[go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
Versi 2017_Sentul Dasar dan Hala Tuju 2017 – 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Terbilang Contoh Hasil Perbengkelan Pemudah Cara Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands abdulrazakal@iab.edu.my srikemuningindah.blogspot.com Kumpulan NPQEL Ambilan 2/2013 Kumpulan SB3 IPG Keningau, Sabah 22 – 25 Julai 2013 Untuk ______________________________________ [nama peserta] Contoh ini adalah bagi tujuan pembelajaran. RANGKA KERJA MEMBINA PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI Visi Nilai Misi JANGKA MASA PANJANG JANGKA MASA PENDEK (3 – 5 TAHUN) (1 TAHUN) Objektif 1 … Strategi 1 Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 1 Pelan Taktikal Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4 Pelan Operasi 1 Strategi 2 Objektif 2 … Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2 Pelan Operasi 2 Strategi 3 dan … Objektif 3 … Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 3 Pelan Operasi 3 Pelan Operasi 4 MISI “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” VISI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” 1 MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Melestarikan Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal Sistem Keteraturan, teratur Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik Berkualiti Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya Membangun Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid Potensi Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan Individu Murid Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan Aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan 5 ASPIRASI SISTEM (Aspirasi = Cita-cita, Hasrat) Akses: 100% enrolmen (murid yang berdaftar) merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020. Kualiti: Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Ekuiti: 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020. Perpaduan: Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 6 ASPIRASI MURID Pengetahuan: Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia. Kemahiran Berfikir: Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. 2 Kemahiran Memimpin: Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal. Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingggeris, digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Etika Kerohanian: Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat. Identiti Nasional: Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosio ekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Terbilang (SMKST) berusaha atau giat membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan dibangunkan oleh SMKST dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik kualitinya; tinggi nilainya. VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik Berkualiti Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya Insan Manusia (murid) Terdidik Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih Negara Malaysia Sejahtera Bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat SMKST adalah institusi yang memberi ilmu pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur. 3 NILAI Kolaboratif; Kepelbagaian; Kecemerlangan; Inovasi; Integriti; Hormat Kolaboratif Semua warga SMKST mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan. Kepelbagaian Semua warga SMKST akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Kecemerlangan Semua warga SMKST akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah elok / indah / gemilang. Inovasi Semua warga SMKST akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Integriti Semua warga SMKST menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan. Hormat Semua warga SMKST mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima kehendak atau pendapat orang lain PIAGAM PELANGGAN Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Terbilang komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami Murid Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula. Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 2 hari selepas latihan diserahkan. Kepada Guru Dan Kakitangan Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan. Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan serahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima. Kepada Waris (Ibu Bapa / Penjaga) Setiap aduan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 minggu aduan diterima. Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas dilaksanakan. 4 MATLAMAT STRATEGIK Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid Pencapaian prestasi sukan dan kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. Pencapaian prestasi pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang. KRA1 Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid KRA2 Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid KRA3 Pencapaian prestasi sukan & kokurikulum yang tinggi oleh semua murid KRA4 Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah yang cemerlang Empat (4) Bidang Keberhasilan Utama Sekolah 5 OBJEKTIF Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. 1A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Lebih daripada 93.00 peratus murid lulus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2019. Lebih daripada 1.75 peratus murid memperoleh ‘A’ semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2019. Kurang daripada 2.39 Gred Purata Sekolah dalam dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2019. 1B PT3, Pentaksiran Pusat (PP) Tingkatan 3 Lebih daripada 99.00 peratus murid memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya ‘E’ (Tahap Minimum) semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 pada tahun 2019. Lebih daripada 4.25 peratus murid memperoleh pencapaian ‘A’ (Tahap Cemerlang) semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 pada tahun 2019. Kurang daripada 5.19 Gred Purata Sekolah dalam Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 pada tahun 2019. 1C Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Tingkatan 5 Lebih daripada 96.00 peratus murid layak mendapat sijil (lulus Bahasa Melayu, Sejarah) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2019. Lebih daripada 1.75 peratus murid memperoleh ‘A’ semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2019. Kurang daripada 4.75 Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2019. 1D Literasi dan Numerasi 100.00 peratus murid mencapai menguasai literasi Bahasa Melayu pada tahun 2019. Lebih daripada 99.00 peratus murid menguasai standard literasi Bahasa Inggeris pada tahun 2019. 100.00 peratus murid mencapai menguasai numerasi pada tahun 2019. 1E Kemahiran Dwibahasa Lebih daripada 73.00 peratus murid menguasai tahap minimum kemahiran dwibahasa (mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) pada tahun 2019. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid. 2A Sikap dan Tingkah Laku Positif Murid (Pembangunan Kemahiran Insaniah - soft skill) Lebih daripada 98.00 murid memperlihatkan sikap dan tingkah laku positif secara dominan (berdasarkan senarai semak Pembangunan Kemahiran Insaniah – Soft Skill) pada tahun 2019. 6 [1 - Tanggungjawab Sosial; 2 - Menghargai Alam Sekitar; 3 - Etika, Moral dan Profesionalisme; 4 - Kerohanian / Spiritual; 5 - Komunikasi; 6 - Berfikiran Kritikal & Menyelesaikan Masalah; 7 - Kepemimpinan; 8 - Kerja Sepasukan; 9 - Keusahawanan; 10 – Pengurusan; 11 - Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 12 - Pembelajaran Sepanjang Hayat; 13 - Globalisasi;.] 2B Salah Laku Disiplin Lebih daripada 97.75 peratus murid tidak tercatat melakukan kes ringan pada tahun 2019. Lebih daripada 98.75 peratus murid tidak tercatat melakukan kes sederhana pada tahun 2019. Lebih daripada 99.50 peratus murid tidak tercatat melakukan kes berat pada tahun 2019. 2C Kehadiran Ke Sekolah Lebih daripada 96.00 peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2019. Lebih daripada 96.00 peratus murid hadir ke sekolah melebihi 95.00 peratus kehadiran setahun setiap murid pada tahun 2019. 2D Ujian PAFA 100 peratus murid lulus ujian PAFA pada tahun 2019. Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. 3A Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, PAJSK Lebih daripada 81.50 peratus murid mencapai purata nilai gred kumulatif kokurikulum sekurang-kurang 60.00 pada tahun 2019. 3B Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, SEGAK Lebih daripada 98.50 peratus murid memperoleh Indeks Jisim Badan (BMI) tahap normal pada tahun 2019. 100 peratus murid memperoleh Gred B Ujian Kecergasan Fizikal Murid pada tahun 2019. 3C Pencapaian Sukan dan Permainan 9 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat daerah dalam sukan dan permainan pada tahun 2017 – 2019. 5 pencapaian tempat pertama di peringkat daerah dalam sukan dan permainan pada tahun 2017 – 2019. 