[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sharjah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Sharjah

Sharjah (bahasa Arab: الشارجة) ialah salah satu amiriah di Emiriah Arab Bersatu. Amiriah ini memanjang sekitar 16 kilometer di garisan pantai Teluk Parsi di Emiriah Arab Bersatu sepanjang lebih daripada 80 kilometer ke dalam. Emiriah ini memiliki luas 1,003 batu persegi (2,600 km²) dan penduduk lebih 800,000 orang (2008). Ibu negerinya juga bernama Sharjah.


Sharjah ialah emirat terbesar ketiga di UEA, dan satu-satunya tempat yang memiliki tanah di Teluk Parsi dan Teluk Oman. Sharjah diperintah oleh Yang Mulia Syeikh Sultan al-Qasimi, anggota Dewan Agung dan Amir Sharjah.

Di samping itu ada 3 enklaf milik Sharjah yang terletak di pesisir timur, membatasi Teluk Oman. Ketiganya ialah Kalba, Khor Fakkan dan Dibba al-Husn. Luas emirat ini ialah 2.590 km persegi, yang sama dengan 3,3 persen wilayah total negeri itu, tak termasuk pulau.

Ibukota Sharjah, yang menghadap Teluk Parsi, berpenduduk 519.000 (perkiraan sensus 2003). Memuat pusat administrasi dan perdagangan utama bersama dengan kesatuan proyek budaya dan tradisi yang mengesankan, termasuk sejumlah museum. Penunjuk khususnya ialah 2 souq utama, merefleksikan desain Islam; sejumlah daerah pelancongan dan taman umum seperti Taman Kegembiraan Al Jazeirah dan Pilar Al Buheirah. Kota ini juga terkenal karena sejumlah masjidnya yang elegan. Emirat Sharjah juga dikenal sebagai Ibukota Budaya Uni Emirat Arab. Pusat Expo Sharjah terkenal karena pekan raya tahunannya yang terkenal di seluruh kawasan. Secara pribadi Amir personally berminat besar dalam even ini yang membawa ratusan penerbit dari seluruh dunia dan jutaan gelar. Hubungan dengan dunia luar disediakan oleh Bandara Internasional Sharjah dan Pelabuhan Khalid. Sharjah juga mencakupi beberapa daerah oasis terkenal, yang terkenal ialah Dhaid di mana barisan buah dan sayur yang luas is cultivated di tanahnya yang subur. Khor Fakkan menyediakan Sharjah dengan pelabuhan pantai yang utama. Pulau lepas pantainya Sir Abu Nuáir ialah milik Sharjah. Sharjah juga mengklaim sebuah wilayah di Iran, Abu Musa.

Sharjah memiliki sebuah enklaf Omani, teritori Madha, di sinilah terbentang eksklaf Emirat Arab, yang bernama Nahwa.

Sharjah ialah kota kembar Dubai dan Ajman (2 anggota emirat) di kedua perbatasannya. Ketiga daerah kota kini digabung menjadi satu. Sharjah terletak sekitar 170 km dari Abu Dhabi.

Daerah dan Mercu Tanda

[sunting | sunting sumber]

Sharjah ialah bandar ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu selepas Dubai dan Abu Dhabi. Istana pemerintah Emiriah Sharjah iaitu Yang Amat Mulia Syeikh Dr. Sultan bin Muhammad Al-Qasimi, terletak kira-kira 20 kilometer (12 batu) ke arah tenggara bandar ini.

Bandar Sharjah menghadap ke Teluk Parsi dengan populasi penduduk seramai lebih 800,000 orang (2008). Ia menempatkan pusat pentadbiran dan komersial utama bersama-sama dengan pelbagai projek kebudayaan dan tradisional termasuk beberapa buah muzium yang meliputi bidang seperti arkeologi, sejarah alam semula jadi, sains, seni, warisan, kesenian dan kebudayaan Islam. Mercu tanda yang unik termasuk dua buah pasaraya berbumbung utama yang memaparkan reka bentuk Islamik dan beberapa buah kawasan rekreasi serta taman awam seperti Al Montazah Fun Park dan Al Buheirah Corniche. Bandar ini juga terkenal dengan pelbagai masjid yang gah.[1]

Dataran Rolla

Dinamakan sempena rolla besar (pokok beringin) yang pernah tumbuh di dataran [2] ini lalu mengilhamkan arca yang kini berdiri tegak di tengah-tengah taman, Dataran Rolla ialah lokasi kebiasaan bagi para pekerja untuk bersiar-siar pada hujung minggu.

