Pasir
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pasir (Jawi: ڤاسير ) ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada zarah batu dan galian kecil yang halus. Butiran-butiran ini datangnya dari penghakisan atau pemecahan batuan keras akibat pendedahan kepada persekitaran luar secara berterusan sehingga ketulan yang besar berpecah kepada butir kecil dan dibawa angin dan air terhanyut jauh dari asalnya terkumpul mendak seperti gumuk dan pantai.
Ia merupakan bahan penting dalam bidang pembinaan terutamanya untuk membancuh konkrit: pasir galian sungai sangat didambakan kerana sifatnya yang tersendiri sehingga tidak boleh diperbaharui.[2] Sebanyak 50 bilion tan pasir sungai digali untuk tujuan ini.[3]
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu, dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piwaian). Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm.[4] Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan, berasa seperti tepung).
ISO 14688 menggred pasir sebagai halus, sederhana, dan kasar dengan julat 0.063 mm hingga 0.2 mm hingga 0.63 mm hingga 2.0 mm. Di Amerika Syarikat, pasir biasanya dibahagi antara lima kategori kecil berdasarkan saiz: pasir amat halus (1⁄16 - 1⁄8 mm diameter), pasir halus (1⁄8 mm - 1⁄4 mm), pasir sederhana (1⁄4 mm - 1⁄2 mm), pasir kasar (1⁄2 mm - 1 mm), dan pasir amat kasar (1 mm - 2 mm). Saiz ini berdasarkan pada saiz zarah skala fi Krumbein, di mana saiz dalam Φ = -log base 2 bagi saiz dalam mm. Pada skala ini, untuk pasir nilai Φ berbeza antara -1 hingga +4, dengan pembahagian antara kategori kecil sebagai nombor bulat.
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Kandungan biasa pasir, bertempat di daratan benua dan persisiran pantai bukan tropika , adalah silika (silikon teroksida, atau SiO2), biasanya dalam bentuk kuartz, yang, disebabkan pengun secara kimia dan kekerasannya, merupakan galian paling biasa kalis kepada peluluhawa.
Kandungan pasir amat pelbagai, bergantung kepada sumber batu tempatan dan keadaan. Psir putih cerah yang terdapat di persisiran pantai tropika dan semi-tropika adalah batu kapur terhakis dan mungkin mengandungi batu karang dan serpihan kerangka tambahan kepada bahan hasilan organik atau organik lain.[5] Gubuk pasir gipsum di White Sands National Monument di New Mexico adalah terkenal bagi warna pasir putih berkilauan. Arkose adalah pasir batu pasir dengan sejumlah besar kandungan feldspar, terhasil dari luluhhawa dan hakisan biasanya dari unjuran batu granit berhampiran. Sesetengah pasir mengandungi magnetite, chlorite, glauconite atau gipsum. Pasir kaya dengan magnetite bewarna gelap hingga ke hitam, sama seperti pasir terhasil dari basalt gunung berapi dan obsidian. Pasir mengandungi chlorite-glauconite biasanya bewarna hijau, sebagaimana pasir terhasil dari lava basalt deng kanudngan olivine tinggi. Kebanyakan pasir terutama yang terdapat di Eropah Selatan memiliki cemaran besi dalam kristal kuartz pasir, memberikan warna kuning gelap. Mendakan pasir di sesetengah kawasan mengandungi garnet dan galian tahan lain, termasuk sejumlah kecil batu permata.
Persekitaran
[sunting | sunting sumber]Pasir dipindahkan oleh angin dan air dan dimendakkan dalam bentuk pantai, gumuk, benteng pasir dan ciri-ciri berkait. Dalam persekitaran seperti sungai tapak anak batu dan moraine glasiar ia sering kali wujud sebagai perwakilan bijiran pelbagai saiz. Sungai bedasar pasir, seperti Sungai Platte di Nebraska, USA, memiliki dasar berpasir disebabkan tidak terdapat sebarang sumber besar lain yang boleh dipindahkan. Gumuk, sebaliknya, adalah berpasir disebabkan bahan lebih besar biasanya tidak bergerak oleh angin, dan merupakan ciri geografi jelas dalam persekitaran gurun.
