[go: up one dir, main page]

Sekularisme

falsafah yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berdasarkan sebab dan sains, bukan pada agama dan tahayul

Sekular adalah konsep bahawa pemerintah atau entiti berkaitan dalam sesebuah negara harus berdiri secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.[1]

George Jacob Holyoake (1817-1906), pengarang British yang mencipta istilah "sekularisme."

Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Rujuk juga: pemisahan antara agama dan negara, laïcité) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.[2]

Sekularisme mendapatkan akar intelektualnya dari ahli falsafah Yunani dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd, pemikir zaman Pencerahan seperti Baron d'Holbach, Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas Jefferson, dan Thomas Paine, dan pemikir bebas, agnostik dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Ingersoll.

Tujuan dan perdebatan pada sokongan berlainan secara lebar. Laikisme Eropah, ia telah didebatkan bahawa sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pemodenan, dan jauh dari nilai-bilai keagamaan tradisional (yang juga digelar "sekularisasi"). Jenis sekularisme ini, pada suatu tahap sosial atau berfalsafah, telah sering bermuncul sementarta mengekalkan kedudukan suatu agama rasmi atau sokongan agama negara lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah berdebat bahawa sekularisme negara telah berkhidmat pada setakat yang lebih besar untuk melindungi agama dari gangguan kerajaan, sementara sekularisme pada suatu tahap sosial itu lebih tampak.[3][4] Dalam negara-negara juga, gerakan politik berlainan menyokong sekularisme untuk berlainan alasan.[5]

Gambaran keseluruhan

sunting

Kata dasar "sekular" datang dari kefahaman dunia Kristian Eropah sebelum zaman Pencerahan yang membezakan ehwal yang maujud pada masa dan tempat semasa yakni saeculum bererti "abad"[6] berlawanan dengan ehwal ukhrawi Kristian yang aeternum atau "selama-lamanya";[7] Syed Muhammad Naquib al-Attas yang membincangkan intipatinya dalam bukunya Prolegomena to the Metaphysics of Islam (1995) cuba menerjemahkan pengungkapan ini berdasarkan latar kefahaman di Eropah sebagai "kedisinikinian" sebanding maksud dibawa akar Latin saeculum itu.[8]

Istilah "sekularisme" pertama kali digunakan oleh pengarang British George Holyoake pada 1851.[9] Walaupun istilah itu baru, tanggapan umum pemikiran bebas pada mana ia berasas telah wujud di sepanjang sejarah. Pada khususnya, gagasan sekular awal termasuk pengasingan falsafah dan agama dapat dikesankan semula ke Ibn Rusyd dan sekolah falsafahnya.[10][11][sumber tidak boleh dipercayai?] Holyoake mencipta istilah "sekularisme" untuk menjelaskan pandangannya bagi mengalakkan suatu aturan masyarakat dipandukan jauh terasing dari sekadar agama sahaja tanpa mengungkapkan dalam cara yang menyingkirkan atau mengkritik kepercayaan agama sezamannya yang tersirat dalam "ateisme".[12] Holyoake sendiri yang berfahaman agnostik berhujah bahawa "Sekularisme bukanlah suatu perdebatan terhadap agama Kristian, ia adalah suatu yang bebas darinya. Ia tidak menyoalkan dakwaan angkuh agama Kristian; ia memajukan orang lain. Sekularisme tidak pernah mengata bahawa tiadanya cahaya atau pedoman di tempat lain, tetapi mengekalkan bahawa adanya cahaya dan pedoman pada kebenaran sekular, yang keadaan dan sekatan wujud secara berdikari, dan bertindak untuk selama-lamanya. Ilmu sekular adalah nyata jenis ilmu itu yang dapat ditemukan dalam hidup ini, yang berkaitan dengan kelakuan hidup ini, membawa kepada hidup, dan adalah mampu diujikan dengan pengalaman hidup ini."[13]

Penjurusan

sunting

Barry Kosmin dari Institute for the Study of Secularism in Society and Culture membahagikan sekularisme moden ke dalam dua jenis: sekularisme keras dan lembut. Menurut dengan Kosmin, "ahli sekular keras menganggapkan religious propositions to be epistemologically illegitimate, warranted by neither reason nor experience." Meskipun, dalam pandangan sekularisme lembut, "pencapaian kebenaran keseluruhan adalah mustahil dan oleh itu skeptikisme dan toleransi seharusnya menjadi prisip dan menolak nilai-nilai dalam membincang sains dan agama."[14]

Sekularisme negara

sunting
 
Cogan kata Republik Perancis pada tympanum sebuah gereja.

