[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lelakimu Yang Dulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelakimu Yang Dulu
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Berdasarkan daripada
Lelakimu Yang Dulu
karya Farah Darianna
PenciptaFarah Darianna
Ditulis olehPGRS Team
Chinta Nadeesha
Rozie Rashid
Amka Ahmad
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Nelydia Senrose
Redza Rosli
Nadia Brian
Lagu pembukaan"Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira
Lagu penutup"Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 September 2019 – 28 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiKau Yang Pertama
Diikuti olehSetelah Ku Dimiliki

Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019,[1] adaptasi dari novel 2018 dengan tajuk yang sama nukilan Farah Darianna. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini,[2] dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 19 September 2019[3] menggantikan Kau Yang Pertama.

Ini merupakan projek televisyen pertama lakonan bersama Nelydia dan Sharnaaz dalam tempoh lima tahun sejak Setitis Kasih Darmia (2014). Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3) Myinfotaip (18 September 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.
  2. ^ Aqmar Mustaza (4 November 2019). Memang gimik pun: Pengarah Lelakimu Yang Dulu Sinar Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  3. ^ Drama Lelakimu Yang Dulu bermula malam ini Diarkibkan 2020-01-30 di Wayback Machine Kool FM (19 Oktober 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.
  4. ^ Lelakimu Yang Dulu (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  5. ^ Zaidi Che (23 September 2019). Lelakimu Yang Dulu: Masihkah ada cinta di hati Sharnaaz Ahmad[pautan mati kekal] Stail.my. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
  6. ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (12 November 2019). Ungku Hariz, Reen Rahim satu kepala Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Lelakimu Yang Dulu Berikutnya
Kau Yang Pertama Setelah Ku Dimiliki