[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
IMAM AL-BUKHARI DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010 Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata, Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum. 1 1.0. PENDAHULUAN Kedudukan hadith sebagai sumber kedua dalam syariat Islam telah diakui oleh al-Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama Islam sejak dari dahulu sehingga sekarang. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa hadith manusia tidak dapat mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran. Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke semasa dan tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia sentiasa memerlukan ilmu kerana dengan adanya ilmu mereka akan mendekatkan lagi diri seseorang itu dengan pencipta-Nya. Begitu jugalah dengan ilmu maktabah al-hadith yang membincangkan tentang bibliografi penulis yang menulis bab-bab hadith mengikut susunannya. Pengumpulan hadith-hadith nabi Muhammad s.a.w sebagai sumber rujukan Islam telah dimulai oleh Ali bin al-Mawafi (234 H) iaitu guru kepada Imam al-Bukhari. Bermula usaha-usaha ini mereka telah memisahkan hadith-hadith yang benar dan hadith palsu yang terdapat dalam masyarakat. Ekoran itu, lahirlah beberapa kitab hadith yang masyhur seperti al Jami’ as-Sahih susunan Imam Bukhari (256 H) dan al Jami’as Sahih susunan Imam Muslim (261 H). Kedua-dua kitab ini dikenali dengan nama as- Sahahain. Selepas itu barulah lahir pula empat buah kitab lagi yang dinamakan Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan anNasai dan Sunan Ibnu Majah. Fokus tugasan ini adalah mengkaji tentang Kitab Sahih Imam Bukhari. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam tajuk ini adalah mengenai riwayat hidup, metod penulisan Kitab Sahih Bukhari, isu-isu yang timbul dan sebagainya. 2 2.0. RIWAYAT HIDUP IMAM BUKHARI Tokoh Islam penghimpun dan penyusun hadith yang lebih terkenal di antaranya seperti Imam Bukhari. Adapun urutan pertama yang paling terkenal diantara enam tokoh adalah Amirul-Mu'minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith). Nama sebenarnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Cucu seorang Persia bernama Bardizbah. Kakaknya, Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah, memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gabenor Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan "al-Mughirah al-Jafi." Mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Tabii’n, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang. "Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku." 3 2.1. Kelahiran Imam Bukhari Imam Bukhari merupakan seorang ulama yang terbilang. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardziyah al-Jaafa al-Bukhari. Beliau pernah digelar Imam Abu Abdullah sempena nama anaknya.1Namun beliau lebih dikenali dengan gelaran Imam Bukhari mengikut tempat asal kelahirannya iaitu wilayah Bukhara. Bukhara adalah suatu kota di Uzbekistan, wilayah UniSovyet, yang merupakan simpang jalan antara Rusia, Parsi, Hindia dan Tiongkok.2 Datuk beliau bernama Al-Mughirah ibn Bardizbah, pernah dikatakan sebagai seorang majusi dan merupakan hamba kepada Ismail al Ja’fi iaitu Gabenor Bukhara ketika itu. Beliau dilahirkan pada tahun 13 Syawal 194 Hijrah iaitu pada hari Jumaat di Bukhara.3 Sejak kecil lagi Imam Bukhari telah menunjukkan tanda-tanda akan memiliki keilmuan yang tinggi. Ayahnya telah meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Beliau memiliki penglihatan yang kurang baik dan pernah menjadi buta ketika berusia empat tahun. Berkat doa ibunya yang solehah agar penglihatan beliau sembuh akhirnya beliau dapat melihat semula setelah berusia 16 tahun. 4 Bapanya Ismail merupakan seorang Ulama hadis, yang telah menjadi murid kepada beberapa ulama terkemuka seperti Malik bin Anas, Hammad bin Zaid, dan Ibn al-Mubarak. Imam Bukhari mempunyai seorang ibu yang penyayang dan seorang abang yang bernama Ahmad. 1 Asnawi Haji Ehsan, 2003, Ilmu Hadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 157 2 MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 237 3 M.M. Azami, 1988, Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal.149 4 Asnawi Haji Ehsan, 2003, IlmuHadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 158 4 Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat malam Sabtu selesai sembahyang Isyak’ tepat pada malam 1 Syawal tahun 256 Hijrah bersamaan dengan 31 Ogos 870M iaitu ketika umurnya mencecah 62 tahun. Beliau telah dikebumikan selepas sembahyang Zuhur pada hari Sabtu di Khirtank suatu kampung tidak jauh dari Samarkand.5 2.2. Perjalanan Menuntut Ilmu. Imam Bukhari telah mula menghafaz hadith-hadith Rasullah s.a.w. sejak berumur kurang daripada sepuluh tahun. Semasa berumur enam belas tahun beliau telah menghafal beberapa buah kitab tulisan ulama peringkat awal yang terkemuka seperti Ibn al-Mubarak, Waki’ dan lainlain.6 Beliau tidak puas hanya dengan menghafal hadith dan kitab ulama peringkat awal sahaja lalu beliau memperlajari riwayat hidup periwayatperiwayat yang memainkan peranan dalam meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w serta tarikh lahir mereka, tempat lahir dan sebagainya.7 Imam Bukhari telah berhijrah ke Makkah untuk melanjutkan pengajiannya terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Beliau menetap di Makkah dan sempat menuntut ilmu daripada beberapa orang guru hadith yang masyhur seperti Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraqidan Ismail bin Salam al-Sai’gh. Beliau memulakan penulisannya dengan menulis sebuah kitab yang membincangkan tentang para perawi hadith dengan menetapkan darjah-darjah hadith yang diriwayatkan oleh mereka sama ada Hasan, Daif dan sebagainya. 5 MunzierSuparta M.A. 1993. Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 240 Ibid. hal. 237 7 M.M. Azami. (1988). Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal. 149 6 5 Ketika beliau di Madinah, beliau telah mengarang kitab keduanya yang berjudul Tarikh al-Kabir yang ditulis dihadapan makam Rasulullah s.a.w. Selain Makkah dan Madinah beliau pernah merantau mencari ilmu di negeri Syam, Mesir Jazirah sebanyak dua kali, Basrah empat kali, hijaz bermukim selama enam tahun, ke Baghdad bersama-sama para ahli hadith yang lain sampai lapan kali, Balagh, Merw, Naisabur, al-Rai, Kufah, Wasit, Damsyik, Qaisariyah dan Asqaland.8 Imam Bukhari juga merupakan seorang penembak yang baik dan selalu keluar berlatih untuk memastikan beliau sentiasa bersedia untuk berjihad. 