Penawanan Babylonia
Penawanan Babylonia atau pembuanganan ke Babylon dalam sejarah Yahudi adalah zaman yang mana ramai orang Yudea dari Kerajaan Yehuda purba dipaksa berpindah ke Babylonia oleh Empayar Babylon Baru.[1] Pengusiran berlaku dalam pelbagai gelombang: Selepas pengepungan Baitulmuqaddis pada 597 SM, lebih kurang 7000 individu telah diusir ke Mesopotamia. Lebih ramai lagi diusir selepas kemusnahan Baitulmuqaddis dan Kuil Sulaiman pada 587 SM.[1]
Dalam riwayat Alkitab, selepas Pertempuran Karkemis pada 605 SM, raja Babylonia Nebukadnezar II mengepung Baitulmuqaddis, yang kemudian menyebabkan raja Yudea Yoyakim perlu membayar ufti.[2] Pada tahun keempat pemerintahan Nebukadnezar II, Yoyakim enggan membayar lagi ufti, mencetuskan lagi pengepungan kota itu pada tahun ketujuh pemerintahan Nebukadnezar II (598/597 SM) yang memuncak dengan kematian Yoyakim dan pembuangan pengganti baginda Yekonia, seisi istana dan ramai orang ke Babylonia; Pengganti Yekonia, Zedekia dan lain-lain dibuang negeri apabila Nebukadnezar II memusnahkan Baitulmuqaddis pada tahun ke-18 (587 SM), dan pengusiran berlaku lagi pada tahun ke-23 pemerintahan Nebukadnezar II (582 SM). Walau bagaimanapun, tarikh, bilangan pengusiran, dan bilangan orang yang diusir berbeza-beza mengikut riwayat Alkitab.[3][4]
Alkitab menceritakan selepas Empayar Babylon Baru jatuh ke kuasa Empayar Hakhamaniyah dalam Pertempuran Opis pada 539 SM, orang Yudea dibenarkan oleh Parsi untuk kembali ke Yehuda.[5][6] Menurut Kitab Uzair dalam Alkitab, pembinaan Bait Kedua di Baitulmuqaddis bermula s. 537 SM di Yehud Medinata, wilayah baru Parsi. Seluruh peristiwa ini penting dalam sejarah dan budaya bangsa Yahudi dan telah banyak memberi kesan terhadap agama Yahudi.[1]
Kajian arkeologi mendedahkan walaupun kota Baitulmuqaddis telah musnah, bahagian-bahagian lain Yehuda terus didiami semasa zaman pembuangan. Rekod sejarah dari Mesopotamia dan sumber Yahudi menunjukkan sebahagian besar penduduk Yahudi pilih untuk terus tinggal di Mesopotamia. Ini akhirnya menyebabkan pemapanan komuniti Yahudi yang agak besar di Mesopotamia, yang dinamakan <i id="mwQw">golah</i> (penyebaran), yang berterusan sehingga zaman moden.[1] Masyarakat Yahudi Iraq, Yahudi Parsi, Yahudi Georgia, Yahudi Bukhara, dan Yahudi Gunung dipercayai datang daripada keturunan golongan yang dibuang negeri ini; banyak komuniti ini kini telah berhijrah ke Israel.[7][8]
Periwayatan Alkitab
[sunting | sunting sumber]Sebahagian turutan rencana mengenai |
Orang Yahudi dan Agama Yahudi |
---|
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya |
Pada akhir abad ke-7 SM, Kerajaan Yehuda merupakan negeri naungan empayar Assyria. Dalam dekad-dekad terakhir abad ke-7 SM, Assyria dijatuhkan oleh Babylon, salah satu wilayah Assyria. Mesir, yang bimbang dengan kebangkitan mendadak empayar Babylon Baru, mengambil alih wilayah Asyur sehingga ke Sungai Furat di Syam, tetapi Babylon menyerang balik. Pada masa yang sama Yosia, raja Yehuda, terbunuh semasa bertempur dengan orang Mesir dalam Pertempuran Megido (609 SM) .
Selepas tentera Firaun Nekho dikalahkan Babylon di Karkemis pada tahun 605 SM, Yoyakim mula membayar ufti kepada Raja Babylon Nebukadnezar II. Beberapa golongan bangsawan muda Yehuda dibawa ke Babylon.