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan geraja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada pengurangan ikatan di antara kerajaan dan sesebuah agama negara, menggantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Torah dan hukum Syariat) dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan perselisihan pada asas agama. Ini telah dikatakan untuk menambahkan demokrasi dengan melindungi hak asasi agama minoriti.[15]

Sekularisme sering dikaitkan dengan Zaman Kesedaran di Eropah memainkan suatu peranan utama dalam masyarakat Barat. Prinsipnya, tetapi tidak semestinya amalan, pemisahan gereja dan negara di Amerika Syarikat dan Laïcité di Perancis menarik secara berat pada sekularisme. Negara-negara sekular juga wujud sewaktu dunia Islam sewaktu Zaman Pertengahan (lihat Islam dan sekularisme).[16]

Oleh kerana sebahagian dengan kepercayaan pemisahan gereja dan negara, ahli sekular lebih suka ahli politik membuat keputusan untuk sekular daripada alasan agama.[17] Dalam hal ini, keputusan dasar berkaitan topik seperti pengguguran, kontrasepsi, penyelidikan sel tangkai embrio, perkahwinan sama jantina, dan pendidikan seks difokus secara ketara oleh para pertubuhan sekular Amerika seperti Center for Inquiry.[18][19]

Kebanyakan agama utama menerima keutamaan peraturan sekular, masyarakat demokratik mungkin masih mecuba mendapatkan keputusan politik atau mencapai keutamaan khas atau pengaruh melalui perjanjian gereja-negara seperti concordat.[perlu rujukan] Banyak umat Kristian masih menyokong sebuah negara sekular, dan boleh megakui bahawa tanggapan mempunyai sokongan pada ajaran Bible, khususnya penyataan Jesus, "Oleh itu berikan kepada Caesar apa yang kepunyaan Caesar, dan kepada Tuhan apa yang kepunyaan Tuhan."[20] (Lihat article). Sungguhpun, sesetengah ahli pengasas Kristian (khsusnya di Amerika Syarikat) menentang sekularisme, sering mendakwa bahawa adanya ideologi "sekularisme radikal" yang digunakan hari ini dan melihatkan sekularisme sebagai suatu ugutan kepada "hak Kristian"[21] and national security.[22] Daya kuasa yang paling penting pengasasan agama pada dunia sezaman adalah Pengasas agama Kristian dan Pengasas Islam. Pada waktu yang sama, suatu aliran sekularisme datang dari agama minoriti yang melihatkan sekularisme kerajaan dan politik sebagai bahagian yang penting dan perlu dengan mengekalkan hak kesamaan.[23]

Sesetengah negara yang terkenal sering dianggap "sekular mengikut perlembagaan" adalah Perancis, India,[24], Mexico [25] Korea Selatan, dan Turki walaupun tidak satu dari negara-negara ini mempunyai bentuk pentadbiran yang sama.

Masyarakat sekular

sunting

Dalam pengajian agama, masyarakat Barat moden pada umumnya diakui sebagai sekular. Ini adalah oleh kerana kebebasan agama yang hampir lengkap (kepercayaan pada agama pada umumnya tidak tertakluk pada sekatan legal atau sosial), dan kekurangan pihak berkuasa pemimpin agama ke atas keputusan politik. Walau bagaimanapun, kepercayaan agama secara lebar dianggapkan suatu bahagian berkaitan syarahan politik dalam banyak negara-negara ini. Ini berkontras dengan negara-negara Barat di mana rujukan agama pada umumnya dianggap tidak berkenaan dalam politik arus.