2.3. Guru Dan Murid. Imam Bukhari telah mengambil masa yang lama merantau untuk menemui guru-guru hadith.Beliau berguru dengan lebih daripada 1000 orang syeikh dan telah mengumpul sebanyak 600 000 buah hadis.9 Imam Bukhari sendiri pernah menyatakan bahawa kitab al-Jami’ as-Sahih atau dikenali dengan Sahih al-Bukhari telah disusun sebagai hasil daripada pertemuan beliau dengan 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadith. Antara guru yang pernah Imam Bukhari temui dan mewarisi ilmu mereka adalah seperti Hamad bin Zaid, Malik bin Anasr.a, Muhamad bin Salam, Abdullah bin Muhamad al-Masnadi, Harun bin Asy’as dan Muhamad bin Yusuf al-Baikandi. Beliau juga pernah memperoleh hadith dari beberapa huffadh, antaranya Maky ibn Ibrahim, Abdullah ibn Usman al-Marwazy, Abdullah ibn Musa al-Abbay, Abu Ashim al-Syabany dan Muhammd ibn Abdullah 8 Asnawi Haji Ehsan, 2003, IlmuHadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 159 9 Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005, Hadis Daif: Ciri-Ciri dan Hukum, Utusan Publications &Distribulators Sdn. Bhd. hal. 48 6 al-Anshari. Manakala para ulama besar yang pernah mengambil hadith dari beliau, antaranya Imam Muslim, Abu Zur’ah, al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan al-Nasai.10 2.4. Karya-karya Imam Bukhari. Imam Bukhari banyak menulis kitab, sebahagian daripadanya telah lenyap begitu sahaja dan sebahagian lagi dapat kita temui pada hari ini. Antara kitab-kitabnya iaitu Al-Jami’ al-Musnad al-Shahih al-Mukhtashr min Umur Rasulillah wa Sunanih wa Ayyamihi atau biasa disebut “Sahih alBukhari”. Buku ini merupakan kumpulan hadith-hadith sahih yang beliau persiapkan selama 16 tahun. Menurut jumhur ulama ahli hadith, kitab ini merupakan kitab hadith yang paling sahih setelah al-Quran.Banyak ulama telah membuat syarah dari Sahih al-Bukhari antaranya Ibnu Hajar, al-‘Ayni al-Hanafi, Qashthallani dan Jalal al-Din al-Suyuthi. Selain itu beliau juga telah mengarang buku yang bertajuk, Qadhaya al-Shahabahwa al-Tabi’in. Kitab ini dikarang ketika berusia 18 tahun, dan sekarang kitab ini sudah tidak dijumpai. Al-Tarikh al-Kabir yang mempunyai lapan jilid telah diterbitkan sebanyak tiga kali. Antara kitab lain yang dikarang beliau seperti al-Tarikhu al-Ausath, al-‘Adabu al-Munfarid, Birru al-Walidain, Qira’atKhalf al-Imam, al-Tafsir al-Kabir, al-Musnad alKabir, al-Adab al-Mufrad, Raf’ al Yadain, al-Dhu’afa, al-Jami’ al-Kabir, alAsyribah, al-Hibah, Asami’ al-Shahabah, al-Wuhdan, al-Mabsuth, al-‘Ilal, al-Kuna, al-Fawa’id,11KhalqAf’al al-Ibad dan Tarikh Saghir.12 10 MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 238 MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 238-239 12 M.M. Azami, 1988, Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal. 151 11 7 2.5. Analisis Riwayat Hidup Imam Bukhari. Imam Bukhari merupakan seorang ulama yang tabah dan sabar. Sejak kecil lagi beliau telah diduga dengan kematian ayahnya yang merupakan seorang ulama hadith. Ketika beliau berumur empat tahun, beliau diduga dengan satu lagi kesusahan yang besar iaitu matanya menjadi buta sehingga beliau berumur 16 tahun. Minat dalam bidang hadith telah mendorong Imam Bukhari untuk terus menghafal beberapa buah kitab tulisan ulama peringkat awal yang terkemuka, seperti Ibn al-Mubarak, Waki’ dan lain-lain ketika pada zaman remaja beliau. Imam Bukhari terus berusaha dalam menuntut ilmu sehingga keluar merantau kebeberapa buah negari lain seperti Makkah, Madinah, Syam, Mesir Jazirah, Basrah, hijaz,Baghdad, Balagh, Merw, Naisabur, al-Rai, Kufah, Wasit, Damsyik, Qaisariyah dan Asqaland. Justeru itu, menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting bagi Imam Bukhari. Walaupun ada halangan ketika dalam perjalanan menuntut ilmu seperti kehabisan wang namun, beliau masih terus mencari ulamaulama hadith untuk memperoleh ilmu mereka. Sehingga jumlah gurugurunya menjangkau lebih daripada seribu orang. Beliau bersikap baik terhadap para pelajarnya, sangat warak, mengurangi makan, memiliki adab sopan yang tinggi dalam berbahas walaupun terhadap orang yang bertentangan pendapat dengan beliau dan banyak membaca al-Quran. Sepanjang hidup beliau, beliau banyak mengarang kitab antaranya Sahih al-Bukhari yang merupakan kitab sahih yang kedua selepas al-Quran menurut pendapat jumhur ulama hadith. 8 3.0. SEJARAH PERKEMBANGAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI Kitab Sahih al-Bukhari sebagaimana yang diperkatakan oleh para ulama merupakan sebuah kitab yang paling tinggi dari segi kesahihannya. Dengan kata lain, tidak terdapat sebuah kitab yang lebih sahih daripada sahih al-Bukhari selepas al-Quran. Tajuk lengkap kitab sahih al-Bukhari ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Sunanih wa Ayyamih. Kitab ini disusun oleh Imam Bukhari setelah beliau benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadith. 3.1 Jumlah Hadith Sahih Al-Bukhari Para ulama berbeza pendapat mengenai jumlah hadith yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Hadith sahih al-Bukhari mengandungi sebanyak 9,082 hadith termasuk yang berulang. Jumlah ini tidak termasuk hadith mauquf kepada sahabat dan hadith maqtu’ kepada tabi’in dan selepas meraka dan apabila dihitung tanpa memasukkan hadith yang berulang maka jumlahnya adalah 2,602 hadith. Hadith sahih al-Bukhari yang mausul dan tidak berulang berjumlah 2602. Manakala hadith yang muallaq ( ‫ ) معلق‬dan marfu’ ( ‫ ) مرفوع‬berjumlah 159 hadith. 