[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Asimilasi budaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asimilasi budaya ialah suatu kejadian di mana sesebuah kelompok atau budaya minoriti semakin menyerupai masyarakat dominan. Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu dan kumpulan; kes kedua boleh merujuk untuk sebuah lingkungan sosial kumpulan, termasuk kaum minoriti, imigran, orang-orang asli, dan golongan terpinggir yang lain seperti minoriti seksual yang menyesuaikan diri kepada golongan yang dominan.

Asimilasi ini mungkin berlaku dengan cepat atau secara beransur-ansur bergantung pada keadaan kumpulan. Asimilasi penuh berlaku apabila anggota dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dibezakan daripada golongan yang dominan. Asimilasi ini boleh terjadi secara spontan(semulajadi) atau secara paksa, di mana sebarang budaya boleh mengambil guna budaya-budaya lain yang berbeza. Budaya yang tua, kaya, atau lebih dominan juga boleh menyerap budaya yang lebih rendah taraf secara paksa.