Kajian
[sunting | sunting sumber]Kajian mengenai setiap biji mampu mendedahkan banyak maklumat sejarah berkaitan dengan asal dan jenis pasir. Pasir kuartz yang baru terluluh hawa dari granit atau kristal kuartz gneiss adalah bersudut. Ia dikenali sebagai grus dalam geografi atau pasir bersegi dalam bidang pembinaan di mana didigemari berbanding konkrit, dan dalam perkebunan di mana ia digunakan sebagi pembaiki tanah bagi melonggarkan tanah berselut. Pasir yang diangkut jarak jauh oleh air dan angin adalah bulat, dengan ciri-ciri pola lelasan pada permukaan pasir. Pasir gurun biasanya bulat.
Mereka yang mengumpulkan pasir sebagai hobi biasanya dikenali sebagai arenophile atau psammophiles.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Perindustrian
[sunting | sunting sumber]Pasir mengandungi silika iaitu komponen utama bagi kaca biasa, begitu juga dengan silikon.
Permukaan zarah pasir yang kasar juga diterapkan sebagai bahan pelelas sama ada ditampalkan pada kertas berperekat mahupun ditiup pada kelajuan tinggi untuk tujuan menggilap dan membersihkan permukaan tertentu.
Pembinaan dan kerja raya
[sunting | sunting sumber]Pasir sering kali merupakan komponen utama menghasilkan bancuhan konkrit yang penting bagi membina bangunan. Pasir tepian sungai dan tasik diutamakan kerana sifat butir zarahnya yang bersudut memberi ruang hubungan kimia membantu tindak balas pengerasan serta kurangnya kandungan garam dapat menjejaskan keutuhan konkrit berbanding pasir gurun atau pasir dasar laut (melainkan pasir laut ini dirawat terlebih dahulu).[2][6] Pasir juga ditambahkan bersama tanah liat kepada adunan asas batu bata sebagai bahan pengisi.[7]
Jalan-jalan raya di kawasan yang menerima cuaca bersuhu rendah pada musim sejuk sering ditaburkan pasir untuk meningkatkan daya cengkam yang terjejas akibat turunnya air batu dan salji pada musim ini. Pengendali kereta api turut menggunakan pasir bagi meningkatkan cengkaman tayar pada landasan untuk tujuan sama.
Kesenian
[sunting | sunting sumber]Gumuk-gumuk buatan timbunan pasir dijadikan bukit kecil dan cerun yang boleh menghiasi lapangan tertentu (contohnya di padang golf).
Pasir juga dijadikan media lukisan atau animasi secara melukis gambar beransur-ansur pada permukaan ditabur pasir yang diterangi cahaya.
Tujuan lain
[sunting | sunting sumber]- Pertanian: Tanah pasir adalah sesuai bagi tanaman seperti tembikai, persik, dan kekacang dan ciri pengairan yang baik menjadikan ia sesuai bagi penternakan tenusu.
- Akuarium: Pasir merupakan bahas dasar akuarium yang dipercayai lebih baik berbanding anak batu bagi kegunaan di rumah.
- Batu karang buatan: Pasir dalam beg geotextile boleh digunakan sebagai asas bagi batu karang baru.
- Pemulihan pantai: Kerajaan memindahkan pasir ke pantai di mana arus pasang-surut, ribut atau pembangunan menyebabkan perubahan pada persisiran dan penghakisan pada pasir asal.[8]
- Cob: Coarse sand makes up as much as 75% of cob.
- Cat: Mencampurkan pasir dengan cat menghasilkan tekstur akhir bagi dinding dan permukaan lantai tidak gelincir.
- Bahan asas jam pasir dahulunya sebagai alat penanda masa yang utama sebelum teknologi dimajukan
- Acuan pasir: Pasir acuan dibasahkan dengan kaster atau minyak molding sand, juga dikenali sebagai pasir relau dan kemudian dibentuk menjadi acuan di mana bahan cair dituang dalamnya. Pasir jenis ini perlu bertahan suhu dan tekanan tinggi, membenarkan gas keluar, memiliki bijiran saiz kecil, sekata dan tidak bertindak balas dengan logam.
