[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Viking

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini merupakan sebahagian
dari siri Scandinavia
Geografi
Zaman Viking
Entiti politikal
Sejarah
Lain-lain

Viking atau Varangian merupakan pedagang, peladang, dan paling terkenal sebagai lanun (seringkali selepas kegagalan perniagaan) dari Skandinavia yang di antara 800 dan 1050 mengkoloni, menjarah dan berdagang di sepanjang persisiran pantai, sungai dan pulau di Eropah dan persisiran timur laut Amerika Utara. Mereka memanggil diri mereka sebagai Norsemen (Orang utara - Northmen) (Skandinavian moden masih merujuk kepada diri mereka sebagai penduduk Utara, nordbor).

Nama Viking adalah pinjaman dari istilah tempatan Scandinavia bagi pahlawan pelaut Norse yang merompak persisiran Scandinavia, Kepulauan British, dan bahagian lain Eropah semenjak akhir abad ke 8 sehingga abad ke 11. Tempoh dalam sejarah Eropah dikenali sebagai Zaman Viking. Perkataan itu sendiri diperkenalkan dalam bahasa Inggeris dengan konotasi romantik pada abad ke 18. Hari ini, agak kontrovasi, perkataan ini juga digunakan sebagai adjektif generik merujuk kepada Zaman Viking Scandinavian. Populasi Scandinavian pada zaman pertengahan secara umum dirujuk dengan khusus sebagai Norse.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Empayar Frank, kerajaan beraja, dan puak-puak Eropah dan timur dekat pada awal kurun ke-9, berdasarkan "The Public Schools Historical Atlas" oleh Ch. Colbeck pada tahun 1905

Etimologi "viking" tidak begitu jelas. Salah satu mungkin dari perkataan Nor Kuno vík, bererti "teluk", "creek" atau "inlet", dan suffix -ing, bererti "asal dari" atau "kepunyaan". Dengan itu, viking membawa erti aktiviti di creeks, atau "creeking". vikingr merupakan orang yang terbabit dalam aktiviti sedemikian. Kemudiannya, istilah viking menjadi sinonim dengan "ekspedisi laut, rompakan", dan vikingr merupakan ahli ekspedisi sedemikian. Etimologi kedua mencadangkan ia berasal dari bahasa Inggeris Tua (Old English language) wíc, contoh. "bandar perdagangan", (berkait dengan bahasa Latin vicus, "kampung").

Perkataan vikingr muncul pada beberapa batu rune yang terdapat di Scandinavia. Dalam saga Iceland, víking merujuk kepada pengembaraan seberang laut (Norse Tua farar i vikingr "pergi ekspedisi"), dan víkingr merujuk kepada pelaut atau pahlawan yang terbabit dalam ekspedisi sedemikian. Dalam Inggeris Silam (Old English), perkataan wicing mula muncul sekitar abad ke 6 atau abad ke 7 dalam puisi Anglo-Saxon Widsith.

Dalam penggunaan Zaman Pertengahan (contoh. Widsith, dan penulisan Adam von Bremen), viking adalah lanun, dan bukannya nama bagi puak atau kebudayaan secara am. Malah apabila, penyerang Scandinavia meninggalkan bot mereka, mencuri kuda dan menunggang menyeberangi jajahan, mereka tidak pernah dipanggil sebagai "vikings" dalam sumber Inggeris.

Perkataan tersebut lenyap pada Inggeris Pertengahan (Middle English), dan diperkenalkan semula sebagai viking semasa abad ke 18 Romanticism. Semasa abad ke 20, istilah tersebut diperkembangkan untuk merujuk bukan hanya kepada penyerang, tetapi juga bagi keseluruhan tempoh tersebut; lebih mengelirukan lagi adalah pada masa kini, ia digunakan sebagai kata kerja (noun) dalam erti asal merujuk kepada penyerang, pahlawan, atau ahli navigasi, dan dan kadang-kala sebagai merujuk kepada penduduk Scandinavian secara umum. Sebagai adjective, perkataan ini digunakan dalam gambaran seperti "tempoh Viking", "kebudayaan Viking", "koloni Viking" dll., secara umum merujuk kepada Scandinavia zaman pertengahan.

