[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kak Marr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kak Marr
GenreKomedi
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahEmi Suffian
Pengarah kreatif
  • Wan A. Ruzwan
  • Raime Yusoff
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kak Marr" oleh Izreen Azminda
Lagu penutup"Kak Marr" oleh Izreen Azminda
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Norazhar Baharuddin
PenerbitHaji Md Fadzil Teh
Lokasi
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Iris)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Januari 2016 – 13 Februari 2016

Kak Marr merupakan siri drama televisyen komedi Malaysia 2016 dibintangi oleh Rozita Che Wan, Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 13 Januari 2016 hingga 13 Februari 2016 menggantikan Abang Sado Jemur Kain.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Redza Rosli sebagai Zolkifli
  • Hairi Safwan sebagai Chef D
  • Ben Ali sebagai Shahir
  • Ayumi Azizan sebagai Dina
  • Cik Puteh sebagai Kak Puteh
  • Arissa Afrina Rizal sebagai Ika
  • Aaisyah Dhiya Rana sebagai Aaisyah

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Drama ini menjalani penggambaran di Tasik Timah Tasoh, Perlis dan sekitar Kuala Lumpur. Drama ini membabitkan dialek utara dan juga mengisahkan suasana di kedai makanan, dengan pelbagai menu masakan utara. Ia melibatkan 90 peratus suasana di Tasik Timah Tasoh dan 10 peratus penggambaran filem ini pula dibuat di Kuala Lumpur, dengan jumlah penggambaran semua sekali selama 35 hari.[3]

Siaran ulangan

[sunting | sunting sumber]

Kak Marr diulang siar pada 12 April 2017 hingga 16 Mei 2017.[4]

  1. ^ "Drama Kak Marr (TV3)". My Infotaip. 13 Januari 2016. Dicapai pada 7 Mac 2016.
  2. ^ Kak Marr (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Mac 2019.
  3. ^ Curi masa Che Ta Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mac 2017.
  4. ^ "Kak Marr". Utusan Borneo. 3 Mei 2017. Dicapai pada 3 Mei 2017.