Skip to main content
    PENGENALAN Bab ini akan menjelaskan mengenai apakah persamaan dan perbezaan cara mengajar antara guru-guru Jepun dan Amerika. Tujuan utama dalam bab ini adalah bagi mengetahui bagaimana cara permulaan guru tersebut mengajar terutama dalam... more
    PENGENALAN Bab ini akan menjelaskan mengenai apakah persamaan dan perbezaan cara mengajar antara guru-guru Jepun dan Amerika. Tujuan utama dalam bab ini adalah bagi mengetahui bagaimana cara permulaan guru tersebut mengajar terutama dalam 6 bulan yang pertama. Kemudian, sedikit latar belakang mengenai guru-guru terbabit dan akhir sekali bagaimana guru terbabit menggubal kurikulum mereka sendiri dan sejauh mana mereka terlibat dalam proses menggubal kurikulum mereka sendiri. PERMULAAN MENGAJAR Guru-guru Amerika kebanyakkannya mempunyai kelulusan untuk mengajar. Majoriti sudah bersedia untuk mengajar walaupun masih belum menamatkan pengajian dan mereka juga mempunyai lebih pengalaman mengajar berbanding guru-guru Jepun. Nancy merupakan graduan literasi bahasa inggeris dari Universiti Tempatan dan bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan sebagai pengarang selama setahun. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengambil sijil perguruan di kolej tempatan. Sewaktu bekerja dengan syarikat penerbitan, nancy merasakan bahawa beliau tidak berminat untuk bekerja dengan berpandukan arahan dari pihak atasan semata-mata dan tiada hak untuk bersuara jika terdapat sebarang masalah. Akhirnya beliau ingin memulakan sesuatu yang dapat memberikannya cabaran dan beliau menganggap bidang perguruan merupakan bidang yang sesuai dengan apa yang beliau kehendaki. Sewaktu belajar, nancy menganggap bahawa kerjasama dari pihak guru merupakan pengaruh yang begitu kuat dalam membentuk ciri-ciri pengajaran dan teknik-teknik untuk mengajar. Beliau diberi keizinan untuk mengajar mengikut cara beliau sendiri, tidak terlalu mengikut buku teks sewaktu mengajar dan tidak terlalu meletakkan diri sendiri mengajar mengikut keselesaan sendiri malah digalakkan untuk mengajar luar dari kebiasaaan. Setelah temat pengajian, nancy cuba memohon untuk mengajar di sebuah sekolah di daerah Westville dan telah ditemuduga oleh pengetua sekolah tersebut. Mereka melihat segala
    Research Interests:
    Kertas konsep ini membincangkan pelbagai transformasi perubahan yang berlaku dalam aliran vokasional di mana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan kini digelar Kolej Vokasional (KV). Aliran vokasional sering... more
    Kertas konsep ini membincangkan pelbagai transformasi perubahan yang berlaku dalam aliran vokasional di mana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan kini digelar Kolej Vokasional (KV). Aliran vokasional sering dipandang rendah oleh masyarakat dan ibu bapa dan menganggap aliran ini sebagai aliran kelas kedua di mata mereka. Justeru, fokus utama kertas ini adalah untuk mengupas perubahan yang berlaku ketika menggunakan sistem lama iaitu sewaktu SMV dan transformasinya adalah KV di mana berfokus pada kurikulum, etika berpakaian, pengurusan & pentadbiran dan mod pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan Model John Hayes 2014 yang diaplikasikan ke arah transformasi yang dirancang. Terdapat juga beberapa implikasi yang berkaitan dengan transformasi ini yang memberi kesan kepada guru/pensyarah, pelajar dan juga ibu bapa.
    Kata kunci: Transformasi, Sekolah Menengah Vokasional (SMV), Kolej Vokasional (KV)
    Research Interests: