[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pasitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang Pasitan Sepanyol.

Pasitan (Latin: Inquisitio) merujuk kepada proses undang-undang (tatacara pasitan) atau institusi-institusi yang ditubuhkan oleh Gereja Roman Katolik dan kadang-kala juga oleh pemerintah-pemerintah sekular bagi membendung kegiatan-kegiatan bidaah.[1] Dimulakan di Perancis pada abad ke-12 bagi mencegah pertentangan agama, terutamanya terhadap golongan Katarisme dan Waldens. Kumpulan-kumpulan lain yang kemudiannya disiasat termasuklah Fraticelli, Hus (pengikut Jan Hus) dan Beguine. Bermula pada 1250-an, para pegawai pasitan secara umumnya dipilih daripada Darjah Dominika, menggantikan amalan lebih awal yang menggunakan rohaniwan tempatan sebagai hakim.[2] Istilah Pasitan Zaman Pertengahan meliputi institusi mahkamah ini sehingga pertengahan abad ke-15.

Kecuali Negeri-negeri Paus, institusi Pasitan dihapuskan pada awal abad ke-19, selepas Perang Napoleon di Eropah dan perang kemerdekaan Amerika Sepanyol di benua Amerika. Institusi tersebut terselamat sebagai sebahagian daripada Kuria Rom tetapi pada tahun 1908 ia dinamakan semula kepada "Jemaah Kudus Agung Pejabat Suci". Pada tahun 1965, ia menjadi Jemaah Doktrin Iman.[3]

Petikan
  1. ^ Bernard Hamilton; Edward Peters (10 Ogos 2016). "Inquisition". Dalam Encyclopædia Britannica, inc. (penyunting). Ensiklopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Julai 2017.
  2. ^ Peters (1989), m/s. 54.
  3. ^ "Congregation for the Doctrine of the Faith - Profile". Vatican.va (dalam bahasa Inggeris). Kota Vatikan. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
Bibliografi
  • Adler, E. N. (April 1901). "Auto de fe and Jew". The Jewish Quarterly Review. University of Pennsylvania Press. 13 (3): 392–437. doi:10.2307/1450541. JSTOR 1450541.
  • Burman, Edward (2004). The Inquisition: The Hammer of Heresy. Sutton Publishers. ISBN 0-7509-3722-X.. Edisi baru buku diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1984, suatu sejarah umum berdasarkan pada sumber-sumber utama.
  • Carroll, Warren H. (1991). Isabel: the Catholic Queen. Front Royal, Virginia: Christendom Press.
  • Foxe, John (1997) [1563]. Chadwick, Harold J. (penyunting). The new Foxe's book of martyrs/John Foxe; ditulis semula dan dikemas kini oleh Harold J. Chadwick. Bridge-Logos. ISBN 0-88270-672-1.
  • Given, James B (2001). Inquisition and Medieval Society. Cornell University Press.
  • Kamen, Henry (1999). The Spanish Inquisition: A Historical Revision. Yale University Press. ISBN 0-300-07880-3.. Edisi semakan bagi karya asal beliau pada 1965 ini menyumbang kepada pemahaman Pasitan Sepanyol dalam konteks tempatan.
  • Lea, Henry Charles (1906–1907). A History of the Inquisition of Spain. 4. New York dan London.
  • Parker, Geoffrey (1982). "Some Recent Work on the Inquisition in Spain and Italy". Journal of Modern History. 54 (3).
  • Peters, Edward (1989). Inquisition. University of California Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Twiss, Miranda (2002). The Most Evil Men And Women In History. Michael O'Mara Books Ltd. ISBN 978-1-85479-488-8.
  • Walsh, William Thomas (1997) [1940]. Characters of the Inquisition. TAN Books and Publishers, Inc. ISBN 0-89555-326-0.
  • Whitechapel, Simon, (2003). Flesh Inferno: Atrocities of Torquemada and the Spanish Inquisition. Creation Books. ISBN 1-84068-105-5.CS1 maint: extra punctuation (link)

Pautan laur

[sunting | sunting sumber]