[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Buletin Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buletin Rakyat merupakan sebuah akhbar politik berbahasa Melayu di Malaysia yang diterbitkan secara dwi-mingguan.

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Tegas, Tepat". Akhbar ini berharga RM2 dan menyajikan berita-berita politik semasa Malaysia sebagai berita utama dan khusus. Akhbar juga memaparkan berita semasa dalam dan luar negara, agama, rencana, dan wawancara.