[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bendera Barbados

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera kebangsaan Barbados

Bendera Barbados terdiri daripada sebidang dibahagi tiga jalur: satu jalur menegak warna kuning menampilkan sebilah kepala serampang hitam diapit dua jalur biru.

Bendera ini direka Grantley W. Prescod dalam suatu pertandingan dianjurkan pemerintah Barbados dengan lebih seribu rekaan yang dikirimkan,[1] rekaan tersebut pertama kali dipakai pada keraian Hari Kemerdekaan pertama Barbados tanggal 30 November 1966.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Perlembangan

[sunting | sunting sumber]

Warna biru melambangkan lautan yang mengelilingi pulau Barbados dan langit manakala warna kuning melambangkan pasir pantai-pantainya.

Kepala serampang di tengah-tengah bendera datangnya daripada jata Jajahan Barbados yang menggambarkan Britannia memegang serampang Poseidon lalu melambangkan kekuasaan Empayar British ke atas lautan dijajahnya. Maka, pemisahan atau "pematahan" kepala serampang ini menggambarkan "terpatahnya" Barbados daripada status jajahannya menjadi suatu negara berdaulat.[2] Tiga hujung serampang ini melambangkan tiga prinsip demokrasi:

  1. pemerintah milik rakyat (government of the people)
  2. pemerintah yang berkhidmat untuk rakyat (government for the people)
  3. pemerintah dijawat rakyat (government by the people)

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Warna-warna ditetapkan untuk perekaan bendera ini menurut kod warna British Standard adalah seperti berikut:[3]

  • Ultramarine — BCC 148
  • Gold — BS O/002.
  1. ^ "Government of Barbados National Flag". Barbados.gov.bb. 12 November 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2010. Dicapai pada 4 Julai 2010.
  2. ^ Flag of Barbados Diarkibkan 2017-01-02 di Wayback Machine, Ministry of Foreign Affairs (Barbados)
  3. ^ CHAPTER 300A NATIONAL EMBLEMS AND NATIONAL ANTHEM OF BARBADOS (REGULATION), World Intellectual Property Office (WIPO)