Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di Malaysia sudah mencapai lebih kurang 4 ... more Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di Malaysia sudah mencapai lebih kurang 4 tahun. Walaupun banyak program dilaksanakan sematamata untuk membantu guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan ini, namun kita tidak mengetahui sejauh mana penerimaan atau pendapat mereka terhadap programprogram yang telah dijalankan serta kemudahan yang disediakan. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau persepsi guru serta mengkaji perbezaan pendapat di antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap latihan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris dari aspek sosial, persekitaran, emosi dan pembelajaran. Soal selidik yang terdiri daripada 22 soalan berserta skala Likert 5 mata telah diedarkan. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi untuk keseluruhan item ialah 0.85. Responden adalah terdiri daripada 35 orang guru dari 3 buah sekolah di daerah Johor Bahru dan 2 buah sekolah di daerah Kulai. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS 10.0). Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap latihan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris dari aspek sosial, persekitaran, emosi dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis data menggunakan ujian t menunjukkan tidak wujud sebarang perbezaan yang signifikan antara pendapat guru lelaki dan guru perempuan terhadap latihan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Ringkasnya, kajian ini menggambarkan kebanyakan guru berpendapat fasilitator menggunakan bahasa yang mudah ketika kursus, perisian pendidikan kurang berkesan kepada pelajar, mereka lebih positif terhadap penggunaan multimedia serta kursus ETeMS sedikit sebanyak membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak tertentu dicadangkan mencari inisiatif supaya kualiti latihan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.
Penggunaan medium teknologi dalam bidang pendidikan pada masa kini sudah tidak asing lagi. Majala... more Penggunaan medium teknologi dalam bidang pendidikan pada masa kini sudah tidak asing lagi. Majalah elektronik (e-majalah) adalah merupakan antara majalah atas talian yang berkonsepkan majalah multimedia yang melibatkan beberapa elemen media seperti audio, video, text, grafik dan hyperlink. Majalah web matematik dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Majalah web matematik ini dibangunkan dengan menggunakan gabungan perisian pengurusan kursus dan pengurusan maklumat. Bagi tujuan pembangunan majalah web matematik ini model ADDIE digunakan sebagai panduan rekabentuk instruksi manakala rekabentuk majalah web berasaskan Sosial Konstruktivisme. Model ARCS pula diterapkan dalam setiap artikel dan aktiviti yang meliputi elemen perhatian (Attention), perkaitan (Relevance), keyakinan (Confident) dan kepuasan (Satisfaction) supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Fokus projek pembangunan ini hanya membincangkan untuk dua ruangan sahaja iaitu Pelajari Matematik dan Kuiz Matematik Tambahan. Ruangan Pelajari Matematik lebih kepada menerangkan mengenai teknik-teknik atau kaedah yang mudah untuk pelajar gunakan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar skor semasa peperiksaan. Ruangan Kuiz Matematik Tambahan pula lebih menjurus kepada soalan-soalan menguji tahap kefahaman asas mereka. Pembangun mengharapkan agar dengan wujudnya majalah web matematik ini dapatlah membantu para pelajar mengetahui bidang matematik yang sangat meluas dan menjangkau sehingga luar bilik darjah.
Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada me... more Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada media pengajaran yang berpotensi. Penghasilan sesuautu perisian yang berkesan, kreatif, menarik dan luas penggunaanya memerlukan banyak masa, ketelitian dan kreativiti yang tinggi dalam mereka bentuk perisian. Menyedari bahawa terdapatnya kekurangan perisian perisian brkualiti di dalam pendidikan sekarang ini, satu reka bentuk perisian multimedia dihasilkan yang bertujuan untuk digunakan oleh pengatur cara untuk membina perisian yang akan digunakan di sekolah oleh pelajar-pelajar. Aplikasi teori pembelajaran, ciri-ciri sesuatu modul, ciri-ciri perisian multimedia dan tahap pengetahuan sedia ada pelajar, telah dipertimbangkan dalam mereka bentuk perisian multimedia bagi mata pelajaran Kimia Tingkatan Empat yang bertajuk Elektrokimia. Jenis pendekatan perisian yang dipilih adalah jenis tutorial. Projek ini diharapkan agar dapat digunakan oleh pengatur cara untuk menghasilkan perisian yang berkesan dan bersesuain dengan keperluan pengguna khususnya kepada pelajar-pelajar.
