[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
MASJID MODUL Masjid Cemerlang Menjana Kekuatan Ummah (Konsep, Prinsip dan Tindakan) ABU RAMADHAN (Haji Ellias Zakaria) Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang 19 & 20 Jamadil Awwal 1431 4 & 5 Mei 2010 Khas Untuk, Ruqaiyyah Ratu hatiku Serta zuriatku yang amat menyenangkan Untuk mukmin yang ingin menempah keredhaan Allah Melalui RumahNYA-MASJID • Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama- lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). At-Taubah: 108 1.0 Harapan dan Impian Terhadap MASJID Kini dan Masa Depan 1.1) Meletakkan MASJID sebagai Institusi Penghayatan Islam, yang membolehkan umat Islam dan manusia seluruhnya, mengenali, menemui, memahami, meyakini, mencintai dan menghormati Islam dan segala peradabannya, melalui Masjid yang makmur. 1.2) Menggerakkan Masjid sebagai Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan bersepadu yang mampu menyalurkan berbagai nilai mulia kepada masyarakat. 1.3) Menggerakkan Masjid supaya menjadi Pusat Perkembangan Kebudayaan Islam berteraskan aqidah dan syariat. 1.4) Meletakkan Masjid sebagai Pusat Janakuasa umat yang mampu membekalkan berbagai kekuatan kepada umat Islam dan bukan Islam, supaya umat Islam sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. 1.5) Meletakkan Masjid sebagai Zon Hening, Zon Akrab, Zon Bebas Konflik, Zon Persaudaraan dan Perpaduan umat. 1.6) Mengembalikan seluruh hak-hak Masjid sebagai bangunan suci, mulia dan terhormat di atas muka bumi. 1.7) Menyedarkan masyarakat Islam terutama petugas-petugas yang terlibat dengan pengurusan Masjid, tentang tugas pengimarahan Masjid yang sebenar mengikut ajaran Islam dan bukti-bukti sejarah. Pengimarahan Masjid juga bukanlah sama dengan menjaga balairaya, dewan orang ramai, sekolah atau Universiti. Sebaliknya pengimarahan Masjid ada hubungan dengan aqidah, syariat dan maruah Islam dan seluruh umatnya. Oleh itu sama ada masyarakat Islam, petugas masjid, golongan cerdik pandai, pemimpin dan kerajaan mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keagungan dan keunggulan Masjid. 1.8) Menjana pelbagai perubahan masyarakat melalui konsep Hablu i allah (Hubungan dengan Allah) dan Hablu i a as (Hubu ga sesama manusia) dan menggrakkan asas-asas kecemerlangan berdasarkan konsep Hayya alal Falah atau Mari mencapai kejayaan. • Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. At-Taubah: 18 2.0 Faktor-faktor Kecemerlangan MASJID Untuk mencapai kecemerlangan sesebuah masjid, maka seluruh petugas dan pegawai wajar merujuk kepada faktorfaktor yang boleh membantu ke arah tersebut, antara lain ialah: 2.1) Pembinaan Masjid diasaskan di atas dasar taqwa. Asas inilah yang menjadi kemuliaan Masjid. Hal ini mesti bermula dari niat membina Masjid, tanah tapak Masjid, bahan binaan dan belanja pembinaan Masjid dan hal-hal lain yang berhubungan dengan bangunan dan kawasan Masjid. 2.2) Tenaga penggerak masjid terdiri dari kalangan AshabulMasjid, iaitu orang yang beriman yang mempunyai keperibadian yang mulia, berilmu, berketrampilan, mudah berkomunikasi serta benar-benar cinta kepada Islam dan cinta kepada Masjid. 