[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Gunung Pulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Pulai
Gunung Pulai daru sungai Pulai.
Titik tertinggi
Ketinggian654 m (2,146 ka)
Geografi
LokasiDaerah Kulai, Johor, Malaysia
Geologi
Jenis gunungInselberg

Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Gunung Pulai mempunyai ketinggian setinggi 654 meter. [1]

Gunung Pulai mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat Stesen Pemancar TV dan radio meliputi daerah-daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Kluang. Pemancar ini juga menjangkau ke Singapura dan Batam, Kepulauan Riau, Indonesia dan juga dan pulau-pulau yang berdekatan di Indonesia.

Sistem 'troposcatter' telah dipasang di puncak Gunung Pulai dengan Kuching, Sarawak bagi meningkatkan perhubungan telefon antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada tahun 1970. Hubungan kawat SEACOM juga telah dipertingkatkan sejak 1967.