Di kalangan pertama untuk delineate sifat masyarakat sekular, D. L. Munby mencirikan sebuah masyarakat sekular sebagai satu yang:

  1. Enggan untuk menyerahkan diri sendiri sebagai keseluruhan pada mana-mana pandangan sifat alam dan watak manusia padanya.
  2. Tidak homogenous, tetapi pluralistik.
  3. Adalah toleran. Ia melebarkan sfera membuat keputusan peribadi.
  4. Sementara setiap masyarakat harus mempunyai tujuan umum, ia menandakan wajibnya persetujuan pada kaedah menyelesaikan masalah, dan suatu bingkai hundang-undang umum; dalam sebuah masyarakat sekular ini adalah terhad mungkin.
  5. Penyelesaian masalah dicapai secara rasional, melalui pemeriksaan fakta. Sementara masyarakat sekular tidak memuatkan apa-apa tujuan keseluruhannya, ia membantu ahlinya menyedari tujuan mereka.
  6. Adalah sebuah masyarakat tanpa mana-mana imej rasmi. Tidak pun adanya suatu jenis kelakuan unggul penggunaan universal.

Keunggulan Positif di belakang masyarakat sekular

  1. Kehormatan mendalam untuk para individu dan kumpulan kecil yang mana mereka sebahagian dengan.
  2. Kesamaan semua rakyat.
  3. Setiap orang harus dibantu untuk menyedari kecermelangan khusus mereka.
  4. Membahagikan batasan kelas dan kasta.[26]

Sosiologi moden telah, sejak Durkheim, sering dipenuhi masa dengan masalah pihak berkuasa dalam masyarakat sekular dan dengan sekularisasi sebagai suatu proses sosiologi dan bersejarah. Para cendekiawan abad keduapuluh yang karya mereka telah disumbang pada kefahaman hal-hal ini termasuk D. L. Munby, Max Weber, Carl L. Becker, Karl Löwith, Hans Blumenberg, M.H. Abrams, Peter L. Berger, dan Paul Bénichou, di kalangan yang lain.

Sesetengah masyarakat telah menjadi bertambah sekular diakibatkan proses sosial, daripada melalui tindakan gerakan sekular didedikasikan; proses ini digelar sekularisasi.

Etik sosial

sunting

Terbitan 1896 George Holyoake English Secularism mentakrifkan sekularisms sebagai:

Sekularisme adalah suatu kod tugas berkaitan dengan dunia ini, dipertaining to this life, founded on considerations purely human, and intended mainly for those who find theology indefinite or inadequate, unreliable or unbelievable. Its essential principles are three: (1) The improvement of this life by material means. (2) That science is the available Providence of man. (3) That it is good to do good. Whether there be other good or not, the good of the present life is good, and it is good to seek that good.[27]

Holyoake memegang sekularisme dan etik sekular seharusnya tidak mengambil keminatan pada apa-apa soalan keagamaan (oleh kerana mereka tidak berkaitan), dan oleh itu dapat dibezakan dari pemikiran bebas kuat dan ateisme. Dengan ini dia tidak bersetuju dengan Charles Bradlaugh, dan ketidaksetujuan memisahkan gerakan sekularis di kalangan mereka yang berdebat bahawa gerakan anti-agama dan aktivisme tidak perlu atau diingini dan mereak yang berdebat bahawa ia perlu.

Pertubuhan sekularisme

sunting

Kumpulan seperti National Secular Society (United Kingdom) dan kempen Americans United untuk sekularisme sering disokong oleh Humanists. Pada 2005, National Secular Society memegang majlis anugerah "Secularist of the Year" perdana. Pemenang pertamanya adalah Maryam Namazie, dari Parti Pekerja-Komunis Worker Iran.

Seorang lagi pertubuhan sekularis adalah Secular Coalition for America. Sean Faircloth, sebagai Pengarah Eksekutif Secular Coalition for America, lobi dan advokat untuk pemisahan gereja dan negara dan juga penerimaan dan kemasukan Secular Americans in American life and public policy. Sementara Secular Coalition for America berkaitan dengan banyak perutubuhan kemanusiaan sekular dan banyak ahli kemanusiaan sekular menyokongnya, seperti dengan Secular Society, sesetengah bukan ahli kemanusiaan menyokongnya.

Pertubuhan tempatan seperti Freethought Association of West Michigan bekerja untuk menambahkan profil sekularisme dalam masyatakat mereka dan lebih mirip kepada memasuki ahli sekular, pemikir bebas, ateis, shli agnostik, dan ahli kemanusian di abwah payng pertubuhan mereka.

Student Organizations, seperti Toronto Secular Alliance, cuba untuk memasyhurkan sekularisme di kampus. Secular Student Alliance adalah sebuah pertubuhan bukan untung pendidikan yang mengatur dan membantu seperti kumpulan-kumpulan pelajar sekolah menengah dan kolej sekular.

