[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Il Canto degli Italiani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Il Canto degli Italiani
Kulit skor muzik edisi 1860

National anthem  Itali
Juga dikenali sebagaiInno di Mameli (English: Mameli's Hymn)
Fratelli d'Italia (bahasa Inggeris: Brothers of Italy)
LirikGoffredo Mameli, 1847
MuzikMichele Novaro, 1847
Diguna pakai12 Oktober 1946 (de facto)
4 Disember 2017 (de jure)
Didahului oleh"La leggenda del Piave"
Sampel audio
"Il Canto degli Italiani" (instrumental)

Il Canto degli Italiani ("Lagu orang Itali"), L'Inno di Mameli ("Gita Mameli") atau Fratelli d'Italia ("Para Pemuda Itali") adalah lagu kebangsaan Itali.

Goffredo Mameli, pengarang lagu kebangsaan Itali
Michele Novaro, penggubah muzik lagu kebangsaan Itali

Liriknya ditulis semasa musim luruh tahun 1847 di Genoa, oleh seorang pelajar dan patriot berumur 20 tahun, Goffredo Mameli pada suatu masa di mana ramai rakyat Itali sedang berjuang untuk penyatuan dan kebebasan negara mereka.

Dua bulan kemudian, teks karangan Goffredo itu telah dipadankan dengan muzik oleh penggubah, Michele Novaro di Turin. Lagu ini dinikmati secara meluas semasa zaman pembaharuan Risorgimento dan pada dekad berikutnya.

Selepas penyatuan Itali pada 1861, lagu kebangsaan yang digunakan adalah Marcia Reale (atau Fanfara Reale), lagu rasmi keluarga diraja Savoy yang digubah pada 1831 atas arahan Carlo Alberto di Savoia. Marcia Reale kekal sebagai lagu kebangsaan Itali hingga terbentuknya pemerintahan republik baru. Giuseppe Verdi, penggubah muzik terkenal di Itali pada masa itu mengkaryakan potpourri Inno delle Nazioni (Lagu Negara-negara) untuk dimainkan di Pameran Antarabangsa London (1862), Verdi memutuskan memilih Il Canto degli Italiani – dan bukan Marcia Reale – untuk mewakili Itali, lalu ia dimainkan setaraf God Save the Queen dan La Marseillaise.

Dari 1922 hingga 1943, semasa Itali ditadbir oleh sebuah kerajaan fasis, setiap perdendangan lagu Marcia Reale mesti diikuti dengan lagu parti pemerintah Fasis Giovinezza.

Pada 12 Oktober 1946, apabila Itali menjadi sebuah republik, lagu Il Canto degli Italiani telah dipilih pada asalnya bertujuan sementara waktu, namun penggunaannya melekat lazim sehingga ke tahap de facto dan hanya menjadi rasmi de jure dalam sebuah rang undang-undang diluluskan tanggal 17 November 2005, lebih kurang 60 tahun setelah ia dipilih.

Berikut adalah teks lengkap asal dari sajak yang ditulis oleh Goffredo Mameli; bagaimanapun untuk lagu kebangsaan Itali, hanya rangkap pertama dan korus yang dinyanyikan dan diakhiri dengan teriakan "Si!" ("Ya!"). Rangkap-rangkap yang lain merujuk kepada berbagai peristiwa mengenai perjuangan rakyat Itali untuk penyatuan dan kemerdekaan.

Lirik bahasa Itali
Fratelli d'Italia,
l'Italia s'è desta,
dell'elmo di Scipio
s'è cinta la testa.
Dov'è la Vittoria?
Le porga la chioma,
che schiava di Roma
Iddio la creò.
CORO:
Stringiamoci a coorte,
siam pronti alla morte.
Siam pronti alla morte,
l'Italia chiamò.
Stringiamoci a coorte,
siam pronti alla morte.
Siam pronti alla morte,
l'Italia chiamò!


Noi fummo da secoli
calpesti, derisi,
perché non siam popolo,
perché siam divisi.
Raccolgaci un'unica
bandiera, una speme:
di fonderci insieme
già l'ora suonò.
CORO
Uniamoci, amiamoci,
l'unione e l'amore
rivelano ai popoli
le vie del Signore.
Giuriamo far libero
il suolo natio:
uniti, per Dio,
chi vincer ci può?
CORO
Dall'Alpi a Sicilia
Dovunque è Legnano,
Ogn'uom di Ferruccio
Ha il core, ha la mano,
I bimbi d'Italia
Si chiaman Balilla,
Il suon d'ogni squilla
I Vespri suonò.
CORO
Son giunchi che piegano
Le spade vendute:
Già l'Aquila d'Austria
Le penne ha perdute.
Il sangue d'Italia,
Il sangue Polacco,
Bevé, col cosacco,
Ma il cor le bruciò.
CORO
Terjemahan
Para pemuda Itali,
Itali telah bangun,
dengan ketopong Scipio
Diikat rapi di kepalanya.
Di manakah [dewi kemenangan] Victoria?
Biar dia menundukkan kepala,
kerana dia hamba Roma
[kota] ciptaan Tuhan.
KORUS:
Mari bersatu dalam kohort,
Kami bersedia untuk mati!
Kami bersedia untuk mati!
Itali sudah menyeru!
Mari bersatu dalam kohort,
Kami bersedia untuk mati!
Kami bersedia untuk mati!
Itali sudah menyeru!


Kita telah untuk berabad-abad
Tertindas dan dipersendakan,
Kerana kita bukan satu bangsa,
Kerana kita terbahagi.
Biarlah satu bendera, satu harapan
Menghimpun kita semua
Untuk menjadi satu
Masanya sudah tiba.
KORUS
Mari bersatu dan menyintai satu sama lain;
Kesatuan dan kecintaan
Tunjukkan orang ramai
Cara kebiasaan Tuhan
Mari bersumpah untuk bebaskan
Tanah air kita;
Bersatu di bawah Tuhan,
Siapa yang dapat mengalahkan kita?
KORUS
Dari Alp ke Sicilia,
Legnano ada di mana-mana;
Semua lelaki Ferrucio
Mempunyai sebuah hati, sebuah tangan
Anak-anak Itali
Digelar Balilla;
Setiap bunyi loceng
Membunyikan suara vesperi.
KORUS
Mereka adalah rumput buluh yang bengkok
Pendekar yang berjuang untuk wang
Helang Austria
Sudah hilang bulu yang menghiasinya.
Darah Itali
Dan juga Poland
Diminum bersama orang Kazak,
Tapi ia membakar hatinya.
KORUS

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]