Laraskan seting pengawal permainan pada Apple TV
Jika anda mempunyai pengawal permainan disokong yang disambungkan ke Apple TV, anda boleh menyediakan profil tersuai dan menetapkan kawalan khusus pada butang.
Anda juga boleh menyesuaikan kawalan untuk app tertentu dan menyediakan Pengawal Rakan supaya dua pengawal permainan berfungsi sebagai satu pengawal.
Sediakan profil tersuai
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Seting Umum .
Buka Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth.
Pilih peranti pengawal permainan disambungkan.
Untuk mengesahkan pengawal dengan memainkan corak getaran, pilih Kenal Pasti Pengawal.
Untuk menambah profil tersuai, pilih Tambah Profil, kemudian masukkan nama profil dan pilih Selesai.
Pilih profil tersuai untuk melihat senarai kawalan yang boleh disesuaikan dan diagram pengawal permainan.
Navigasi ke atas atau bawah untuk menyerlahkan kawalan dalam senarai.
Semasa anda menyerlahkan kawalan, butangnya yang sepadan juga diserlahkan pada diagram untuk rujukan.
Pilih kawalan yang anda mahukan, kemudian pilih sebarang pilihan yang tersedia untuk kawalan.
Untuk memulihkan seting lalai, skrol ke bahagian bawah senarai, kemudian pilih Reset ke Lalai. Untuk memadamkan profil, pilih Padam Profil Ini.
Tambah profil tersuai pada app
Untuk menggunakan profil tersuai dengan app, sediakan profil terlebih dahulu seperti yang diterangkan dalam tugas di atas.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Seting Umum .
Buka Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth.
Pilih pengawal permainan disambungkan.
Pilih permainan yang kelihatan di bawah App Disesuaikan, kemudian pilih profil yang anda mahu gunakan dengan permainan tersebut.
Sediakan Pengawal Rakan
Dengan Pengawal Rakan, anda boleh menggabungkan dua pengawal permainan untuk bermain permainan pada Apple TV sebagai pemain tunggal. Ini memudahkan pengguna mempelajari cara bermain atau mencapai tahap seterusnya dengan sedikit bantuan daripada rakan. Hanya satu pengawal boleh disetkan sebagai pengawal utama pada satu masa.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Seting Umum .
Buka Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth.
Sambungkan dua pengawal permainan serasi ke Apple TV.
Jika anda memerlukan bantuan, pilih Cara Memasangkan Pengawal Permainan dan ikuti arahan atas skrin.
Di bawah Peranti Saya, pilih pengawal permainan disambungkan yang anda mahu gunakan sebagai pengawal utama.
Pilih Pengawal Rakan, kemudian pilih pengawal yang anda mahu jadikan pengawal kedua.
Untuk menyahaktifkan Pengawal Rakan, pilih Pengawal Rakan, kemudian pilih Nyahset.
Laraskan seting pengawal permainan lain
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Seting Umum .
Buka Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth.
Pilih pengawal permainan disambungkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Kenal pasti pengawal permainan: Pilih Kenal Pasti Pengawal untuk memainkan corak getaran pada pengawal.
Putuskan sambungan pengawal permainan: Pilih Putuskan Sambungan Peranti. Pengawal masih dipasangkan dengan Apple TV dan disambung semula pada kali seterusnya anda menggunakannya.
Nyahpasang pengawal permainan daripada Apple TV: Pilih Lupakan Peranti Ini.
Pilih profil penetapan butang tersuai: Pilih Kawalan Lalai, kemudian pilih profil yang anda mahu gunakan. Lihat Sediakan profil tersuai di atas.