3.2 Tempoh Penulisan dan Kedudukan Sahih Al-Bukhari Imam al-Bukhari mengambil masa yang begitu lama dalam menyiapkan sahih al-Bukhari iaitu selama 16 tahun untuk menulis sahihnya. Dalam memilih hadith-hadith yang akan dimasukkan ke dalam kitab sahihnya, Imam al-Bukhari sangat cermat dan sangat teliti sehingga dari 600,000 hadith yang beliau dapatkan hanya 4,000 hadith sahaja yang dimasukkan ke dalam kitabnya. Perkara yang paling menarik ialah setiap hadith yang dimasukkan ke dalam sahihnya itu ialah hadith-hadith yang 9 benar-benar telah diyakini sahnya, dan sebelum beliau memasukkan hadith tersebut ke dalam sahihnya, beliau beristikharah terlebih dahulu kepada Allah dengan sembahyang dua rakaat untuk menyakinkan bahawa hadith yang akan ditulisnya itu benar-benar sahih. Hal ini boleh dilihat dari pernyataan Imam Bukhari sendiri sebagaimana berikut : ‫ ما أدخلت في كتابي الصحيح إا ما‬:‫ و سمعته يقول‬: ‫قال إبراهيم‬ ‫…صح‬. ‫ ما وضعت في كتابي الصحيح حديثا إا‬: ‫قال محمد بن إسماعيل‬ ‫اغتسلت قبل ذلك وصليت ركعتين‬ Maksudnya : (Ibrahim berkata: “Saya mendengar dia (Bukhari) berkata: Saya tidak masukkan ke dalam kitab Sahihku kecuali Hadis yang sahih”) Muhammad ibn Ismail (al-Bukhari) berkata:” Aku tidak akan memasukkan satu Hadis pun kedalam kitab sahihku kecuali setelah aku mandi dan solat dua rakaat sebelumnya.”) Daripada pengakuan Imam Bukhari diatas, jelas menunjukkan bahawa hadith-hadith yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari adalah hadith-hadith yang sahih. Para ulama telah membuat kajian yang mendalam dan terperinci terhadap Kitab Sahih al-Bukhari dan mereka mengakui pengesahan hadith-hadith Sahih al-Bukhari itu. Pengumpulan Sahih al-Bukhari itu dimulakan di Mekkah kemudian usaha itu diteruskan semasa beliau di Madinah, di Basrah sehinggalah beliau balik ke tempat tumpah darahnya, iaitu Bukhara. 10 3.3 Tujuan Penyusunan Kitab Sahih Al-Bukhari Kitab Sahih al-Bukhari ini disusun oleh Imam Bukhari disebabkan beberapa tujuan. Antaranya ialah kitab-kitab hadith yang terdapat sebelumnya bercampur aduk diantara hadith yang sahih dan hadith yang tidak sahih. Beliau menganggap perkara ini tentulah akan menyusahkan penuntut ilmu hadith, terutamanya bagi mereka yang berada diperingkat permulaan. Oleh sebab itu Imam Bukhari mengambil keputusan dan berazam untuk menyusun hadith-hadith sahih sahaja yang tidak akan diragui lagi akan pengesahannya. Selain itu, tujuan Imam Bukhari menyusun sahihnya ialah apabila beliau mendengar ucapan dari gurunya yang bernama Ishaq Bin Rahuyah yang meminta kepada penuntutnya supaya menyusun sebuah kitab hadith yang ringkas yang mengandungi hadith-hadith sahih sahaja. Ucapan gurunya itu telah meresap ke jiwa Imam al-Bukhari dan lantas mendesaknya untuk melaksanakan tugas yang mulia itu. Tujuan penyusunan kitab sahih ini juga adalah kerana pada suatu ketika imam Bukhari telah bermimpi melihat Rasulullah SAW. Dalam mimpinya itu Imam Bukhari berdiri hampir dengan Rasulullah SAW dan mengipas baginda. Setelah memperolehi mimpi tersebut, beliau kemudiannya bertanya kepada seorang ahli takbir mimpi yang siqah berhubung dengan mimpinya itu. Ahli takbir mimpi itu menerangkan kepada imam al-Bukhari bahawa beliaulah yang akan memisahkan hadithhadith Rasulullah SAW dari hadith-hadith yang palsu. 11 4.0. METODOLOGI PENULISAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI Hadith-hadith yang terdapat dalam sahih bukhari adalan keseluruhannya hadith yang sahih. Dalam metodologi penulisan kitab Sahih al-Bukhari menyatakan dan menjelaskan mengenai sanad, matan, Tarajim dan analisis. Sanad mengikut manhaj Imam Bukhari ialah jalan untuk sampai kepada matan hadith dan matan pula ialah nas-nas yang disampaikan samada nas itu berbentuk perkataan, perbuatan, ikrar atau sebagainya. Dari segi sanad disyaratkan hadith sahih ialah muttasil alsanad (bersambung sanad), perawi-perawi itu mestilah adil dan perawiperawi itu mestilah dhabit. Muttasi al-sanad ialah segala perawi-perawi yang terdapat di dalam sanad itu dari perawi yang terakhir sehingga ke perawi yang pertama mestilah berhubung iaitu bertemu diantara satu dengan yang lain. Manakala dimaksudkan dengan adil ialah muslim, baligh, berakal dan sejahtera dari perkara-perkara yang boleh menjadi fasik iaitu melakukan dosa besar dan dosa kecil yang berkekalan dan sejahtera dari perkaraperkara yang boleh menjatuhkan maruah.13 4.1. Pandangan Ulama mengenai Sanad Sahih al-Bukhari Sanad Sahih al-Bukhari mengikut pendapat al-Imam Abu al-Fadhil Muhamad bin Tahir al-Maqdusi yang merupakan seorang ulama yang masyhur berkata: Maksudnya: Sesungguhnya Bukhari dan Muslim serta ahli hadith selepas keduanya tidak pernah mengatakan: aku mensyaratkan perawi-perawi yang terdapat didalam kitab ini 13 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 55 12 menurut syarat-syarat tertentu tetapi diketahui syarat-syarat itu berdasarkan kajian kitab-kitab mereka. Dari kajian tersebut diketahui bahawa Bukhari dan Muslim mensyaratkan perawi-perawi itu hendaklah thiqah dan kethiqahan mereka tidak dipertikaikan lagi oleh para ulama yang thiqah. Keduaduanya tidak mensyaratkan bahawa perawi-perawi yang mengambil hadith itu lebih dari seorang tetapi perawi itu mestilah thiqah. Sanadnya hendaklah berhubung diantara satu dengan yang lain sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w .hanya Muslim yang meriwayatkan hadis yang ditinggalkan oleh Bukhari dan beliau telah menghilangkan keraguan yang telah diberikan kepada mereka.14 Mengikut pendapat Muhamad bin Tahir al-Maqdusi tersebut jelaslah bahawa pandangan ulama hadith sebagaimana Imam Bukhari mensyaratkan perawi-perawi dalam sanad hadith yang diriwayatkan itu kepada dua iaitu thiqah (adil dan thabit) dan berhubung( itti’sal). 4.2. Matan Sahih al-Bukhari Selepas sanad di selidik dengan betul dan sahih. Imam Bukhari juga telah mempastikan matan hadith itu mestilah sahih agar tidak ada kepalsuan. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh para ulama dengan membuat kaedah-kaedah untuk mengesan hadith palsu dari segi matan. Bahkan untuk lebih jelas lagi dengan membezakan hadith palsu dengan hadis yang sahih dan juga ia perlu diketahui juga penekanan yang lebih untuk mengetahui hadith palsu ialah dengan cara melalui sanad. 14 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 63 13 Selain itu, perlu diberi perhatian ialah nas yang dibahaskan untuk diterima atau ditolak itu ialah berhubung dengan nabi Muhamad s.a.w dan Rasulullah itu tidak boleh disamakan dengan manusia yang lain kerana baginda mendapat wahyu dari Allah. Untuk disampaikan atau dihubungkan kepada Rasulullah tidak semestinya menggunakan ukuranukuran yang diberikan kepada manusia biasa.15 4.3. Tarajim Sahih al-Bukhari Setiap sesuatu perkara terdapat definisi yang tersendiri dan begitu jugalah dengan tarajim Sahih al-Bukhari. Tarajim merupakan satu perkataan yang berasal daripada kata jama’ bagi kalimah terjumah. Tarajim yang dibincangkan didalam Sahih al-Bukhari membawa maksud yang bertepatan iaitu bab-bab yang diperkatakan oleh Imam Bukhari dalam setiap kitab yang terdapat di dalam sahihnya. Contoh untuk tarajim Sahih Bukhari seperti: Bab Uzuwah Asyirah, ‫ اول ما غزا ال بي صلى اه عليه‬:‫ قال ابن اسحاق‬,‫غزوة العاشيرة‬ .