Pada abad lepas, pelbagai jangkaan timbul mengenai samaada pedagang asing, yang dikenali sebagai varyag, yang berdagang sepanjang sungai Rusia sehingga ke Empayar Byzantine, berasal dari Scandinavia. Ini kerana istilah tersebut dianggap turut merujuk kepada pedagang dari Scandinavia yang menubuhkan koloni di Rusia. Koloni Scandinavia awal di Amerika Utara turut digelar sebagai "Viking" oleh penutur Inggeris moden. Bagaimanapun perlu ditekankan bahawa, tidak terdapat sumber bertulis, dalam kes Vinland, Rus, atau Varyag, yang menggunakan istilah "Viking."

Scandinavia secara umum bukanlah Viking; mereka merupakan petani, nelayan, dan pemburu, sebagaimana kebanyakan orang-orang lain di Eropah. Apabila pantai Scandinavia diserang oleh tentera musuh, mereka membentuk angkatan pertahanan yang dikenali sebagai ledung, yang juga digunakan sebagai pelindung terhadap Viking. Walaupun menjadi perkara biasa masa kini, memanggil kesemua orang di utara (Scandinavians) Vikings, berbanding menggunakan perkataan tersebut khusus bagi mereka yang terbabit dalam kegiatan lanun, boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan. Sebagai ahli angkatan ledung, termasuk juga petani, dan nelayan yang dari masa ke semasa diserang oleh Viking, kebanyakan Scandinavia kemungkinannya melihat Viking sebagai musuh mereka dan melawan mereka dengan segenap daya upaya.

Rekod sejarah

[sunting | sunting sumber]
Gambar gabungan (composite) daripada beberapa sudut Ledberg Runestone dengan gambaran kapal dan kemungkinannya Scandinavians semasa

Tarikh terawal diberikan bagi serangan Viking adalah pada 789, apabila, menurut Anglo Saxon Chronicle, sekumpulan lelaki dari Norway berlayar ke Portland, di Dorset. Di sana, mereka disalah anggap sebagai pedagang oleh pegawai di raja, dan mereka membunuhnya apabila dia cuba membawa mereka ke manor raja bagi membayar cukai bagi barang mereka. Serangan kedua yang dirakamkan, bertarikh 8 Jun 793, ke atas monasteri di Lindisfarne disebelah pantai timur England. Untuk 200 tahun berikutnya, sejarah Europah dipenuhi dengan cerita mengenai Viking dan rompakan mereka.

Viking mempengaruhi sepanjang kawasan persisiran Ireland dan Scotland, dan menakluk dan menetap di sebahagian besar England (lihat Danelaw). Mereka mengembara menyusuri sungai Perancis dan Sepanyol, dan berjaya menguasai kawasan di Russia dan sepanjang persisiran Baltic. Terdapat kisah mengenai rompakan di Mediterranean dan sehingga ke barat di laut Caspian.

Adam dari Bremen merakamkan dalam bukunya Gesta Hammaburgensis Ecclesiae Pontificum, (jilid empat):

Aurum ibi plurimum, quod raptu congeritur piratico. Ipsi enim piratae, 'quos illi Wichingos as appellant, nostri Ascomannos regi Danico tributum solvunt.
"Terdapat banyak emas di sini (di Zealand), dikumpulkan melalui lanun. Lanun ini, dikenali sebagai wichingi oleh orang mereka sendiri, dan Ascomanni oleh orang kita, membayar ufti kepada raja Danish."


Saxo Grammaticus

[sunting | sunting sumber]

Batu Rune

[sunting | sunting sumber]

Banyak batu rune di Scandinavia merakamkan nama ahli dalam ekspediri mengumpul Danegeld di England, dan dalam sekurang-kurangnya dua batu rune menyebut mereka yang mati i viking, contoh. "ketika ekspedisi".

Beberapa batu rune turut menggunakan istilah viking sebagai nama persendirian, contoh. "Batu ini didirikan oleh Halfdan dan Öystein, anak Viking."

Saga Icelandic

[sunting | sunting sumber]

Abad ke-13

[sunting | sunting sumber]

Raja Harald I dari Norway akhirnya terpaksa membuat ekspedisi ke barat bagi membebaskan pulau dan tanah besar Scotland dari Vikings. Kebanyakan mereka lari balik ke Iceland, tetapi saga Norse agak berat sebelah dalam gambaran mereka, dan dengan itu Vikings dalam saga tersebut kadang-kala digambarkan sebagai hero, yang kemudiannya membentuk atitude terhadap Vikings semasa tempoh Romantik abad ke 18. Bagaimanapun, di Scandinavia, Viking bukanlah kerjaya yang diterima oleh masyarakat. Terdapat kemungkinan bahawa Vikings merupakan penjenayah - beberapa sumber menamakan Vikings dengan kaitan dengan Jomsborg/Julin, yang menurut sejarah moden, merupakan pusat perlindungan bagi lanun Slavic, berbeza dengan gambaran dalam saga Norse.

