[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Supermak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Supermak (drama TV))
Supermak
GenreAksi, komedi
PenciptaKabir Bhatia
Ditulis oleh
  • Eddy Mazlan
  • Naa Murad
  • Deen Ali
PengarahPrem Anand Pillai
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kuasa Wanita" oleh Adi Mentor dan Farawahida
Lagu penutup"Kuasa Wanita" oleh Adi Mentor dan Farawahida
PenggubahHafiz Hamidun
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
Penyunting
  • Adilan Adzemi
  • Haniffa Jhonasrul
  • Izwan Ansor
  • Mohd Syazwan Roslan
  • Andy Fairuz
  • Muhammad Mahmuddin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Julai 2011 – 24 Oktober 2011
Kronologi
MengikutiJuvana
Diikuti olehNilapura

Supermak merupakan sebuah drama televisyen aksi komedi Malaysia 2011 dibintangi oleh Nasha Aziz sebagai watak tajuk. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 dari 25 Julai 2011 hingga 24 Oktober 2011 menggantikan Juvana dan digantikan oleh Nilapura.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Supermak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani. Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil geroda.

Kisah bermula apabila burung geroda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung geroda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung geroda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Azhan Rani sebagai Inspektor Rees
  • Zul Yahya sebagai Bashar
  • Zara Zya sebagai Camelia
  • Amyra Rosli sebagai Arina
  • Syawal AF sebagai Khalil
  • Henzi Andalas sebagai Ghazi
  • Nelly sebagai Ayesha
  • Haider Harris sebagai Amril
  • Rosli Sako sebagai Haris, Ayah Amy dan Ayah mentua Rees
  1. ^ Budiey (16 Julai 2011). Drama Supermak Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 24 April 2012.
  2. ^ Budiey (20 Julai 2011). Drama bersiri Supermak lakonan Nasha Aziz dan Azhan Rani Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 24 April 2012.
  3. ^ Supermak (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 26 September 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]