‫وسلم اابوأ ثم بواط ثم العشيرة‬ Tarajim yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari ini menunjukkan bahawa kecerdikan dan kebijaksanaan beliau yang luar biasa tentang alQuran dan al-Sunnah serta bidang istinbat hukum. Imam Bukhari berjaya menghasilkan kitab Sahih al-Bukhari yang mengandungi bab sebanyak 3450 bab. Hal ini menunjukkan beliau seorang yang berjaya menguasai al-Quran dan al-Sunnah sehingga dapat mengeluarkan pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. 15 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 64 14 4.3.1. Kaedah Tarajim Kitab Sahih Al-Bukhari Penyusunan dalam tarajim sahih al-Bukhari yang menekankan kepada beberapa aspek yang penting supaya tarajim yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari ini tidak diragui. Tarajim-tarajim ini penting supaya terjumah yang jelas dan tepat dengan matan hadith yang hendak diterjumahkan. Tujuannya adalah untuk menerangkan kandungan hadithhadith yang terdapat di dalam bab-bab yang hendak diterjumahkan. Kedua, lafaz terjumah itu diambil daripada lafaz hadith yang akan diterjumahkan. Maksud disini ialah hadith yang muttasil (sahih) yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Rasulullah s.a.w memeluk aku dan berkata; allahumma allamahu al-kitab. Hadis ini diriwayatkan daripada Abbas dan terus sampai kepada Rasulullah s.a.w. Selain itu, lafaz terjumah yang sebahagian daripada hadis yang akan diterjumahkan seperti:‫الدين‬ ‫باب من يرد اه به خيرا يفقه في‬ dan ini adalah sebahagian hadith yang muttasil yang akan diterjumahkan iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Muawwiyah semasa beliau berkhutbah. Lafaz terjumah itu merupakan pentafsiran hadith yang hendak diterjumahkan. Ada juga terjumah-terjumah sebagai takwil. Takwil yang dimaksudkan mempertikaikan maksud hadith tersebut yang akan diterjumahkan. Namun, terdapat juga terjumah yang berbentuk khas daripada hadith yang am, ini samalah dengan perkataan fakih yang bermaksud khas daripada yang am. Walau bagaimanapun, di dalam sahih Bukhari terdapat beberapa tajuk. Tajuk-tajuk ini biasa disebut oleh Imam Bukhari sebagai kitab seperti kitab al-Iman,Thaharah dan banyak lagi. Namun, Imam al-Bukhari 15 juga menyebut kitab-kitab ini sebagai bab seperti abwabu al-witri, abwabu al-Istiqa’ dan sebagainya. Menurut setengah pengakaji yang terdapat 97 tajuk yang ada didalam sahih al-Bukhari dan setiap tajuk itu disusun mengikut bab-bab fiqh. Selain itu, tajuk-tajuk ini terdapat juga tajuk-tajuk kecil yang dipanggil bab. 4.4. Hadis Muallaq Dalam Sahih al-Bukhari Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini mengenai tarajim sahih al-Bukhari yang dimulai dengan maksud tarajim. Dalam membahaskan mengenai hadith Muallaq, perlu diketahui maksud Muallaq di sisi Imam Bukhari dalam sahihnya. Hadis Muallaq membawa maksud yang jelas dan bersesuaian dengan kehendak Imam Bukhari iaitu menurut Ibn Soleh mengatakan bahawa : ‫المعلق هو الذي خذف من مبدأ اس اد واحد او اكثر‬ Maksudnya: hadis muallaq ialah hadis yang permulaan sanadnya dibuang seorang ataupun lebih. Jelaslah disini maksud muallaq ialah hadith-hadith yang permulaannya dibuang perawi dan tidak diketahui perawinya. Manakala hadith Muallaq ini terletak di dalam sahih al-Bukhari di tarajim bukannya dibahagian maudhu’ sahih al-Bukhari. Bahkan hadith Muallaq yang terdapat didalam sahih al-Bukhari ada yang marfu iaitu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. 16 Hadis Muallaq terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadith yang Marfu dan Maqtu’.16 Hadis yang Marfu merupakan hadith yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w seperti: ‫قال رسول اه صلى اه عليه وسلم كذا وكذا‬ Manakla hadith yang Maqtu pula ialah hadith yang disandarkan kepada Tabiin seperti ‫قال سعيد بن اسيب كذا‬ Daripada kedua-dua contoh ini menggunakan sighah jazam (lafaz yang jelas) dan sighah tamriz (lafaz yang lemah). Kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai hadith Mausul iaitu bersambung di tempat yang lain yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan hadith Muallaq yang tidak mausul. Dimaksudkan dengan hadith Muallaq yang mausul ditempat lain merupakan hadith sahih kerana pada asalnya merupakan hadith yang musnad. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Bukhari menjadikan hadith tersebut sebagai memudahkan sebutan dan hanya memadai dengan menyebut sanad yang lain sebagaimana ianya disahkan sahih. Manakala hadith yang tidak mausul pula ialah menggunakan sighah jazam iaitu lafaz yang tegas dan sighah tamriz iaitu lafaz yang lemah. Dimaksudkan dengan sighah jazam ialah menggunakan lafaz seperti ‫قال‬ ‫ روي‬dan ‫ذكر‬, sebagaimana contoh hadith yang dinyatakan diatas tadi. 16 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 75 17 Manakala sighah tamriz pula ianya juga tidak lari dari maksud seperti yang dinyatakan diatas tidak semuanya hadith tersebut sahih, tetapi terdapat juga hadith yang tidak sahih. Sebagai contoh hadith tamriz ialah menggunakan perkataan ‫ يروى‬,‫ يذكر‬hadith yang menggunakan lafaz tamriz juga boleh dihukum sahih apabila ia diriwayatkan menggunakan dengan makna dan terdapat di tempat lain sebagaimana yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari.17 4.5. Analisis Metodologi Penulisan Kitab Setiap menghasilkan sesuatu sesuatu perlu mempunyai perkara, samada kaedah tertentu berkaitan untuk dengan hal pengurusan atau hal yang berkaitan dengan masalah tersebut. Dalam sahih al-Bukhari terhasil metodologi tersendiri yang membezakan daripada metodologi sahih-sahih yang lain. Metodologi yang memberi penekanan yang sangat jelas dan tidak dapat menilai sesuatu perkara dengan sambil lewa. Dalam sahih al-Bukhari, penyusunannya bermula dengan kitab alWahyu dan diikuti dengan kitab yang yang lain serta mengandungi babbab yang berbeza didalam setiap kitab tersebut. Namun, dalam kitab itu yang mengandungi sebanyak 3450 bab. Hal ini menunjukan bahawa Imam Bukhari hanya memilih hadith-hadith yang sahih sahaja ke dalam sahih al-Bukhari supaya hadith yang tidak palsu dan maudhu’ tidak dicampur adukan ke dalam kitabnya. 