Kota Kinabalu
Kota Kinabalu (Tulisan Jawi: كوتا كينبالو; atau lebih dikenali sebagai "KK"),[4][5] merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang.[1] Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia[6].
Kota Kinabalu كوتا كينبالو | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Inggeris | Kota Kinabalu |
• Kadazandusun | Dondoung |
• Mandarin | 亚庇 (Ringkas) 亞庇 (Tradisional) Yà bì (Hanyu Pinyin) |
• Bajau | Deasoka |
Nama panggilan: 'KK' | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat, Sabah |
Diasaskan oleh SBUB | 1882 |
Pusat pemerintahan Borneo Utara | 1946 |
Penubuhan (Menerima taraf bandaraya) | 2 Februari 2000 |
Daerah | Kota Kinabalu |
Pentadbiran | |
• Badan | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
• Datuk Bandar | Datuk Dr. Sabin Samitah |
• MP | •Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) (Tuaran)
•Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud (PKR) (Sepanggar) |
Keluasan | |
• Bandar | 351 km2 (136 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Bandar | 452,058[1] |
• Metro | 628,725 |
Sumber daripada Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia. Populasi metro dikira hasil gabungan populasi Kota Kinabalu dan Penampang. | |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 88xxx; 89xxx |
Kod kawasan | 088 |
Nombor plat | EJ, EJA, EJB (1967–1979)[2][3] SA/SAA (1979-2017), SAB/SAC (2011-2017), SY (2018-2023), SJ (2023-sekarang) |
Laman sesawang | www.dbkk.sabah.gov.my |
Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo.[7] Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia.[8] Badminton Masters Finals-Antarabangsa pada tahun 2008 juga diadakan di Kota Kinabalu ini sebelum ke Johor Bahru dan Taipei.[9]
Sejarah
suntingSejak abad ke-15, kawasan Jesselton berada di bawah pengaruh Empayar Brunei.[10][11] Lewat tahun 1800-an, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mula menubuhkan jajahan di seluruh Borneo Utara.[12] Pada tahun 1882, Syarikat ini telah mengasaskan sebuah penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya yang didiami oleh suku kaum Bajau.[11] Petempatan pertama adalah di Pulau Gaya.[4] Pada tahun 1897, penempatan pertama ini telah dibakar dan dimusnahkan oleh pejuang kebebasan Bajau, iaitu Mat Salleh.[11]
Selepas kemusnahan Pulau Gaya, SBUB memutuskan untuk memindahkan penempatan ke tanah besar yang lebih mudah dipertahankan seperti di Teluk Gentisan (kini Teluk Sepanggar) pada tahun 1898.[13] Walau bagaimanapun, ia didapati tidak sesuai. Pada tahun 1899, Encik Henry Walker, Pesuruhjaya Tanah mengenal pasti tapak 30 ekar (12 he) sebagai gantian bagi Teluk Gentisan.[14] Sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Api-Api (lihat Nama asal dibawah) telah dipilih kerana kedudukannya yang dekat dengan Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara dan merupakan pelabuhan semula jadi yang dilindungi daripada angin.[4] Pusat pentadbiran yang baru ini dinamakan Jesselton[15] selaras dengan nama Sir Charles Jessel, yang merupakan Naib Pengerusi SBUB pada ketika itu.
Akhirnya, Jesselton menjadi sebuah pos perdagangan utama Borneo Utara, dengan perdagangan getah, rotan, madu, dan lilin giat dijalankan.[4][16] Keretapi baharu telah digunakan bagi mengangkut barang-barang ke pelabuhan Jesselton.[16] Kebangkitan orang Melayu dan Bajau pada masa itu tidak sangat ketara, dan syarikat juga bekerja keras untuk membanteras ancaman lanun yang telah lama berlaku di rantau ini.
Bandar ini telah dibakar oleh pihak British ketika Perang Dunia Kedua bagi mengelakkan ia daripada jatuh ke tangan Jepun.[11][4] Selepas pengambilalihan Borneo oleh Jepun, ia sekali lagi dinamakan Api. Beberapa pemberontakan terhadap pentadbiran tentera Jepun berlaku di Api. Satu pemberontakan utama yang berlaku adalah pada 10 Oktober 1943 oleh kumpulan yang dipanggil sebagai Gerila Kinabalu yang terdiri daripada penduduk tempatan. Tentera Jepun menghentikan pemberontakan ini selepas pemimpinnya, Albert Kwok, ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1944.[17][18]
Pada peringkat akhir perang, bandar ini dimusnahkan sekali lagi oleh Tentera Bersekutu dengan pengeboman pada waktu siang dan malam untuk tempoh lebih enam bulan sebagai sebahagian daripada Kempen Borneo pada tahun 1945.[11][4] Aksi ini meninggalkan hanya tiga bangunan yang kekal berdiri.[11][4] Perang di Borneo Utara berakhir dengan penyerahan diri rasmi Tentera Darat Jepun yang ke-37 oleh Leftenan Jeneral Baba Masao di Labuan pada 10 September 1945.[19]
Selepas perang tamat, SBUB kembali untuk mentadbir Jesselton tetapi tidak mampu untuk membiayai kos pembinaan semula yang sangat besar. Mereka menyerahkan pengawalan Borneo Utara kepada Mahkota British pada 15 Julai 1946. Kerajaan kolonial baharu telah dipilih bagi membina semula Jesselton sebagai pusat pemerintahan baharu selain daripada Sandakan, yang juga telah dimusnahkan sewaktu perang.[20]
Pada tempoh 1948-1955, sebuah Pelan Pembangunan Semula dan Pembangunan untuk Borneo Utara telah ditubuhkan oleh kerajaan British.[21] Kerajaan British telah meluluskan dana sebanyak £ 6,051.939 – £ 2,232.882 bagi membina semula dan £ 3,819.057 bagi pembangunan baharu.[21] Jalan raya telah dibina, pelabuhan dibersihkan dan lapangan terbang dibaiki. Pembangunan semula pekan dan sektor pertanian juga diberi tumpuan. Roy Edgardo Parry, Pengarah Pendidikan pertama, telah dilantik untuk menyediakan pelan lima tahun bagi pembangunan pendidikan.[21]
Apabila Borneo Utara bersatu dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sabah, dengan Jesselton kekal sebagai pusat pemerintahan utama.[11] Jesselton telah ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968 dan menerima status bandar raya daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000.[11]
Etimologi
suntingKota Kinabalu dinamakan sempena Gunung Kinabalu, yang terletak kira-kira 50 kilometer ke arah timur laut bandar. Kinabalu berasal daripada nama Aki Nabalu. Aki pula bermaksud "datuk" dan Nabalu ialah nama untuk gunung dalam bahasa Dusun.[22] Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa istilah ini berasal daripada Ki Nabalu; Ki bermaksud "ada" atau "wujud", dan Nabalu bermaksud "semangat orang mati".[23]
Kota ialah perkataan Melayu untuk "kubu", "pekan", atau "bandar". Ia juga digunakan secara rasmi pada beberapa pekan lain di Malaysia, dan juga bandar, sebagai contoh, Kota Bharu, Kota Tinggi, dan Kota Kemuning. Perkataan Kota juga digunakan secara tidak rasmi untuk merujuk kepada mana-mana pekan atau bandar. Oleh itu, terjemahan langsung nama Kota Kinabalu ke dalam bahasa Inggeris ialah "Kinabalu City".
Nama asal
suntingSelain Jesselton, ada beberapa teori lain tentang nama asal Kota Kinabalu. Yang paling terkenal, seperti yang dinyatakan di atas, ialah Api-Api, atau hanya Api. Ia dinamakan seperti itu oleh penduduk tempatan, terutamanya kaum Bajau, sempena memperingati pembakaran pejabat pentadbiran British di Pulau Gaya oleh Mat Salleh,[24] serta kejadian pembakaran lain yang biasanya dilakukan oleh lanun.