3D Pencapaian Ko-Akademik 9 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat daerah dalam ko-akademik pada tahun 2017 – 2019. 4 pencapaian tempat pertama di peringkat daerah dalam ko-akademik pada tahun 2017 – 2019. 3E Pencapaian Badan Beruniform 7 4 pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat daerah dalam badan beruniform pada tahun 2017 – 2019. 2 pencapaian tempat pertama di peringkat daerah dalam badan beruniform pada tahun 2017 – 2019. Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah yang cemerlang 4A Penarafan Sekolah berdasarkan SKPM Sekolah berada dalam band 4 pada tahun 2019. Lebih daripada 66.00 peratus Skor Komposit Sekolah pada tahun 2019. 4B Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh Guru 95.00 peratus guru memperolehi tahap cemerlang pengajaran dan pembelajaran (berdasarkan instrumen pencerapan PdP) pada tahun 2019. 4C Prestasi Kewangan Sekolah menerima Laporan Audit Tanpa Teguran Sangat Baik pada tahun 2019. 4D Penarafan Prestasi Keselamatan Makanan Kantin / Dapur Asrama Sekolah memperolehi Status Keselamatan Makanan Kantin pada tahap baik pada tahun 2019. Sekolah memperolehi Status Keselamatan Makanan Dapur Asrama pada tahap baik pada tahun 2019. 4E Penarafan Prestasi Kebersihan Tandas Sekolah memperolehi Status Kebersihan Tandas pada tahap baik pada tahun 2019. 4F Penarafan Prestasi Sekolah Selamat Sekolah memperolehi Status Sekolah Selamat pada tahap baik pada tahun 2019. 4G Kepuasan Pelanggan Kurang daripada 5 bilangan aduan pelanggan yang diterima sekolah pada tahun 2019. Skor Tahap Kepuasan Pelanggan melebihi skor >3.90 pada tahun 2019. 4H Penglibatan Ibu Bapa Lebih daripada 70.00 peratus kehadiran ibu bapa ke program sekolah pada tahun 2019. 4I Hubungan Luar Lebih daripada 4 sekolah luar hadir melaksanakan penandaarasan pada tahun 2019. 4J Sarana Sekolah Sekolah memperolehi ... 8 Tahap Cemerlang aspek Iklim Sekolah pada tahun 2019. Tahap Cemerlang aspek Komunikasi Berkesan pada tahun 2019. Tahap Cemerlang aspek Sokongan Terhadap Kejayaan Murid pada tahun 2019. Tahap Cemerlang aspek Tanggungjawab Bersama pada tahun 2019. Tahap Cemerlang aspek Keputusan Bersama pada tahun 2019. Tahap Cemerlang aspek Kerjasama Dengan Komuniti pada tahun 2019. 4K Sarana Ibu Bapa Sekolah memperolehi ... Kurang daripada 5.00 peratus tahap Asas penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2019. 45.00 peratus tahap Sedang penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2019. Lebih daripada 50.00 peratus tahap Cemerlang penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak pada tahun 2019. 9 10 10 Jadual 1_2017 - 2019 PELAN STRATEGIK PPW TERBILANG KUALA LUMPUR 2017 – 2019 ASPIRASI SISTEM Akses; Kualiti; Ekuiti; Perpaduan; Kecekapan ASPIRASI MURID Pengetahuan; Kemahiran Berfikir; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dwibahasa; Etika dan Kerohanian; Identiti Nasional MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, STRATEGI / INISIATIF 11 Isu Strategik Matlamat Strategik Objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sasaran Strategi / Inisiatif TOV [2016] 2017 [AR] 2018 [AR] 2019 [AR] 1. Pencapaian prestasi akademik yang masih rendah oleh semua murid. 2. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid masih pada tahap sederhana 3. Pencapaian prestasi sukan & kokurikulum yang tinggi oleh semua murid masih belum mencapai standard 4. Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah yang masih belum cemerlang 1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. 2. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid 3. Pencapaian prestasi sukan & kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. 4. Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah yang cemerlang 1A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 1B PT3, Pentaksiran Pusat (PP) Tingkatan 3 1C Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Tingkatan 5 1D Linus 1E Kemahiran Dwibahasa 2A Sikap dan Tingkah Laku Positif Murid (Pembangunan Kemahiran Insaniah - soft skill) 2B Salah Laku Disiplin 2C Kehadiran Ke Sekolah 2D PAFA 3A Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum PAJSK Sukan / Permainan; Kelab / Persatuan; Badan Beruniform Ekstra Kurikulum 3B Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan SEGAK 3C Pencapaian Sukan dan Permainan 3D Pencapaian Ko-Akademik 3E Pencapaian Badan Beruniform 4A Penarafan Sekolah