Budaya persekolahan perlu diubah daripada berorientasi peperiksaan kepada budaya berasaskan penge... more Budaya persekolahan perlu diubah daripada berorientasi peperiksaan kepada budaya berasaskan pengetahuan, pemikiran, kreativiti dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Kajian ini meninjau ke atas potensi penggunaan satu teknologi terkini iaitu PDA(Personal Digital Assistant) yang juga dikenali sebagai komputer telapak tangan dalam pembelajaran matematik. Kajian ini memfokus kepada dua objektif iaitu persepsi bakal guru matematik tentang penggunaan PDA dalam pembelajaran secara umum dan persepsi bakal guru matematik tentang penggunaan PDA dalam pembelajaran matematik. Sampel melibatkan pelajar tahun akhir kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik). Kaedah kajian deskriptif digunakan untuk mendapatkan data secara maksimum daripada responden. Sesuai dengan kaedah kajian, soalan temubual dibina sebagai instrumen kajian. Sebelum sesi temubual dijalankan, responden diberikan kursus pendek mengenai kemampuan PDA. Data yang dikumpul dirumus dan dibincangkan. Majoriti responden berpendapat bahawa PDA merupakan satu alat yang sesuai dalam pembelajaran matematik dan mampu untuk menjadi alternatif kepada desktop dan kalkulator.Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar, guru, Kementerian Pendidikan dan syarikat perisian.
Analisis Berangka adalah mata pelajaran wajib bagi pelajar pendidikan matematik. Walau bagaimanap... more Analisis Berangka adalah mata pelajaran wajib bagi pelajar pendidikan matematik. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar beranggapan mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang sukar. Masalah ini timbul mungkin disebabkan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pandangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) terhadap pengalaman mempelajari mata pelajaran Analisis Berangka dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Analisis Berangka mengikut kecenderungan pelajar melalui perspektif Teori Bruner. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun empat kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia diambil sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk kekerapan, peratus dan min serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pengalaman pelajar dalam mempelajari Analisis Berangka adalah sederhana, begitu juga dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Analisis Berangka mengikut kecenderungan pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif antara pengalaman yang terdiri daripada elemen ikonik, enaktif, simbolik, pembelajaran, penilaian dan bahan tugasan dengan kecenderungan yang juga terdiri daripada elemen yang sama.
STEM education gives exposure to the atmosphere new learning as students are exposed with new app... more STEM education gives exposure to the atmosphere new learning as students are exposed with new approaches such as learning project-based or Project Based Learning (PBL). Project-based learning student centered learning can improve skills Science, Technology, Engineering and Mathematics in among students. The objective of this study is to determine students' STEM skills, study students' perceptions and interests in STEM education integrated through integrated STEM education workshops. This study was conducted at a school in the Port Dickson area of Negeri Sembilan. A total of 30 a fifth grade student and a facilitator and UTM was involved in this study. This study is subjective quantitative where test questions set, checklist dm the questionnaire was used as a survey instrument The data were analyzed using the sun fairy Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22.0
2018 IEEE International Conference on Teaching, Assessment, and Learning for Engineering (TALE), 2018
Teaching and learning problem solving involving pre-algebra in school has become very challenging... more Teaching and learning problem solving involving pre-algebra in school has become very challenging because not all the students fully understand the concept and what information they learn to be used and to master the topic. Even for students who are proficient in arithmetic, the shift from arithmetic to algebra is difficult for many as it requires them to think in various distinct ways. The Maths Model Method has been recommended to support the learning of algebra as a visual approach to help students understand and formulate algebraic equations. The objectives of this study are to assess competency of pre-algebraic problem solving of year five students before and after learning Maths Model Method and to identify students' perception of using Maths Model Method. 46 students from a primary school were purposely selected to participate in the experimental study. The findings showed that year five students' competency in problem solving is at the low level before the treatment and has improved to moderate competency after the treatment. There is a significant difference on students' performance after the intervention. In conclusion, this study suggests that the Maths Model Method should be incorporated in teaching and learning problem solving in mathematics.
It is widely documented that mathematics anxiety is one of the factors that influence the learnin... more It is widely documented that mathematics anxiety is one of the factors that influence the learning of mathematics. Mathematical anxiety can cause one to forget and loose mathematics confidence. In this paper we investigate the predicting role of mathematics anxiety components on mathematics confidence among fresh engineering students. The research population consisted of students who are studying civil, electronic and mechanical engineering at Bahonar University of Kerman. A total of 182 first year engineering students were selected from the population by multi-stage clustered sampling. A survey questionnaire to measure math anxiety and math confidence was distributed to collect quantitative data. The results show that two mathematics anxiety components, namely mathematics anxiety evaluation and social mathematics anxiety contribute significantly in predicting mathematics confidence.
