |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bandai Pippin Museum & Archive". MacGeek.org. Dicapai pada 21 September 2015.
- ^ a b "Pippin: Questions and Answers (Part 1 of 2)". Apple Inc. Dicapai pada 21 September 2015.