Berdasarkan SKPM 4B PdP Guru 4C Prestasi Kewangan 4D Penarafan Prestasi Keselamatan Makanan Kantin / Dapur Asrama 4E Penarafan Prestasi Kebersihan Tandas 4F Penarafan Prestasi Sekolah Selamat 4G Kepuasan Pelanggan 4H Penglibatan Ibubapa 4I Hubungan Luar 4J Sarana Sekolah 4K Sarana Ibu Bapa % Murid Lulus % Murid Memperoleh ‘A’ Semua Mata Pelajaran Gred Purata Sekolah % Murid Memperoleh Sekurang-kurangnya ‘E’ (Tahap Minimum) Semua Mata Pelajaran % Murid Memperoleh ‘A’ (Tahap Cemerlang) Semua Mata Pelajaran Gred Purata Sekolah % Murid Layak Mendapat Sijil (Lulus BM, SJ) % Murid Memperoleh ‘A’ Semua Mata Pelajaran Gred Purata Sekolah % Murid Menguasai Literasi Bahasa Melayu % Murid Menguasai Literasi Bahasa Inggeris % Murid Menguasai Numerasi % Murid Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerid (Tahap Minimum) % Murid Memperlihatkan 13 sikap dan tingkah laku positif secara dominan (berdasarkan senarai semak Pembangunan Kemahiran Insaniah - soft skill) a. Tanggungja-wab Sosial b. Menghargai Alam Sekitar c. Etika, Moral dan Profesio-nalisme d. Kerohanian / Spiritual; e. Komunikasi; f. Berfikiran Kritikal & Menyelesaikan Masalah; g. Kepimpinan; h. Kerja Sepasukan; i. Keusaha-wanan; j. Pengurusan; k.Teknologi Maklumat dan Komunikasi; l. Pembelajar-an Sepanjang Hayat; m. Globalisasi;. % Murid Tidak Tercatat Melakukan Kes Ringan % Murid Tidak Tercatat Melakukan Kes Sederhana % Murid Tidak Tercatat Melakukan Kes Berat % Kehadiran * Indeks KPM % Murid Hadir Ke Sekolah Melebihi 95.00 Peratus Kehadiran Setahun % Lulus % Murid Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) Sekurang-kurangnya 60.00 >Penglibatan; >Penyertaan >Prestasi >Nama Jawatan >Anugerah Khas >Khidmat Masy.; >Program Nilam % Murid Memperoleh Indeks Jisim Badan (BMI) Tahap Normal % Murid Memperoleh Gred B Norma Ujian Kecergasan Fizikal Murid Bilangan Pencapaian Sekurang-kurangnya Tempat Ke Tiga Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Bilangan Pencapaian Tempat Pertama Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Bilangan Pencapaian Sekurang-kurangnya Tempat Ke Tiga Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Bilangan Pencapaian Tempat Pertama Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Bilangan Pencapaian Sekurang-kurangnya Tempat Ke Tiga Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Bilangan Pencapaian Tempat Pertama Di Peringkat Daerah Dalam Tempoh 3 Tahun Band Sekolah Skor Komposit % Peratus Guru Memperolehi Tahap Cemerlang PdP (berdasarkan instrumen pencerapan PdP) Laporan Audit T_TM – Berteguran, Tidak Memuaskan T_KM – Berteguran, Kurang Memuaskan TT_M – Tanpa Teguran, Memuaskan TT_B – Tanpa Teguran, Baik TT_SB – Tanpa Teguran, Sangat Baik Status Keselamatan Makanan Kantin Status Keselamatan Makanan Dapur Asrama Status Kebersihan Tandas Status Sekolah Selamat Bilangan Aduan Pelanggan Skor Tahap Kepuasan Pelanggan % Kehadiran Ibubapa Ke Program Sekolah Bilangan Sekolah Luar Hadir Melaksanakan Penandaarasan Tahap Pencapaian Aspek Iklim Sekolah Tahap Pencapaian Aspek Komunikasi Berkesan Tahap Pencapaian Aspek Sokongan Terhadap Kejayaan Murid Tahap Pencapaian Aspek Tanggungjawab Bersama Tahap Pencapaian Aspek Keputusan Bersama Tahap Pencapaian Aspek Kerjasama Dengan Komuniti % Tahap Asas Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-anak. % Tahap Sederhana Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-anak. % Tahap Cemerlang Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-anak. 88.50 1.00 2.45 93.00 3.50 5.25 95.00 1.00 5.50 97.00 96.00 98.00 70.00 92.00 97.00 98.00 98.75 90.23 *95.00 95.00 98.00 80.00 97.00 91.00 8 Bola Sepak Bola Jaring Hoki Sepak Takraw 1 Sepak Takraw 2 Pantun Bahas BI Pidato Bahas BM 3 Bahas BM 1 Penga-kap - 5 58.00 80.00 TTM Bahaya Berisi-ko Memu-askan Berisi-ko 20 3.75 40.00 Tiada Asas Asas Asas Asas Asas Asas 50.00 45.00 5.00 >90.00 >1.25 <2.43 >95.00 >3.75 <5.23 >95.50 >1.25 <5.25 >98.00 >97.00 >99.00 >71.00 >94.00 >97.25 >98.25 >99.00 >92.00 *95.00 >95.50 100.00 >80.50 >97.50 94.00 3 1 3 1 1 - 4 >61.00 >85.00 TTM Memu-askan Memuaskan Baik Memu-askan <15 >3.80 >50.00 >2 Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana <40.00 >45.00 >15.00 >91.50 >1.50 <2.42 >97.00 >4.00 <5.21 >95.75 >1.50 <5.00 >99.00 >98.00 100.00 >72.00 >96.00 >97.50 >98.50 >99.25 >94.00 *95.00 >95.75 100.00 >81.00 >98.00 97.00 3 2 3 1 1 1 4 >63.00 >90.00 TTB Baik Baik Baik Baik <10 >3.85 >60.00 >3 Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana Seder-hana <30.00 >45.00 >25.00 >93.00 >1.75 <2.39 >99.00 >4.25 <5.19 >96.00 >1.75 <4.75 100.00 >99.00 100.00 >73.00 >98.00 >97.75 >98.75 >99.50 >96.00 *95.00 >96.00 100.00 >81.50 >98.50 100.00 3 2 3 2 2 1 4 >66.00 >95.00 TTSB Baik Baik Baik Baik <5 >3.90 >70.00 >4 Baik Baik Baik Baik Baik Baik <20.00 >45.00 >35.00 1 Fokus Jelas dan Dikongsi – Memastikan guru-kakitangan dan ibu bapa tahu di mana mereka akan pergi dan mengapa. Fokus adalah untuk mencapai misi-visi yang dikongsi dan semua memahami peranan mereka dalam mencapai misi-visi. Fokus dan misi-visi dibangunkan daripada kepercayaan dan nilai-nilai yang sama, mewujudkan arah yang konsisten untuk semua yang terlibat. Sekolah ini mempunyai tujuan kewujudannya (hala tuju) yang jelas. Guru-guru dan kakitangan mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang sekolah sedang cuba mencapainya. Guru-guru dan kakitangan berkongsi kefahaman tentang apa yang pihak sekolah ingin mencapainya. Guru-guru dan kakitangan adalah komited (menunjukkan sikap memberikan sepenuh tenaga dan perhatian) untuk mencapai matlamat sekolah. Guru-guru dan kakitangan sentiasa memastikan matlamat sekolah di fikiran mereka apabila membuat keputusan penting. Penekanan utama sekolah adalah meningkatkan pembelajaran murid. 2 Standard dan Jangkaan yang Tinggi untuk Semua Murid – Membina kepercayaan guru-guru dan kakitangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai standard yang tinggi. Mengambil kira bahawa beberapa murid mesti mengatasi halangan-halangan yang ketara, halangan-halangan ini tidak dilihat sebagai tidak dapat diatasi. Murid ditawarkan dengan pembelajaran yang bercita-cita tinggi dan ketat. Semua murid dijangkakan mencapai standard yang tinggi. Guru-guru buat apa sahaja untuk membantu semua murid mencapai standard akademik yang tinggi. Guru-guru percaya semua murid boleh belajar konsep-konsep yang kompleks. Semua murid sentiasa dicabar oleh kurikulum yang rapi dan ketat. Guru-guru menggunakan strategi yang berkesan untuk membantu murid berprestasi rendah mencapai standard akademik yang tinggi. 3 Kepimpinan Sekolah Berkesan – Membangunkan kepimpinan pengajaran dan pentadbiran berkesan yang diperlukan untuk melaksanakan proses perubahan. Pemimpin berkesan secara proaktif mendapatkan bantuan yang diperlukan. Mereka memupuk program pengajaran dan budaya sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan perkembangan profesional. Pemimpin yang berkesan mempunyai gaya dan peranan yang berbeza – guru dan kakitangan lain. Guru-guru dan kakitangan menunjukkan gaya kepimpinan mereka dalam beberapa cara. Pemimpin sekolah menyokong pengajaran yang berkesan untuk semua murid. Mereka yang memimpin bertindak dengan integriti. Pentadbir sekolah mengambil kira pelbagai pandangan apabila membuat keputusan. Pemimpin sekolah memastikan guru-guru bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran murid. Guru-guru dan kakitangan berasa suka dengan kepimpinan sekolah kerana mengambil berat tentang mereka. 12 4 Kerjasama dan Komunikasi Tahap Tinggi – Membina kerjasama yang kuat di kalangan guru-guru di semua peringkat dan dengan kakitangan yang lain. Semua orang terlibat dan saling berkait antara satu sama lain, termasuk ibu bapa dan anggota komuniti untuk mengenal pasti masalah dan bekerja terhadap penyelesaian. Sekolah ini menggunakan sistem bagi mendapatkan pelbagai perspektif apabila membuat keputusan. Guru-guru membincangkan isu-isu pengajaran secara tetap. Guru-guru dan kakitangan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan isu-isu sekolah. Guru-guru dan kakitangan bekerja dalam pasukan di semua peringkat gred untuk membantu murid meningkatkan pembelajaran. Guru-guru dan kakitangan secara tetap kerja bersama-sama untuk merancang apa yang akan diajar. Guru-guru berkomunikasi secara kerap dengan keluarga murid-murid mereka. Guru-guru dan kakitangan mempercayai satu sama lain 5 Kurikulum, Pengajaran dan Penilaian Selaras dengan Standard – Memastikan kurikulum sebenar dan dirancang sejajar dengan keperluan pembelajaran akademik yang asas. Strategi pengajaran dan bahan-bahan yang digunakan berasaskan penyelidikan. Kakitangan memahami peranan penilaian bilik darjah dan negeri, apa ukuran penilaian, dan bagaimana kerja murid dinilai. Pelaksanaan kurikulum di sekolah sejajar dengan standard kebangsaan (kurikulum kebangsaan). Guru-guru memahami dengan baik standard kebangsaan (kurikulum kebangsaan) dalam bidang yang mereka mengajar. Bahan-bahan pengajaran yang sejajar dengan standard kebangsaan (kurikulum kebangsaan) disediakan untuk guru. 13 Pengajaran diasaskan kepada apa yang murid-murid sudah tahu. Kerja sekolah adalah bermakna kepada murid-murid. Guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan dan aktiviti untuk membantu murid belajar. Aktiviti-aktiviti di bilik darjah merangsang intelektual. Guru-guru tahu penyelidikan yang menjadi asas strategi pengajaran yang digunakan. Guru-guru menggunakan keputusan penilaian pembelajaran murid untuk membantu merancang aktiviti pengajaran. 