Wendy Law Suart menulis tentang nama Api-Api dalam bukunya yang bertajuk Lingering Eye,
Di Muzium Negeri Sabah terdapat peta Belanda Borneo dan Sulawesi bertarikh tahun 1657, satu penyelesaian di mana Jesselton sememangnya dilabel Api Api. Ia mungkin mempunyai kaitan dengan pokok di tepi pantai dengan akar pernafasan yang menunjukkan nama yang sama.[25]
Dalam bahasa Cina, bandar ini dikenali sebagai "Api" dan disebut orang Hakka sebagai 亚庇 (Ringkas Cina; Cina Tradisional: 亚庇; Pinyin: Ya Bi)
Terdapat dakwaan bahawa kawasan Kota Kinabalu sekarang sebenarnya dinamakan sempena sungai berdekatan yang dipanggil Sungai Api-Api.[4] Selain Api-Api, satu lagi nama yang dikatakan ialah Deasoka, yang bermaksud "di bawah pokok kelapa".[26] Penduduk tempatan Bajau menggunakan nama ini bagi merujuk pada sebuah kampung di bahagian selatan bandar yang dipenuhi pokok kelapa. Nama lain ialah Singgah Mata yang bermaksud "mata transit", tetapi boleh juga diterjemahkan sebagai "menyenangkan mata". Ia ialah nama yang diberikan oleh nelayan dari Pulau Gaya yang merujuk kepada kawasan yang hari ini merupakan pusat bandar Kota Kinabalu.[27] Hari ini, semua nama ini digunakan sebagai nama jalan atau bangunan di sekitar bandar. Beberapa contohnya ialah Lintasan Deasoka, Api-Api Centre dan Jalan Singgah Mata.
Ibu kota
suntingSebagai ibu kota Sabah, Kota Kinabalu memainkan peranan yang penting dalam politik dan ekonomi penduduk di seluruh negeri ini. Ia merupakan kawasan pemerintahan utama kerajaan negeri di mana terletaknya hampir semua pejabat kementerian dan agensi kerajaan. Kebanyakan agensi dan jabatan kerajaan persekutuan Malaysia juga terletak di Kota Kinabalu. Dewan Undangan Negeri Sabah terletak di Teluk Likas yang berdekatan. Terdapat empat Ahli Parlimen (MP) yang mewakili empat kawasan parlimen di bandar: Sepanggar (P.171), Kota Kinabalu (P.172), Putatan (P.173), dan Penampang (P.174). Bandar ini juga memilih 9 wakil badan perundangan negeri dari daerah DUN Karambunai, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang, Tanjung Aru, Petagas, Kapayan, dan Moyog.[28]
Pihak berkuasa tempatan dan definisi bandar
suntingBandar ini ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Datuk Bandar ketika ini (2013) ialah Datuk Abidin Madingkir, yang mengambil alih jawatan daripada Datuk Iliyas Ibrahim pada 2 Februari 2011.[29] Datuk Iliyas merupakan Datuk Bandar kedua selepas mengambil alih jawatan daripada Datuk Abdul Ghani Rashid pada tahun 2006. Bandar ini memperoleh status bandar raya pada 2 Februari 2000.[11] Sebelum ini ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu.
Kawasan bandar ini juga merupakan daerah, yang dahulunya perbandaran Kota Kinabalu. Dengan kawasan seluas 351 kilometer persegi, ia adalah daerah yang terkecil tetapi yang memiliki paling ramai penduduk di Sabah.[30] Kawasan bandar merangkumi Tanjung Aru dan Kepayan di selatan, sehingga Telipok dan Sepanggar di utara. Kawasan bandar-bandar juga meluas ke daerah Penampang[31] di selatan sempadan bandar, yang termasuk bandar-bandar Donggongon dan Putatan. Kawasan gabungan Kota Kinabalu (daerah) di Penampang dan Putatan dikenali sebagai Greater Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Raya).[32]
Daerah Penampang mempunyai kawasan seluas 466 kilometer persegi, dan ditadbir oleh Majlis Daerah Penampang.[33]
Hubungan antarabangsa
suntingBeberapa negara telah menubuhkan konsulat mereka di Kota Kinabalu, antaranya termasuk Australia,[34] Brunei, Finland,[35] Indonesia, Jepun,[36] Romania,[37] dan Sweden.[38]
Kota Kinabalu kini mempunyai enam bandar kembar dan satu wilayah kembar.
Negara | Kota / Wilayah | Status perkongsian | Sumber |
---|---|---|---|
Australia | Rockingham | Bandar kembar | [39] |
Republik Rakyat China | Heyuan | Bandar kembar | [40] |
Republik Rakyat China | Jiangmen | Bandar kembar | [41] |
Korea Selatan | Yeosu | Bandar kembar | [41] |
Korea Selatan | Yongin | Bandar kembar | [42] |
Rusia | Vladivostok | Bandar kembar | [43] |
Thailand | Ratchaburi | Wilayah kembar | [44] |
Geografi
suntingKota Kinabalu terletak di pantai barat Sabah. Bandar ini terletak di dataran yang sempit di antara Banjaran Crocker ke timur dan Laut China Selatan ke barat. Terdapat enam pulau di luar pantai bandar. Yang terbesar ialah Pulau Gaya yang merupakan bekas tapak penempatan British yang pertama. Kira-kira 8,000 orang tinggal di sana.[45] Pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni, antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Suluk dan Pulau Sepanggar, terletak di utara bertentangan dengan Taman Negara Teluk Sepanggar.[46]
Tanah rata tertumpu di pusat bandar, dan terdapat had yang ketat untuk ketinggian bangunan: lapangan terbang terletak 7 km (4 bt) dari bandar dan kawasan bandar berada secara langsung dalam laluan penerbangan. Kebanyakan kawasan Daerah Pusat Perniagaan (Central Business District, (CBD)) hari ini dibina di atas tanah yang ditambak dari laut.[4] Kehidupan tumbuhan asal kebanyakannya sudah hilang, tetapi beberapa bukit di dalam bandar (terlalu curam untuk dibina bangunan) masih dilitupi dengan hutan hujan tropika. Salah satu daripadanya ialah Signal Hill, yang berbatasan dengan CBD arah ke pantai. Di kawasan Teluk Likas, saki-baki hutan bakau yang luas sudah hampir hilang.[47] Pada tahun 1996, kerajaan negeri telah mengisytiharkan 24 ekar (97,000 m2) hutan sebagai kawasan yang dilindungi. Hutan ini kini dikenali sebagai Kota Kinabalu Wetlands. Tempat perlindungan itu diberikan perlindungan tambahan sebagai Tapak Warisan Budaya Negeri pada tahun 1998.[47]
Lima pulau (Gaya, Sapi, Manukan, Sulug, Mamutik) yang berhadapan dengan bandar dipelihara sebagai Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Taman ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman.[4] Ia merupakan tempat rekreasi popular bagi pelancong dan penduduk tempatan.[48] Pusat bandar Kota Kinabalu kebanyakannya merupakan kawasan perniagaan dan pentadbiran kerajaan yang termasuk Karamunsing, kawasan pelabuhan (Tanjung Lipat), Signal Hill, Kampung Air, Sinsuran, Segama, Asia City, Gaya Street (Bandar Lama), Bandaran Berjaya, Api-Api, Sutera Harbour dan Sembulan. Kawasan kejiranan dan pinggir bandar kediaman termasuk Kepayan Ridge, Tanjung Aru, Petagas, Kepayan, Lido, Lintas, Nosoob, Bukit Padang, Luyang, Damai, Likas dan Kolombong. Bandar ini semakin berkembang sehingga menjangkau ke pekan Inanam, Menggatal, Sepanggar, Telipok dan selatan sempadan daerah Penampang, Putatan, dan Lok Kawi.[49]