Jalan Bank

Jalan Bank terletak berhampiran kawasan utama Rolla dan terdapat banyak cawangan bank serta pejabat di sini.[3]

Senyum, Anda Berada Di Bulatan Sharjah

Terletak di antara Blue Souq dan Pasar Ikan berhampiran Menara Union Bank, sentuhan berbunga untuk menceriakan ukiran di bulatan ini telah menggambarkan namanya terhadap bulatan tersebut.[4] Kini, bulatan ini sedang dinaik taraf dan sedang dalam pembinaan.

Terusan Al Qasba

Terusan Al-Qasba ialah terusan sepanjang 1 km yang mengalir melalui pusat bandar Sharjah. Di tebingnya terdapat beberapa buah pangsapuri, kedai dan tarikan pelancong untuk komuniti Al Qasba.[5]

Muzium Warisan Sharjah

Muzium Warisan Sharjah terletak berhampiran dengan Bait Al Naboodah, setentang dengan Soouq Al Arsah. Ia adalah sebuah rumah keluarga dua tingkat yang direka bentuk dengan seni bina mewah. Ia dibina di dalam halaman yang teduh dan didedikasikan untuk kehidupan sebuah keluarga yang dibina semula bertahun-tahun yang lalu. Terdapat banyak bilik yang mempamerkan perabot tradisional serta barangan isi rumah. Selain itu, terdapat juga ruang untuk menyimpan kostum, permainan dan barang kemas kanak-kanak.

Taman Negara Sharjah

Artikel utama: Taman Negara Sharjah

Taman Negara Sharjah meliputi kawasan seluas hampir 630,000 kaki persegi (59,000 m2).[6]

Akuarium Sharjah

Terletak di Al Layyeh, akuarium Sharjah mempamerkan lebih 250 spesies untuk dilihat, daripada kuda laut yang halus hingga ikan badut paling kecil, jerung terumbu, ikan pari dan belut moray. Pengunjung boleh menyelam ke dunia bawah laut yang berwarna-warni, pelbagai dan kaya, yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan marin penghuni laut.

Pulau Al Noor terletak

di Lagun Khalid dan meliputi kawasan seluas 45,470 meter persegi. Projek destinasi ini menampilkan pemasangan lampu dan seni termasuk paparan 'OVO' dan 'Torus'.

Pinggir Laut Al Majaz

Pinggir Laut Al Majaz ialah aktiviti pembesaran dan pengindahan taman sedia ada untuk menaikkan tarafnya menjadi kawasan riadah mesra keluarga, sebuah mercu tanda tepi laut Sharjah yang menampilkan tarian audio-video pancuran air, golf mini dan beberapa buah restoran.

Pusat Hidupan Liar

Lihat juga: Dolphinarium Dubai, Zoo Dubai, Taman Safari Dubai, Zoo Taman Emiriah dan Sir Bani Yas Pusat Hidupan Liar Arab ini dibuka pada tahun 1999 dan menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan. Terletak di lokasi yang menyenangkan, pusat ini agak hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah. Walaupun dengan cuaca yang panas dan kering di kebanyakan kawasan di tanah Arab, terdapat beberapa spesies mamalia yang telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini

Pusat Pembiakan Hidupan Liar Terancam, sebuah kemudahan [7] seinduk yang merupakan ahli EAZA, seperti juga Zoo Al Ain di Emiriah Abu Dhabi,[8] namun ia kini ditutup kepada orang ramai.[9]

