11 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
11 Februari merupakan hari ke-42 dalam kalendar Gregory. Tinggal 323 hari (atau 324 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Penubuhan Negara di Jepun;
- Hari Kebangsaan di Iran (1979).
Peristiwa
sunting- 660 SM - Mengikut tradisi, negara Jepun diasaskan oleh Maharaja Jimmu di Yamato.
- 55 - Tiberius Claudius Caesar Britannicus, pewaris takhta Maharaja Rom, tiba-tiba mati di Rom, sekaligus membuka jalan untuk Nero menaiki takhta.
- 1250 - Perang Salib Ketujuh: Dinasti Ayubiyyah berjaya mempertahankan Mansoura, Mesir, daripada serangan tentera salib.
- 1814 - Norway mengisytiharkan kemerdekaan, maka berakhirnya Kesatuan Kalmar.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sebulat suara meluluskan resolusi yang menjamin agar tiada campur tangan dalam amalan perhambaan di setiap negeri.
- 1873 - Raja Amadeo I dari Sepanyol turun takhta, mengisytiharkan di Cortes Generales bahawa orang Sepanyol "tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara itu.
- 1889 - Perlembagaan Meiji diterima guna di Jepun.
- 1919 - Friedrich Ebert menjadi Reichspräsident pertama Republik Weimar.
- 1929 - Bagi menyelesaikan "Persoalan Rom", kedua-dua pihak Itali dan Takhta Suci Katolik Rom bersetuju mewujudkan Kota Vatikan sebagai satu enklaf berdaulat merdeka dalam Itali.
- 1869 - Frederick Banting mengumumkan penemuan insulin, yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, di Universiti Toronto.
- 1938 - BBC Television menerbitkan rancangan cereka sains pertama di dunia, suatu adaptasi lakon pentas ciptaan Karel Čapek bertajuk R.U.R. yang turut mencetus istilah "robot".
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Bukit Timah meletus di Singapura.
- 1949 - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bahagian negeri Perlis telah ditubuhkan.
- 1953 - Kesatuan Soviet memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
- 1964 - Pihak Yunani dan Turki mula bertempur di Limassol, Cyprus.
- 1964 - The Beatles mengadakan konsert pertama mereka di Amerika Syarikat, di Washington Coliseum di Washington, D.C.
- 1971 - 87 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Soviet, menandatangani Perjanjian Dasar Laut yang mengharamkan senjata nuklear di perairan antarabangsa.
- 1973 - Perang Vietnam: Tahanan perang Amerika Syarikat mula dibebaskan dari Vietnam.
- 1978 - Republik Rakyat China menarik balik larangan ke atas karya-karya Aristotle, Shakespeare dan Dickens.
- 1979 - Revolusi Iran: Wangsa Pahlavi runtuh apabila tentera memilih "neutral" selepas pengikut Ayatollah Ruhollah Khomeini (gambar) memberontak, akhirnya menjadikan beliau Pemimpin Agung republik Islam itu.
- 1987 - Perlembagaan Filipina berkuatkuasa.
- 1990 - Aktivis anti-aparteid Nelson Mandela, menjadi banduan politik selama 27 tahun, dibebaskan dari penjara di Paarl, Afrika Selatan.
- 2006 - Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney tertembak Harry Whittington di muka, leher dan dada ketika memburu burung puyuh.
- 2007 - Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
- 2008 - Di Timor Leste, berlakunya cubaan membunuh Xanana Gusmao dan Jose Ramos-Horta, tetapi gagal.
- 2009 - Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe.
- 2010 - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- 2011 - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir, Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
- 2013 - Paus Benedictus XVI mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Gereja Katolik pada akhir Februari.
- 2017 - Gerhana bulan Penumbra terjadi dimana jasad bulan akan keluar sepenuhnya daripada bayang penumbra bumi.
Kelahiran
sunting- 1731 - George Washington, Presiden Amerika Syarikat pertama
- 1847 - Thomas Edison, seorang usahawan Amerika Syarikat
- 1902 - Arne Jacobsen, seorang arkitek Denmark
- 1947 - Yukio Hatoyama, seorang Perdana Menteri Jepun
Kematian
sunting- 2012 - Penyanyi A.S. Whitney Houston (48 tahun).