Kota Kinabalu umumnya berada jauh dari pusat pemerintahan utama negara, ia terletak kira-kira 1,624 kilometer (1,009 bt) dari Kuala Lumpur yang berada di Semenanjung Malaysia[50] dan juga 804 kilometer (500 bt) dari Kuching, ibu negeri jirannya iaitu Sarawak.[51]
Iklim
suntingKota Kinabalu menampilkan iklim hutan hujan tropika, di bawah pengelasan iklim Köppen. Walau bagaimanapun, bandar ini mempunyai musim yang nyata lebih lembap dan kering. Pada bulan Februari, bandar ini menerima purata hujan 60mm, yang layak untuk iklim hutan hujan tropika. Dua musim tengkujuh yang menjadi ciri iklim bahagian Sabah ini adalah Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Monsun Timur Laut berlaku antara November dan Mac dengan suhu sejuk dan kurang hujan, manakala Monsun Barat Daya berlaku antara Mei dan September, yang membawa suhu panas dan hujan yang lebat. Terdapat juga dua monsun berturut-turut dari bulan April hingga Mei dan dari September hingga Oktober.[52] Perubahan suhu sepanjang tahun adalah kecil. Walau bagaimanapun, April dan Mei umumnya bulan terhangat, sementara Disember dan Januari sering sejuk. Dalam tempoh ini (Disember dan Januari), beberapa lonjakan angin sejuk bertiup dari Siberia dan kadang-kadang suhu pada awal pagi boleh jatuh sehingga 20 °C.[53] Hujan berbeza dengan ketara sepanjang tahun. Bulan Februari dan Mac biasanya musim panas terik dan kering manakala hujan turun dalam tempoh monsun sekitar Oktober. Keadaan kelembapan agak tinggi berlaku sepanjang tahun.[54]
Data iklim untuk Kota Kinabalu (1971–2000) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30.4 (86.7) |
30.7 (87.3) |
31.5 (88.7) |
32.2 (90.0) |
32.1 (89.8) |
31.8 (89.2) |
31.5 (88.7) |
31.6 (88.9) |
31.4 (88.5) |
31.2 (88.2) |
31.0 (87.8) |
30.9 (87.6) |
31.4 (88.5) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 22.9 (73.2) |
23.0 (73.4) |
23.4 (74.1) |
24.1 (75.4) |
24.3 (75.7) |
24.0 (75.2) |
23.7 (74.7) |
23.7 (74.7) |
23.7 (74.7) |
23.6 (74.5) |
23.5 (74.3) |
23.3 (73.9) |
23.6 (74.5) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 104.8 (4.13) |
73.4 (2.89) |
50.5 (1.99) |
114.2 (4.50) |
216.2 (8.51) |
279.4 (11.00) |
262.7 (10.34) |
270.3 (10.64) |
285.2 (11.23) |
345.8 (13.61) |
302.4 (11.91) |
242.3 (9.54) |
2,547.2 (100.28) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) | 8 | 7 | 6 | 8 | 12 | 13 | 13 | 13 | 14 | 16 | 17 | 13 | 140 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 187.7 | 194.8 | 233.4 | 245.3 | 228.8 | 197.6 | 204.9 | 196.7 | 180.7 | 191.9 | 192.5 | 197.5 | 2,451.8 |
Sumber 1: World Meteorological Organisation[55] | |||||||||||||
Sumber 2: NOAA (sun, 1961–1990)[56] |
Demografi
suntingTidak ada nama atau gelaran rasmi dan juga demonim bagi menggambarkan rakyat Kota Kinabalu. Satu cara mudah untuk menggambarkan orang bandar di sini ialah "orang KK". Istilah "K.K-ian" juga kadang-kadang digunakan.[8] Umumnya, semua orang dari Sabah dipanggil "orang Sabah".[57]
Etnik dan agama
suntingLaporan Statistik Malaysia 2010 menunjukkan bahawa kawasan bandar Kota Kinabalu mempunyai penduduk seramai 452,058.[1] Pada ketika ini, penduduk di bandar ini mempunyai pelbagai campuran kaum dan etnik yang berbeza. Warga asing membentuk majoriti penduduk bandar dengan 110,556 orang diikuti dengan Cina (93,429), Suluk/Bajau (72,931), Kadazan-Dusun (69,993), Melayu Brunei[58] (35,835), Murut dan Lundayeh/Lun Bawang (2,528), India (2,207) dan lain-lain (5,482).[59] Orang Cina kebanyakannya adalah orang Hakka dan kebanyakannya menetap di kawasan Luyang dan juga segelintir di Likas dan pekan-pekan di kawasan pinggir pusat bandar seperti Inanam, Manggatal dan Telipok. Kawasan Penampang (termasuk Kepayan) didiami oleh Kadazan yang merupakan etnik majoriti berasal dari daerah Penampang serta Papar manakala kawasan seperti Inanam, Manggatal dan Telipok didiami oleh kaum Dusun yang kebanyakkannya penduduk asal (termasuk kahwin campur) serta penghijrah dari daerah lain seperti Kota Belud, Tambunan, Ranau, Tuaran, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Keningau (tetapi terdapat keturunan penghijrah Dusun dari daerah Keningau, Tambunan, Ranau dan Kota Belud yang menetap di kawasan-kawasan seperti Luyang, Manggatal, Inanam, Telipok, Likas serta Kepayan). Manakala kaum Bajau (penduduk asal dan juga penghijrah dari daerah-daerah seperti Kota Belud, Tuaran, Papar, Semporna, Kudat dan Lahad Datu) kebanyakannya tinggal di Likas, Sembulan, Manggatal, Telipok, Inanam dan Tanjung Aru. Suku-suku kaum yang lain seperti Orang Sungai (penghijrah dari Bahagian Sandakan serta Bahagian Kudat), Murut (penghijrah dari daerah Tenom, Keningau dan juga Nabawan), Melayu Brunei, Rungus (penghijrah dari Bahagian Kudat iaitu daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas di utara negeri Sabah), Lundayeh/Lun Bawang (penghijrah dari daerah Sipitang) boleh dijumpai di sekitar bandar.
Orang Melayu Brunei (yang bukan penduduk asal tetapi keturunan penghijrah dari daerah seperti Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang serta Wilayah Persekutuan Labuan tetapi mempunyai ahli keluarga yang lahir dan membesar di bandaraya ini) dan Bajau (penduduk setempat di kawasan seperti Manggatal, Tanjung Aru, Sembulan, Likas, Inanam dan Telipok) majoriti beragama Islam manakala masyarakat Kadazan, Murut, Dusun, Lundayeh dan Rungus mengamalkan agama Kristian (kebanyakan tetapi sebilangan penghijrah Dusun dari daerah Ranau, terutamanya dari pekan Kundasang yang menetap di bandaraya ini mengamalkan agama Islam), manakala orang Cina mengamalkan agama Buddha ataupun Kristian. Terdapat juga sebilangan kecil penganut Hinduisme, Sikhisme dan Animisme; sebilangan kecil penganut Sekularisme juga wujud.
Terdapat juga sebilangan besar orang Filipina di Kota Kinabalu. Gelombang pertama pendatang tiba pada abad ke-15 semasa penjajahan Sepanyol, manakala sesetengah pelarian tiba pada awal 1970-an kerana masalah pemberontakan di selatan Filipina. Sebilangan besar daripada mereka hari ini bagaimanapun terdiri daripada pekerja asing yang tiba dari tahun 1970-an sehingga sekarang. Kebanyakan pendatang awal telah bertukar kerakyatan menjadi rakyat Malaysia, namun terdapat juga yang masih hidup tanpa dokumentasi di sekitar bandar ini yang dianggap sebagai pendatang haram.[60] Kebanyakan pendatang Filipina adalah berbangsa Suluk atau Tausūg.[61] Terdapat juga sebilangan besar masyarakat Indonesia yang tinggal di sekitar bandar.[61]
Terdapat sebilangan kecil penduduk India, Pakistan dan Serani yang menetap di sekitar bandar. Baru-baru ini juga bilangan ekspatriat yang tinggal di bandar, sama ada secara sementara atau tetap juga telah meningkat. Kebanyakannya datang dari Korea Selatan, Jepun, Australia, dan juga Eropah.