17 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 76 18 Pemilihan hadith yang sahih dalam kitab Sahih al-Bukhari adalah berdasarkan kepada matan dan sanad hadith tersebut. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pengkaji mengenai sanad dan matan hadith yang dibuat pemilihan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya. Imam Bukhari mementingkan sanad hadith tetapi Bahkan tercetusnya tidak mengabaikan matan hadith. hadith-hadith Muallaq yang dibuat berdasarkan membuangkan matan hadith yang tidak diketahui bagi memudahkan bacaan sanadnya. Konsep pemilihan Imam Bukhari dalam meneliti sanad dan matan hadith amat ditekankanya bagi mengelak adanya hadith-hadith palsu dalam kitabnya. Oleh itu, dinamakan sahih al-Bukhari ini berdasarkan kepada cara penyusunan Imam Bukhari yang memilih dan memasukkan hadith-hadith yang sahih sahaja sehingga ulama-ulama hadith memperakui kehebatan dan kesahihan hadith sahih al-Bukhari sebagai sumber yang kedua selepas al-Quran. Pengkaji mendapati, hadis-hadis yang terdapat di dalam sahih alBukhari memang tidak dapat dipertikaikan lagi dan tidak dapat menjelaskan dimana kesalahan yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari. Keselarasan yang dibuat oleh Imam Bukhari selama 16 tahun dalam menghasilkan kitabnya ini tiada tandingannya yang sanggup merantau dari suatu tempat ke tempat yang lain. Segala yang dibuat akan menerap kedalam jiwa pengkaji dan seluruh umat Islam bahawa hadith-hadith yang dihasilkan ini memberi satu titik dakwah bagi menyebarkan syariat Islam. 19 5.0 PENEKANAN HADITH DALAM KITAB SAHIH AL-BUKHARI Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab yang mengandungi hadithhadith yang sahih sahaja. Hal ini kerana Imam Bukhari telah menetapkan bahawa beliau akan memasukkan hadith yang benar-benar sahih ke dalam kitabnya. Oleh sebab itu, kitab ini merupakan kitab rujukan yang paling utama setelah hadith-hadith yang dimasukkan ke dalam sahih alBukhari di tapis dan diasingkan oleh Imam Bukhari. Kitab sahih al-Bukhari adalah kitab yang paling tinggi kesahihannya. Dengan kata lain, ia merupakan sebuah kitab yang mana hadith-hadith yang di masukkan ke dalam kitab tersebut telah diteliti akan kesahihannya. Oleh sebab itu, Imam Bukhari telah di beri gelaran sebagai Amirul Mukminin fi Al-hafiz. Karya ini memberi sumbangan yang besar terhadap umat Islam sehingga hari ini. Malah, sehingga kini kitab Sahih alBukhari telah digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. Para ulama yang bertanggungjawab meneliti hadith ini terlebih dahulu agar Imam Bukhari dapat mempastikan hadith yang diriwayatkan oleh ulama-ulama ini adalah sahih.18 Imam Bukhari melakukan sedemikian adalah kerana beliau ingin mempastikan hadith tersebut adalah sahih dan beliau bersungguhsungguh melakukannya. Beliau akan memohon kepada Allah agar setiap pemilihannya adalah tepat dan sahih.19Beliau sangat berhati-hati hadith tersebut kerana kitab ini menjadi rujukan dan pegangan umat Islam. Dalam penekanan hadith, Imam Bukhari telah menetapkan setiap hadith yang akan dimasukkan kedalam kitabnya. Hadith-hadith tersebut 18 Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir, 2010, Manahij Al-Muhaddithin Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, Universiti Malaya. hal. 84 19 Ibid.hal. 85 20 merangkumi bidang akidah, fiqh, usuluddin, adab, akhlak dan tauhid. Setiap kitab dan bab-bab yang telah disusun Imam Bukhari menunjukkan bahawa umat Islam memerlukan rujukan yang membolehkan mereka memahami setiap permasalahan yang berlaku pada mereka. Umat Islam memerlukan rujukan daripada hadith agar tidak timbul kekeliruan antara mereka selain rujukan utama adalah al-Quran. Oleh sebab itu, Imam Bukhari bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kitab ini agar umat Islam tidak berpecah-belah sebagaimana yang terjadi sebelum hadith dibukukan. Terdapat banyak hadith palsu yang telah dilakukan oleh golongan yang ingin menghancurkan Islam. Dalam kitab Sahih Bukhari, terdapat 97 kitab dan 3450 bab. Kitab tersebut adalah seperti Kitab Wahyu, Kitab Iman, Kitab Ilmu, Kitab Wudhuk, Kitab Tauhid dan sebagainya. Dalam setiap kitab terdapat pecahan-pecahan topik iaitu bab-bab.20 Dalam bab-bab inilah Imam Bukhari meletakkan hadith-hadith tersebut. Walaupun Imam Bukhari memasukkan semua bab agama dan syariat dalam kitabnya, akan tetapi bukan bermakna semua hadith ada dalam sahih Bukhari. Oleh itu, pengkaji telah menekankan hadith yang merangkumi bidang fiq iaitu Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat dan Fiqh Munakahat. Selain itu, terdapat juga Fiqh Jenayah yang membincangkan permasalahan dan hukum yang berkaitan dengan umat Islam. Pengkaji menekankan bidang fiqh adalah kerana ilmu ini sangat penting kepada umat Islam agar mereka dapat merujuk setiap hukum-hukum yang boleh menimbulkan kekeliruan antara mereka. Oleh sebab itu, bidang fiqh wajib dipelajari oleh 20 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 83 21 umat Islam kerana merangkumi kehidupan yang melibatkan hukumhukum sama ada perbuatan, ucapan dan sebagainya. 5.1. Fiqh Ibadah Dalam Fiqh Ibadah yang terdapat dalam kitab Sahih Bukhari merangkumi semua bidang agama iaitu Solat, Puasa, Zakat, Haji, permasalahan hukum-hukum dan sebagainya. Pengkaji telah memilih contoh hadith yang terdapat dalam Kitab Solat iaitu dalam bab memakai pakaian yang bergambar dalam solat serta melihat gambar tersebut.21 .‫ ونظر إلى علمها‬،‫ إذا صلى في ثوب له أعام‬:‫باب‬ ‫ حدث ا ابن‬:‫ حدث ا إبراهيم بن سعد قال‬:‫حدث ا أحمد بن يونس قال‬ ‫ عن‬،‫ عن عروة‬،‫أن ال بي صلى اه عليه وسلم صلى في شهاب‬:‫عائشة‬ ‫ ف ظر إلى أعامها‬،‫ (اذهبوا خميصة لها أعام‬:‫ فلما انصرف قال‬،‫نظرة‬ ‫ وأتوني بأنبجانية أبي‬،‫ فإنها ألهت ي بخميصتي هذ إلى أبي جهم‬،‫جهم‬ ‫ قال ال بي‬:‫ عن عائشة‬،‫ عن أبيه‬،‫وقال هشام بن عروة‬.)‫آنفا عن صاتي‬ ‫ فأخاف‬،‫ (ك ت أنظر إلى علمها وأنا في الصاة‬:‫صلى اه عليه وسلم‬ .)‫أن تفت ي‬ Maksudnya : Telah diriwayatkan dari Urwah dari Aisyah bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W solat memakai baju (gamis) yang ada gambarnya, lalu beliau memndang gambarnya dengan sekali pandangan. Ketika selesai solat beliau bersabda,”Bawalah Khamisah ini kepada Abu Jahm, bawaknlah untukku anbijaniyah milik Abu Jahm kerana sesungguhnya ia telah mengganguku dalam solat”. Hisyam bin Urwah berkata dari ayahnya, dari Aisyah, Nabo bersabda,” Aku 21 Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka Azam. hal. 60 22 melihat gambar itu padahal aku sedang melakukan solat, maka aku khuatir dapat menggangguku”. Dalam hadith ini, menceritakan mengenai hukum memakai pakaian yang bergambar ketika solat dan melihat gambar tersebut. Dalam hadith itu, makna khamisah adalah sejenis kain yang berukuran segi empat dan memiliki dua gambar. Manakala anbijaniyah adalah kain yang kasar dan tidak bergambar. Pandangan ulama mengenai hadith ini mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh.22 Hal ini kerana pandangan mereka berdasarkan pengucapan nabi yang mengatakan bahawa memakai baju bergambar dapat menganggu ketika dalam solat. Dalam pandangan ini, boleh mengganggu khusyuk ketika solat. Oleh sebab itu, makruh memakai pakaian yang bergambar. 5.2. Fiqh Muamalat Di samping itu, dalam kitab Sahih al-Bukhari juga membincangkan mengenai bidang Fiqh Muamalat. Dalam bidang ini, merangkumi perkara mengenai Jual Beli, Jual Salam, Wakalah, Perniagaan, Syarikat dan sebagainya. Pengkaji telah memilih hadith yang berkaitan dengan Jual Beli iaitu bab mengenai jual beli Mukhadarah.23 .‫ بيع المخاضرة‬:‫باب‬ :‫ حدث ي أبي قال‬:‫ حدث ا عمر بن يونس قال‬:‫حدث ا إسحاق بن وهب‬ ‫ عن أنس بن مالك رضي اه‬،‫حدث ي إسحاق بن أبي طلحة اأنصاري‬ 22 Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka Azam. hal.61 23 Ibid.hal. 366 23 ‫نهى رسول اه‬:‫ع ه أنه قال‬. ،‫صلى اه عليه وسلم عن المحاقلة‬ ‫ والمزاب ة‬،‫ والم ابذة‬،‫ والمامسة‬،‫والمخاضرة‬ Maksudnya : Dari Ishaq bin Abu Talhah Al-Ansya’ri, dari Anas bin Malik RA, dia berkata,”Rasulullah SAW melarang muhalaqah, mukhadharah, mulamasah, munabadzah dan muzabanah.” Dalam hadith di atas menceritakan tentang hukum jual beli Mukhadharah. Mukhadharah berasal dari kata Khudrah yang bermaksud hijau. Maka pengertian jual beli ini ialah menjual buah-buahan atau bijibijian sebelum masak.24 Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dalam kitab Sahih al-Bukhari ini, beliau mengatakan diperbolehkan secara mutlak akan tetapi, penjual dan pembeli berhak membatalkan jual beli apabila terjadi perbezaan. Pendapat Imam Malik pula ialah diperbolehkan apabila buah tersebut nampak masak. Manakala Imam Syafi’I pula, diperbolehkan apabila buah tersebut tampak masak tetapi jika dilakukan sebelumnya tetap dianggap sah apabila telah benar-benar masak.25 5.3. Fiqh Munakahat Dalam Fiqh Munakahat pula, Imam Bukhari telah memasukkan hadith mengenai Nikah, Talak, Cerai, Li’an dan sebagainya. Pengkaji mendapati bahawa Imam Bukhari memasukkan hadith dalam kitabnya supaya umat Islam dapat merujuk permasalahan yang berlaku dalam 24 Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka Azam. hal. 366 25 Ibid. hal. 368 24 kalangan mereka. Sekiranya berlaku percanggahan antara mereka,mereka dapat merujuk kitab Sahih al-Bukhari ini. Pengkaji telah memilih hadith tentang Li’an iaitu bab memerintahkan para pelaku Li’an untuk bersumpah.26 .‫ إحاف الماعن‬:‫باب‬ ‫ عن عبد اه رضي‬،‫ عن نافع‬،‫ حدث ا جوبرية‬:‫حدث ا موسى بن إسماعيل‬ ‫ فأحلفهما ال بي صلى اه‬،‫أن رجا من اأنصار قذف امرأته‬:‫اه ع ه‬ .‫ ثم فرق بي هما‬،‫عليه وسلم‬ Maksudnya : Dari Nafi’, dari Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki dari kalangan Ansar menuduh isterinya telah berzina, maka Nabi SAW memerintahkan keduanya untuk bersumpah, kemudian beliau memisahkan antara keduanya. Dalam hadith di atas menceritakan mengenai orang yang melakukan Li’an mesti bersumpah. Maksud memerintahkan bersumpah adalah mengucapkan kata-kata Li’an. Menurut pendapat Imam Malik, Syafi’i, dan jumhur ulama Li’an adalah sumpah. Manakala Imam Abu Hanifah mengatakan Li’an adalah kesaksian. Sebahagian ulama pula mengatakan adalah kesaksian yang menyerupai sumpah dan sebahagian ulama lain pula menyatakan Li’an tidak tergolong sumpah dan tidak pula kesaksian.27 Oleh itu, perbezaan disini jelas menunjukkan bahawa Li’an disyari’atkan antara pasangan suami isteri sama ada keduanya muslim atau kafir, merdeka atau kanak-kanak adil atau fasik, jika dikatakan ia 26 Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka Azam. hal. 342-343 27 Ibid. hal. 343 25 adalah sumpah. Menurut sebahagian ulama, Li’an tidak dianggap sah kecuali dilakukan pasangan suami isteri yang merdeka dan muslim.28 5.4. Analisis Mengenai Penekanan Hadith Setelah meneliti keseluruhan hadith yang dimasukkan oleh Imam Bukhari di dalam kitabnya, pengkaji dapat mengetahui bahawa kitab ini menjelaskan mengenai pensyariatan Islam. Oleh sebab itu, kitab sahih alBukhari adalah satu-satunya kitab yang mengandungi keseluruhan dari aspek Aqidah, Ibadat, Fiqh, Tauhid dan sebagainya yang membolehkan umat Islam merujuk dalam permasalahan tertentu. Di samping itu, nama kitab sahih al-Bukhari itu sendiri adalah AlJami’ As-Sohih Al-Musnad Min Hadith Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Jami’ yang membawa maksud secara menyeluruh yang merangkumi aspek Islam sehinggalah ada hadith fitnah akhir zaman. Oleh itu, kitab ini adalah berbeza dengan kitab yang lain kerana kitab sahih Bukhari adalah menyeluruh tidak seperti Kitab Tirmizi atau Sunan Abu Daud yang mengkhususkan bidang hadith-hadith ahkam sahaja. Selain itu, pengkaji juga mendapati kitab ini adalah kitab yang paling agung dan terbilang yang membawa kemasyhuran Islam bagi masyarakat bukan Islam. Mereka berasa kagum dengan kebolehan umat Islam dalam menghasilkan kitab sehingga hari ini masih boleh di rujuk serta disimpan oleh umat Islam seluruh dunia. Dengan adanya kitab ini, umat Islam tidak mengalami kekeliruan dalam mengetahui hukum melalui hadith-hadith. Agama Islam mewajibkan kita untuk merujuk al-Quran serta hadith jika berlaku percanggahan pendapat sesama mereka. Oleh itu, 28 Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka Azam. hal. 343 26 Imam Bukhari adalah pelopor kebanggaan umat Islam dan pengorbanan yang dilakukan mendapat sanjungan tinggi dalam masyarakat Islam. 