[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Panchor, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panchor adalah sebuah bandar di Daerah Muar, Johor, Malaysia.

Panchor dahulunya adalah sebatang sungai pelabuhan sibuk dengan hasil pertanian dan hasil perladangan, (seperti beras, minyak sawit, getah) daripada pedalaman dengan hulu sungai yang penuh tongkang-tongkang. Bagaimanapun, sebagai jalan jaringan utama, bandar ini berkembang pada 1970 tetapi dengan pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan dalam 1980, Panchor merosot dalam kepentingan seperti penurunan bilangan tongkang yang mendadak. Bagaimanapun, perasmian taman-taman perindustrian di sekitar membawa satu pemulihan kecil kepada penduduk bandar itu dan ekonominya.

Pada lewat 2006 dan awal 2007, Panchor telah terjejas oleh banjir terburuk di Johor dalam lebih 100 tahun.

Pentadbiran mukim Panchor diterajui oleh Penghulu mukim iaitu Mohd Muzammir Bin Omar dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Muar.

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

[sunting | sunting sumber]

Lokasinya yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan menjadikan ia lokasi strategik untuk dibangunkan Bandar Universiti Pagoh.

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ladang Lanadron, Panchor pada 15 September 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]