6 Pemantauan Pengajaran-Pembelajaran yang Kerap – Melaksanakan satu kitaran penilaian yang berbeza bagi mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan. Lebih banyak sokongan dan masa pengajaran disediakan, sama ada waktu persekolahan biasa atau di luar waktu persekolahan biasa. Pengajaran diselaraskan berdasarkan pemantauan kemajuan dan keperluan murid yang kerap. Keputusan penilaian digunakan untuk memberi tumpuan dan memperbaiki program pengajaran. Murid-murid menerima maklum-balas secara tetap mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk memperbaiki pembelajaran mereka. Murid-murid menerima bantuan lebih daripada biasa jika mereka memerlukannya. Guru-guru mengubahsuai amalan pengajaran mereka berdasarkan maklumat penilaian bilik darjah. Guru-guru menerima maklum-balas secara tetap mengenai bagaimana mereka lakukan dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi fokus pemerhatian dan penilaian kepada guru-guru. Guru-guru memberi maklum balas antara satu sama lain untuk membantu memperbaiki amalan pengajaran. Hasil kerja yang berkualiti tinggi dijangka daripada orang dewasa yang bekerja di sekolah. 14 7 Memberi Fokus Pembangunan Profesional – Memberi penekanan pada latihan guru-guru dan kakitangan dalam bidang yang paling memerlukan. Maklum balas daripada pengajaran-pembelajaran fokus penting pembangunan profesional yang luas dan berterusan. Sokongan itu juga sejajar dengan misi-visi dan objektif sekolah atau daerah. Keputusan penilaian akan digunakan untuk menentukan aktiviti pembelajaran profesional. Guru-guru dan kakitangan akan mendapatkan bantuan dalam bidang yang diperlukan untuk mempertingkatkan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti pembangunan profesional adalah konsisten dengan matlamat sekolah. Saya mempunyai cukup peluang untuk berkembang secara profesional. Guru-guru dan kakitangan yang berbeza dari masa ke semasa mengetuai aktiviti pembangunan profesional untuk guru-guru dan kakitangan lain. Guru-guru melihat diri mereka sebagai orang yang belajar dan juga guru. 8 Persekitaran Pembelajaran Menyokong – Memastikan sekolah mempunyai persekitaran yang selamat, sivil, sihat dan secara intelektual merangsang pembelajaran. Murid rasa dihormati dan mempunyai hubungan dengan guru-guru dan kakitangan dan terlibat dalam pembelajaran. Pengajaran bersifat peribadi dan persekitaran pembelajaran yang kecil meningkatkan hubungan murid dengan guru. Murid-murid berasa selamat berada di sekolah sewaktu sesi persekolahan. Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk pembelajaran. Guru-guru menunjukkan sikap mengambil berat semua murid mereka. Guru-guru dan kakitangan menghormati warisan budaya murid. Murid-murid menghormati murid lain yang berbeza daripada mereka. Pengajaran disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu murid. Masalah disiplin murid adalah diurus dengan baik. Guru-guru dan kakitangan berasa bebas untuk menyatakan idea dan pendapat sesama mereka. 15 9 Penglibatan Keluarga dan Komuniti Tahap Tinggi – Membangunkan rasa yang semua mempunyai tanggungjawab untuk mendidik murid, bukan hanya guru-guru dan kakitangan sekolah. Keluarga, ahli perniagaan, agensi-agensi perkhidmatan sosial, dan komuniti kolej / universiti semuanya memainkan peranan yang penting dalam usaha ini. Guru-guru dan kakitangan yakin yang murid-murid akan belajar dengan lebih baik melalui sokongan keluarga yang berkesan. Sekolah ini bekerjasama dengan banyak organisasi komuniti untuk menyokong muridnya. Sekolah membuat usaha khas untuk menghubungi keluarga murid yang sedang berhadapan masalah. Guru-guru kerap berhubung dengan ibu bapa murid mereka. Sekolah ini menyediakan maklumat yang mencukupi untuk keluarga murid mengenai cara untuk membantu anak-anak mereka berjaya di sekolah. Ramai ibu bapa terlibat sebagai sukarelawan di sekolah. 