Perkahwinan campur bukanlah suatu perkara yang luar biasa di sini dan perkahwinan campur antara Cina-Kadazan adalah amat biasa.[62] Anak-anak bangsa campuran Kadazan dan Cina disebut sebagai Sino-Kadazan atau hanya "Sino".[62]
Bahasa
suntingPenduduk Kota Kinabalu umumnya bercakap Bahasa Melayu dengan mempunyai bahasa campuran Sabah.[57] Hampir 50% penduduk Kota Kinabalu berketurunan Cina.[63] Bahasa Hakka dan Mandarin dituturkan oleh orang Cina. Selain itu, kebanyakan orang Cina juga dapat bercakap dalam bahasa Kantonis. Hampir semua penduduk juga dapat bercakap bahasa Inggeris, terutamanya generasi muda. Pada hari ini, kebanyakan orang sudah dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris asas. Namun, sesetengahnya mengalami kesukaran bercakap dengan lancar kerana perbendaharaan kata yang terhad dan kekurangan umum penggunaan bahasa Inggeris sebagai lingua franca perbualan di kalangan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
Penggunaan Bahasa Kadazan dan Dusun sangat ketara di seluruh Sabah terutama di bandar-bandar besar atau bandar-bandar seperti Kota Kinabalu. Beberapa usaha telah diambil oleh sesetengah pihak bagi memulihkan penggunaan bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini telah dianggap sebagai bahasa terancam, begitu juga dengan budaya etnik Kadazan-Dusun.[64]
Ekonomi
suntingSelain menjadi ibu kota, Kota Kinabalu juga merupakan pusat utama perindustrian dan komersil bagi Sabah. Ekonomi dikuasai oleh sektor industri utama seperti pertanian, perikanan, perhutanan, dan minyak dan gas. Dari segi sejarah, sektor sekunder menguasai ekonomi, tetapi kerana pembandaran yang pesat dan pembangunan ekonomi, sektor sekunder ini kemudian perlahan-lahan berkurangan. Lebih-lebih lagi baru-baru ini, satu langkah ke arah yang lebih kepada industri berasaskan sektor perkhidmatan telah dijalankan.[7] Syarikat dalam negeri, luar negara dan bank perdagangan antarabangsa, serta beberapa syarikat insurans dan syarikat lain mempunyai ibu pejabat atau cawangan mereka di sini.
Orang Cina perantauan juga banyak menyumbang kepada pembangunan KK sejak penghijrahan mereka lewat abad ke-19.[65] Peranan asal mereka ialah sebagai 'kuli' (kerja perhambaan) dan kini ramai yang menjadi pemilik kedai.[65]
Beberapa industri dan syarikat pembuatan juga mempunyai kilang mereka di sini terutamanya di daerah-daerah perindustrian seperti Likas, Kolombong, dan Inanam. Pembinaan berterusan daripada 8,320-ekar (33.7 km2) Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar juga bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perindustrian dan komersil di bandar dan menjadikannya sebuah pusat pertumbuhan utama di Malaysia Timur, sebagaimana juga matlamat bagi rantau BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina).[66] Kota Kinabalu juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti nasional, serantau dan juga persidangan antarabangsa atau ekspo perdagangan pada setiap tahun antaranya termasuk Ekspo Antarabangsa DwiTahunan Sabah, Persidangan ePelancongan Asia Pasifik oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Kongres Kejuruteraan Australia ASEAN, serta lain-lain lagi. Aktiviti seperti ini biasanya diadakan di resort Sutera Harbour.
Pengangkutan
suntingDarat
suntingJalan pedalaman yang menghubungkan bahagian bandar yang berlainan umumnya dikenali sebagai jalan negeri. Rangkaian jalan ini dibina dan diselenggara oleh jabatan Kerja Raya Malaysia.[67] Kebanyakan jalan pedalaman utama adalah jalan raya kembar. Salah satu jalan utama di sini ialah Jalan Lintas-Jalan Tuaran Bypass, yang berfungsi sebagai jalan lingkaran, mengelilingi bandar dan menghubungkan daerah dan kawasan pinggir bandar di sekitar seperti Putatan, Penampang, Luyang, Likas, Inanam, Menggatal, Sepanggar, dan Tuaran. Kota Kinabalu dihubungkan oleh lebuh raya dengan bandar-bandar yang jauh di sekitar Sabah terutamanya melalui jalan persekutuan yang diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya. Laluan lebuh raya dari bandar ini termasuk:[68]
- Kota Kinabalu – Tuaran – Tamparuli – Kota Belud – Kota Marudu – Pitas – Kudat
- Kota Kinabalu – Penampang – (Putatan – Lok Kawi) – Papar – Beaufort – Sindumin (sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo)
- Kota Kinabalu – Penampang – Tambunan – Keningau – Tenom – Nabawan (sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo)
- Kota Kinabalu – Tuaran – Tamparuli – Kundasang – Ranau – Telupid – Sandakan (sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo)
Pengangkutan Awam
Perkhidmatan bas kerap beroperasi di sekitar bandar. Bas kecil atau van juga digunakan selain bas sebagai pengangkutan awam alternatif.[69] Terdapat dua terminal bas utama di kawasan perniagaan pusat. Terminal sepanjang Jalan Tun Razak menyediakan perkhidmatan bas pedalaman ke pelbagai bandar dan kawasan pinggir. Satu lagi terminal berhampiran Bandaran Berjaya menyediakan perkhidmatan ke arah destinasi di selatan bandar seperti (Papar, Tenom, Beaufort, dan lain-lain). Terminal Bas Utara Kota Kinabalu di Inanam menyediakan perkhidmatan bas di antara bandar yang terdapat pada laluan menuju ke arah destinasi utara dan utara-timur Kota Kinabalu seperti (Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan, Tawau, Semporna, dan lain-lain). Perkhidmatan teksi juga boleh ditemui di sekitar bandar.[69]
Satu sistem keretapi yang dahulunya dikenali sebagai Kereta Api Borneo Utara telah ditubuhkan pada tahun 1896 oleh Syarikat Borneo Utara British.[16][70] Ia telah dibina dengan tujuan utama mengangkut komoditi dari kawasan pedalaman ke pelabuhan di bandar Kota Kinabalu semasa penjajahan British dahulu.[16] Laluan keretapi menghubungkan bandar ini dengan Tenom dan beberapa bandar-bandar lain; ia juga merupakan satu-satunya sistem keretapi yang terdapat di Malaysia Timur.[16][70] Pada hari ini, sistem keretapi tersebut dikenali sebagai Keretapi Negeri Sabah dan ia menyediakan perkhidmatan harian bagi penumpang, pelancong, serta pengangkutan kargo.[16] Sebuah syarikat berasingan yang beroperasi sebagai pengangkutan rekreasi pelancongan juga dipanggil Kereta Api Borneo Utara. Stesen keretapi dan perhentian utama terletak di Tanjung Aru.[16]
Udara
suntingLapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (Kod ICAO: WBKK) menyediakan penerbangan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan destinasi domestik dan antarabangsa yang lain. Ia merupakan hab kedua bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia dan terdiri daripada dua terminal. KKIA merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan merupakan salah satu pintu masuk utama ke Sabah dan Malaysia Timur.[71]
Beberapa destinasi penerbangan dari lapangan terbang ini termasuk: Bandar Seri Begawan, Shenzhen, Seoul, Shanghai, Guangzhou, Hong Kong, Macau, Kuala Lumpur, Cebu, Singapura, Taipei, Kaohsiung, dan bandar-bandar lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Selain itu KKIA juga merupakan hab kedua bagi MASwings, yang menyajikan penerbangan ke bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar di Malaysia Timur.
