Antidot (drama)
Antidot | |
---|---|
Genre | Drama, aksi, cereka sains |
Pencipta | Mira Mustaffa (konsep asal) |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Mati" oleh Faizal Tahir |
Lagu penutup | "Mati" oleh Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Along Ailina |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 9 Disember 2014 – 10 Mac 2015 |
Antidot (digayakan sebagai #ANTIDOT) merupakan siri drama cereka sains Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia terbitan Filmscape. Dibintangi oleh Nabila Huda, Nad Zainal, Kamal Adli dan Remy Ishak, ia mengisahkan tentang beberapa saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia.[1][2] Siri ini bersiaran di Slot Aksi TV3 dari 9 Disember 2014 sehingga 10 Mac 2015 menggantikan PLAN B.
Siri ini didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Fatah, Frida, Alam dan Teja ialah empat pakar virus yang berusaha untuk menyelamatkan manusia daripada serangan virus zombi. Ianya bermula apabila kawasan di Lembah Klang diserang oleh penyakit misteri. Doktor dan pakar virus sendiri tidak dapat mengetahui virus apa yang merebak dan menjangkakan ianya virus yang baru dijumpai.
Pakar virus, Frida menyedari kesan daripada jangkitan ini ialah demam panas, halusinasi, paranoia atau tidak sedarkan diri dan akhirnya mereka yang dijangkiti boleh menjadi ganas, menyerang sesiapa sahaja di luar kawalan. Dalam suasana yang hiruk-pikuk dan tidak terkawal, pesakit menyerang antara satu sama lain.
Turut terkena jangkitan ini adalah suami kepada Teja. Teja meminta bantuan daripada Alam untuk menjaga anaknya Aini. Semasa ingin melawat suaminya di hospital, Alam cuai dan Aini terlepas dari pandangannya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nabila Huda sebagai Teja
- Nad Zainal sebagai Frida
- Kamal Adli sebagai Alam
- Remy Ishak sebagai Fatah
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Redza Rosli sebagai Dr. Reza
- Bil Azali sebagai Kamil
- Nana Mohamed sebagai Mimi
- Wak D sebagai Mad Nor
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Shahriza Mahmud sebagai Mak Cik Mona
- Cico Harahap sebagai Fido
- Putri Mardiana sebagai Rozana
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Puteri Syasya sebagai Aini
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nor Ateiyah Yusoff (18 Disember 2014). "Misi penuh suspens dalam #Antidot". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Januari 2015.
- ^ Kenneth Chaw (27 Januari 2015). "'Antidot': The Malaysian equivalent of 'The Walking Dead'?". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Januari 2015.
- ^ Antidot (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2019.