6.0. KEISTIMEWAAN IMAM BUKHARI Imam Bukhari terkenal sebagai seorang ahli hadith yang mahir dan dapat memahami hadith-hadith Rasulullah dengan mendalam sekali. Beliau juga dapat membezakan di antara hadith yang cacat “ma’al” dan hadith yang sahih, mengenali perawi-perawi secara terperinci dengan mengenali sifat-sifat mereka sama ada thiqah atau tidak. Beliau dapat memahami serta hafaz hadith-hadith Rasulullah beserta dengan sanadnya sekali sehinggakan beliau digelar amirul mu’minin fi al-hadith. Ketinggian ilmu Imam Bukhari dalam bidang hadith tersebar luas. Beliau mempunyai akal yang bijaksana, ketekunan dan ketabahan, serta galakan daripada ibunya selain menjadi pewaris bapanya dalam mengembangkan ilmu hadith.29 Satu ujian besar telah dikenakan oleh para ulama Baghdad kepada beliau di mana sebagai ujian untuk menguji kekuatan ingatannya. Apabila sampai di sana beliau telah bertemu dengan mereka dan mereka meminta supaya beliau mengadakan pertemuan ilmiah. Setelah dipersetujui mereka pun memanggil ahli-ahli hadith yang terkenal supaya hadir ke majlis tersebut. Sebelum sampai masa yang ditetapkan, para ulama telah memilih seratus hadith yang dicampur-adukkan di antara matan satu hadith dengan sanad hadith yang lain, kemudian seratus hadith itu dibahagikan kepada sepuluh orang ahli hadith. 29 Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir, 2010, Manahij Al-Muhaddithin Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, Universiti Malaya. hal. 79 27 Setelah sampai masa yang ditentukan maka sepuluh orang yang telah ditetapkan tadi pun bertanya kepada Imam Bukhari secara bergilirgilir, setiap seorang sepuluh soalan, kemudian setelah habis sepuluh soalan yang pertama, berpindah kepada orang yang kedua dan begitula seterusnya sehingga selesai. Imam Al-Bukhari hanya menjawa (Aku tidak tahu). Setelah selesai semua soalan dikemukan, Imam Bukhari mengulang semula semua soalan-soalan itu sebagaimana yang mereka lafazkan, kemudian matan hadith beserta sanadnya yang asal dikembalikan dengan betul. Menurut Ibn Hijr perkara yang menghairankan ialah bagaimana beliau menghafaz semua matan dan sanadnya yang dicampur-adukkan itu satu persatu sehingga akhir, kebolehan beliau menghafaz segala sanadnya dan matannya yang betul ini memang sewajarnya diperakui kerana beliau seorang hafiz. Para ulama yang hadir begitu mengagumi kehebatan kekuatan ingatan dan ketinggian ilmunya dan mereka mengiktiraf kelebihan Imam Bukhari.30 Imam al-Bukhari juga telah menghafaz lebih kurang 100,000 hadith sahih dan 200,000 hadith yang tidak sahih. Beliau menghafaz hadith sahih untuk dijadikan hujah manakala hadith yang tidak sahih dihafaz untuk menolak dijadikan hujah. 30 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 39-40 28 6.1. Pandangan Ulama Dari Aspek Keperibadian Imam Bukhari Sebagai seorang yang telah diberi gelaran amirul mu’minin fi alhadith sudah tentu banyak sanjungan para ulama terhadapnya. Di sini diperhatikan beberapa pandangan ulama terhadap beliau Menurut Imam Ibn Huzaimah yang dinukil oleh al-Subky “aku tidak pernah melihat di bawah langit yang terbentang luas ini seorang manusia yang lebih alim dalam bidang hadith selain Muhammad Bin Ismail ( al-Bukhari ).” 31 Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal yang dinukilkan oleh al-Subky “terdapat empat orang huffaz dari Khursan iaitu Abu Zar’ah, Muhammad Bin Ismail (al-Bukhari ), al-Daramy dan al-Hasan Bin Shuja’ al-Bahly.” Menurut Muhammad Bin Salam sebagaimana yang dinukilkan oleh alSubky “Apabila terdapat budak ini ( al-Bukhari ) di dalam majlisku, aku merasa gelisah dan sentiasa rasa takut sehinggalah ia keluar.” 32 Menurut Ya’kub Bin Ibrahim al-Dawarqy “Al-Bukhari adalah fakih umat Muhammad.” Imam Muslim telah berjumpa al-Bukhari lantas mencium dahinya di antara matanya dan katanya “Izinkan aku mencium kedua kakimu wahai guru bagi segala guru, ketua kepada segala ahli hadith dan yang dapat mengetahui segala kecacatan hadith.”. Menurut Salim Bin Mujahid yang dinukilkan oleh al-Subky “Aku belum pernah melihat sejak enam puluh tahun, orang yang lebih alim, wara’, dan lebih zuhud daripada Muhammad Bin Ismail.”Menurut Abdullah Bin Abdul Rahman al-Daramy yang dinukilkan oleh Hijr “Aku telah banyak melihat 31 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 40 32 Ibid. hal. 41 29 ulama di Makkah, Kuffah, Basrah, tetapi belum pernah melihat orang yang lebih alim daripada Muhammad Bin Ismail.”33 Menurut Imam al-Tirmizi yang dinukilkan oleh Ibn Hijr “Allah telah menjadikan engkau sebagai perhiasan kepada umat Muhammad ini.” Katanya lagi, “Aku belum pernah melihat orang yang lebih memahami tentang ilal ( ‫ ) علل‬dan rijal ( (‫رجال‬selain Muhammad Bin Ismail.”Menurut seorang tokoh hadith yang bernama Muhammad Bin Basyar yang dinukilkan oleh Ibn Hijr “Al-Bukhari adalah orang yang paling fakih pada zaman kami.”Menurut al-Musnady yang telah dinukilkan oleh Ibn Hijr “Muhammad Bin Ismail adalah seorang imam dan sesiapa yang tidak mengatakan dia bukan imam maka hendaklah engkau meragui orang itu.”34 6.2. Perbandingan Sahih Al- Bukhari Dan Sahih Muslim Kitab Sahih al-Bukhari karangan Imam Bukhari telah ditulis mengikut metodologinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan cara pencarian, penulisan dan pembukuan antara kitab – kitab hadith yang lain. Menurut al-Hafiz ibn Hajar, Sahih al-Bukhari mempunyai keistimewaan yang lebih baik berbanding kitab Sahih Muslim. Hal ini kerana, Imam Bukhari telah mensyaratkan kepastian bahawa telah bertemu dua perawi secara struktural sebagai guru dan murid dalam meriwayatkan sesuatu hadith. Imam Bukhari telah menggariskan syarat tersebut supaya hadith berkenaan dapat dihukum bahawa sanadnya bersambung dan tidak terdapat sebarang kecacatan pada sanadnya. 33 Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 41 34 Ibid. hal. 42 30 Sementara itu, Imam Muslim telah menganggap cukup dengan hanya kemungkinan bertemunya dua perawi dalam meriwayatkan hadis dan tidak mempunyai tadlis. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi menghukumkan sesebuah hadith oleh setiap penulis kitab. Imam Bukhari telah mentakhrijkan hadith yang diterima oleh perawi yang thiqah darjat pertama dari segi hafalan dan keteguhannya tetapi tetap juga mengeluarkan hadith daripada darjat berikutnya dengan kajian yang terperinci. Sebaliknya, Imam Muslim lebih banyak mentakhrijkan daripada perawi darjat kedua berbanding Imam Bukhari. Di samping itu, kiritikan ulama terhadap penulisan Imam Muslim lebih banyak berbanding kritikan terhadap penulisan Imam Bukhari. 