2.3) Pegawai-pegawai Masjid mempunyai kefahaman yang sebenar tentang konsep, falsafah, kehormatan, fungsi serta matlamat pembinaan dan pengimarahan Masjid. 2.4) Sentiasa berpegang dan melaksanakan kegiatan masjid, berpandukan kepada dasar-dasar pengimarahan masjid yang baik dan menepati kehendak dan cita-cita Islam. 2.5) Masjid mempunyai sistem pentadbiran, pengurusan dan perancangan kegiatan yang kemas, berfaedah, menyeluruh, mudah difahami dan mampu menarik masyarakat kepada Masjid. 2.6) Masjid dilengkapkan dengan berbagai kemudahan prasarana, sama ada dari segi ruang, peralatan dalaman dan luaran serta peralatan komunikasi. Hal-hal ini membantu memudahkan komunikasi Masjid dan masyarakat secara timbal balas dan melancarkan segala pelaksanaan kegiatankegiatan Masjid. 2.7) Kegiatan Institusi Masjid hendaklah lebih bersifat menyumbang dan memberi menepati kehendak masyarakat, sesuai dengan golongan jantina dan golongan umur. Kegiatan masjid tidak boleh menyisihkan mana-mana kumpulan dalam masyarakat, kecuali dengan ketentuan syara . 2.8) Masjid hendaklah sentiasa hidup dan segar dari sudut penghayatan solat berjemaah. Ibadat itu pula melahirkan suasana Masjid yang tenang, hening, damai, indah dan sentiasa menarik. 2.9) Pegawai dan petugas masjid hendaklah berkhidmat atas semangat satu pasukan (team work). Mereka perlu bekerja dengan ikhlas, gigih, berdaya maju dan penuh iltizam kepada Masjid. 2.10) Masjid hendaklah mempunyi tabung kewangan yang kukuh. Sistem kewangan yang kukuh. Sistem kewangan Masjid mesti ditadbirkan oleh orang yang amanah, berhemah dan berjimat. Kewangan Masjid hendaklah dihasilkan dari berbagai sumber yang halal dan bersih. 2.11) Pengimarahan masjid perlu mendapat sokongan dari seluruh masyarakat terutamanya para pemimpin, golongan cerdik pandai, orang kaya dan orang yang berpengaruh yang lain. Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumahrumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. An-Nur: 36 • Dan siapakah yang lebih zalim daripada orangorang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah didalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. Al-Baqarah: 114 3.0 Hak-Hak MASJID 3.1) Hak-Hak Kehormatan dan Kemuliaan Bangunan Masjid: i) Membina Masjid atas asas taqwa, iaitu niat kerana Allah dan mengharapkan keredaanNya. ii) Tapak tanah Masjid, sumber-sumber kewangan dan bahanbahan binaan masjid hendaklah halal dan suci. iii) Membina Masjid menepati arah Qiblat sebenarnya. iv) Masjid berhak disayangi dan dicintai oleh umat Islam. 3.2) Hak-Hak Kesopanan Terhadap Masjid:i) Membersih dan menyucikan diri sebelum memasuki masjid. ii) Tubuh badan menutup aurat. iii) Solat sunat Tahiyyatul-Masjid dan niat iktikaf di dalam Masjid. iv) Menjaga ketertiban diri, sama ada dari sudut niat, perbuatan dan perkataan, dan sama ada sebelum masuk, sedang berada atau ketika meninggalkan Masjid. v) Memakai pakaian dan perhiasan yang baik sesuai dengan suasana Masjid. 