Di Turki, pertubuhan yang terpengaruh dan aktif adalah Persatuan Pemikiran Atatürkis (Atatürkçü Düşünce Derneği, ADD), yang dihargai dengan mengatur Protes Republik - tunjuk perasaan di keempat-empat bandar terbesar di Turki pada 2007, di mana lebih daripada 2 juta orang, kebanyakannya wanita, mempertahankan kebimbangan mereka pada dan meyokong prinsip sekularis diperkenalkan oleh Mustafa Kemal Atatürk.

Leicester Secular Society ditemukan pada 1851 adalah masyarakat sekular tertua di dunia.

Lihat juga

sunting

Kontras:

Rujukan

sunting
  1. ^ State-Religion Relationships and Human Rights Law: Towards a Right to ... By Jeroen Temperman
  2. ^ Kosmin, Barry A. "Contemporary Secularity and Secularism." Secularism & Secularity: Contemporary International Perspectives. Ed. Barry A. Kosmin and Ariela Keysar. Hartford, CT: Institute for the Study of Secularism in Society and Culture (ISSSC), 2007.
  3. ^ Yavuz, Hakan M. and John L. Esposio (2003) ‘’Turkish Islam and the Secular State: The Gulen Movement’’. Syracuse University, pg. xv-xvii. ISBN 0-8156-3040-9
  4. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 147 ("But with the Second World War just ahead, secularism fo the antireligious type was soon to disappear from mainstream American society, to be replaced by a new complex of ideas that focused on secularizing the state, not on secularizing society.")
  5. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 25 ("Together, early protosecularists (Jefferson and Madison) and proto-evangelicals (Backus, Leland, and others) made common cause in the fight for nonestablishment [of religion] – but for starkly different reasons.")
  6. ^ "saeculum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius.
  7. ^ Shook, John (20 April 2010). "Secularity and Secularism Explained". Center for Inquiry. Dicapai pada 29 June 2022.
  8. ^ Ugi Suharto (Jun 2002). "Al-Attas dan al-Qaradawi Mengenai Islam dan Sekularisme". Afkar. Universiti Malaya. 3 (1): 147–8.
  9. ^ Holyoake, G.J. (1896). The Origin and Nature of Secularism, London: Watts and Co. p.51
  10. ^ Abdel Wahab El Messeri. Episode 21: Ibn Rushd, Everything you wanted to know about Islam but was afraid to Ask, Philosophia Islamica.
  11. ^ Fauzi M. Najjar (Spring, 1996). The debate on Islam and secularism in Egypt, Arab Studies Quarterly (ASQ).
  12. ^ Smith, Jesse M. (2017). "Secular Living: Many Paths, Many Meanings". Dalam Zuckerman, Phil; Shook, John R. (penyunting). The Oxford Handbook of Secularism. Oxford University Press. m/s. 3–4.
  13. ^ Secularism, Catholic Encyclopedia. Newadvent.org
  14. ^ "Kosmin, Barry A. "Hard and soft secularists and hard and soft secularism: An intellectual and research challenge."" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-27. Dicapai pada 2010-09-13.
  15. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 14 ("[Legal secularists] claim that separating religion from the public, governmental sphere is necessary to ensure full inclusion of all citizens.")
  16. ^ Ira M. Lapidus (October 1975). "The Separation of State and Religion in the Development of Early Islamic Society", International Journal of Middle East Studies 6 (4), p. 363-385.
  17. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 6-8
  18. ^ Washington Post, November 15, 2006 "Think Tank Will Promote Thinking"
  19. ^ ""Declaration in Defense of Science and Secularism"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 2009-01-21.
  20. ^ buku Luke, adegan 20, ayat 25.
  21. ^ Bob Lewis (2007-05-19). "'Jerry's Kids' Urged to Challenge 'Radical Secularism'". The Christian Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-21. Dicapai pada 2010-09-13.
  22. ^ Rev Jerry Falwell (2001-09-15). "Jerry Falwell - Quotations - Seventh quotation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-11. Dicapai pada 2010-09-13.
  23. ^ Feldman, Noah (2005). Divided by God. Farrar, Straus and Giroux, pg. 13
  24. ^ "Preamble of the Constitution of India"
  25. ^ See article 3 of the 1917 Mexican constitution, dan Article 24. See also Schmitt (1962) and Blancarte (2006).
  26. ^ The Idea of a Secular Society, D. L. Munby, London, Oxford University Press, 1963, pp. 14-32.
  27. ^ Holyoake, George J. (1896). English Secularism. Chicago: The Open Court Publishing Company.