Laut
suntingKota Kinabalu mempunyai dua pelabuhan iaitu: Pelabuhan Kota Kinabalu dan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP). Pelabuhan Kota Kinabalu berfungsi sebagai pelabuhan kargo, manakala SBCP beroperasi sebagai pangkalan tentera laut bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, depot minyak dan juga semua kargo kontena.[72] Pada tahun 2004, Pelabuhan Kota Kinabalu mengendalikan kira-kira 3.6 juta tan metrik kargo, ketiga tertinggi di negeri ini selepas Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Tawau.[73] Ia bagaimanapun mengendalikan bilangan yang paling utama sebagai pelabuhan kontena di negeri ini, dengan 153,793 kontena dikendalikan pada tahun 2006. Semua pelabuhan di Sabah diuruskan dan dikendalikan oleh Sabah Ports Sdn Bhd.[74]
Perkhidmatan Feri Kota Kinabalu adalah terminal penumpang feri yang terletak di Jesselton Point berhampiran pelabuhan KK.[75] Ia menyediakan perkhidmatan feri dan perahu bermotor ke pulau-pulau berdekatan untuk pelancong serta bagi penumpang yang tinggal di pulau-pulau. Terdapat juga perkhidmatan feri tetap ke Labuan.[75]
Kemudahan awam lain
suntingMahkamah undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang
suntingKompleks Mahkamah pada ketika ini terletak di sepanjang Jalan Tugu.[76] Ia merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen, dan Mahkamah Majistret.[77]
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah terletak di Kepayan. Terdapat dua ibu pejabat daerah di bandar, iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang terletak di Karamunsing, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang. Kedua-duanya beroperasi sebagai balai polis. Balai polis yang lain boleh ditemui di KKIA, Tanjung Aru, Putatan, dan Menggatal manakala Pondok Polis boleh ditemui di kawasan Luyang, Likas, Telipok, dan Babagon.[78]
Ibu pejabat polis trafik di bandar ini terletak di sepanjang Lorong Dewan berdekatan Gaya Street, dan ibu pejabat polis marin terletak berhampiran terminal feri berdekatan Jalan Tun Razak.
Penjara Kota Kinabalu terletak di Kepayan.[79] Lokap sementara atau sel-sel penjara juga terdapat di balai-balai polis di sekitar bandar.
Penjagaan Kesihatan
suntingTerdapat tiga hospital dan satu klinik awam di Kota Kinabalu.[80] Hospital Queen Elizabeth, terletak di sepanjang Jalan Penampang dan ia merupakan hospital awam yang terbesar di Sabah dengan mempunyai sebanyak 589 katil.[81] Dibina pada tahun 1957, ia adalah pusat penjagaan kesihatan yang paling penting di bandar dan merupakan salah satu daripada tiga hospital umum di Sabah. Hospital lain adalah Hospital Pakar Likas (Likas Specialist Hospital). Hospital Mesra Bukit Padang (Bukit Padang Mental Hospital), yang dibuka pada tahun 1971, menyediakan perkhidmatan psikiatri bagi negeri Sabah. Klinik Kesihatan Luyang terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar.
Pusat Perubatan Sabah di Luyang ialah hospital swasta yang terbesar di Sabah dengan mempunyai 134 katil. Sebagai tambahan, bandar ini juga mempunyai dua pusat perubatan swasta antaranya ialah Pusat Pakar Damai dengan 56 katil[82] dan Pusat Kesihatan Rafflesia dengan 14 katil.[83]
Pendidikan
suntingUniversiti
suntingUniversiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan universiti yang terbesar di Sabah dan diasaskan pada tahun 1994. Kampus utamanya terletak di sebidang tanah seluas 999-ekar (4.04 km2) di atas bukit yang menghadap Laut China Selatan di Teluk Sepanggar, kira-kira 10 kilometer di utara pusat bandar. Ia juga mempunyai kampus cawangan di Labuan dan dianggap sebagai salah satu universiti yang paling cantik di Malaysia.[84][85] Universiti tertua di Sabah adalah Universiti Teknologi MARA Sabah yang telah diasaskan oleh UiTM dan Yayasan Sabah pada tahun 1973. Universiti ini telah disahkan oleh dewan bandaraya Kota Kinabalu sebagai universiti bebas sampah.[86] Terdapat juga beberapa universiti/kolej swasta seperti Universiti Pengurusan and Teknologi Tunku Abdul Rahman, Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Antarabangsa AlmaCrest, Kolej INTI, Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu, Kolej Komersial Kinabalu, dan Kolej Informatik. Ramai penduduk yang kaya menghantar anak-anak mereka ke luar negara sama ada untuk meneruskan pendidikan menengah atau pengajian tinggi.
Perpustakaan
suntingIbu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah terletak di Jalan Penampang dan merupakan perpustakaan terbesar di negeri ini. Perpustakaan-perpustakaan awam lain termasuk Perpustakaan Bandaraya Kota Kinabalu, Perpustakaan Cawangan Penampang dan Perpustakaan Kampung Menggatal. Semua perpustakaan ini dikendalikan oleh Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah.[87] Selain itu, perpustakaan juga boleh didapati di sekolah-sekolah, kolej, atau kampus universiti.[80]
Kebudayaan dan liburan
suntingTarikan dan tempat-tempat rekreasi
suntingKebudayaan
suntingTerdapat beberapa tempat kebudayaan di bandar ini. Muzium Sabah yang terletak berhampiran Hospital Queen Elizabeth adalah muzium utama Sabah.[4] Di sekitar muzium juga terdapat Pusat Sains dan Teknologi, Galeri Seni Sabah, dan Taman Etno Botani. Wisma Galeri Seni Budaya menjadi tuan rumah peringkat antarabangsa serta pameran seni serantau. Bangunan Hongkod Koisaan di Penampang juga merupakan rumah kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan-Dusun (KDCA).[88] Ia menjadi tuan rumah pesta tahunan Kaamatan atau Pesta Menuai, dan peraduan kecantikan Unduk Ngadau yang diadakan serentak di bulan Mac. Kampung Monsopiad juga menampilkan pertunjukan kebudayaan yang berkaitan dengan kebudayaan Kadazan-Dusun. Ia dinamakan sempena nama legenda pahlawan Kadazan-Dusun yang memburu kepala, iaitu Monsopiad.[89]
Kawasan bersejarah
suntingPadang Merdeka merupakan tapak di mana pengisytiharan pembentukan Malaysia berlaku.[90] Pengisytiharan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu, Tun Fuad Stephens pada 16 September 1963, juga dikenali sebagai Hari Malaysia.[90] Pada hari ini, tapak tersebut menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Bandar tahunan pada 2 Februari, Hari Merdeka pada 31 Ogos, dan beberapa perayaan-perayaan lain.
Menara Jam Atkinson berada berdekatan Bandaran Berjaya. Menara jam ini telah dibina oleh Mary Edith Atkinson pada tahun 1905 bagi mengingati anaknya, Francis George Atkinson.[91] Menara ini dahulunya digunakan bagi membantu laluan kapal-kapal.[91] Ia merupakan salah satu daripada tiga struktur tinggalan Perang Dunia Kedua yang kekal sehingga ke hari ini.[4][11] Satu lagi tapak peringatan yang terkenal di sini ialah Peringatan Perang Petagas yang terletak berdekatan KKIA. Ia merupakan sebuah tapak peringatan bagi mengingati mereka yang telah terkorban ketika menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ia juga merupakan tempat di mana gerila Kinabalu telah dibunuh oleh tentera Jepun pada tahun 1944. Selain itu, Tugu Peringatan Double Six, yang terletak di Sembulan turut menjadi simbol peringatan bagi negeri Sabah. Tugu ini merupakan sebuah tapak peringatan bagi mengingati Tragedi Double Six pada 6 Jun 1976 yang telah meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu, Tun Fuad Stephens beserta enam lagi menteri lain.[92]
Kawasan riadah dan pemuliharaan
suntingTerdapat banyak tempat rekreasi dan kawasan pemuliharaan di sekitar Kota Kinabalu. Anjung Samudra (KK Waterfront) antaranya merupakan tempat hiburan tepi pantai di pusat bandar yang mempunyai restoran, kafe, pub, dan kelab malam. Royal Sabah Turf Club di Tanjung Aru juga menjadi tuan rumah kepada acara lumba kuda mingguan tetapi kini ianya telah ditutup dan dipindahkan ke Padang Lumba Kuda Tambalang di Tuaran disebabkan oleh pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kereta Api Borneo Utara yang memulakan perjalanan dari stesen Tanjung Aru juga menawarkan pelancongan indah desa di Bahagian Pantai Barat dan Bahagian Pedalaman.[16] Perjalanan keretapi ini berakhir di Tenom.[16] Selain itu, Sutera Harbour Golf and Country Club berhampiran pusat bandar yang dibina di atas tanah tebus guna juga telah siap sepenuhnya.[4] Ia menempatkan sebuah padang golf dan dua hotel.
Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer (3.7 bt) dari pusat bandar merupakan salah satu pantai di Pantai Barat. Namanya diambil daripada pokok sena (sejenis pokok tempatan yang dipanggil Aru) yang tumbuh di kawasan pantai.[93] Pantai ini mempunyai panjang lebih kurang 2 kilometer (1.2 bt) dan dilengkapi dengan beberapa gerai makanan dan minuman, restoran, dan juga kelab-kelab hiburan malam. Di sekitar kawasan Tanjung Aru terletaknya Kinabalu Golf Club, Taman Botani Putera Philip, Kelab Kapal Layar KK, dan Resort Pantai Shangri-La. Pantai ini sangat terkenal dengan keindahan pemandangan matahari terbenam yang dapat dinikmati orang ramai.[94][95]
Terletak di dalam kawasan Teluk Likas ialah Kawasan Perlindungan Burung Kota Kinabalu. Dengan kawasan seluas 24 ekar (97,000 m2), ia merupakan kawasan hutan asali yang masih wujud hingga sekarang di sepanjang kawasan pantai Kota Kinabalu.[96] Kawasan ini diwartakan pada September 1996 oleh kerajaan negeri bagi memupuk kesedaran terhadap nilai kawasan tanah lembap. Taman Zoologi dan Botani Sabah (Lok Kawi Wildlife Park) pula terletak di Lok Kawi, kira-kira 20 kilometer (12 bt) di selatan bandar. Taman ini merupakan zoo yang pertama di Sabah. Terletak di sebidang tanah seluas 280 ekar (1.1 km2), ia juga boleh dikatakan sebagai zoo yang terbesar di Malaysia.[97]
Taman Tun Fuad Stephens yang terletak di Bukit Padang juga merupakan tempat joging dan mendaki yang popular di kalangan penduduk tempatan. Ia dikelilingi oleh hutan dan terdapat sebuah tasik buatan manusia. Ia mempunyai beberapa gerai makan dan restoran. Taman Tunku Abdul Rahman adalah Taman Negara yang terdiri daripada pulau Sapi, Mamutik, Manukan, Sulug dan Gaya.[4] Ia merupakan tempat yang paling popular untuk menyelam. Taman ini boleh dilawat dengan menggunakan bot yang terdapat di terminal feri dan hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit untuk sampai ke sana. Sungai Babagon, di Penampang, dan air terjun Kiansom berhampiran Inanam juga merupakan tempat yang popular untuk berkelah dan mandi.[98]
Di kawasan luar bandar, lebih kurang 70 kilometer (43 bt) dari Kota Kinabalu, terletak Taman Negara Banjaran Crocker, berhampiran dengan Keningau. Taman Crocker adalah tempat yang popular untuk pendakian dan juga perkhemahan hutan. Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan pintu masuk ke salah satu taman negara yang paling popular di Malaysia, iaitu Taman Negara Kinabalu.[99] Perjalanan ke taman ini memakan masa dua jam dari bandar dan di sanalah letaknya Gunung Kinabalu. Selain itu, Hutan Simpan Rafflesia, (30 kilometer (19 bt) dari bandar) yang berada di Tambunan dan bersempadankan Taman Negara Banjaran Crocker, juga merupakan tempat tarikan pelancong. Spesies bunga yang terbesar di dunia, iaitu Rafflesia, boleh didapati di sini. Berdekatan di sini juga ialah Gunung Emas Highland Resort yang merupakan satu lagi tempat yang terkenal dengan pemandangan dan cuaca sejuk. Ladang Buaya Tuaran, yang berada kira-kira 30 kilometer (19 bt) ke utara bandar mempunyai sekitar 1,400 ekor buaya dalam kandang, menjadikannya yang terbesar di Sabah.[100]
Tarikan lain
suntingMenara Tun Mustapha (sebelum ini dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah) merupakan bangunan 30 tingkat yang disokong oleh rod keluli regangan tinggi, ia merupakan satu daripada tiga bangunan di dunia yang dibina menggunakan kaedah ini.[101]
Bangunan lain yang menjadi tarikan pelawat antaranya rumah bertiang tinggi yang boleh ditemui di kawasan Sembulan, Tanjung Aru, Kampung Likas, dan Kampung Pondo di Pulau Gaya.[102] Rumah-rumah ini dibina di atas perairan pantai cetek dan merupakan rumah khas bagi kaum Bajau dan penduduk Suluk dan Tausūg.[103]
Masjid Negeri Sabah di Sembulan adalah masjid utama di bandar ini manakala Masjid Bandar di Teluk Likas merupakan satu lagi mercu tanda terpenting di bandar.[104]
Kawasan beli-belah
suntingKota Kinabalu juga mempunyai beberapa pusat membeli-belah yang menarik ramai pengunjung. Ini termasuk Kompleks Karamunsing, Centre Point, Wisma Merdeka, Warisan Square, Plaza Wawasan, Kompleks Asia City[4], City Mall, KK Plaza, Suria Sabah dan pusat membeli-belah yang terbesar iaitu 1Borneo.[105] Kawasan beli-belah yang baru dibina di Kota Kinabalu termasuk Suria Sabah Shopping Mall yang kini menempatkan GSC Kota Kinabalu dan juga Megalong Shopping Mall yang terletak di daerah Penampang.[105] Di Karamunsing pula, terdapat Kompleks Karamunsing.[106] Selain itu, di pasar mingguan Gaya Street juga terdapat ramai penjaja tempatan yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata etnik kebudayaan tradisional.[107] Anjung Kinabalu (yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan Kota Kinabalu) juga menjual kraftangan, cenderamata dan makanan tradisional.[108]
Hiburan
suntingTerdapat empat pawagam di Kota Kinabalu: dua Golden Screen Cinemas (dikenali sebagai GSC), Cathay Cineplex, Growball Cineplex dan Megalong Cineplex. GSC terletak di dalam Pusat Beli-belah Suria dan di bahagian lain 1Borneo.[109][110] Kedua-dua cawangan GSC memuatkan lapan dewan pawagam masing-masing.[111]
Sukan
suntingKompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu menyediakan kemudahan bagi pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk kegunaan awam.[80] Antara lain ia juga menempatkan stadium bola sepak[112], hoki, badminton, tenis, skuasy, gimnasium, kolam renang saiz Olimpik. Ia merupakan kompleks sukan yang terbesar di Sabah dan telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan antarabangsa.[80] Stadium Likas ialah rumah bagi pasukan bola sepak (SabaHawks) yang juga dikenali sebagai Sabah FA yang sedang bertanding dalam Liga Perdana Malaysia. Terdapat satu lagi kompleks sukan di Penampang yang juga mempunyai sebuah stadium bola sepak bersaiz penuh.