Kapal Viking dan bot panjang Viking

[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat "kapal Viking" khusus atau "kapal panjang Viking"; Viking menggunakan sebarang kapal panjang Scandinavian biasa. Bot ini serupa dengan yang digunakan oleh armada pertahanan Scandinavian, dikenali sebagai ledung. Istilah "kapal Viking" telah menjadi kegunaan biasa, kemungkinannya disebabkan kaitan dengan Romantik.

Tidak terdapat sebarang bukti mengaitkan sebarang jumpaan kapal panjang dengan sebarang serangan Viking klassik. Juga tidak dijumpai sebarang tapak pembinaan bot "Viking", atau pelabuhan, pernah dijumpai atau dibongkar. Denganitu, pengetahuan kita mengenai kegunaan bot Viking adalah terhad.

Zaman Viking

[sunting | sunting sumber]

Pada tempoh pengembangan Jerman Utara, biasanya dianggap berakhir dari bermula daripada serangan terawal direkodkan pada tahun 790-an sehingga penaklukan Norman terhadap England pada 1066, biasanya dikenali sebagai "zaman Viking." Orang Viking mungkin dilihat sebagai peserta lewat pada tempoh Migrasi, dan demikian tempoh ini berpautkan Antikuiti Lewat dengan Zaman Pertengahan tinggi. Geografinya, "Zaman Viking" mungkin ditentukan tidak hanya kepada tanah Scandinavia (Denmark moden, dan Norway selatan dan Sweden), tetapi juga ke wilayah dibawah dominasi Jermanik Utara, utamanya Danelaw, Scotland, Isle of Man dan Ireland. Kontemporari dengan Zaman Viking Eropah, Empayar Byzantine mengalami tempoh stabiliti yang terunggul (sekitar 8001071) ia boleh nikmati mulaan besar-besaran penaklukan Muslim pada abad ke-7-tengah.

Jurumudi Viking turut membuka laluan baru ke arah utara dan ke barat, menghasilkan koloni di Shetland, kepulauan Faroe, Iceland, Greenland, malah ekspedisi ringkas ke Newfoundland, sekitar 1000 AD.

Semasa abad ke-3, orang Viking muncul sepanjang pesisiran dan sungai Eropah, sebagai penyerbu, tetapi bertambahnya juga sebagai pedagang, dan malah sebagai penetap. Dari 839 terdapat askar upahan Varangia dalam khidmat Byzantine (paling terkenal Harald Hardrada, dimana berkempen di Afrika Utara dan Baitulmaqdis pada 1030an). Perdagangan pelabuhan penting semasa tempoh ini termasuk Birca, Hedeby, Kaupang, Jorvik, Staraja Ladoga, Novgorod, dan Kiev. Berutur amnya, orang Norway mengembang ke utara dan barat, orang Denmark ke England, menetap di Danelaw, dan orang Sweden, (dipanggil orang Rus') ke barat. Tetapi tiga bangsa telah tidak belum lagi dipisahkan secara jelas, dan masih bersatu oleh bahasa Norse Kuno lazim. Nama raja-raja Scandinavia hanya diketahui untuk bahagian kemudian dari Zaman Viking, dan hanya selepas berakhirnya Zaman Viking membuatkan kerajaan berasingan mempunyai satu identiti berbeza sebagai bangsa, dimana pergi tangan ke tangan dengan pengkristianan. Demikian ia mungkin dinotakan, yakni pada akhir Zaman Viking (ke-911) untuk orang Scandinavia juga menandakan bermulanya Zaman Pertengahan sementara relatif mereka.

Lihat juga: Sejarah Denmark, Senarai beraja Denmark, Sejarah Ireland, Sejarah Norway, Senarai beraja Norway, Sejarah Sweden, Senarai beraja Sweden.