10 Memberi Fokus Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft skill) Murid 10.1 Tanggungjawab Sosial Bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Bertanggungjawab terhadap orang lain. Prihatin terhadap masalah sendiri. Prihatin terhadap masalah orang lain. Bersemangat patriotik dengan menyertai aktiviti yang berkaitan. Menghormati orang lain. Toleransi terhadap kepelbagaian budaya. 10.2 Menghargai Alam Sekitar Menyokong aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penghargaan alam sekitar. Memberi respons positif terhadap keperluan menjaga alam sekitar. 16 Menunjukkan tingkah laku menjaga alam sekitar. Melibatkan diri dengan aktiviti menjaga alam sekitar secara berterusan. 10.3 Etika, Moral dan Profesionalisme Menampilkan pemakaian santun dan sesuai dengan keperluan. Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya. Melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah. Menerima teguran secara positif dan memperbaiki diri. Mengurus dan menepati masa. 10.4 Kerohanian / Spiritual; Mengikuti aktiviti kerohanian yang diluluskan oleh pihak sekolah. Bertingkah laku selaras dengan nilai kerohanian agama (contoh: sabar, bersopan, lemah lembut dan tabah) Bertingkah laku secara jujur dalam semua keadaan. Memberi respons secara positif terhadap aktiviti kerohanian. 10.5 Komunikasi; Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh dan nada suara). Memberi maklum balas terhadap isu-isu yang dikemukakan pada setiap peringkat melalui saluran yang sedia ada (melalui peti aduan dll.) Menyampaikan idea secara lisan dengan berkesan. Menyampaikan idea secara bertulis dengan berkesan. Membuat pembentangan secara menyakinkan dan berkesan. Melakukan perundingan sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki. Menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan. Membuat rumusan dengan berkomunikasi. 17 10.6 Berfikiran Kritikal & Menyelesaikan Masalah; Mengenal pasti dan mensintesiskan (proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan;) masalah dengan tepat. Menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Membezakan dengan jelas fakta dengan pendapat. Mengenal pasti konteks serta skop isu / permasalahan yang dikaji dengan jelas. Mengenal pasti kemungkinan berlaku ketidakadilan atau bias. Membuat keputusan dengan tepat. Menjelaskan implikasi keputusan yang dibuat. Mempersembahkan maklum balas terhadap keputusan secara objektif. 10.7 Kepimpinan; Bersedia menerima tanggungjawab (melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sehingga selesai). Menerima dan mengambil kira pandangan orang lain. Berkebolehan merancang dan mengurus dengan cekap dan berfokus pada matlamat kumpulan organisasi. Kebolehan memberi arahan dengan jelas dan mengagihkan tugas dengan baik. Kebolehan memimpin perundingan secara bijaksana sehingga mencapai persetujuan. Berkebolehan membuat keputusan untuk kepentingan bersama. Berkebolehan mengenal pasti dan mengembangkan potensi ahli yang dipimpin. Melaksanakan tugasan kumpulan atau menyelesaikan masalah multi dimensi. 10.8 Kerja Sepasukan; Kebolehan membina kerja sepasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati. 18 Berkebolehan menjadi pemimpin atau menjadi pengikut mengikut kesesuaian konteks. Menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain. Boleh menerima kepelbagaian ahli kumpulan atau pasukan. Berkebolehan menyumbang kepada perancangan serta menyelaraskan usaha kumpulan atau pasukan. Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan. Membantu rakan-rakan secara proaktif (bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian). 10.9 Keusahawanan; Mencambahkan idea atau cadangan atau perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan. Mencadangkan idea atau inovasi baharu. Memilih maklumat yang sesuai dan mengaplikasikannya dalam kertas cadangan. Membentangkan cadangan yang menyakinkan berasaskan fakta dan penghujahan. Mempamerkan kebabasan dalam mengurus sumber dan melaksanakan perancangan. Menilai pulangan atau hasil kepada cadangan dan perancangan yang dibuat. 10.10 Pengurusan; Pempamerkan kemampuan untuk membuat perancangan aktiviti secara sistematik. Mempamerkan kemampuan untuk menyusun aktiviti dan tugasan yang diberi. Penurunan kuasa dan kebertanggungjawaban kepada individu lain. Memastikan pelaksanaan tugasan secara konsisten bersesuaian dnegan perancangan atau objektif. Mengkoordinasi aktiviti atau individu untuk membolehkan pelaksanaan tugasan secara berkesan. Membentangkan idea atau cadangan atau perancangan secara yegas berasaskan fakta serta penghujahan. 