Terdapat empat padang golf di Kota Kinabalu, antaranya Sabah Golf and Country Club di Bukit Padang, Kinabalu Golf Club, di Tanjung Aru, Sutera Harbour Golf and Country Club, dan Karambunai Golf and Country Club.[113]
Kota Kinabalu juga telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan peringkat kebangsaan seperti SUKMA 2002, serta kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Karate Dunia 1994[114] dan Kejohanan BWF Super Series 2008.[115] Selain itu, ia juga merupakan titik permulaan antarabangsa tahunan Cabaran Borneo Safari 4x4.[116] Bandar ini juga menjadi tuan rumah dan merupakan salah satu litar bagi F2 Bot Kuasa UIM Siri Piala Dunia yang dilangsungkan pada bulan Disember setiap tahun sejak 2007.[117]
Muzik
suntingKota Kinabalu merupakan tuan rumah kepada salah satu Festival Jazz kegemaran Asia, iaitu Festival Jazz KK yang menjadi acara tahunan di sini.[118] Penghibur antarabangsa seperti Son2nos (Venezuela), Jazz Korea Nah Youn Sun yang memenangi anugerah diva, Hong Kong Junk Unit, Malaysia's Double Take, Atilia dan Mood Indigo dari UK telah membuat konsert di festival ini.[119]
Majalah Bandwidth Street Press merupakan majalah percuma di Kota Kinabalu yang mempromosikan pemuzik tempatan Sabah dalam kandungannya. Majalah ini telah dilancarkan pada Mac 2009 dan disokong oleh kerajaan tempatan dan juga Menteri Alam Sekitar Kebudayaan, dan Pelancongan Sabah, iaitu YB Datuk Masidi Manjun, bagi memperkenal dan memajukan muzik tempatan.[120]
Orang terkenal
sunting- Penny Wong, menteri Kewangan dan Kelonggaran Australia.[121][122]
- Che'Nelle, penyanyi R&B yang bertapak di Australia.[123]
- Roger Wang, pemain gitar akustik.
- Stacy Anam, pemenang Akademi Fantasia musim ke-6.[124]
- Andi Bernadee, penyanyi pop Malaysia
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia, 2010 Diarkibkan 2015-02-05 di Wayback Machine, hlm. 1 dan 8
- ^ Brumby, Victor (1 May 2014). "May 1 MALAYSIA UPDATE and NOTES ON SUFFIXES". European Registration Plate Association (Europlate) blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2015. Dicapai pada 10 December 2015.
About 1967, they added E as a prefix for new registrations in Sabah (for East Malaysia) (about 1967). and at unknown later date, added an S suffix to existing plates.
- ^ "Malaysia license plates". wordllicenseplates.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 10 December 2015.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o Charles De Ledesma; Mark Lewis; Pauline Savage (2003). Malaysia, Singapore & Brunei. Rough Guides. m/s. 508–. ISBN 978-1-84353-094-7. Dicapai pada 23 Mei 2013.
- ^ "Dari Jesselton ke Kota Kinabalu". Utusan Malaysia. 25 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 11 Februari 2013.
- ^ Ranking Utama
- ^ a b "Tourism hub set to lift Sabah real estate". TheStar. 11 Jun 2007. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ a b Muguntan Vanar (20 September 2010). "Rapid development in Kota Kinabalu has its drawbacks". The Star, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 3 Januari 2011.
- ^ "Dari Jesselton ke Kota Kinabalu". Utusan Malaysia. 25 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 11 Februari 2013.
- ^ Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 152–. ISBN 978-616-245-078-5.
- ^ a b c d e f g h i j "The History of Kota Kinabalu". The Brunei Times. 10 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-10. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "History of Sabah". Sabah Tourism Association (STA). Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "NEW PORT IN NORTH BORNEO". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 17 April 1900, Page 3. Perpustakaan Nasional Singapura. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "About KK (History)". DBKK Sabah. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Kota Kinabalu". ABC Sabah. Dicapai pada 12 Ogos 2009.
- ^ a b c d e f g h i "The North Borneo Railway Project". The International Steam Pages. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Benjohn Simbaku (14 September 2006). "Hargai Perjuangan Kemerdekaan". Bernama.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ "SEJARAH AWAL KOTA KINABALU". Laman Web Rasmi DBKK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ "Surrender Point Memorial, Labuan Island". Jabatan Hal Ehwal Veteran (Australia). Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Sabah's Heritage: A Brief Introduction to Sabah's History". Muzium Sabah, Kota Kinabalu. 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ a b c Ismail Ali. "The Role and Contribution of the British Administration and the Capitalist in the North Borneo Fishing Industry, 1945-63" (PDF). Sosiohumanika-jpssk.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-02-24. Dicapai pada 14 November 2012.
- ^ "Mount Kinabalu". Virtual Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-20. Dicapai pada 2 April 2007.
- ^ Sorudim, Lesaya (2 Mei 2005). "KINABALU: Kina Balu , Aki Nabalu, or Ki Nabalu?". KDCA Publications. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ "History of Sabah". Sabah Travel Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-27. Dicapai pada 8 Mac 2007.
- ^ Wendy Law Suart (1993) Lingering Eye halaman 55, nota kaki
- ^ "NAMA ASAL". Laman Web Rasmi DBKK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2013-02-02.
- ^ Sawatan, Jackson. "Adakah Gaya Sekadar 'Singgah mata' Untuk Pembangkang?". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 8 Mac 2007.
- ^ "Parliament and State Legislative Assemblies". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ "Abidin named new mayor". The Star. 3 Februari 2011. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Monthly Statistical Bulletin: Sabah". Department of Statistics Malaysia, Sabah. Januari 2007. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Satellite image of Kota Kinabalu". Google Maps. Dicapai pada 17 Mac 2007.
- ^ "Greater Kota Kinabalu Healthcare Overview" (PDF). Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA). Dicapai pada 19 April 2012.
- ^ "Laman Utama". Majlis Daerah Penampang. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ "Australian Consulate in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia". Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-04. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Contact information: Honorary Consulate of Finland, Kota Kinabalu (Malaysia)". Kedutaan Finland, Kuala Lumpur. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-12. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Consular Office of Japan in Kota Kinabalu, Malaysia". Pejabat Konsul Jepun di Kota Kinabalu. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Honorary Consulate of Romania in Kota Kinabalu". Kementerian Luar Negeri Romania. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "062a_Hon consulates in Malaysia" (PDF). European External Action Service. Dicapai pada 2 Jun 2013.
- ^ "Friend and Sister Cities in the Clear". Laman Web Bandar Rockingham. 21 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ Teh, Michael. "Hakka communities of KK, Heyuan City, China have much in common". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ a b Julia Chan (20 Mac 2015). "KK-Portland sister city pact could see US craft beer coming to Sabah". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Mac 2015.
- ^ "Friendship Visit to Yongin by Kota Kinabalu City". YONGIN City. 18 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 5 Mac 2012.
- ^ "VLADIVOSTOK TO BECOME KOTA KINABALU'S FOURTH SISTER CITY". MALAYSIA.com. 17 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-27. Dicapai pada 5 Mac 2012.
- ^ "Another city wants to be KK's sister". Borneo Post. 23 April 2010. Dicapai pada 4 Mei 2010.
- ^ "Cops storm Pulau Gaya, clash leaves one dead, four injured". The Star. 8 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2021-08-29.
- ^ Google Maps, Capaian 14 Disember 2008
- ^ a b WWF Malaysia, A City Oasis, 28 Disember 2006. WWF Malaysia website, Capaian 14 Disember Untitled Document
- ^ "Sabah Parks website, Capaian 14 Disember 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-27. Dicapai pada 2013-01-31.
- ^ "Sabah Travel Guide website, Capaian 14 Disember 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-02. Dicapai pada 2013-01-31.
- ^ Distance from Kuala Lumpur, Malaysia to Kota Kinabalu, Malaysia. Capaian 5 Jun 2009
- ^ Distance from Kuching, Malaysia to Kota Kinabalu, Malaysia. Capaian 5 Jun 2009
- ^ Coastal Profile of Sabah, Sabah State Government website, Capaian 14 Disember 2008 3 CLIMATE (Part I) Diarkibkan 2012-02-16 di Wayback Machine
- ^ Cooler mornings, Daily Express Newspaper Online, Sabah, Malaysia, Capaian 17 September 2010 Cooler mornings|Daily Express Newspaper Online, Sabah, Malaysia. Diarkibkan 2013-05-13 di Wayback Machine
- ^ "Kota Kinabalu climate graphs". Allmetsat. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "World Weather Information Service – Kota Kinabalu". World Meteorological Organisation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 7 Mei 2014.
- ^ "Kota Kinabalu Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 7 Mei 2014.
- ^ a b "PEOPLE OF SABAH". Discovery Tours Sabah. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ ""Not Malays full stop"". The Nut Graph. 22 November 2010. Dicapai pada 21 Mei 2013.
