[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kuboid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang matematik geometri, kuboid (Jawi: كوبواد) adalah suatu polihedron yang mempunyai 6 permukaan, 8 bucu dan 12 sisi lurus.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Kuboid dalam bahasa Melayu adalah perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, kata imbuhan akhiran -oid yang bermakna 'seperti' atau 'menyerupai' ditambahkan kepada perkataan Inggeris cube.

Jadi, cuboid (kuboid) bermaksud "serupa seperti kubus".

Penggunaan terawal perkataan ini digunakan sekitar tahun 1829.[1][2]

Jenis Kuboid

[sunting | sunting sumber]

Kuboid mempunyai beberapa jenis, ini adalah senarainya.

Kuboid Segi Empat Tepat

Kuboid segi empat tepat adalah kuboid yang paling terkenal dalam geometri kerana ia biasanya digunakan sebagai diagram dan imej kepada pelajar seluruh dunia bersekolahan rendah. Kuboid ini mempunyai 6 permukaan segi empat, 8 bucu,12 sisi lurus yang selari. Juga, semua sudut dihedralnya adalah sudut tegak.

Kuboid Segi Empat Tepat

Formula:

  • Formula isi padu :
  • Formula seluruh luas permukaan:

Kumpulan Simetri: | Order 8

Kubus

Secara teknikal, kubus juga diklasifikasikan sebagai kuboid kerana ia sesuai dengan deskripsi kuboid,

Kumpulan Simetri: | Order 48

Kubus dengan sisi panjang

Formula:

  • Formula isi padu:
  • Formula seluruh luas permukaan:

Dimana, adalah panjang sisinya.



Kuboid Trapezohedron Trigonal

Kuboid Trapzohedron Trigonal

Trapezohedron trigonal adalah polihedron yang mempunyai 6 kongruen romboid. Ia juga dikenali sebagai rombohedron.[3]

Kumpulan Simetri: | Order 12

Formula:

  • Formula isi padu:
  • Formula seluruh luas permukaan:

Dimana, adalah panjang sisi dan adalah antara sudut pertama di romboid.


Kuboid Prisma Rombik Tegak

Kuboid prisma rombik tegak adalah prisma polihedron yang mengandungi 2 rombus dan 4 segi empat sama yang kongruen.

Kumpulan Simetri: | Order 8

Kuboid Prisma Rombik Tegak


Formula:

  • Formula isi padu:
  • Formula seluruh luas permukaan:

Dimana, dan adalah pepenjuru rombus dan adalah ketinggiannya.


  1. ^ "cuboid | Etymology of cuboid by etymonline". www.etymonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-07.
  2. ^ "Oxford English Dictionary | Cuboid". Oxford English Dictionary.
  3. ^ "Rhombohedron - Geometry Calculator". rechneronline.de. Dicapai pada 2024-09-07.