Skip to main content

    Noorilham Ismail

    Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian... more
    Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian terdahulu tentang darurat di Tanah Melayu dengan menumpukan soal penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penekanan terhadap perkara ini adalah untuk menunjukkan bahawa Amerika Syarikat turut mempunyai kaitan dengan darurat kerana lazimnya perhatian hanya diberikan kepada British yang merupakan watak utama dalam konflik di Tanah Melayu. Tanpa mengetepikan pihak British di Tanah Melayu ketika darurat, kajian historiografi ini turut menyentuh kedudukan imperialis itu, di samping Negara Komanwel lain sepanjang peristiwa itu berlangsung. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menerusi analisis terhadap kajian darurat sejauh yang dapat ditanggapi. Kajian yang berbentuk tesis, buku, kertas kerja dan artikel jurnal telah dianalisis untuk menghasilkan perbincangan yang lebih objektif. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa historiografi darurat di Tanah Melayu yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat sememangnya mengandungi signifikan yang tersendiri dalam pembuktian penglibatan kuasa besar itu baik secara langsung atau tidak langsung dalam konflik 12 tahun tersebut.
    Kertas kerja ini menganalisis peranan yang dimainkan oleh barisan mufti Johor dalam pentadbiran negeri antara 1885-1941. Tempoh masa ini bermula dengan Perjanjian persahabatan Inggeris-Johor 1885 hingga kedatangan Jepun pada 1941 yang... more
    Kertas kerja ini menganalisis peranan yang dimainkan oleh barisan mufti Johor dalam pentadbiran negeri antara 1885-1941. Tempoh masa ini bermula dengan Perjanjian persahabatan Inggeris-Johor 1885 hingga kedatangan Jepun pada 1941 yang melibatkan era imperialisme British dari campur tangan secara tidak langsung sehingga kepada peletakan seorang residen sebagai penasihat Sultan Ibrahim. Perbentangan ini merangkumi zaman empat ofang mufti iaitu Dato' Syed Salim bin Abdullah Alattas, Dato' Abdullah bin Musa, Syed 'Abd Qadir bin Muhsin Al-'Attas dan Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad. Pembentangan ini memberi perhatian kepada dasar pentadbiran negeri Johor yang melibatkan kuasa mufti dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan negeri Johor menerima pengaruh daripada idea-idea mufti bermula dengan pengggubalan Undang Tubuh Kerajaan Johor, pengurusan ekonomi sehingga kepada penggubalan dasar pendidikan bagi mengekang dan mengimbangi imperialisme British terhadap negeri Johor
    Kajian ini menganalisis reaksi Amerika Syarikat dalam peristiwa darurat di Tanah Melayu, tahun 1948 hingga 1960. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji reaksi dan sebab-sebab yang telah mempengaruhi reaksi Amerika Syarikat dalam... more
    Kajian ini menganalisis reaksi Amerika Syarikat dalam peristiwa darurat di Tanah Melayu, tahun 1948 hingga 1960. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji reaksi dan sebab-sebab yang telah mempengaruhi reaksi Amerika Syarikat dalam tempoh darurat ini. Fokus akan diberikan kepada tindakan-tindakan Amerika Syarikat yang timbul kesan daripada reaksinya terhadap perisytiharan darurat ini dengan bersumberkan dokumen-dokumen seperti FRUS, NSC Series, The Department of State Bulletin, Pentagon Papers, laporan daripada CIA dan dokumen-dokumen British serta memoir yang diperoleh dari arkib sama ada di dalam atau luar negara. Berdasarkan sumber daripada dokumen-dokumen ini, reaksi Amerika Syarikat terhadap darurat di Tanah Melayu jelas kelihatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu, kajian ini telah menggunakan kaedah dalam disiplin sejarah seperti pencarian sumber di arkib, menganalisis dokumen, menterjemah fail-fail yang diperlukan dan menginterpertasi sumber. ...
    Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian... more
    Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian terdahulu tentang darurat di Tanah Melayu dengan menumpukan soal penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penekanan terhadap perkara ini adalah untuk menunjukkan bahawa Amerika Syarikat turut mempunyai kaitan dengan darurat kerana lazimnya perhatian hanya diberikan kepada British yang merupakan watak utama dalam konflik di Tanah Melayu. Tanpa mengetepikan pihak British di Tanah Melayu ketika darurat, kajian historiografi ini turut menyentuh kedudukan imperialis itu, di samping Negara Komanwel lain sepanjang peristiwa itu berlangsung. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menerusi analisis terhadap kajian darurat sejauh yang dapat ditanggapi. Kajian yang berbentuk tesis, buku, kertas kerja dan arti...