Pada tahun-tahun berikutnya, golongan istana Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua pihak, satu menyokong Mesir, satu lagi Babylon. Selepas Nebukadnezar ditewaskan oleh Mesir dalam pertempuran pada tahun 601 SM, Yehuda memberontak terhadap Babylon, menyebabkan pengepungan selama tiga bulan ke atas Baitulmuqaddis pada hujung tahun 598 SM.[9] Yoyakim, raja Yehuda, mangkat semasa pengepungan[10] dan digantikan oleh putera baginda Yoyakhin (juga dipanggil Yekhonya) pada usia lapan belas tahun.[11] Kota itu jatuh pada 2 Adar (16 Mac) 597 SM,[12] dan Nebukadnezar menjarah Baitulmuqaddis dan Kuilnya dan membawa Yekhonya, seisi istana dan golongan pembesar lain (termasuk nabi Yehezkiel) ke Babylon.[13] Zedekia bapa saudara Yoyakim dilantik menjadi raja pengganti, tetapi orang Yahudi yang dibuang ke Babylon tetap menganggap Yekhonya sebagai raja mereka dalam pembuangan, atau pemerintah sebenar yang sah.
Walaupun diberi amaran oleh Nabi Yeremia dan penyokong-penyokong Babylonia lain, Zedekia memberontak terhadap Babylon dan berpakat dengan Firaun Hofra. Nebukadnezar kembali, mengalahkan Mesir, dan sekali lagi mengepung Baitulmuqaddis, mengakibatkan kota itu musnah pada tahun 587 SM. Nebukadnezar memusnahkan tembok kota dan Bait Suci mereka, serta rumah-rumah golongan pembesar. Zedekia dan putera-putera baginda ditangkap dan putera-puteranya dihukum mati di hadapan Zedekia, lalu mata baginda dicungkil dan baginda dibawa ke Babylon bersama ramai yang lain (Yer 52:10–11). Yehuda menjadi wilayah Babylonia, dipanggil Yehud, menamatkan Kerajaan Yehuda yang merdeka (disebabkan tahun-tahun yang hilang dalam kalendar Yahudi, sumber oleh rabai-rabai meletakkan tarikh kemusnahan Kuil Pertama pada 3338 AM (423 SM)[14] atau 3358 AM (403 SM)).[15]
Gabenor pertama yang dilantik oleh Babylon ialah Gedalya, seorang penduduk asli Yehuda; dia menggalakkan ramai orang Yahudi yang melarikan diri ke negeri-negeri sekitar seperti Moab, Amon dan Edom untuk kembali, dan berusaha untuk memakmurkan semula negeri itu. Beberapa ketika kemudian, seorang ahli kerabat diraja yang masih hidup membunuh Gedalya dan penasihat-penasihat dari Babylonnya, menyebabkan ramai yang lari ke Mesir. Pada penghujung dekad kedua abad ke-6 SM, selain yang tinggal di Yehuda, terdapat komuniti Yahudi yang besar di Babylon dan di Mesir; ini merupakan permulaan masyarakat-masyarakat Yahudi yang kemudiannya tinggal secara kekal di luar Yehuda sebagai diaspora Yahudi.
Menurut Kitab Uzair, Cyrus Agung dari Parsi menamatkan pembuangan mereka pada 538 SM,[16] tahun selepas baginda menawan Babylon.[17] Pembuangan itu berakhir dengan kepulangan Putera Zerubabel (kerana baginda keturunan raja Daud) dan Imam Besar Yosua (keturunan bekas Imam-imam Besar Bait Suci) dan pembinaan semula Kuil Kedua dari 521 hingga 516 SM.[16]
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Jadual berikut berdasarkan buku Rainer Albertz, Israel in exile, yang itu pula berdasarkan teks-teks alkitabiah.[18] (Garis masa lain juga boleh dipertimbangkan.)
Tahun | Peristiwa |
---|---|
609 SM | Kematian Yosia. |
609–598 SM | Pemerintahan Yoyakim (menggantikan Yoahas, yang menggantikan Yosia tetapi memerintah 3 bulan sahaja). Mula memberi ufti kepada Nebukadnezar pada 605 SM. Pengusiran pertama, kononnya termasuk Nabi Daniel. |
598/7 SM | Pemerintahan Yoyakhin (memerintah 3 bulan). Pengepungan dan kejatuhan Baitulmuqaddis. Pengusiran kedua, 16 Mac 597. |
597 SM | Zedekia dijadikan raja Yehuda oleh Nebukadnezar II dari Babylon. |
594 SM | Komplot anti-Babylon. |
587 SM | Pengepungan dan kejatuhan Baitulmuqaddis. Kuil Sulaiman musnah. Pengusiran ketiga Julai/Ogos 587. |
583 SM | Gedalya, gabenor Wilayah Yehud yang dilantik oleh Babylonia, dibunuh. Ramai orang Yahudi melarikan diri ke Mesir dan pengusiran keempat ke Babylon mungkin juga berlaku. |
562 SM | Pembebasan Yoyakhin selepas 37 tahun dalam penjara Babylon.[19] Terus tinggal di Babylon. |
539 SM | Parsi menakluki Babylon (Oktober). |
538 SM | Dekri Cyrus membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis. |
520–515 SM | Kepulangan ramai orang Yahudi ke Yehud di bawah pemerintahan Zerubabel dan Imam Besar Yosua. Batu-batu dasar Kuil Kedua mula diletakkan. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Lemche, Niels Peter (2004). Historical dictionary of ancient Israel. Historical dictionaries of ancient civilizations and historical eras. Lanham, Md.: Scarecrow Press. m/s. 73. ISBN 978-0-8108-4848-1.
