[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Festival Filem Malaysia ke-23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Festival Filem Malaysia ke-23
Tarikh20 Oktober - 24 Oktober 2010
TempatPusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikMagika
Pengarah TerbaikSyamsul Yusof
Pelakon Lelaki TerbaikBront Palarae
Pelakon Wanita TerbaikLisa Surihani
Liputan televisyen
RangkaianTV1
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-23 berlangsung pada 20–24 Oktober 2010 (setelah ditunda dari 16–18 Julai), bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam. Dengan membawa tema "Filem Malaysia ke Persada Dunia", festival pada kali ini diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja seni filem Malaysia.

Pesta filem ini merangkumi bengkel-bengkel dan seminar-seminar yang khusus untuk membincangkan dan mempertingkatkan sambutan filem tempatan, tayangan umum filem-filem yang tercalon di pawagam-pawagam terpilih pada 22 dan 23 Oktober, dan akhirnya malam penganugerahan pada 24 Oktober.

Penganugerahan Festival Filem Malaysia dikuasai oleh filem Magika buatan KRU Studios yang membolot 12 pencalonan, dan memenangi tujuh daripadanya, termasuk Filem Terbaik.

Calon dan pemenang

[sunting | sunting sumber]

Filem Estet sudah menghantar pencalonannya untuk bertanding pada festival kali ini. Filem arahan pengarah tersohor, Mamat Khalid, tidak dapat dipertandingkan pada festival filem yang lepas kerana masalah teknikal dalam bahagian penyenaraian filem yang disenarai pendek untuk bertanding pada FFM 22 yang lalu.

Pengumuman calon "lima teratas" semua kategori diadakan pada 14 Oktober, kecuali kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik (yang diumumkan 22 Oktober).[1]

Pada festival kali ini, filem Muallaf tidak tersenarai kerana penggunaan bahasa luar(bahasa inggeris) yang bayak dalam setiap babak. Hal ini menyebabkan filem tersebut tidak layak betanding untuk semua kategori pada festival kali ini. Perhatian: Nama pemenang ditebalkan.

Anugerah Perdana

[sunting | sunting sumber]

Keputusan Anugerah Perdana akan diumumkan pada 24 Oktober 2010.

Kategori Pemenang Turut Serta
Filem Terbaik Magika
Pengarah Terbaik Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Lakon Layar Terbaik Jumaatun Azmi (Haq)
Cerita Asal Terbaik Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)
Sinematografi Terbaik Raja Mukhriz (Niyang Rapik)
Penyunting Terbaik Syamsul Yusof dan Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)
Skor Muzikal Asal Terbaik Edry Abdul Halim (Magika)
Filem Animasi Terbaik Buas (Charukphong)
  • Atok Poie Pekan (Animagis Sdn Bhd)
  • Chellup (Elite Animation)
  • Ramadhan Mat Jo (Elite Animation)
  • A Day In A Life οf Mr. Teddy (Arshad Noor)
Filem Pendek Terbaik Projek Genex (Ainotek)
  • Hargai Sejarah Anda (Yellow Pictures)
  • Srok (Syaabani)
  • Sub Rosa (Nadiah Hamzah)
  • Thе Five Rules (UiTM Shah Alam)


Anugerah Cipta

[sunting | sunting sumber]

Pengumuman keputusan Anugerah Cipta diumumkan pada 20 Oktober 2010, di e@Curve, Mutiara Damansara, sempena perasmian Festival Filem.[2]

Poster Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Pereka Kostum/ Busana Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Penataan Seni Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema Asal Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Penataan Bunyi Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Pengarah Harapan

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Harapan Lelaki

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Harapan Wanita

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Filem Komedi Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Khas

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pelakon Veteran Lelaki

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pelakon Veteran Wanita

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Belakang Tabir

[sunting | sunting sumber]
  • Johari Ibrahim

Anugerah Box-Office

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Khas Juri

[sunting | sunting sumber]
  • Ice Kacang Puppy Love - penonjolan perasaan cinta yang memumupuk nilai murni dalam masyarakat
  • Tiger Woohoo! - penonjolan penghayatan budaya dikalangan masyarakat
  • Estet - penojolan semangat perpaduan melalui medium kesukanan
  • Muallaf - menonjolan budaya cinta & sayang-menyayang sesama manusia yang berlain agama dan bangsa
  1. ^ FFM23: Pengarah Filem Terbaik, Milik Siapa? Diarkibkan 2010-10-25 di Wayback Machine, murai.com.my, 22 Oktober 2010. Dicapai pada 25 Oktober 2010.
  2. ^ Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 23, Sensasi Selebriti, 21 Oktober 2010. Dicapai pada 21 Oktober 2010.