    The study aims to identify the manifestation of Character Based Education Pandemic in internationalization Dynamics. It also explore concept of character as a part of pandemic process throughout human life and investigate on how pandemic... more
    The study aims to identify the manifestation of Character Based Education Pandemic in internationalization Dynamics. It also explore concept of character as a part of pandemic process throughout human life and investigate on how pandemic plays role in character. In order to meet the purpose of the research, the qualitative approached, as it is in line with this particular study which is descriptive in nature. In accordance with many of the previous theories regarding the character based education in pandemic, it is found that the application of Character Based Education Pandemic of internationalization dynamics to be a better character. Improvement and successful program indirectly derived from manifestation of the characteristics of Character Based Education Pandemic namely faith in oneself, the aspiration towards excellence, the tenacity to challenge themselves, the engagement of support from others, and the continuous deliberate practice.  Through the act of character based educa...
    This study focuses on Ahmad bin Ya’qub Al-Johori’s educational ideas for female students, which is accepted in the curriculum of Johor government religious schools. The primary goal of this research is to highlight the idea of Al-Johori... more
    This study focuses on Ahmad bin Ya’qub Al-Johori’s educational ideas for female students, which is accepted in the curriculum of Johor government religious schools. The primary goal of this research is to highlight the idea of Al-Johori education as found in two of his works, Kitab Adab Perempuan Juzuk Yang Pertama and Kitab Adab Perempuan Juzuk Yang Kedua. This study also aims to demonstrate the importance of Al-Johori’s ideas on women’s education when the issue has been accepted by the community through teaching for female students in Johor religious schools from the 1920s to the 1930s. In this study, archival research methods were used to analyse each discussion, as well as Al-Johori’s work as the primary reference. The Johor Branch of the National Archives of Malaysia houses files from the Islamic Religious Department, the Johor State Secretary’s Office, and selected Kadi’s Offices. In each issue discussed, the primary documents were compiled, processed, analysed, and presented ...
    This study focuses on the idea of Ibn Khaldun’s governance by focusing on the Sultanate of Melaka in the 16th century. The primary goal of this research is to demonstrate the development of the Melaka Sultanate through the lens of cycle... more
    This study focuses on the idea of Ibn Khaldun’s governance by focusing on the Sultanate of Melaka in the 16th century. The primary goal of this research is to demonstrate the development of the Melaka Sultanate through the lens of cycle theory, the spirit of asabiyyah, and the concept of ‘umran as defined by Ibn Khaldun. The timeline discusses the early establishment of the Sultanate of Melaka until its fall at the start of Portuguese colonisation in 1511. The study used Muqaddimah and Sulalat us-Salatin (Sejarah Melayu) as the main source for discussion of various ideas to explain Ibn Khaldun's ideas about the reign of the Melaka sultanate from the 15th century to 16 AD. The qualitative method-guided analysis concluded that the Melaka Sultanate was built in accordance with Ibn Khaldun's theory of one-time rule. Thus, the intertextual differences employed are expected to yield an authoritative and informative argument on the relationship between Ibn Khaldun's ideas and t...
    Artikel ini mengkaji peranan yang dimainkan oleh mufti kerajaan Johor dalam mendepani imperialisme British dari tahun 1885 hingga 1941. Tumpuan diberi kepada peranan mufti dalam urusan berkaitan ekonomi dan sosial kerajaan Johor bagi... more
    Artikel ini mengkaji peranan yang dimainkan oleh mufti kerajaan Johor dalam mendepani imperialisme British dari tahun 1885 hingga 1941. Tumpuan diberi kepada peranan mufti dalam urusan berkaitan ekonomi dan sosial kerajaan Johor bagi memastikan kedudukan agama Islam terus dipertahankan di negeri tersebut. Berdasarkan sumber-sumber yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor dan sumber sekunder, makalah ini membincangkan pentadbiran empat orang mufti, terdiri daripada Dato’ Syed Salim Abdullah al-Attas, Dato’ Abdullah Musa, Syed ‘Abd Qadir Muhsin al-Attas dan Syed Alwi Tahir al-Haddad. Menerusi peranan yang dimainkan oleh keempat-empat mufti berkenaan, kajian ini menilai aspek ekonomi dan social dalam kerajaan Johor yang mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam muamalat dan aspek pendidikan. Kajian ini mendapati bahawa mufti kerajaan Johor dalam era tersebut memainkan peranan dalam aspek ekonomi dan sosial menerusi hujahan yang informatif dan autor...
    The implementation of the National Education Philosophy (NEP) at each stage of learning in the Malaysian education system will be the subject of this study. The primary goal that will be stressed is the implementation of the educational... more
    The implementation of the National Education Philosophy (NEP) at each stage of learning in the Malaysian education system will be the subject of this study. The primary goal that will be stressed is the implementation of the educational philosophy at the primary, secondary, and higher education levels. The emphasis would be on the areas covered in each level of education, whether academic or co-curricular in nature. This analysis will depend on educational reports from the Malaysian Ministry of Education, as well as memoirs, books, and newspapers. Such information will be analysed, compiled, and detailed in an authoritative and insightful narrative statement. Finally, this study will demonstrate that the use of NEP in Malaysian education has been consistent since its inception and continues to this day.