[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Grifon biru Gascogne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grifon biru Gascogne
Grifon biru Gascogne
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grifon biru Gascogne[a] ialah satu baka anjing jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis dan merupakan anjing pemburu serba guna yang digunakan terhadap buruan kecil dan besar, dalam kawanan atau secara individu. Grifon biru Gascogne mempunyai lapis bulu kasar berintik.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Grifon biru Gascogne ialah anjing sederhana besar yang berdiri setinggi 50–70 cm (20–28 in) pada paras kelasa, dengan lapis bulu distingtif yang kasar dan berbintik biru, telinga layu yang tidak sepanjang yang pada anjing pemburu lain, dan ekor yang terangkat dan sedikit melengkung.

Warna bulu grifon biru Gascogne adalah sama dengan yang pada anjing pemburu biru besar Gascogne, putih berbelak hitam, yang menghasilkan penampilan menyeluruh biru loh. Terdapat tompok-tompok hitam pada salah satu sisi kepala, dengan kawasan putih di sebelah atas kepala yang padanya ada bujur hitam kecil. Tanda "kening" sawo matang ada di sebelah atas setiap mata yang memberikan kesan mata empat (quatre-oeille) dan sawo matang ditemukan di pipi, di dalam telinga, di tungkai, dan di bawah ekor. Tekstur lapis bulunya patut keras dan kasar, lebih pendek sedikit di kepala berbanding dengan yang di tubuh. Kecacatan merupakan penyimpangan penampilan yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja bagi anjing berkenaan, serta kekurangan ciri-ciri jangkaan warna, struktur, dan saiz, yang menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah kegerunan, garis atas lembut, muncung paruh, keting lembu, kaki ranggung, dan lapis bulu wul.[1][2]

Grifon biru Gascogne diturunkan daripada persilangan antara anjing pemburu biru Gascogne dengan grifon Nivernais, dan mungkin dengan grifon besar Vendée juga.[3] Bilangan baka ini merosot selama bertahun-tahun tetapi kini sedang mengalami pemulihan.[1][2]

Baka ini mempunyai hidung bagus dan suara elok. Ia merupakan anjing pemburu bagus dan sangat berwaspada untuk pelbagai jenis perburuan, bukan hanya anjing pemburu kawanan untuk buruan besar.[3] Contoh grifon biru Gascogne telah dieksport ke negara lain untuk dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai

[sunting | sunting sumber]

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai baka ini diperihalkan dalam piawaian baka sebagai anjing amat mudah teruja tetapi juga mesra. Perangai individu mungkin berbeza-beza.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: ݢريفون بيرو ݢسکوڽا; Perancis: griffon bleu de Gascogne; bahasa Inggeris: blue Gascony griffon
  1. ^ a b "Standard FCI N° 32 GRIFFON BLEU DE GASCOGNE" [Piawaian FCI No. 32 Grifon Biru Gascogne] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 32 GRIFFON BLEU DE GASCOGNE (Blue Gascony Griffon)" [Piawaian FCI No. 32 Grifon Biru Gascogne] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 252. ISBN 978-0-87605-624-0. OCLC 32697706.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]