Fauna yang merangkumi harimau bintang Arab yang telah direkodkan di kawasan pergunungan sebelah timur negara tersebut,[10] telah dipindahkan ke Pusat Pemuliharaan Al Hefaiyah di kawasan sebelah timur Kalba.[11] Aktiviti yang dijaankan di pusat ini termasuklah membantu zoo Yaman di Sana'a dan Ta'izz untuk menjaga fauna mereka pada tahun 2001.[12]

Secara historisnya, Sharjah ialah salah satu kota termakmur di daerah ini dengan pemukiman yang telah ada sejak lebih dari 5000 tahun yang lalu.

Pada abad ke-18 klan Qawasim (suku Huwayla) membentuk diri di Sharjah, skt.1727 mendeklarasikan kemerdekaan Sharjah.

Pada 8 Januari 1820 Syekh Sultan I menandatangani Perjanjian Maritim Umum dengan Britania Raya, menyetujui protektorat untuk keluar dari Turki Utsmani. Seperti ke-4 tetangganya, Ajman, Dubai, Ras al-Khaimah dan Umm al-Qaiwain, kedudukannya pada jalur ke India membuatnya cukup penting diakui sebagai negara kehormatan.

Pada 2 Desember 1971 Syekh Khalid III bergabung dengan Emirat Arab.

Penguasa historis yang diketahui ialah:

  • sekitar tahun 1727 - 1777 Syekh Rashid bin Matar bin Rahman al-Qasimi
  • 1777 - 1803 Syekh Saqr I bin Rashid al-Qasimi
  • 1803 - 1840 Syekh Sultan I bin Saqr al-Qasimi (m. 1866) (pertama kali)
  • 1840 Syekh Saqr bin Sultan al-Qasimi
  • 1840 - 1866 Syekh Sultan I bin Saqr al-Qasimi (kedua kali)
  • 1866 - 14 April 1868 Syekh Khalid I bin Sultan al-Qasimi (m. 1868)
  • 14 April 1868 - March 1883 Syekh Salim bin Sultan al-Qasimi (m. 1919) - since 1869 jointly with the following:
  • 1869 - 1871 Syekh Ibrahim bin Sultan al-Qasimi
  • March 1883 - 1914 Syekh Saqr II bin Khalid al-Qasimi (l. 18.. - m. 1914)
  • 13 April 1914 - 21 Nov 1924 Syekh Khalid II bin Ahmad al-Qasimi
  • 21 Nov 1924 - 1951 Syekh Sultan II bin Saqr al-Qasimi (m. 1951)
  • 1951 - May 1951 Syekh Muhammad bin Saqr al-Qasimi
  • May 1951 - 24 June 1965 Syekh Saqr III bin Sultan al-Qasimi (l. 1925 - m. 1993)
  • 24 June 1965 - 24 Jan 1972 Syekh Khalid III bin Muhammad al-Qasimi (l. 1931 - m. 1972)
  • 25 Jan 1972 - 1972 Syekh Saqr bin Muhammad al-Qasimi (penjabat)
  • 1972 - 17 June 1987 Syekh Sultan III bin Muhammad al-Qasimi (pertama kali) (l. 1939)
  • 17 June 1987 - 23 June 1987 Syekh `Abd al-`Aziz bin Muhammad al-Qasimi (l. 1937)
  • 23 June 1987 - 20.. Syekh Sultan III bin Muhammad al-Qasimi (kedua kali)


Stadion Asosiasi Kriket Sharjah telah menuanrumahi hampir 200 kriket ODI, lebih banyak daripada daerah lainnya, dan 4 tes pertandingan.


Kalbã (Khwor Kalba)

[sunting | sunting sumber]

Kalba ialah kota yang cepat berkembang di emirat Sharjah, sepanjang pesisir timur Uni Emirat Arab, terletak sekitar 8 km dari Fujairah, di perbatasan dengan Oman.

Mudah dicapai dengan jalan dari Fujairah (8 km), dan Hatta (sekitar 40 km), melewati 2 pelabuhan laut (Fujairah dan KorKalba) dan bandara di Fujairah.