Pendekatan yang berpusat murid merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan dalam menyamp... more Pendekatan yang berpusat murid merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran. Penekanan diberi kepada penglibatan pelajar secara aktif, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dan perbezaan individu menjadi satu faktor yang perlu diambil kira. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina secara sistematik adalah satu alternatif dalam memenuhi keperluan tersebut. Ditambah lagi dengan penggunaan komputer, maka proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik, interaktif, tersusun dan bermakna. Projek ini bertujuan membangunkan satu MPK dalam bentuk halaman web, bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat yang bertajuk Sel: Struktur dan Fungsi Struktur Sel. MPK yang dibina adalah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom. Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Dengan terhasilnya MPK dalam bentuk halaman web ini, diharapkan mutu serta gaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa akan datang bakal berubah seiring dengan kemajuan teknologinya.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan 4 bumip... more Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan 4 bumiputera Sabah berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner. Kajian ini melibatkan 114 orang responden. Soal selidik oleh Gary Harms yang mengandungi 80 item telah digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai gaya pembelajaran pelajar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden menunjukkan gaya pembelajaran kecerdasan intrapersonal, muzikal, kinestetik badan, verbal linguistik dan logik matematik. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun, gaya pembelajaran kecerdasan logik matematik sahaja yang menunjukkan perhubungan yang signifikan. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran mengikut kecerdasan di kalangan responden mengikut jantina. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan hanya dalam gaya pembelajaran kecerdasan kinestetik badan di kalangan responden mengikut keturunan. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran Sains pelajar-pelajar bumiputera Sabah di daerah Penampang.
Pelaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris adalah untuk meningkatkan penguasaan bahas... more Pelaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. Bagaimanapun, sejauh mana kesan pelaksanaan ke atas penguasaan matematik perlu dikaji memandangkan perubahan bahasa pengantar pembelajaran dan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris masih menimbulkan kontroversi. Justeru dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penguasaan matematik pelajar dari segi penguasaan istilah dan matematik yang dipelajari dalam bahasa Inggeris. Kajian ini membandingkan skor Ujian Istilah yang diambil oleh pelajar sebelum dan selepas pembelajaran topik ungkapan dan persamaan kuadratik. Disamping itu, Ujian Pencapaian juga di jalankan untuk menentukan tahap penguasaan matematik pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang pelajar Tingkatan 4 dari sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 10.0 for Windows untuk mendapatkan min dan nilai signifikan. Hasil kajian menunjukkan 67.74% pelajar gagal dalam Ujian Pencapaian. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara Ujian Istilah yang diambil sebelum dan selepas pembelajaran topik ungkapan dan persamaan kuadratik. Analisis data menunjukkan penguasaan istilah meningkat selepas mereka mengikuti pengajaran dalam bahasa Inggeris. Seterusnya didapati tidak terdapat perbezaan signifikan di antara skor Ujian Istilah yang di ambil sebelum pembelajaran, Ujian Istilah yang di ambil selepas pembelajaran dan Ujian Pencapaian merentas jantina.
Kajian ini telah dijalankan untuk menilai kesedaran para pelajar sekolah menengah rendah terhadap... more Kajian ini telah dijalankan untuk menilai kesedaran para pelajar sekolah menengah rendah terhadap isu-isu alam sekitar terutamanya masalah memupuk masyarakat yang menyayangi alam sekitar dengan penggunaan carbon dioksida yang rendah (Low Carbon Society). Kajian dijalankan dengan perspektif Matamatik untuk menangani masalah kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Sasaran kajian adalah pelajar-pelajar dari dua buah sekolah di persekitaran Kota Tinggi, Johor. Tiga instrumen digunakan untuk menjalankan kajian ini iaitu,satu set soal selidik,lembaran kerja dan modul integrasi LCS dalam perspektif Matematik. Hasil dapatan soal selidik menentukan pengetahuan para pelajar dalam LCS, kesedaran pelajar dalam pendidikan alam sekitar (Environmental Education) dan persepsi tingkah laku terhadap tenaga efisien (energy efficiency). Pada masa yang sama,lembaran kerja pelajar digunakan untuk menilai perbezaan skor antara tiga kumpulan pelajar iaitu pelajar kumpulan pencapaian tinggi, pencapaian sederhana dan pencapian rendah. Penyelidik menggunakan ANOVA (Analyses of variance) untuk menguji perbezaan signifikasi diantara tiga kumpulan pelajar tersebut. Kesimpulanyan, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan pencapaian skor diantara tiga kumpulan tersebut dan kesedaran pelajar sekolah menengah rendah terhadap LCS pada tahap rendah sahaja.Maka,penyelidik berharap agar guru Matematik akan menggunakan modul yang dibangunkan sebagai instrument P&P untuk mendidik dam menanam kesedaran LCS menerusi perspektif Matematik.

Uploads
Papers