- ^ Coogan, Michael (2009). A Brief Introduction to the Old Testament. Oxford: Oxford University Press.
- ^ Moore, Megan Bishop; Kelle, Brad E. (2011). Biblical History and Israel S Past: The Changing Study of the Bible and History. Wm. B. Eerdmans Publishing. m/s. 357–58. ISBN 978-0802862600. Dicapai pada 11 Jun 2015.
Ringkasnya, sukar hendak mengira berapa kali pengusiran berlaku kerana teks-teks alkitabiah memberikan nombor-nombor yang berbeza-beza. Angka-angka Alkitab Ibrani/Perjanjian Lama yang bercanggah dalam soal tarikh, bilangan dan mangsa pengusiran Babylonia amat bermasalah untuk rekonstruksi sejarah kerana, selain rujukan ringkas kepada penawanan pertama Baitulmuqaddis (597) dalam Tawarikh Babylonia, ahli sejarah hanya ada sumber alkitabiah untuk digunakan.
- ^ Dunn, James G.; Rogerston, John William (2003). Eerdmans Commentary on the Bible. Wm. B. Eerdmans Publishing. m/s. 545. ISBN 978-0-8028-3711-0.
- ^ Jonathan Stökl, Caroline Waerzegger (2015). Exile and Return: The Babylonian Context. Walter de Gruyter GmbH & Co. m/s. 7–11, 30, 226.
- ^ Encyclopaedia Judaica. 3 (ed. ke-2). m/s. 27.
- ^ Lerner, C. B., & Lerner, K. B. (2004). The wellspring of Georgian historiography: the early medieval historical chronicle The conversion of Kartli and The life of St. Nino. Bennett & Bloom. m/s 60.
- ^ Dekel, Mikhal (19 Oktober 2019). "When Iran Welcomed Jewish Refugees".
- ^ Wigoder, G. (2006). The Illustrated Dictionary & Concordance of the Bible. Sterling Publishing Company, Inc.
- ^ Dan Cohn-Sherbok, The Hebrew Bible, Continuum International, 1996, p. x. ISBN 0-304-33703-X
- ^ 2 Raja–raja 24:6–8
- ^ Philip J. King, Jeremiah: An Archaeological Companion (Westminster John Knox Press, 1993), m/s 23.
- ^ Coogan, M. D. (Ed.). (1999). The Oxford history of the biblical world. Oxford University Press. m/s 350.
- ^ Rashi kepada Talmud Bavli, avodah zara p. 9a. Josephus, seder hadoroth tahun 3338
- ^ Malbim kepada Yezekiel 24:1, abarbanel et al.
- ^ a b "Second Temple Period (538 BCE. to 70 CE) Persian Rule". Biu.ac.il. Dicapai pada 2014-03-15.
- ^ Achtemeier, P. J. (1985). Harper's Bible dictionary. Journal of the American Oriental Society, 110(3). m/s 103.
- ^ Rainer Albertz, Israel in exile: the history and literature of the sixth century BCE, m/s xxi.
- ^ 2 Raja-raja 25:27
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Penawanan Babylonia di Wikimedia Commons
- "Babylonian Captivity". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911.
- "Babylonian Captivity". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911.
- Friedrich Justus Knecht (1910). . A Practical Commentary on Holy Scripture. B. Herder.
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber
- Kitab Raja-raja
- Penghijrahan paksa
- Orang Ibrani Mesopotamia
- Kuil Kedua
- Kerajaan Judah
- Sejarah Yahudi Babylon
- Sejarah Yahudi Iraq
- Pengusiran Yahudi pada zaman baharian
- Kitab Yeremia
- Kitab Tawarikh
- Babylonia
- Sejarah Yahudi Parsi Purba
- Penawanan Babylonia