- Beg pasir: Bahan perlindungan mengalis banjir dan tembakan senjata api. Bag adalah murah dan mudah dibawa apabila kosong,dan sukarelawan tidak terlatih mampu memenuhinya dengan pasir tempatan ketika kecermasan.
- Penapis air: Media penapis menggunakan pasir bagi penapisan air.
- Zoanthid "skeletons": Animals in this order of marine benthic cnidarians related to corals and sea anemones, incorporate sand into their mesoglea for structural strength, which they need because they lack a true skeleton.
- Penilikan berdasarkan corak-corak yang terbentuk pada permukaan berpasir di dunia Islam pada zaman dahulu (Arab: عِلم الرَمْل, rumi: ‘ilm al-raml , "ilmu pasir"),[9] kata kerja ramal رامل (serapan Arab: رَمْل, rumi: raml "pasir")[10] dipinjamkan dari kefahaman ini.
Ancaman
[sunting | sunting sumber]Sungguhpun pasir tidak-beracun, aktiviti mpenggunaan pasir seperti pasir pelelas ("sandblasting") memerlukan perlindungan. Beg pasir silika yang digunakan bagi pasir pelelas kini dilabel dengan amaran bagi menggunakan perlindungan pernafasan dan mengelak bernafas habuk silika halus yang terhasil. Helaian data keselamatan galian ("Material safety data sheet - MSDS") bagi silika menyatakan bahawa "penghiduan melampau bagi silika berkristal merupakan kebimbangan kesihatan serius".[11]
Di kawasan tekanan air poros air masin dan pasir mampu membentuk pasir jerlus, yang merupakan hidrogelcolloid yang bertindak seperti cecair. Pasir jerlus menghasilkan rintangan besar bagi haiwan yang terperangkap dalamnya, sering kali mati kerana akibat dedahan (bukan kerana lemas).
Isu persekitaran
[sunting | sunting sumber]Pelbagai kegunaan pasir memerlukan industri korek besar, menimbulkan kebimbangan persekitaran berkait dengan kehabisan ikan, tanah runtuh, hakisan pantai dan banjir. Negara seperti China, Indonesia, Malaysia dan Cambodia melarang eksport pasir, menyebut isu sebegini sebagai faktor utama.[12]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Siim Sepp. "Sand types" (dalam bahasa Inggeris). sandatlas.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2019. Dicapai pada 17 Februari 2020.
- ^ a b Constable, Harriet (3 September 2017). "How the demand for sand is killing rivers". BBC News Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017.
- ^ Albarazi, Hannah. "The Slippery Slopes of the World Sand Shortage". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2019. Dicapai pada 29 March 2019.
- ^ Urquhart, Leonard Church, "Civil Engineering Handbook" McGraw-Hill Book Company (1959) m/s. 8-2
- ^ "Seaweed also plays a role in the formation of sand". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-01. Dicapai pada 2010-02-25.
- ^ Christermaller, Fazlynna (31 Oktober 2021). "Kenapa pasir laut dan pasir padang pasir tidak digunakan dalam pembinaan?". PakcikEngineer. Dicapai pada 7 Disember 2021.
- ^ Yong, Syed E. Hasan, Benedetto De Vivo, Bernhard Grasemann, Kurt Stüwe, Jan Lastovicka, Syed M. Hasan, Chen (5 December 2011). Environmental and Engineering Geology -Volume III. EOLSS Publications. m/s. 80. ISBN 978-1-84826-357-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2021. Dicapai pada 19 October 2019.
- ^ Importing Sand, Glass May Help Restore Beaches : NPR
- ^ Leoni, Lory & Gruber (2016), m/s. 21.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 167. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ "Simplot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-11. Dicapai pada 2010-02-25.
- ^ "The hourglass effect". October 8, 2009. Dicapai pada October 14, 2009.
- Sumber utama
- Leoni, Francesca; Lory, Pierre; Gruber, Christiane (2016). Power and Protection: Islamic Art and the Supernatural. Ashmolean Museum. ISBN 978-1910807095.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Pasir dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pasir |