Bibliografi

sunting
The secular ethic
  • Boyer, Pascal (2002). Religion Explained: The Evolutionary Origins of Religious Thought. ISBN 0-465-00696-5
  • Cliteur, Paul (1010). The Secular Outlook: in defense of moral and political secularism. ISBN 978-4443-3521-7
  • Holyoake, G.J. (1898). The Origin and Nature of Secularism. London: Watts & Co.
  • Jacoby, Susan (2004). Freethinkers: a history of American secularism. New York: Metropolitan Books. ISBN 0-8050-7442-2
  • Nash, David (1992). Secularism, Art and Freedom. London: Continuum International. ISBN 0-7185-1417-3 (paperback published by Continuum, 1994: ISBN 0-7185-2084-X)
  • Royle, Edward (1974). Victorian Infidels: the origins of the British Secularist Movement, 1791-1866. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0-7190-0557-4 Online version Diarkibkan 2005-10-30 di Wayback Machine
  • Royle, Edward (1980). Radicals, Secularists and Republicans: popular freethought in Britain, 1866-1915. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0-7190-0783-6
  • Asad,Talal(2003). " Formations Of The Secular: Christianity,Islam,Modernity ". Stanford University Press. ISBN 0-8047-4768-7
  • Taylor, Charles (2007). A Secular Age. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press. ISBN 978-0-674-02676-6
The secular society

See also the references list in the article on secularization

  • Berger, Peter L. (1967) The Sacred Canopy: Elements of a Sociological Theory of Religion. Garden City, NY: Doubleday.
  • Chadwick, Owen (1975). The Secularization of the European mind in the nineteenth century. Cambridge University Press.
  • Cox, Harvey (1996). The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective. NY: Macmillan.
  • Kosmin, Barry A. and Ariela Keysar (2007). Secularism and Secularity: Contemporary International Perspectives. Institute for the Study of Secularism in Society and Culture. ISBN 978-0-9794816-0-4; ISBN 0-9794816-0-0
  • Martin, David (1978). A General Theory of Secularization. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-18960-2
  • Martin, David (2005). On Secularization: Towards a Revised General Theory. Aldershot: Ashgate. ISBN 0-7546-5322-6
  • McLeod, Hugh (2000). Secularisation in Western Europe, 1848-1914. Basingstoke: Macmillan. ISBN 0-333-59748-6
  • Wilson, Bryan (1969). Religion in Secular Society. London: Penguin.
  • King, Mike (2007). Secularism. The HIdden Origins of Disbelief. Cambridge: James Clarke & Co. ISBN 978-0-227-17245-2
The secular state
  • Adıvar, Halide Edip (1928). "The Turkish Ordeal". The Century Club. ISBN 0-8305-0057-X
  • Blancarte, Roberto (2006). "Religion, church, and state in contemporary Mexico." in Randall, Laura (ed.). Changing structure of Mexico: political, social, and economic prospects. [Columbia University Seminar]. 2nd. ed. M.E. Sharpe. Chapter 23, pp. 424–437. ISBN 978-0-7656-1405-6.
  • Cinar, Alev (2006). "Modernity, Islam, and Secularism in Turkey: Bodies, Places, and Time". University of Minnesota Press. ISBN 0-8166-4411-X
  • Cliteur, Paul (1010). The Secular Outlook: in defense of moral and political secularism. ISBN 978-4443-3521-7
  • Juergensmeyer, Mark (1994). The New cold war?: religious nationalism confronts the secular state. University of California Press. ISBN 0-520-08651-1
  • Schmitt, Karl M. (1962). "Catholic adjustment to the secular state: the case of Mexico, 1867-1911." Catholic Historical Review, Vol.48 (2), July, pp. 182–204. [1]
  • Urban, Greg (2008). "The circulation of secularism." International Journal of Politics, Culture and Society, Vol. 21, (1-4), December. pp. 17–37. [2][pautan mati kekal]

Pautan luar

sunting