Skip to main content
  • noneedit
  • I'm currently teaching at the Faculty of Education UKM. My research interest in thinking skills and problem solving, scientific literacy and attitudes. I'm also interested in educational research method (quantitative) particularly using advanced statistical analysis such as SEM etc.edit
Abstrak Kursus kimia merupakan kursus teras bagi pelajar‐pelajar sains Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia disusun untuk mencapai beberapa objektif antaranya; membolehkan pelajar menguasai konsep‐konsep asas kimia,... more
Abstrak
Kursus kimia merupakan kursus teras bagi pelajar‐pelajar sains Program Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia disusun untuk mencapai beberapa objektif
antaranya; membolehkan pelajar menguasai konsep‐konsep asas kimia, membina
kemahiran sains dan menyelesaikan masalah dan membolehkan pelajar menggunakan
pengetahuan dan kemahiran dalam situasi baru dan kehidupan harian. Pencapaian
objektif‐objektif ini memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dibina semasa
pengajaran dan pembelajaran. Adakah pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi
menjadi ciri pelajaran kimia? Kertas kerja ini melaporkan suatu kajian kualitatif
berasaskan analisa dokumen untuk mencirikan pengajaran dan pembelajaran tajuk
Model Atom Bohr dalam kursus kimia matrikulasi berdasarkan Taksonomi Bloom yang
disemak semula (Revised Bloom Taxonomy). Kajian mendapati pengajaran bertumpu
pada aras kognitif rendah dan terdapat jurang di antara objektif‐objektif kursus dengan
apa yang diperlihatkan oleh dokumen‐dokumen kursus. Kertas kerja ini turut
mencadangkan penjelasan bahawa jurang ini disebabkan pandangan tradisi pendidikan
kimia dan untuk bergerak ke hadapan pendidikan kimia perlu dilihat dalam kerangka
yang lebih menyeluruh. Sebagai rumusan, langkah‐langkah untuk memperbaiki
perancangan dan pengajaran tajuk dikaji dicadangkan.
Kata kunci: Taksonomi Bloom, model atom, pendidikan sains, pengajaran kimia.
Kursus kimia merupakan kursus teras bagi pelajar-pelajar sains Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia disusun untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan kimia sebagai persediaan untuk kursus-kursus pada peringkat lebih... more
Kursus kimia merupakan kursus teras bagi pelajar-pelajar sains Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia disusun untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan kimia sebagai persediaan untuk kursus-kursus pada peringkat lebih tinggi di universiti dan seterusnya kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Kertas kerja ini meneroka persoalan pendekatan pendidikan kimia apakah yang digunakan bagi mencapai matlamat ini. Kertas kerja dimulai dengan perkembangan kajian-kajian bidang pendidikan kimia sebagai latar belakang perbincangan mengenai model-model pendidikan kimia. Tiga model pendidikan kimia dihuraikan iaitu: Model Pendidikan Kimia Tradisi berteraskan pandangan behavioris, Model Tiga Aras Pembelajaran Kimia yang didasari kajian kognitif dan model pemprosesan maklumat dan Metafora Tetrahedron Pendidikan Kimia berfokuskan unsur manusia. Setiap model dibincangkan berdasarkan ciri-ciri, teori-teori yang mendasari, serta kekuatan dan kekurangan setiap model. Kertas kerja ini seterusnya mencirikan pendekatan semasa pengajaran kimia Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan model-model yang dibincangkan. Didapati pengajaran kimia peringkat matrikulasi secara dasarnya mirip Model Pendidikan Kimia Tradisi dan ciri-cirinya menunjukkan ia tidak didasari Model Tiga Aras Pembelajaran Kimia dan Metafora Tetrahedron Pendidikan Kimia. Oleh yang demikian terdapat keperluan pertimbangan kajian-kajian bidang pendidikan kimia diberi peranan lebih besar dalam perancangan dan perlaksanaan kursus kimia.  Akhir sekali, saranan-saranan bagi mentranformasikan pengajaran dan pembelajaran kimia peringkat matrikulasi dikemukakan.
Research Interests: