[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

mStar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada MSTAR Online)
mStar
JenisAkhbar dalam talian
Dilancarkan31 Oktober 2005, oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak
BahasaMelayu
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
NegaraMalaysia
Akhbar saudaraThe Star
PemilikMagnet Bizz Sdn. Bhd. (anak syarikat Star Media Group Berhad)
Laman sesawangwww.mstar.com.my

Amaran: Tajuk paparan "mStar" mengatasi tajuk paparan awal "<i>MStar</i>".

mStar ialah sebuah laman web berita berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Star Media Group Berhad yang turut menerbitkan akhbat The Star. Ia mula boleh dicapai pada 15 Oktober 2005 dan dirasmikan pelancarannya pada 31 Oktober 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak[1].

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Berita-berita dalam mStar pernah diterbitkan secara fizikal secara mingguan menerusi Mingguan mStar sebagai sisipan kepada Sunday Star bermula Februari 2010. Walau bagaimanapun, penerbitannya dihentikan pada 2011.

Pada 17 April 2014, mStar melancarkan wajah baharunya dengan menambah baik kandungan yang ketika itu lebih tertumpu kepada berita dan hiburan[2][3]. Namun bagi memenuhi selera pembaca yang terdiri daripada golongan muda dan pertengahan usia, maka kandungannya diperkemaskan lagi pada 20 November 2018 dengan corak penulisan diubah kepada pendekatan yang lebih semasa.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

mStar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).

Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.

Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.

mStar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Chairman's Statement" (PDF). I3investor. 2005. Dicapai pada 30 Jun 2023.
  2. ^ "MStar Online gets makeover". PressReader. 18 Apr 2014. Dicapai pada 30 Jun 2023.
  3. ^ Budiey (8 April 2014). "Selebriti Popular Bakal Meriahkan Pelancaran Wajah Baru mStar Online". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Jun 2023.