[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lagenda Budak Setan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lagenda Budak Setan
Poster keluaran tayangan
PengarahSharad Sharan
BerdasarkanLagenda Budak Setan oleh Ahadiat Akashah
Dihasilkan oleh
  • Jailani Abdul Ghani
  • Renu Sharan (eksekutif)
DibintangiFarid Kamil
Lisa Surihani
Que Haidar
Shiqin Kamal
Nur Fazura
Syarikat
penerbitan
  • Nusantara Films
  • Tarantella Pictures
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
3 Jun 2010
Masa tayangan
1 jam 46 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.36 juta
Pecah panggungRM 4.28 juta

Lagenda Budak Setan ialah sebuah filem drama romantik Malaysia tahun 2010 yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Ahadiat Akashah sekitar tahun 1985. Filem ini diarahkan oleh Sharad Sharan dan dibintangi oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Nur Fazura dan Shiqin Kamal.

Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekumpulannya, Sofi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar-pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga menggelar kumpulan mereka sebagai kumpulan antiperempuan. Namun begitu, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar tahun baru, Ayu (Lisa Surihani). Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah serta membuatkan dia jatuh cinta terhadapnya. Ayu telah mencabar Kasyah untuk berubah sebagai syarat untuknya menerima Kasyah. Maka, episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Setiba masanya, Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya di kawasan pedalaman dan berpisah sementara dengan Ayu. Azmi (Que Haidar) yang pernah mengecewakan Ayu kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa apabila Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha (Sheila Mambo), Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Dalam perancangan tersebut, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh berada dalam keadaan risau. Risau dengan keadaan ibunya, Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi apabila ibunya memintanya untuk mengahwini Azmi sebelum ajalnya tiba. Kasyah berasa kecewa kerana kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering memukul Ayu. Pada suatu malam, mereka berdua telah bergaduh besar kerana Azmi yang cemburu dengan cinta Ayu buat Kasyah yang utuh. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan memandu dalam keadaan beremosi dan marah. Dalam panduannya, Ayu hilang kawalan lalu terlibat dalam sebuah kemalangan. Dia telah cedera parah dan mukanya hancur. Azmi menuntut maaf dan memujuk Ayu untuk menerimanya semula setelah menjalani pembedahan plastik ke atas wajahnya, tetapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan meminta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula dengannya yang kini berwajah baru dan tampil sebagai Emilia (Shiqin Kamal). Emilia ingin memulakan hidup baharu dan melupakan episod dukanya sebagai Ayu.

Emilia kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui rakan baiknya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa-apa, mula mengesyaki sesuatu setelah beberapa lama bekerja. Melalui Suzana, Kasyah mendapat tahu segalanya tentang Emilia dan hubungan cinta mereka kembali bertaut. Azmi yang tidak boleh melupakan Emilia telah mencuba untuk menggagalkan perkahwinan mereka dengan meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukulnya di hadapan Mak Leha selepas dimaki oleh Emilia sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala yang menyebabkannya hilang ingatan sehingga tidak mengenali dirinya sendiri. Berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatannya namun tidak berhasil. Setelah beberapa lama, Emilia yang semakin pulih akhirnya mengahwini Kasyah. Malangnya, kebahagian yang diharapkan oleh Kasyah tidak kekal lama apabila Emilia meninggal dunia kerana melahirkan anak mereka.

Penggambaran

[sunting | sunting sumber]

Antara lokasi penggambaran filem ini antaranya di padang ragut Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Nottingham Kampus Malaysia (UNMC) dan sekitar kawasan Langkawi, Kedah seperti Tanjung Rhu, Geo Park, Hutan Rimba Sungai Kilin, Gua Kelawar dan persekitaran pantai Chenang.

Selepas dua minggu, kutipan tiket kasar filem Lagenda Budak Setan dianggarkan melebihi RM 3 juta sejak mula ditayangkan pada 3 Jun lalu. Perkiraan itu berdasarkan kepada penangan hebat filem yang diadaptasi dari novel remaja ini yang mampu mendorong kira-kira 300,000 pengunjung ke pawagam.[1]. Filem ini merupakan filem arahan Sharad Sharan yang pertama dapat melepasi kutipan pecah panggung. Ekoran sambutan baik daripada penonton,pihak produksi telah membuat Lagenda Budak Setan dalam versi drama. Versi drama ini disiarkan di saluran Astro Prima (saluran 105).

Setelah tamatnya siaran drama ini, filem Lagenda Budak Setan 2 akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Menang
Cerita Asal Terbaik Ahadiat Akashah Menang
Filem Terbaik Irwan Idris Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Que Haidar Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Fazura Tercalon
Pelakon Harapan Wanita Asyikin Ismail Tercalon

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]