[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu

KERTAS KERJA KEM SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

KERTAS KERJA KEM SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 2013 SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK Tarikh : 19 Oktober 2013 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi –3.30 petang Tempat : Dewan Semarak SMK Toh Indera Wangsa Ahmad Pengenalan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Matlamat Kem Sukan Sekolah Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games). Objektif Kem Sukan Sekolah Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif. Kumpulan Sasaran Kem Sukan Sekolah 40 orang pelajar tingkatan 2. Keutamaan diberi kepada pelajar yang merupakan ahli jawatankuasa kelab sukan permainan. Jawatankuasa Kem Sukan Sekolah Pengerusi : Pn. Hjh Azizah Bt Abd. Rashid Pengetua SMK Toh Indera Wangsa Ahmad Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz B Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 2 : Pn. Wan Sepiah Bt Wan Din Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 3 : En. Mokhlis B Rasul Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : En. Syed Mohd Saufi B Syed Bakri Setiausaha Sukan Bendahari : Pn. Roshida Bt Kassim Ahli jawatankuasa : JAWATANKUASA TUGASAN PENGURUS PESERTA En. Faiezal Azmi B Mohd Yusop Cik Nurul Akmar Bt Ahmad Majuri Menyediakan 40 orang peserta kem yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2RK, S, M, dan K. ( 20 lelaki dan 20 perempuan ) Menguruskan surat makluman penjaga dan surat kebenaran penjaga. Membuat pendaftaran peserta pada hari kem. Menyediakan fail kepada peserta kem. PENCERAMAH Slot 1 - Cik Norafidah Bt Jamal Nasir Slot 2 - Syed Mohd Saufi Bin Syed Bakri Slot 3 - Pn Roshida Bt Kassim Slot 4 – Ban Boon Keat Slot 5 - Pn. Wan Noor Faizeah Bt Wan Mohamad Menjadi tenaga pengajar mengikut slot yang ditetapakn. SLOT 1 – SENAMROBIK SLOT 2 – PENGENALAN AKTIVITI MEMANASKAN BADAN & MENYEJUKKAN BADAN SLOT 3 – PENGURUSAN ORGANISASI SLOT 4 – SISTEM PERTANDINGAN SLOT 5 – MODIFIED GAME DAN PERTANDINGAN KECIL PENGERUSI MAJLIS En. Muhammad Helmi B. Asraf Menjadi juruacara sepanjang kem dijalankan. SIARAYA En. Ishak B Leweh En Asyrafi B Che Hassan Menyediakan dan menyelenggara peralatan siaraya . Menyediakan alat pemancar LCD. BUKU PROGRAM/SIJIL DAN HADIAH Pn Selvi a/p Subramaniam Pn Norkaspawati Bt Kassim Menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta kem. Mengelola majlis penyampaian sijil dan hadiah. JAMUAN Cik Fatin Nadiah Bt Khairuddin Menguruskan tempahan makanan dan minuman peserta dan guru yang terlibat. LAPORAN DAN DOKUMENTASI En Ban Boon Keat Membuat rakaman gambar dan video sepanjang kem. Menyediakan laporan kem. Jadual Kem Sukan Sekolah MASA AKTIVITI TINDAKAN 8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta J/K Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi Slot 1 Senamrobik Cik Norafidah Bt Jamal Nasir 9.30 pagi – 10.30 pagi Slot 2 Pengenalan Aktiviti Memanaskan Badan & Menyejukkan Badan Pn Roshida Bt Kassim Fasilitator 10.30 pagi – 11.00 pagi REHAT J/K Makanan 11.00 pagi – 12.00 tengahari Slot 3 Pengurusan Organisasi Pn. Wan Noor Faizeah Bt Wan Mohamad 12.00 tengahari – 1.00 petang Slot 4 Sistem Permainan En. Faiezal Azmi B Mohd Yusop 1.00 petang – 2.00 petang Rehat dan Solat Zohor J/K Makanan 2.00 petang – 3.00 petang Slot 5 Modified Games dan Pertandingan Kecil En. Ban Boon Keat 3.00 petang – 3.30 petang Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil J/K Juruacara Majlis Sumber Perbelanjaan Kem Sukan Sekolah BIL SUMBER JUMLAH 1. Peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia RM 500.00 2. Bantuan Sukan Sekolah ( BSS ) RM 150.00 Anggaran Perbelanjaan Kem Sukan Sekolah Bil. Perkara/Barang Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Hadiah (Hamper) Johan : RM 50 Naib johan : RM 40 Tempat Ketiga : RM 30 Saguhati : RM 30 1 1 1 1 50.00 40.00 30.00 30.00 150.00 2. Makanan peserta kursus. Pagi ii) Tengah hari 60 orang 60 orang 2.50 4.00 150.00 240.00 3. Fail dan Alat Tulis Peserta. 40 set 1.50 60.00 4. Perbelanjaan Runcit ( kertas Mahjung, Pen Marker, Kertas A4,Bateri ) 50.00 Jumlah RM 650.00 Penutup Kem Sukan Peringkat Sekolah tahun 2013 SMK Toh Indera Wangsa Ahmad yang merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia diharapkan dapat membantu murid dan guru penasihat dalam menyusun atur program tahunan atau pertandingan kelab sukan dan permainan masing-masing dengan lancarnya. Selain itu, ia boleh memberi dorongan kepada murid supaya lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan seterusnya menaikkan nama baik SMK Toh Indera Wangsa Ahmad. Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan. Disediakan Oleh, ............................................... Disemak Oleh, ................................................... Diluluskan Oleh, .................................................