3.3) Hak-Hak Pengisian di Masjid:i) Mengingati Allah secara khusus dan umum secara berterusan sepanjang berada dalam Masjid. ii) Mendirikan berbagai jenis solat wajib dan solat sunat dan solat berjemaah. iii) Menjalankan amalan-amalan Tazkiyatul – membersih dan menyuci jiwa rohani. iv) Membina persaudaraan Islam, mendidik nilai-nilai kemasyarakatan dan perpaduan Ummah. Nafsi v) Menghidupkan ilmu dan budaya ilmu. vi) Mengisi kegiatan-kegiatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. 3.4) Hak-Hak Penjagaan dan Perlindungan Masjid:i) Masjid berhak dijaga dan dibersihkan hingga boleh mencapai tahap kebersihan dan kesucian yang tinggi berkekalan, dan boleh mewujudkan suasana indah, tenang, damai dan sentiasa menarik. ii) Penjagaan, kawalan dan perlindungan bangunan Masjid, kewangan dan harta benda masjid dan peralatan-peralatan masjid dan lain-lain. iii) Penjagaan suasana di dalam dan di luar Masjid supaya kemas, tersusun dan indah. iv) Melindungi Masjid dari unsur-unsur jahat, khianat, hina dan cela. 4. Fungsi Qaryah dan Masjid Pengurusan Perkahwinan / Cerai Rujuk Pendidikan Hal Ehwal Masyarakat Hal Ehwal Solat dan Ibadat QARYAH &MASJID Pengurusan Kematian/ Pekuburan Pemeliharaan Aqidah Hari/ Peristiwa Kebesaran Islam Pencegahan Maksiat 5. Fokus Imarah Masjid IMARAH 6.0 6.1 Prinsip Pengurusan Masjid Cemerlang Prinsip kesucian, kehormatan dan kemuliaan Masjid. a) b) c) Masjid adalah hak Allah. Masjid adalah sunnah para mursalin. Masjid adalah institusi al-Quran dan sunnah. 6.2. Prinsip memelihara Bangunan Masjid. a) b) c) kehormatan dan kehebatan Bangunan dan kawasan Masjid mestilah indah, bersih dan menarik. Bangunan dan kawasan Masjid mestilah kemas, rapi, tersusun dan menyenangkan. Bangunan dan kawasan Masjid mestilah tenang, aman, damai dan memberikan kepuasan. 6.3. Prinsip menghidup dan menghayati solat jamaah: a) b) c) d) e) Bilangan jamaah solat sentiasa bertambah. Pertambahan jamaah merangkumi pelbagai lapisan umur, jantina dan sektor pekerjaan. Wujudkan hubungan akrab dan cinta di antara manusia dengan Masjid. Mendirikan solat berjamaah menepati kualiti dan matlamat memupuk persaudaraan dan perpaduan. Mendirikan solat berjamaah berasaskan pemupukan nilai-nilai pendidikan. 6.4 Prinsip Masjid sumber ilmu. a) b) c) 6.5 Mengilmukan masyarakat. Membentuk generasi al-Quran. Membina budaya ilmu Islami. Prinsip membina nilai mulia masyarakat. a) b) c) d) Membentuk individu dan jamaah yang berjiwa taqwa dan istiqamah. Menyediakan program pembersihan jiwa (Tazkiyatul Nafsi). Mendidik nilai sopan dan adab Islami. Melatih kesempurnaan solat. 6.6 Prinsip membina persaudaraan dan perpaduan a) b) c) d) Meletakkan insan pada nilai dan hakikat yang sama di sisi Allah. Melupakan perbezaan zahir pada manusia. Menjalin rasa ukhuwwah dan silatulrahim. Mewujudkan kesatuan dan persatuan ummah. 6.7 Prinsip Masjid penjana kekuatan dan perubahan ummah. a) b) c) d) Masjid mengilmukan masyarakat. Masjid menjelaskan sistem hidup Islam. Masjid mendidik perubahan ummah. Masjid mengujkuhkan hubungan manusia dengan Allah dan sesama manusia. 6.8 Prinsip pengukuhan kewangan Masjid: a) b) c) d) Mempelbagaikan sumber kewangan Masjid. Merangka dasar kewangan mulia. Menyalur bantuan kepada muslimin. Sumber modal aktiviti-aktiviti Islam. 