[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Isidorus dari Sevilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Isidorus oleh Murillo

Santo Isidorus dari Sevilla (Latin: Isidorus Hispalensis, Sepanyol: Isidoro de Sevilla, bahasa Inggeris: Isidore of Seville; 560[1] - 4 April 636) adalah seorang agamawan berbangsa Sepanyol yang menjadi Uskup Agung Sevilla selama lebih dari tiga dekad dan memiliki reputasi sebagai salah satu sarjana hebat awal zaman Pertengahan.

Beliau terkenal sebagai pelopor ilmu etimologi melalui pengarangan buku Etymologiae berdasarkan pengetahuannya dalam bahasa Yunani dan Ibrani.[1]

Beliau lahir di Cartagena, Sepanyol. Menurut autobiografinya De viris illustribus, beliau lahir dari keluarga paderi berpengaruh yang menyebarkan ajaran Kristian kepada raja-raja Visigoth meninggalkan ajaran Arianisme; abangnya Leandrus seorang uskup yang dihantar kepada raja Liuvigild, adiknya Fulgentius dihantar kepada raja Reccared manakala adik perempuannya Florentina seorang rahibah diceritakan menjaga 40 biara.[1]

Beliau menjadi Uskup Sevilla sejurus kematian abangnya Leandrus pada 602 M.[1][2]

Beliau meninggal dunia pada 4 April 363, mayatnya disemadikan di tempat sama mayat-mayat abangnya Leandrus dan kemudiannya adik Fulgentius dikembumikan.[2] Hanya tulang belulang Isidorus sahaja yang dapat dijumpai atas perintah raja Fernando I yang kemudiannya dibawa ke binaan peringatan khas di Leon.[3]

  1. ^ a b c d Sánchez Herrero, José (2018). San Isidoro de Sevilla en Sevilla Universidad de Sevilla. m/s. 13-29. ISBN 978-84-472-1950-6
  2. ^ a b Iglesias, José Carlos Martín (2010). «El Epitaphium Leandri, Isidori et Florentinae (ICERV 272) o la compleja transmisión manuscrita de un texto epigráfico: nueva edición y estudio». Euphrosyne: Revista de filología clássica (38): 139-164. ISSN 0870-0133.
  3. ^ Emma Falque Rey (2016). «De Sevilla a León: el último viaje de San Isidoro». Anuario de Historia de la Iglesia andaluza 9: 11-31. ISSN 1888-7368.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]