[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kaum asli Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta kawasan tanah adat 16 etnik asli Taiwan yang diiktiraf undang-undang Taiwan setakat 2017[1]
Perarakan orang Paiwan dan Rukai menyambut pesta menuai di Setjimur (Sāndìmen), selatan Taiwan.

Kaum asli Taiwan (Bahasa Cina: 原住民; pinyin: yuánzhùmín; Wade-Giles: yüan2-chu4-min2; Pe̍h-oē-jī: gôan-chū-bîn, “penduduk asal”) adalah istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada kaum pribumi pulau Taiwan. Kajian terbaru menunjukkan nenek moyang mereka sudah mendiami pulau Taiwan lebih kurang 8,000 tahun sebelum imigran Cina berbangsa Han datang pada kurun ke-17[2]. Kaum asli Taiwan adalah orang Austronesia yang bahasa dan genetik mereka dekat dengan kumpulan etnik Austronesia lain seperti orang Filipina, Nusantara, Madagaskar dan Oceania.[3]

Bahasa-bahasa tuturan mereka sepulau Taiwan amat penting kepada pengkaji bahasa sebagai titik mula penyebaran budaya dan bahasa banyak bangsa Austronesia termasuk bahasa Melayu.[4] Walau bagaimanapun, pemerintahan tentera ke atas Taiwan di bawah parti Kuomintang pimpinan Chiang Kai-shek dari 1949–1987 melaksanakan banyak dasar pemaksaan bahasa dan budaya Cina terhadap orang Asli Taiwan.[5]

Titik mula orang Asli Taiwan menuntut keadilan dan hak setimpal pada 1984 dengan penubuhan Persatuan Tuntut Hak Orang Asli yang melakukan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak pengembalian tanah adat pada 1988, 1989 dan 1993.[6] Selepas berakhirnya pemerintahan tentera di Taiwan, Pemindaan Ketiga Perlembagaan Republik China pada Perkara ke-10 tahun 1994 mengiktiraf terang kedudukan Orang-Orang Asli Taiwan secara bertulis sebagai etnik tersendiri berbanding setakat "orang gunung" (山胞 shānbao), ia kemudian diperjelaskan lagi pada 1997 semasa Pemindaan ke-Empat (sebagai 原住民族 yuánzhùmínzú). Presiden Tsai Ing-wen memohon maaf terbuka bagi pihak pemerintah Taiwan kepada semua orang Asli Taiwan atas semua dasar ini yang pernah dilaksanakan pada 2016.[7]

Bangsa-bangsa asli

[sunting | sunting sumber]
Etnik Catatan
Orang Amis Mula dibanci penjajah Jepun pada zaman Meiji,[8] diiktiraf Makmal Etnologi Universiti Kebangsaan Taiwan tahun 1948[9]
Orang Paiwan
Orang Tayal
Orang Bunun
Orang Puyuma
Orang Derekai
Orang Saisiyat
Orang Cou
Orang Tau/Yami
Orang Sau Dahulu terangkum bersama orang Cou, tersenarai rasmi pada tanggal 8 Ogos tahun 2001
Orang Kebalan Dahulu terangkum bersama orang Amis sebagai "Amis Pesisir" (海岸阿美族), tersenarai rasmi pada 25 Dis 2002
Orang Teruku Dahulu terangkum bersama orang Tayal, tersenarai rasmi pada 14 Jan 2004
Orang Sakizaya Dahulu terangkum bersama orang Amis sebagai "Amis Kilai" (奇萊阿美族), tersenarai rasmi pada 17 Jan 2007.
Orang Seediq Dahulu terangkum bersama orang Tayal, tersenarai rasmi pada tahun 23 Apr 2008.
Orang Laalua (Hla'alua/Saaroa) Pernah terangkum dalam orang Cou sebagai "Cou Selatan" (南鄒族), tersenarai rasmi pada 26 Apr 2014.[10][11]
Orang Kanavunavu

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "土地小組". Suruhanjaya Keadilan Bersejarah Bangsa Asli Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Blust 1999
  3. ^ Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004
  4. ^ Blust, Robert (1999). "Subgrouping, circularity and extinction: some issues in Austronesian comparative linguistics". Dalam E. Zeitoun; P.J.K. Li (penyunting). Selected papers from the Eighth International Conference on Austronesian Linguistics. Taipei: Academia Sinica. m/s. 31–94.
  5. ^ Harrison, Henrietta (2001). "Changing Nationalities, Changing Ethnicities: Taiwan Indigenous Villages in the years after 1946". Dalam David Faure (penyunting). In Search of the Hunters and Their Tribes: Studies in the History and Culture of the Taiwan Indigenous People. Taipei: SMC Publishing. m/s. 60–7.
  6. ^ 黃智惠. "原住民族還我土地運動". 臺灣大百科全書. 文化部. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-09. Dicapai pada 2021-01-18.
  7. ^ "總統代表政府向原住民族道歉". www.president.gov.tw (dalam bahasa Cina). 中華民國總統府. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2021-01-18.
  8. ^ 黃秀政; 張勝彥; 吳文星 (2002). 《臺灣史》. 臺北市: 五南圖書出版股份有限公司. m/s. 26. ISBN 978-957-11-2738-5.
  9. ^ 芮逸夫,〈臺灣土著各族劃一命名擬議〉。《大陸雜誌》第五卷五期。1952年
  10. ^ 正名成功 原住民再增2族變16族. Agensi Berita Pusat Taiwan. Diarkibkan Jun 29, 2014 di Wayback Machine, dicapai 26 Jun 2014
  11. ^ "確認拉阿魯哇族以及卡那卡那富族兩族領域範圍,完善族群正名條件". Majlis Bangsa-Bangsa Asli Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-05-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)