Kemerosotan

[sunting | sunting sumber]

Selepas berdekad berdagang dan bertetap, Kristianiti diperkenalkan kepada Scandinavia pada abad ke-11, dan proses pengkristianan telah kebanyakannya dilengkapkan semasa Zaman Pertengahan. Bagaimanapun, elemen keimanan lama dan blót rahsia kekal sehingga abad ke-19. Pengaruh Norse, melihat diri mereka kemudian sebagai sebahagian dari tamadun Eropah yang lebih luas baik juga sebagai taknikal canggih dalam peperangan, membuatkan serbuan Viking kurang diingini dan kurang beruntung, dan akhirnya struktur politikal berdasarkan pada mereka telah digantikkan oleh struktur berdasarkan lebih kepada feudalisme kebenuaan.

Mitos Norse, Saga Norse dan Kesusasteraan Norse Kuno memberitahu kita tentang agama mereka melalui kisah kewiraan dan mitos wira. Bagaimanapun, penyiaran dari maklumat ini utamanya lisan, dan kita bergantung kepada penulisan ilmiawan Kristian (kemudian) seperti Snorri Sturluson dan Sæmundur "fróði" ("yang Bijak") Sigfússon untuk kebanyakan ini, kedua-dua dimana merupakan orang Iceland. Kadar saga terlebihan telah ditulis di Iceland.

Di dalam saga tersebut, Viking digambarkan sebagai menyerang sasaran yang mudah diceroboh dan tidak dipertahankan, biasanya dengan mudah. Saga tersebut menyatakan bahawa Viking membina penempatan dan mahir dalam kerja pertukangan dan perdagangan. Keberanian dan kekejaman mereka dalam pertempuran direkodkan dengan jelas oleh penulis masa itu, dan mereka ditakuti sepanjang persisiran Perancis dan England. Keberkesanan taktik ini memberikan mereka reputasi tiada tandingan sebagai perompak dan lanun, tetapi penulis masa itu tidak memberi perhatian kepada aspek kebudayaan Viking yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sumber asal dokumen bertulis utama dari pihak masyarakat Viking itu sendiri, dan hanya sedikit dokumen bukti ada sehingga kemudian, apabila sumber Kristian mulai menyumbang. Ianya hanya selepas beberapa ketika, ketika pakar sejarah dan arkhaeologi mempersoal gambaran berat sebelah penulis silam(chroniclers), barulah gambaran yang lebih seimbang mengenai Norsemen mula jelas. "Penempatan Viking" terkenal, Jomsborg, pada masa ini dianggap lagenda sebagai para sejarahwan; ia kemungkinannya tidak hanya sekadar perkampungan lanun Slavic.

Kebangkitan moden

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga Penghidupan semula Viking pada abad ke-19.

Penerbitan moden awal kendalikan dengan apa yang kita kini panggil budaya Viking muncul pada abad ke-16, c.t.h Historia de gentibus septentrionalibus (Olaus Magnus, 1555), dan edisi pertama dari abad ke-13 Gesta Danorum dari Saxo Grammaticus pada 1514. Kecepatan penerbitan ini bertambah semasa abad ke-17 dengan terjemahan Latin dari Edda (yang penting Edda Islandorum oleh Peder Resen pada 1665).

Menurut penulis Sweden Jan Guillou, perkataan Viking dijadikan popular, dengan konotasi positif, oleh Erik Gustaf Geijer dalam puisi The Viking, ditulis pada awal abad ke-19. Perkataan ini merujuk kepada pahlawan laut sempurna, yang diromantikkan, yang tidak banyak berkait dengan kebudayaan Viking secara segi sejarah. Ini memperbahrui minat Romanticism dalam Utara Lama mempunyai implikasi politik; Mitos mengenai sejarah keberanian dan kegemilangan diperlukan bagi memberikan Sweden keberanian merampas Finland, yang telah terlepas pada 1809 semasa perang natara Sweden dan Russia. Geatish Society, dari mana Geijer merupakan seorang ahli, bekerja keras bagi mempopularkan mitos ini. Seorang lagi pengarang yang mempunyai pengaruh besar dalam mengubah pandangan Viking adalah Esaias Tegnér, salah seorang lagi ahli Geatish Society, yang menulis versi moden Frithiofs Saga, yang menjadi amat popular d negara Nordic, United Kingdom dan Jerman.

Tumpuan bagi menanam minat awal British adalah George Hicke, yang menerbitkan Linguarum vett. septentrionalium thesaurus pada tahun 17035. Semasa abad ke-18, minat dan galakan British bagi memahami kebudayaan Iceland dan Nordic membuak-buak, digambarkan dalam terjemahan Inggeris dan juga puisi asli mengagungkan kebaikan Viking, dan meningkatkan minat dalak semua hal berkenaan Runic yang boleh didapati di Danelaw, memuncak semasa era Victorian.