Jalan dari Kalba ke KorKalba memanjang sampai perbatasan dengan Oman, dan salah satu gerbang keluar-masuk antara Uni Emirat Arab dengan Oman.

Kalba terkenal karena punggung airnya dan hutan bakau yang mengelilinya. Juga tempat di mana benteng kuno dan sumber air panas di Wadi Halu terletak.

Pada 1903 sebuah entitas yang kecil, disebut Kalbã menurut kota ini sebagai ibukotanya, 'merdeka de facto' dari Sharjah. Pada 8 Desember 1936 diakui oleh Inggris. 1952 masuk kembali ke Sharjah.

Hanya memiliki 3 penguasa:

  • 1903 - 30 April 1937 Syekh Said ibn Hamad al-Qasimi (l. 18.. - m. 1937)
  • 30 April 1937 - 1951 Syekh Hamad ibn Said al-Qasimi (l. 1951)
  • 1951 - 1952 Syekh Saqr ibn Sultan al-Qasimi (l. 1920)


Sumber dan pranala luar

[sunting | sunting sumber]
  • WorldStatesmen
  • Sejarah Kalba di uaeinteract.com
  • Dawoodi Bohras di Sharjah

Sumber dan pautan luar

[sunting | sunting sumber]


 
Emiriah di Emiriah Arab Bersatu
Bendera Uni Emirat Arab
Abu Dhabi | Ajman | Dubai | Fujairah | Ras al-Khaimah | Sharjah | Umm al-Qaiwain
  1. ^ "About Sharjah: Magnificent mosques". Khaleej Times. 11 August 2012. Retrieved 12 May 2019.
  2. ^ Al Qasimi, Sultan (2011). My Early Life. UK: Bloomsbury. p. 21. ISBN 9781408814208.
  3. ^ "Sharjah's Bank Street and Heritage Area".
  4. ^ Sharjah Art Foundation. "Sharjah Art Foundation - Smile, You're in Sharjah, 2009". Sharjahart.org. Archived from the original on 4 March 2016. Retrieved 2 May 2016.
  5. ^ "All you need to know about Al Qasba". bayut.com. Retrieved 30 October 2019.
  6. ^ "Sharjah National Park – Places to Visit in Sharjah, United Arab Emirates". Dubai Travelator.com. 1 February 2018. Retrieved 16 June 2019.
  7. ^ De Haas van Dorsser, F. J.; Thowabeh, N. S.; Al Midfa, A. A.; Gross, Ch. (2001), Health status of zoo animals in Sana'a and Ta'izz, Republic of Yemen (PDF), Sana'a, Yemen: Breeding Centre for Endangered Arabian Wildlife, Sharjah; Environment Protection Authority, pp. 66–69, retrieved 5 May 2019
  8. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Sharjah#cite_note-EAZA_Members-24
  9. ^ "Breeding Centre for Endangered Wildlife". Breeding Centre for Endangered Wildlife. Retrieved 21 March 2019.
  10. ^ De Haas van Dorsser, F. J.; Thowabeh, N. S.; Al Midfa, A. A.; Gross, Ch. (2001), Health status of zoo animals in Sana'a and Ta'izz, Republic of Yemen (PDF), Sana'a, Yemen: Breeding Centre for Endangered Arabian Wildlife, Sharjah; Environment Protection Authority, pp. 66–69, retrieved 5 May 2019
  11. ^ "Sharjah's new wildlife centre opens to tourists". Sharjah Update. 11 March 2016. Retrieved 5 December 2018.
  12. ^ De Haas van Dorsser, F. J.; Thowabeh, N. S.; Al Midfa, A. A.; Gross, Ch. (2001), Health status of zoo animals in Sana'a and Ta'izz, Republic of Yemen (PDF), Sana'a, Yemen: Breeding Centre for Endangered Arabian Wildlife, Sharjah; Environment Protection Authority, pp. 66–69, retrieved 5 May 2019