Abstrak Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah entiti koreksi yang profesional di negara ini. ... more Abstrak Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah entiti koreksi yang profesional di negara ini. Ia menyediakan program khusus bagi banduanita melalui Program Pembangunan Insan untuk memulihkan mereka, khususnya dari aspek sahsiah. Program ini turut menerapkan nilai-nilai Islam. Sehubungan itu, artikel ini mengupas nilai-nilai Islam yang diterapkan, dan menganalisis kaedah pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam melalui Program Pembangunan Insan. Artikel ini menggunakan kajian perpustakaan bagi mendapatkan informasi tentang nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program ini. Selain itu, beberapa metode kajian lapangan seperti dokumentasi, temu bual, pemerhatian turut serta dan cerapan digunakan untuk mendapatkan fakta sosial. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai dedikasi, kerjasama, tekun, tanggungjawab, bersih dan disiplin menjadi keutamaan dalam program ini selain daripada nilai-nilai lain yang seumpamanya. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi pelatih yang komited, bersungguh-s...
Proceeding –Malaysia International Convention on Education Research & Management(MICER), 2020
Setelah bebas dari penagihan dadah, mereka akan mula mencari pekerjaan berdasarkan kemahiran yang... more Setelah bebas dari penagihan dadah, mereka akan mula mencari pekerjaan berdasarkan kemahiran yang mereka ada. Namun setelah beberapa lama bekerja, mereka akan berhenti kerja atau diberhentikan oleh majikan. Alasan yang diberikan oleh majikan adalah kerana mereka mula menagih semula. Adakah benar mereka menagih semula, ataupun mereka sebenarnya diberhentikan kerana sebab- sebab yang lain. Bosan dengan kerja yang dilakukan kerana kurang minat atau tidak sesuai dengan kerja tersebut. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola minat kerjaya dan penyesuaian kerjaya dalam kalangan pelatih di Pusat Khidmat Cure & Care, AADK. Kajian ini menggunakan rekabentuk diskriptif dan korelasi. Seramai 93 orang pelatih Pusat Khidmat Cure & Care, AADK dipilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah Self-Directed Search (SDS) untuk mengukur minat kerjaya, sementara Career Adapt-Abilities Scale (CAAS) bagi mengukur penyesuaian kerjaya. Data dianalisis secara diskriptif dan korelasi. Keputusan kajian mendapati minat kerjaya pelatih tertumpu terhadap minat kerjaya Realistik (R), Sosial (S), dan Konvensional (C). Manakala tahap penyesuaian kerjaya pelatih berada pada tahap sederhana dan rendah. Keputusan analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara minat kerjaya dan penyesuaian kerjaya pelatih. Realistik(R) (r= .695, p> .05), Investigatif (I) (r= .447, p> .05), Artistik (A) (r= .042, p> .05), Sosial(S) (r= .649, p> .05), Enterprising (E) (r= .313, p> .05), Konvensional (C) (r= .566, p> .05). Namun hanya minat kerjaya Artistik (A) sahaja yang mempunyai hubungan signifikan dengan penyesuaian kerjaya (r= .042, p> .05), Implikasi kajian menjelaskan bahawa pelatih pusat khidmat memerlukan satu intervensi berkaitan kerjaya. Kajian susulan hendaklah memfokus terhadap kajian berbentuk intervensi kerjaya dalam kalangan pelatih yang mempunyai kesediaan sederhana dan rendah.

Uploads
Papers