[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Appennino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Appennino
Nama lainPiccolo lepraiolo italiano
Negara asalItali
Trait
Berat 10–18 kg (22–40 lb)[1]
Tinggi Jantan 44–50 cm (17–20 in)[1]
Betina 42–48 cm (17–19 in)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Appennino[a] atau piccolo lepraiolo italiano ialah satu baka anjing pemburu bau kecil Itali yang dibiakbakakan khusus untuk memburu kelinci. Ia sama ada berbulu licin atau berbulu dawai.[2] Ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing pemburu bau Itali, yang lain merupakan anjing pemburu berbulu dawai Itali, anjing pemburu berbulu pendek Itali, dan anjing pemburu Maremma.[3] Ia menerima pengiktirafan penuh daripada Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 2010;[4] ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Anjing pemburu Appennino diperihalkan sebagai baka atau jenis yang berbeza daripada anjing Itali lain daripada jenis segugio pada tahun 1882, dalam sebuah rencana dalam majalah La Caccia Illustrata.[2] Piawaian baka dirangka oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 2005[5]:327 dan baka ini mendapat pengiktirafan penuh pada tahun 2010.[4] Dari tahun 2013 hingga tahun 2022, bilangan pendaftaran tahunan berubah daripada 205 kepada 414.[2]

Pada tahun 2015, analisis data mikrosatelit tidak mendapati jarak genetik ketara antara anjing pemburu Appennino dengan anjing pemburu Maremma.[5]:329

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو اڤينينو; Itali: segugio dell'Appennino
  1. ^ a b c Standard del Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ a b c Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ Razze Italiane (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ a b Fabrizio Crivellari (9 Mac 2010). Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. ^ a b La Manna, Vincenzo; Lasagna, Emiliano; Ceccobelli, Simone; Di Lorenzo, Piera; De Cosmo, Attilio M.; Attard, George; Sarti, Francesca Maria; Panella, Francesco; Renieri, Carlo (2015). "Genetic Differentiation Between Segugio Dell'Appeinnino and Segugio Maremmano Dog Breeds Assessed by Microsatellite Markers" [Pembezaan Genetik antara Baka Anjing Pemburu Appennino dengan Anjing Pemburu Maremma yang Ditaksir Mengikut Penanda Mikrosatelit]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 14 (3): 3809. doi:10.4081/ijas.2015.3809. ISSN 1828-051X. S2CID 55337377.