BRAVIA
Pengeluar | Sony Corporation |
---|---|
Jenis | HDTV LCD & OLED UHD TV |
Pengeluaran | 2005 - sekarang |
Antaramuka menu | Xross Media Bar |
Pendahulu | Sony WEGA |
Rencana berkaitan | HDTV Sony |
BRAVIA merupakan jenama Sony yang digunakan bagi model televisyen definisi tinggi LCD, TV 4K UHD XR dan TV projektor serta projektor hadapan, bersama-sama barisan sistem pawagam rumah di bawah sub-jenama BRAVIA Theatre. Nama BRAVIA merupakan akronim bagi "Best Resolution Audio Visual Integrated Architecture" (Senibina Audio Visual Resolusi Terbaik Bersepadu). Kesemua model TV LCD definisi tinggi Sony di Amerika Utara membawa logo BRAVIA sejak tahun 2005. Nama BRAVIA menggantikan jenama "LCD WEGA" yang pernah digunakan oleh Sony untuk barisan TV LCDnya sehingga pertengahan 2005.
Jenama BRAVIA turut digunakan bagi beberapa model telefon bimbit Sony Ericsson bagi pasaran Jepun.
Barisan produk
[sunting | sunting sumber]Barisan produk Sony BRAVIA terdiri daripada pelbagai model televisyen definisi tinggi LCD dan OLED mengikut saiz, resolusi paparan (definisi tinggi (HD) tersedia atau HD sepenuhnya) serta ciri-ciri yang diterapkan di dalamnya.
Di Malaysia, produk TV Sony BRAVIA (setakat Januari 2010) boleh didapati dalam enam siri yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti Siri Z, Siri W, Siri V, Siri S, Siri S20 dan Siri T.[1]
TV hijau
[sunting | sunting sumber]Khusus untuk pasaran Jepun pada 30 Julai 2009, produk hijau Sony, TV 32 inci panel leper berharga 150,000 yen (AS$ 1,400; € 900) BRAVIA KDL-32JE1 menawarkan kelebihan dari segi ekologi termasuklah penjimatan tenaga elektrik sehingga 70% setahun berbanding model serupa dengan kualiti imej yang sama. Bagi pengguna yang bergantung kepada punca penjana elektrik yang menghasilkan karbon dioksida, ia mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 79 kilogram setahun.[2][3]
Telefon bimbit
[sunting | sunting sumber]Telefon bimbit BRAVIA dikeluarkan oleh Sony Ericsson Jepun. Telefon bimbit BRAVIA berupaya untuk menonton siaran televisyen sedunia 1seg.
- Untuk NTT DoCoMo
- FOMA SO903iTV
- FOMA SO906i
Aksesori
[sunting | sunting sumber]Pada April 2007, Sony melancarkan BRAVIA TDM-IP1,[4] a model dok untuk membolehkan main balik audio dan video yang disimpan di dalam Apple iPod pada sesebuah televisyen model BRAVIA.
Dalaman
[sunting | sunting sumber]Panel LCD di dalam TV BRAVIA dikilangkan oleh S-LCD, syarikat usaha sama 50/50 antara Sony dan pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung.[5]
Naik taraf serta penyelenggaraan
[sunting | sunting sumber]Televisyen definisi tinggi Sony BRAVIA menggunakan perisian televisyen yang dikenali sebagai BRAVIA Engine. Perisian tersebut boleh dinaik taraf melalui antaramuka USB jenis A berlabel "DMEx / service only".
Model-model tahun 2006–2007 boleh dikemaskini sama ada menggunakan kad ingatan Memory Stick atau USB. Bergantung kepada negara serta piawaian televisyen yang digunakan, bahagian penala televisyen memerlukan satu peranti servis untuk mengemaskinikannya.
Unit televisyen yang dikeluarkan sepanjang November 2005 untuk pasaran Asia dan Amerika Utara mengandungi pepijat perisian yang menghalang televisyen daripada dihidupkan atau dimatikan selepas 1200 jam (2^32 milisaat).[6] Satu naik taraf percuma disediakan.[7]
Senarai lengkap peranti dan dokumentasi yang berkaitan.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sony Malaysia - dari laman web rasmi Sony Malaysia.
- ^ "www.iht.com, Sony develops green flat-panel TV to woo ecological consumers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-29. Dicapai pada 2008-06-29.
- ^ gmanews.tv/story, Sony woos ecological consumers with new flat-panel TV
- ^ "Sony introduces BRAVIA TDM-IP1 iPod dock". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-22. Dicapai pada 2007-04-15.
- ^ Samsung and Sony Sign Final Contract Regarding Production Line for World’s Most Advanced Generation LCD Panel
- ^ Brandon Hill. "Over 400,000 Sony BRAVIA TVs Found To Be Defective". Daily Tech. Dicapai pada 2007-04-15.
- ^ "Update My TV". Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-27. Dicapai pada 2007-04-15.
- ^ "Sony Bravia TV Manuals". Sony. Dicapai pada 2019-04-21.