[go: up one dir, main page]

UTC+8 merupakan masa ofset di antara waktu piawai antarabangsa dengan perbezaan waktu sebanyak lapan jam. Dalam format penulisan ISO 8601, lokasi yang menggunakan masa ofset ini ditulis sebagai 2017-04-12T04:11:11+08:00. Zon waktu ini tidak mempunyai waktu jimat siang (bahasa Inggeris: Daylight Saving Time)[1].

Zon waktu ini juga pernah dicadangkan sebagai Waktu Seragam ASEAN (bahasa Inggeris: ASEAN Common Time) (ACT) dan perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan di antara menteri-menteri ASEAN[2].


Senarai lokasi

sunting

Berikut merupakan senarai lokasi atau negara yang menggunakan zon waktu ini sebagai waktu rasmi.

Zon Lokasi Maklumat Lanjut
Asia Utara Russia - Irkutsk Waktu Piawai Irkutsk
Asia Timur Keseluruhan negara Republik Rakyat China Waktu Piawai China
Asia Timur Keseluruhan negara Hong Kong Waktu Piawai Hong Kong
Asia Timur Keseluruhan negara Macau Waktu Piawai Macau
Asia Timur Keseluruhan negara Taiwan Waktu Piawai Taiwan
Asia Timur Mongolia - Ulan Bator
Mongolia - Erdenet
Masa di Mongolia
Asia Tenggara Keseluruhan negara Malaysia Waktu Piawai Malaysia
Asia Tenggara Keseluruhan negara Singapura Waktu Piawai Singapura
Asia Tenggara Keseluruhan negara Brunei Waktu Piawai Brunei
Asia Tenggara Keseluruhan negara Filipina Waktu Piawai Filipina
Asia Tenggara Kawasan tengah Indonesia Waktu Indonesia Tengah
Oceania Kawasan barat Australia Masa di Australia
Antartika Beberapa lokasi Masa di Antartika


Rujukan

sunting
  1. ^ "Clock Changes in UTC+8, Time Zone". Time and Date AS. Dicapai pada 13 April 2017.
  2. ^ "A common Asean time zone? 6 things about time differences in the region". The Straits Times. 30 Januari 2015. Dicapai pada 13 April 2017.