3 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
3 Februari merupakan hari ke-34 dalam kalendar Gregory. Tinggal 331 hari (atau 332 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Setsubun di Jepun
- Hari Empat Paderi di Amerika Syarikat.
Peristiwa
sunting- 1451 - Sultan Muhammad II mewarisi takhta Empayar Uthmaniyyah.
- 1488 - Penjelajah Portugis Bartolomeu Dias mendarat di Teluk Mossel setelah berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika.
- 1517 - Kaherah ditawan oleh Empayar Uthmaniyyah dan menandakan kejatuhan Kesultanan Mamluk
- 1637 - Harga kontrak bebawang bunga tulip jarang ditemui di Republik Belanda yang berterusan meningkat selama tiga bulan jatuh mendadak, menamatkan tulip mania.
- 1690 - Jajahan Massachusetts mengeluarkan wang kertas pertama di benua Amerika.
- 1783 - Perang Revolusi Amerika: Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.
- 1787 - Pemberontakan Shays di Massachusetts dihancurkan, namun berjaya menyebabkan Perlembagaan Amerika Syarikat dirangkakan.
- 1830 - Kedaulatan negara Greece disahkan dalam Protokol London.
- 1867 - Putera mahkota Mutsuhito (gambar) menggantikan ayahandanya Kōmei sebagai Maharaja Jepun yang ke-122, dan mengambil gelaran Meiji.
- 1870 - Pindaan Kelima Belas Perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasi agar memberi hak mengundi kepada semua warganegara tanpa mengira kaum.
- 1908 - Panathinaikos diasaskan di kota Athens, Greece.
- 1918 - Terowong Twin Peaks memulakan khidmatnya selaku terowong kereta api terpanjang di dunia iaitu sepanjang 11,920 kaki (3,633 meter).
- 1930 - Parti Komunis Vietnam diasaskan.
- 1931 - New Zealand mengalami bencana alam terburuk dalam sejarah apabila gempa bumi melanda Hawke's Bay dan meragut 258 nyawa.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Jerman Nazi secara paksa mengembalikan Pierre Laval ke jawatannya di Vichy diduduki, Perancis.
- 1944 - Perang Dunia II: Tentera Amerika Syarikat menawan Kepulauan Marshall.
- 1945 - Perang Dunia II: Kesatuan Soviet bersetuju untuk menyertai perjuangan melawan Jepun di Medan Pasifik.
- 1945 - Perang Dunia II: Dalam Operasi Thunderclap, 1,000 buah pesawat B-17 dari Tentera Udara Kelapan membedil Berlin.
- 1947 - Suhu terendah di Amerika Utara dicatat di Snag, Yukon.
- 1958 - Kesatuan Ekonomi Benelux diasaskan, sebagai tapak ujian perintisan Kesatuan Ekonomi Eropah.
- 1959 - Buddy Holly, Ritchie Valens, J.P. Richardson dan Roger Peterson terkorban apabila kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Clear Lake, Iowa. Tragedi ini kini dikenali sebagai "Hari Matinya Muzik."
- 1966 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 9 (gambar) menjadi kuar angkasa lepas pertama mendarat di Bulan dan menghantar gambar dari permukaan qamari ke Bumi.
- 1969 - Yasser Arafat menjadi pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
- 1989 - P. W. Botha meletak jawatan presiden Afrika Selatan kerana mengalami angin ahmar.
- 1989 - Tentera merampas kuasa Alfredo Stroessner, diktator Paraguay sejak tahun 1954.
- 1996 - Gempa bumi berskala 7.0 melanda Lijiang, Yunnan, China.
- 1998 - Karla Faye Tucker menjadi wanita pertama yang dihukum mati di Amerika Syarikat sejak tahun 1984.
- 2007 - Letupan berlaku di sebuah pasar di Baghdad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 135 orang terkorban dan 339 yang lain cedera.
- 2009 - Iran melancarkan Omid, satelit buatan sendirinya yang pertama.
- 2010 - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
Kelahiran
sunting- 1960 - Joachim Löw, seorang jurulatih Jerman
Kematian
sunting- 1924 - Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat ke-28
- 1950 - Karl Seitz, Presiden Austria pertama
- 2011 - Abdul Ajib Ahmad, Menteri Besar Johor ke-12