19 10.11 Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Menggunakan istilah teknologi maklumat dan komunikasi. Mengamalkan penggunaan komputer secara berkesan. Menguruskan fial elektronik secara cekap dan berkesan. Menggunakan internet secara cekap dan berkesan. Menggunakan teknik yang berkesan semasa melakukan penyelidikan elektronik. Menghasilkan dokumen atau bahan menggunakan perisian-perisian Microsoft. Menghasilkan penerbitan menggunakan prisian penerbitan mesa (Microsoft Publisher). Menjelaskan isu kesahihan, sosial dan etika berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. 10.12 Pembelajaran Sepanjang Hayat; Merancang strategi untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan. Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalaah secara kendiri. Mengaitkan keperluan maklumat dengan sumber. Memilih sumber yang berkualiti dengan cekap secara kendiri. Menentukan maklumat yang diperoleh mencukupi utuk menyokong kesimpulan. Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri. Membina struktur koheren (ada kesinambungan; keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain supaya mudah difahami) dan berfokus. Menggabungkan maklumat untuk membut keputusan dan penyelesaian. Menyusun semula maklumat penting supaya mudah dicapai bagi meningkatka kefahaman. 10.13 Globalisasi; Kecekapan pertuturan dalam Bahasa Inggeris dan selesa berhadapan dengan khalayak. 20 Membina struktur ayat yang bermakna dalam penulisan. Segera menyesuaikan diri dalam persekitaran pelbagai budaya. Gigih meneroka ilmu baharu secara kendiri. Menyatakan pendapat sendiri sepenuhnya secara bebas tanpa gentar dan gementar. Menjangkakan tekanan pada maa akan datang dan menyesuaikan perancangan untuk menghadapinya. Mengupayakan Guru Menggunakan Amalan Guru Berprestasi Tinggi 1 Kualiti Pengajaran – Menyampaikan pengajaran dan kemahiran yang mudah difahami, mudah dingati dan menyeronokkan murid. Guru merancang pengajaran terlebih dahulu. Guru pelbagai kaedah pengajaran. Guru mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman lepas murid. Guru menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Guru mempastikan ketepatan isi pelajaran. Guru memantau kemajuan dan kefahaman murid. Guru menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas dan mudah difahami. Pengajaran guru dapat menarik minat dan menyeronokkan murid untuk terus belajar. Guru banyak memberi latihan dan kerja rumah. Kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran atau buku teks diajar oleh guru. Guru mereka bentuk dan melaksanakan rancangan pengajaran supaya murid menggunakan pelbagai kemahiran berfikir seperti menganalisis dll. 2 Aras Pengajaran yang Sesuai –Melaksanakan pengajaran-pembelajaran bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid. Guru mengajar mengikut aras kebolehan murid. Guru mempraktikkan murid untuk cepat memahami konsep dan menguasai kemahiran asas. 21 Guru memastikan murid mempunyai sikap mahu belajar. Guru mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Guru memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas. Guru memastikan ketepatan dan mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang diajar dan penguasaan bahan yang berkaitan. Guru meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian murid 3 Insentif – Memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi. Guru memberitahu murid supaya belajar sampai ke universiti. Guru memberi ganjaran atau pujian kepada murid yang berusaha mencapai kejayaan. Guru memberi dendaan kepada murid yang malas belajar. Guru memberi semangat supaya murid belajar bersungguh-sungguh. 4 Masa – Memastikan pengajaran-pembelajaran yang cukup untuk murid mempelajari sesuatu pengetahuan dan kemahiran (time-on-task, guru memberi pelbagai latihan dan cukup masa untuk menyiapkan tugasan dan engaged time, guru menggunakan masa sepenuhnya seperti mana yang diperuntukkan untuk mengajar). Guru menggunakan masa sepenuhnya seperti mana yang diperuntukan untuk mengajar. Guru memberi pelbagai latihan/kerja dan cukup masa untuk menyiapkan latihan/kerja rumah. Guru masuk kelas untuk mengajar tepat pada waktunya. 22 Guru keluar selepas mengajar tepat pada waktunya. 22 TAMAT