35 Namun, terdapat juga pendapat yang berpihak kepada keunggulan sahih Muslim yang telah dijelaskan oleh Ibn Hajar iaitu Imam Muslim lebih berhati-hati dalam menyusun kata-kata dan redaksinya. Hal ini kerana, Imam Muslim telah menyusun sahih Muslim di negerinya sendiri dengan pelbagai sumber pada masa kehidupan guru-gurunya. Imam Muslim juga tidak membuat kesimpulan dengan memberi judul bab sebagaimana Imam Bukhari lakukan. Pola penyusunan kitab hadith antara sahih Imam Bukhari dan sahih Imam Muslim pada hakikatnya sama. Namun, jika dilihat dari segi sistematika penyusunan, Sahih Imam Muslim lebih unggul dan baik serta lebih sempurna daripada pola penyusunan sahih Imam Bukhari. Perbezaan yang sangat mendasar yang berkaitan dengan pola 35 Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 130 31 penyusunan kitab hadith sahih Imam Bukhari dan sahih Imam Muslim berdasarkan analisis dan pengamatan ulama hadith. Selain itu, terdapat pemotongan dan pengulangan hadith dalam kitab sahih Imam Bukhari tetapi dalam kitab sahih Imam Muslim tidak terdapat pemotongan dan pengulangan hadith sehingga hadith dalam sahih Imam Muslim lebih mudah untuk diteliti secara terperinci mengenai sanadnya 32 7.0. Kritikan Ulama Terhadap Perawi-Perawi Imam Bukhari Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab yang sahih. Namun ramai ulama telah mengkritik karya Imam Bukhari. Para ulama telah mengkritik tentang periwayat dan hadith-hadith iaitu 80 periwayat dan 110 buah hadith yang terdapat dalam karyanya. Sebenarnya mereka bukanlah mengkritik karya Imam Bukhari di sebabkan tersalah catat atau palsu, akan tetapi mereka mengkritik karya Imam Bukhari kerana tidak mengikut garis panduan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari.36 Disini pengkaji membuat perbandingan,sebagai contoh, sesetengah kolej meletakkan syarat dalam kemasukan pelajar iaitu A. Akan tetapi ada sesetengah pelajar yang mempunyai gred c telah masuk kolej tersebut sedangkan pihak kolej telah menetapkan hanya gred A sahaja yang memasuki kolej tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa kritikan tersebut menggambarkan Imam Bukhari memberikan gred tertinggi setelah ujian dilakukan dengan terperinci. Namun, ulama yang tergolong gred rendah mempunyai alasan yang kukuh untuk dibuktikan kepada Imam Bukhari. Sebagai contoh, Imam Tirmizi ketika menyatakan tentang Abi Laila, Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) telah berkata,“Ibn Abi Laila ialah seorang yang boleh dipercayai (soduq) tetapi saya tidak meriwayatkan sebarang hadith daripadanya, lantaran tidak dapat dipastikan yang betul dan yang mana salah. Dan sesiapa yang tergolong dalam golongan ini , tidak saya riwayatkan hadith melaluinya”37 36 Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 131 37 Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibid.hal. 132 33 Oleh sebab itu, Imam Bukhari tidak menerima golongan ulama ini kecuali dengan cara yang dipastikan benar. Sebagai contoh, sekiranya ada terdapat hadith yang diriwayatkan okeh guru Ibn Abi Laila didalam karya asli, kemudian Imam Bukhari dapat menerima hadith tersebut.38 38 Ibid.hal. 132 34 8.0. Isu-Isu Yang Timbul Antara isu-isu yang timbul sebelum penyusunan kitab Sahih Bukhari, dimana kegiatan pemalsuan hadith telah meluas. Pada abad ke2H, perkembangan ilmu pengetahuan Islam begitu pesat sehingga dapat melahirkan para mujtahid dalam pelbagai bidang antaranya bidang fiqh dan ilmu kalam. Pada awalnya para imam mujtahid berbeza pendapat tetapi mereka saling menghormati antara satu sama lain. Akan tetapi para pengikut imam masing-masing terutamanya setelah memasuki abad ke3H mereka lebih berkeyakinan bahawa pendapat guru-guru yang lebih benar sehingga meruncing. menimbulkan pemberontakan pendapat yang semakin Antara pengikut mazhab yang sangat fanatik akhirnya mereka menciptakan hadith-hadith palsu dalam rangka mendukung mazhabnya dan mengalahkan mazhab lawannya. Mazhab ilmu kalam, khususnya Mu’tazilah sangat memusuhi ulama hadith sehingga mencipta hadith-hadith palsu untuk menerima pendapat mereka. Hal ini terjadi apabila khalifah al-Makmun berkuasa dan mendukung golongan Mu’tazilah. Perbezaan mengenai kemakhlukan alQuran menyebabkan Imam Ahmad Ibn Hambal iaitu seorang tokoh ulama hadith terpaksa dipenjarakan dan disiksa. Keadaan ini berlanjutan sehingga pemerintahan al-Mu’tashim dan al-Watsiq dan setelah pemerintahan khalifah al-Mutawakkil barulah keadanya berubah dan menjadi positif bagi ulama hadith. Penciptaan hadith-hadith palsu ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan yang fanatik mazahab tetapi dilakukan oleh golongan zindik yang memusuhi Islam. Mereka ini telah mencipta hadith-hadith palsu 35 dalam rangka menghancurkan ajaran Islam dan menyesatkan kaum muslimin. Kegiatan pemalsuan hadith ini disemarakkan lagi oleh tukang pembuat cerita apabila mereka menarik orang lain untuk melakukan pemalsuan hadith. Oleh sebab itu, lahir beberapa ulama hadith untuk memelihara kemurnian hadith nabi s.a.w seperti mana yang telah dilakukan oleh Imam Bukhari yang bersungguh-sungguh selama 16 tahun untuk mengumpulkan hadith.39 39 Dr.Nawir Yuslem, Ulumul hadis, hal. 133-135 36 9.0. PENUTUP Pada hari ini, banyak permasalahan yang berlaku dalam masyarakat Islam khususnya. Oleh sebab itu, kitab Sahih al-Bukhari menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan umat Islam. Malah, Imam Bukhari merupakan tokoh ulama yang unggul dan terbilang telah menjadi contoh teladan kepada umat Islam terutamanya para ilmuan Islam di seluruh negara Islam. Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa segala kekurangan dan kelemahan susunan hadith sebelum ini telah disempurnakan oleh Imam Bukhari. Kitab sahih Imam Bukhari merupakan salah satu kitab hadith yang tinggi nilainya dan dihasilkan oleh sarjana hadith pada abad ke-3H. Justeru itu, Imam Bukhari menghasilkan kitab Sahih ini sebagai satu medan dakwah kepada umat Islam agar mereka tidak lalai dan alpa dalam melaksanakan perintah Allah. Pensyariatan Islam dapat dipertingkatkan dan diperluaskan oleh golongan umat Islam yang benarbenar mencari sinar hidayah melalui pengkajian kitab-kitab sahih Imam Bukhari. Dikarang Oleh: Mohd Yusoff Bin Che Mood Rohana Mohamad Arabi Nor Solehah Mansor Ahmad Khan Mohamad Hasyimy Hashim Halimatu Syuhadah Sulaiman 37