Karya Richard Wagner banyak dipengaruhi oleh mitos Norse.

Ideal kewiraan Viking romantisis, dan mitos Wagnerian, juga dimohon ke pemikir supremasis Jermanik dari Nazi Jerman, seperti dicerminkan, contohnya, dalam lambang runik dari SS, dan organisasi pemuda neo-Nazi Wiking-Jugend, dan simbol Odal runenya (lihat juga simbolisme fasist).

Sejarah hidup

[sunting | sunting sumber]

Sejak 1960an, terdapat kenaikan semangat untuk lakonan semula bersejarah. Sementara kumpulan terawal mempunyai sedikit dakwaan untuk ketepatan bersejarah, keseriusan dan ketepatan pelakon-semula telah bertambah dramatiknya semasa 1990an, termasuk ramai kumpulan lakonan semula menumpukan pada persembahan tepat dari Zaman Viking.

Mitos tentang Viking

[sunting | sunting sumber]

Helmet bertanduk

[sunting | sunting sumber]

Tiada bukti apa jua yakni Viking pada sebarang tujuan memakai helmet bertanduk. Ini adalah mitos hari terkemudian yang direka oleh idea romantik kebangsaan di Sweden pada akhir abad ke-19, yang penting Masyarakat Geatish, mencampurkan Zaman Viking dengan imbasan dari Zaman Gangsa Scandinavia sesetengah 2000 tahun lebih awal, untuk dimana helmet bertanduk sebenar, utamanya untuk tujuan istiadat, adalah diperakui kedua-dua dalam ukiran batu dan oleh carian sebenar (Lihat Bohuslän[1]). Ungkapan ini telah diabadikan oleh kartun seperti Hagar si Teruk dan Vicky si Viking (anime).

cawan tengkorak

[sunting | sunting sumber]

Penggunaan tengkorak manusia sebagai perkakasan minum juga tidak berdasarkan sejarah. Mitos ini timbul dikesan kembali berasal dari kesilapan penterjemahan kenning Icelandic. Dalam terjemahan Krakumal Latin oleh Mágnus Ólafsson (in Ole Worm's Runer seu Danica literatura antiquissima pada tahun 1636), para pahlawan minum ór bjúgviðum hausa [dari cabang bengkok tengkorak, contoh. dari tanduk] diterjemah sebagai minum ex craniis eorum quos ceciderunt [dari tengkorak mereka yang dibunuh]. Scandinavian skalle, skal membawa erti "cangkerang" atau "mangkuk". Dakwaan cawan tengkorak mempunyai kaitan sejarah dalam kaitan dengan puak lain. Scythia, sebagai contoh, dilaporkan sebagai minum dari tengkorak musuh mereka oleh Herodotus dan Strabo.

Ketidakbersihan

[sunting | sunting sumber]

Imej berambut-liar, dan gasar kotor kadangkala bersekutu dengan Viking dalam budaya popular telah tidak sangat berdasarkan hakikat. Viking menggunakan pelbagai peralatan untuk pengemasan peribadi seperti sikat, penyepit kecil, pisau atau "sudu telinga" dikhaskan. Dalam khusus, sikat adalah dikalangan artifak paling kerap dari kubur Zaman Viking, dan satu boleh disimpulkan yakni satu sikat adalah alatan peribadi dari setiap lelaki dan wanita. Orang Viking juga gunakan sabun dahulu sebelum ia diperkenalkan semula ke Eropah selepas kejatuhan Empayar Byzantine. Orang Viking di England malah mempunyai reputasi khusus dari kebersihan berlebihan, berpunca dari adat mereka mandi sekali seminggu (bertentangan kepada Anglo-Saxon tempatan). Laksana untuk Rus', Ibn Rustah jelasnya nota kebersihan mereka, manakala Ibn Fadlan rasa jijik dengan oleh wanita berkongsi kebuk sama laksana lelaki membasuh muka mereka pada pagi. Kejijikan Ibn Fadlan demikian kemungkinan dimotivasikan oleh idea kebersihan peribadi khusus kepada dunia Muslim (misalnya, Muslim digalakkan membasuh hanya dengan air mengalir), manakala contoh dekat bertujuan untuk menyampaikan adat menjijikkan dari Rus' pada masa yang sama merekod yang mereka lakukan pada faktanya membasuh setiap pagi.

Viking terkenal

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Budaya:

Sejarawan:

Arkeologi:

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]