Actually in Sabah, there were no Malays. You were either Bajau, or Murut, or Orang Sungai. The closest to Malays were the Brunei Malays because they were originally from Brunei before settling in Sabah
- ^ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan, Malaysia. Disember 2011. Dicapai pada 12 Mac 2012.
- ^ "Non-citizens dictating outcome of elections". Malaysiakini.com. 23 Februari 2006. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ a b Irvine Kamal Sadiq Assistant Professor of Political Science University of California (31 Oktober 2008). Paper Citizens : How Illegal Immigrants Acquire Citizenship in Developing Countries: How Illegal Immigrants Acquire Citizenship in Developing Countries. Oxford University Press. m/s. 48–. ISBN 978-0-19-970780-5. Dicapai pada 4 Julai 2013.
- ^ a b Chee-kiong Tong (2010). Identity and Ethnic Relations in Southeast Asia: Racializing Chineseness. Springer. m/s. 110–. ISBN 978-90-481-8909-0. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "3. ABOUT KOTA KINABALU, SABAH (SGATAR 2011)". Hasil.gov.my. 2011. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Reid, Anthony (1997). "Endangered Identity: Kadazan or Dusun in Sabah". Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 28. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ a b "Chinese Migration to Sabah Before the Second World War". Archipel. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Introduction". Kota Kinabalu Industrial Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 9 April 2007.
- ^ "Transport (Road Networks)". Sabah State Government. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "INFRASTRUCTURE & SUPERSTRUCTURE (Road)". Borneo Trade (Source from Public Works Department, Sabah). Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b Lonely Planet Malaysia, Singapore and Brunei. Lonely Planet. 2010. m/s. 354–. ISBN 978-1-74104-887-2. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b "ASAL USUL SEJARAH KERETA API DI SABAH". Kementerian Pelajaran Malaysia (Ministry of Education Malaysia). Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "KKIA to become key air hub". The Star. 15 Februari 2007.
- ^ "Sepanggar Container Port Terminal ready". Daily Express. UK. 8 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-10. Dicapai pada 2013-02-02.
- ^ "Monthly Statistical Bulletin: Sabah". Jabatan Perangkaan Malaysia, Sabah. Januari 2007. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Sabah Ports Sdn Bhd". Suria Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-26. Dicapai pada 15 Januari 2008.
- ^ a b "FERRY SCHEDULE" (dalam bahasa English). Jesselton Point. Dicapai pada 21 Mei 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sabah to find land for court near city centre". The Star. 10 Mac 2010. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Structure of The Court (STRUCTURE OF THE HIGH COURT IN SABAH & SARAWAK)". The High Court in Sabah and Sarawak. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Direktori: Alamat dan telefon PDRM". Royal Malaysian Police. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2 April 2007.
- ^ "89 prisoners get early release for Hari Raya". Access My Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b c d "16 SOCIAL FACILITIES". Kerajaan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-30. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Sejarah Hospital" (dalam bahasa Malay). Queen Elizabeth Hospital (Malaysia). Dicapai pada 1 Julai 2013.
Pada masa ini hospital Queen Elizabeth ialah hospital terbesar di negeri Sabah. Ia pusat rujukan untuk semua hospital daerah yang mengandungi 589 katil.
CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "ABOUT US (Expansion Plan)". Damai Speacialist Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-26. Dicapai pada 11 Julai 2013.
- ^ "List of member hospital". Association of Private Hospitals of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2 April 2007.
- ^ Tan Shiow Chin (14 September 2008). "UMS a haven for students". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-20. Dicapai pada 27 Disember 2012.
- ^ "UMS to have a 6ha botanical garden in its campus". The Star. 8 Mei 2010. Dicapai pada 27 Disember 2012.[pautan mati kekal]
- ^ UiTM Cawangan Sabah (27 Ogos 2010). "UiTM Sabah is Now a Litter Free University". UiTM Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-16. Dicapai pada 27 Disember 2012.
- ^ "Introduction". Sabah State Library Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 9 April 2007.
- ^ Morpi, Murib (1 Jun 2011). "Hongkod Koisaan impresses with new look". The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Monsopiad" (dalam bahasa Malay). Sabah.edu.my. Dicapai pada 22 Mei 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "A meaningful national holiday". The Star. 16 September 2010. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b Stella Moo (2005) The Atkinson Memorial Clock Tower - Commemorating its Centenary, Sabah Society Journal Vol 22 (2005)
- ^ "DOUBLE SIX MONUMENT HELPS IN BOOSTING SABAH'S TOURISM - YONG". Yahoo! News. 6 Jun 2013. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Cuti Malaysia - Sabah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 2013-02-02.
- ^ "Major facelift for Tg Aru". Daily Express. 1 Januari 2012. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Monica, Tindall (5 April 2013). "Beach paradise within minutes to KK city". New Straits Times. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Sabah Wetlands Conservation Society, Sabah, Malaysia
- ^ "Sabah's first zoo ready soon". Daily Express. Malaysia. 22 Februari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 2013-02-02.
- ^ Tan, Hee Hui (22 Februari 2009). "Diversity in splendor". The Jakarta Post. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Kinabalu Park". Sabah Parks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-04. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Cheah, P.K. (25 Jun 2007). "Rocking round the crocs". The Star. Kota Kinabalu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2021-09-30.
- ^ "Menara Tun Mustapha (Sabah Foundation Building)". Sabah Tourism. Kota Kinabalu. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Making Sembulan clean and beautiful". Insight Sabah. Kota Kinabalu. 8 Julai 2012. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "What freediving does to the body". BBC News. United Kingdom. 12 Januari 2011. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "MOSQUE". Mystical Borneo. Kota Kinabalu. Dicapai pada 22 Mei 2013.[pautan mati kekal]
- ^ a b "Shopping (Kota Kinabalu)". sabahbah.com. Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Komplex Karamunsing". beautifulkk.com. Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Gaya Street (Sunday Market)". sabahtourism.com. Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Dari Sabah, Wajib Bawa Bekantan!". okezone.com (dalam bahasa Indonesia). 25 April 2013. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Golden Screen Cinemas :: SURIA SABAH". Malaysia: Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ "Golden Screen Cinemas :: 1BORNEO". Malaysia: Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ CASEY LEE. "GSC launches first digital 3D cinema hall in Suria Sabah". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 13 Jun 2013.
- ^ Stadiums in Malaysia World Stadiums
- ^ Golf Courses in Kota Kinabalu, Malaysia Swing by Swing GOLF
- ^ "World Championship 1994 - 08.12.1994 - 11.12.1994". Karate Records. Dicapai pada 2013-12-21.
- ^ "Lee Chong Wei claims win at Kota Kinabalu tourney". Taipei Times. 19 Disember 2008. Dicapai pada 20 Disember 2008.
- ^ "Borneo 4x4 Safari 2008". mysinchew.com. 31 Julai 2008. Dicapai pada 20 Disember 2008.
- ^ "F2000 powerboat race heads for Sabah". The Star. 10 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 18 Ogos 2009.
- ^ "City Hall supports KK Jazz Festival". Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. 12 Jun 2012. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "4th Edition of KK Jazz Festival Returns in June". Virtual Malaysia. 2 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
- ^ "Local music industry has government's support". New Sabah Times. 25 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
- ^ "About Penny Wong". Minister of Finance and Deregulation (Australia). Dicapai pada 1 Julai 2013.
- ^ Ramsey, Alan (27 Oktober 2007). "PM clutches at fear of union straw man". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 1 Julai 2013.
- ^ Chandran, Sheela (25 Julai 2007). "Virgin deal for Malaysian-born singer Che'nelle". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 1 Julai 2013.
- ^ "Terima kasih gosip - Akim, Stacy" (dalam bahasa Malay). Kosmo! Online. 23 Februari 2011. Dicapai pada 1 Julai 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kota Kinabalu |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Kota Kinabalu. |
- Sejarah Kota Kinabalu Diarkibkan 2013-09-10 di Wayback Machine