6.9 Prinsip mulia Masjid, mulia Ummah. a) b) c) 6.10 Menanamkan keyakinan ummah tentang peranan Masjid. Meletakkan Masjid sebagai institusi utama kemuliaan ummah. Masjid: jambatan kebahagiaan dunia dan akhirat. Prinsip kepegawaian Masjid yang berkualiti. a) b) c) Pegawai Masjid berkeperibadian mulia. Pegawai Masjid ahli ibadat dan berilmu. Pegawai Masjid cinta kepada Masjid. 7. Hala tuju Imarah Masjid KEJAYAAN Solah /Pengabdian 8. Imarah Masjid: Pendekatan 4 M Pendekatan 1: MENARIK 1. Fizikal Kebersihan Keselamatan Kekemasan Keindahan Keceriaan Pendekatan 1: MENARIK 2. Aktiviti Menyeluruh (Ilmu + Keimanan/Kemahiran) Istimewa/Unik Merentasi Jantina/Usia 3. Pengurusan Telus/Terbuka Budaya Mesyuarat Pendekatan 1: MENARIK 4. Ibadah/Solat •Tertib •Cantik •Khusyu’ •Syahdu Difahami dan disokong oleh anak Qaryah Berdaya maju Pendekatan 2: MESRA Kualiti Kebersihan dan Keceriaan, Peralatan, Bangunan dan Kawasan MESRA Budaya Diri Jawatankuasa/Pegawai -ramah-terbuka-berhemah Berbudaya hormat Membantu Menasihat dan Mendidik Menyumbang Pendekatan 3: MAJU Sistem Urus Tadbir Kekukuhan Kewangan/Harta MAJU Aktiviti bersepadu Penerokaan Idea/ Produk Masjid yang Baru Baik-Stabil-Kukuh Wang: Money Alatan: Machine Manusia: Man Harta Pendekatan 4: MULIA Zon Tiada krisis, Tiada konflik, Tiada perpecahan Zon Bersopan, Beradab, Berakhlak MULIA Zon Bersama, Bersaudara, Bersatu Zon Ilmu, Ibadah, Ikhlas, Bersih, Aman, Damai, Tenang 9. Petunjuk Imarah Masjid (PIM) 1. Pengurusan Kualiti Solat Berjamaah 2. Kawal selia Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan Masjid 3. Modenisasi Sistem Pentadbiran 4. Pengurusan Kewangan/Harta/Aset 5. Pengurusan Hal Ehwal Masyarakat yang Berkaitan Syariat (Perkahwinan/Kematian-Kelahiran 6. Menghidup Syiar Islam Melalui Perayaan/ Sambutan/ Peristiwa/ Hari Kebesaran Islam 7. Membanteras Maksiat/Khurafat 10. Bidang Keberhasilan Utama Masjid (BIKUM) 1. Peningkatan kualiti solat dn ibadat: Jumlah anak Qaryah bersolat jamaah (Fardhu dan Solat Kifayah) 2. Penyebaran ilmu bersepadu kepada anak Qaryah/ Masyarakat 3. Pembinaan sistem maklumat Qaryah (Manual/IT) 4. Pengukuhan Kewangan/Aset/Harta 5. Pengurangan/Pencegahan Maksiat dan Khurafat 6. Mewujudkan Pelbagai Kemudahan Bersepadu 7. Pusat Perkhidmatan Kemasyarakatan 8. Memupuk Persaudaraan/Perpaduan dalam kalangan anak Qaryah 9. Kawalan dan Penjagaan Tanah Perkuburan 2.Indahkan Solat/ Ibadat di masjid 1.Peribadi AJK–Pegawai 7. Sukarelawan /Barisan Pelapis 6.Pelbagaikan Sumber Wang /Harta 3.Raikan Peristiwa/Hari Kebesaran Islam 11. Pesan/ Wasiat / Nasihat 5.KhutbahJUMAAT, NIKAH 4.MASJID Bersih, Cantik, Indah Berfikirlah untuk ESOK / MASA DEPAN… KESEDARAN ZAKAT DAN WAQAF Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (al-Hasyr:18) Rujuklah MAINPP/JHEAINPP/ PEJ. AGAMA DAERAH Pengerusi Jawatankuasa PembangunanHal Ehawal Qaryah MAINPP 2010/2011 YB Haji Mohd. Salleh Man Timb. YDP MAINPP 04-2280940 (Pej. MAINPP) Sekian, Salam Hormat dan Terima Kasih dari: ABU RAMADHAN (Hj. Ellias Zakaria) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 019-4717667 Masak tauhu sedap dimakan, Sudah tahu mesti amalkan. Tambah usia, tambah iman Hormat manusia, takutkan Tuhan.